Chapter 17

HAE RIN menghayun kakinya dengan pantas ke wad kecemasan. Patutlah hatinya rasa tak sedap semasa berjalan pulang tadi. Rupanya memang benar. Ada perkara buruk yang bakal menyusul.

      Air matanya mengalir deras. Entah kenapa hatinya rasa bagai dicampakkan ke tanah saat menerima panggilan daripada Xiumin tadi.

      Sesampainya dihadapan wad kecemasa. Hatinya makin luluh. Dihayunkan kakinya ke arah Chen yang duduk meraup wajah di hadapan wad itu.

      “Chen” suaranya kedengaran perlahan.

      Chen mengangkat wajahnya. Merah biji matanya memandang Hae Rin. Mungkin akibat menangis.

      “M-mana Kris?” soal Hae Rin. Suaranya tersekat - sekat. Dia memandang Chen dengan mata yang penuh pengharapan.

      Chen meraup wajahnya. Esakannya semakin kuat. Dia tak mampu menjawab soalan itu. Hatinya berat. Mulutnya bagai terkunci rapat. Tiada sebarang kata yang mampu diungkapkannya. Hanya air mata yang menerangkan segalanya.

      “Chen”

      Sunyi. Hanya esakan Chen yang memenuhi ruang.

      “Chen. Mana Kris?” soal Hae Rin lagi. Bahu Chen disentuhnya lembut. Mungkin dengan berbuat sedemikian Chen akan berasa lebih lega.

      Chen masih berdiam. Tiada sebarang kata yang kedengaran keluar daripada bibirnya. Cuma sekali sekala nama Kris disebutnya.

      “Chen! Aku tanya kau. Kris mana?!” suara Hae Rin mula meninggi. Bahu Chen digoncangnya kuat. Air mata jatuh bak empangan yang pecah.

      Chen masih sama. Tiada tanda - tanda dia ingin bersuara.

      “Chen! Please jawab! Chen! Kris! Mana Kris?! Jangan buat aku macam ni!” jerit Hae Rin histeria.

      “Noona”

     Hae Rin rasa bagai bahunya disentuh. Dia mendongak ke atas. Tao! Pasti Tao tahu dimana Kris sekarang.

      Hae Rin bangun. Dia menghadap Tao.

      “Tao, mana Kris?” soal Hae Rin, suaranya kembali bernada rendah.

      Tao tidak menjawab. Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya. Matanya sudah bengkak dek air mata yang acap kali keluar.

      “Tao, mana Kris?” soal Hae Rin lagi. Nada suaranya makin meninggi. Dia mula hilang sabar. Kenapa semua orang seolah - oleh sedang mengelak daripada menjawab soalannya?

      “Hyung.. dia.. ” Tao teragak - agak untuk membalas. Nafas ditarik dalam. Dia cuba kuatkan diri. Dia tak mahu kelihatan lemah di hadaoan Hae Ri.

      “Dia dalam wad kecemasan. Doktor tengah berusaha selamatkan dia. Dia cedera teruk. Kata doktor, kepala dia retak. Dia melalui pendarahan yang teruk. Tulang kaki kiri dia pulak patah. Kemungkinan dia untuk terus hidup adalah 43%. Kalau dia kuat lalui waktu kritikal dia,dia mesti akan terus hidup, tapi keadaan fizikal dia tak sempurna macam kita semua. Dia terpaksa gunakan tongkat sementara tunggu kaki dia pulih macam biasa.” jelas suara dari belakang Hae Rin.

      Air mata Hae Rin jatuh semakin deras. Benarkah? 43%? Bagi Hae Rin peluang itu sangat tipis.

      Dia berpaling ke belakang, mahu lihat siapakah orang di belakangnya. Chanyeol. Sunggul sahaja wajah itu. Tak seperti selalu.

      Hae Rin berjalan ke arah Chanyeol.

      “43%?” soalnya tidak percaya dengan apa yang baru sahaja didengarnya.

      Chanyeol menangguk lemah. Memang itulah yang diberitahu doktor sebentar tadi.

      Hae Rin terduduk di atas lantai hospital yang sejuk. Dia tak kisah. Hatinya lebih sakit tika ini. Banyak kemungkinan yang bermain dalam mindanya. Dia menangis di situ. Esakannya memenuhi setiap ruang di wad kecemasan.

      “Hae Rin”

      Hae Rin rasa bagai dirinya dirangkul dari belakang. Dia memalingkan kepalanya sedikit. Baekhyun.

      Baekhyun menangis di bahu Hae Rin. Sungguh. Dia tak dapat menahan rasa. Betapa sedih hatinya tatkala melihat tubuh Kris yang lemah dipenuhi lumuran darah dan diusung ke wad kecemasan.

     Tao menghampiri mereka. Dia memeluk Hae Rin. Dia juga sebak. Semamangnya dia adalah oarang yang paling terkesan dengan kemalangan tersebut. Dia ialah orang yang paling rapat dengan Kris.

      Di mana lagi dia hendak bermanja kalau Kris sudah pergi? Siapa yang akan menawarkan diri menemaninya jika dia lapar pada lewat malam nanti? Siapa? Dia sayangkan Kris. Kris adalah orang kedua yang paling dia sayang selain daripada keluarganya.

      Kris adalah segalanya bagi Tao Keluarga, abang, ayah, sahabat, pengasuh, kauselor dan segalanya. Jika Kris pergi, siapa yang akan menggantikan tempat - tempat itu nanti.

      Tao menangis lagi. Hae Rin membalas pelukan Tao. Dia faham apa yang dilalui Tao. Dia juga pernah merasalan benda yang sama.

      “Hae Rin-ah”

      Kali ini Suho pula yang menghampiri mereka. Dia membawa tiga orang manusia  Dia juga berasa sedih di atas kejadian yang berlaku.

      Kris adalah salah seorang daripada orang terpenting dalam hidupnya. Kalau tiada Kris, siapa yang akan membantunya menjaga 10 orang monyet itu nanti? Suho menangis lagi.

      Luhan juga datang mengahanpiri mereka. Dia juga turut memeluk mereka. Mulutnya tak henti - henti menyebut nama Kris.

      “Kris”

      “Kenapa kau ni kerasa kepala sangat hah?”

      “Dah berapa kali aku cakap dekat kau jangan buat macam tu. Tapi kau degil. Aku tahu kau pandai berlumba, tapi.. tapi..”

      Luhan tak mampu meneruskan kata - katanya. Air mata mengalir semakin deras. Bahunya terhinjut - hinjut menahan sebak.

       “Kau tengok sekarang apa dah jadi Kris? Bukan kau seorang je yang terseksa. Kami pon sama tahu tak?” sambung Xiumin yang dari tafi hanya menadah telinga, mendengar luahan hati Luhan.

      “Kau ingat senang ke? Senang ke tengok kawan kau dalam keadaan macam tu? Terbaring lemah macam tu. Kau ingat senang? Kau ingat kita orang akan bangga dengan kau? Dah la Kris. Kau ni degil! Kau tengok apa dah jadi? Susah la berkawan dengan kepala batu macam kau ni. Membazir air mata betul!” Chen cuba mengesat air matanya yang makin laju menuruni pipi namun gagal. Tangisannya jadi makin kuat.

      Mendengarlan kata - kata Chen, mereka jadi semakin sedih. Perasaan yang ditahan bagai mengasak air mata untuk keluar.

      11 orang lelaki itu akhirnya memeluk Hae Rin bersama - sama. Terasa lega sedikit hati mereka apabila berbuat sedemikan.

      “Encik Park Chanyeol?”

      Mereka terus meleraikan pelukan. Chanyeol yang berada pada lapisan keenam pelukan itu terus memboloskan diri dan berlari mendapatkan doktor yang baru sahaja keluar daripada wad kecemasan.

      Lelaki separuh usia itu melemparkan senyuman buat Chanyeol. Dalam.keadaan hatinya yang luluh, Chanyeol tetap membalas senyuman itu.

      “Macam mana keadaan kawan saya?” soal Chanyeol. Kawan - kawannya yang lain sudah sedia berbaeis di belakangnya, mereka melihat ke arah doktor lelaki itu dengan harapan setinggi gunung.

      “Encik Wu Yi Fan, dia selamat” kata doktor itu lantas tersenyum.

      Suasana yang tadinya tegang mula bertukar ceria. Senyuman mula terukir pada bibir masing - masing. Mereka saling berpelukan.

      “Tapi..”

     Sorakan yang kedengaran terus lenyap. Suasana kembali tegang. Perlahan - lahan pelukan dileraikan. Mereka saling berpandangan.

      “Seperti yang saya cakap tadi, keadaan fizikal Encik Wu tak selengkap dulu. Kakinya tak dapat berfungsi dengan baik dalam masa 6 ke 7 bulan akan datang. Dalam masa pemulihan, Encik Wu terpaksa gunakan tongkat sebagai alat pembantu.” kata doktor itu lagi.

      “Pendarah pada kepala dia macam mana? Ada beri apa - apa effect pada otak?” soal D.o.

      Doktor itu tersenyum lagi.

      “Syukur. Pendarahan tu tak beri apa - apa kesan kepada beliau. Cuma kepalanya ada luka sedikit yang akan pulih dalam masa 2 atau 3 hari. Dan lagi satu. Encik Wu akan kami tahan di sini selama, lebih kurang dua minggu sementara menunggu keadaan dia betul - betul pulih. Saya rasa itu sahaja. Ada apa - apa lagi?” kata doktor itu.

      “Boleh kami lawat dia?”

      “Ouh ya. Kami akan bawa dia ke bilik pesakit V.I.P seperti yang awak minta. Tapi dia belum sedar. Ubat tidur yang kami beri tadi masih berbaki 5 jam.” balas doktor itu.

      “Saya pergi dulu” kata doktor itu dengan penuh sopan. Dia lantas tunduk dan mula melangkah pergi.

      “Fuh. Nasib baik” kata Lay.

      “Nasib baik. Hyung.. hyung..” kata Kai pula. Mereka lantas ketawa.

     Sebaik terlihat sekujur tubuh Kris dibawa keluar dari wad kecemasan, mereka mengikut langkah nurse yang bertugas ke bilik V.I.P yang dimaksudkan.

_______________________

“Korang baliklah dulu. Biar aku jaga hyung” kata Tao lemah.

      “Tak nak. Aku nak jaga hyung jugak” balas Kai.

      “Aku pon” kata Chen yang dari tadi hanya berdiam diri.

     “Aku pon nak jaga hyung” kata D.o pula.

  

      “Aku pon nak jaga hyung. Aku.yang bertanggungjawab atas semua ni” kata Chanyeol. Air matanya mengalir lagi.

      “Sudahla Yeol. Jangan salahkan diri. Perkara yang akan berlaku, tetap akan berlaku walaupun kau tak ada dekat sana tadi. Jangan salah diri kau lagi. Lagi pun keadaan Kris akan pulih macam biasa kan? Kau balik dulu. Aku tahu kau penat. Kau balik, tidur. Rehatkan diri. Esok kita sekolah, kan? Tak apa. Korang pun balik dulu. Hari ni, biar aku dengan Tao yang jaga Kris, esok kita tukar orang lain pulak” kata Xiumin selaku yang tertua di situ.

      Mereka hanya mengangguk. Mereka tiada pilihan lain selain darilada akur. Lagi pun memang benar apa yang dikatakan Xiumin. Mereka juga sudah penat bermandi air mata.

      Dengan hati yang berat, mereka terpaksa melangkah keluar juga. Masing - masing lemah memandang Kris yang masih belum sedarkan diri.

      “Kitorang balik dulu Kris. Jumpa kau esok” kata Luhan.

      “Bye Xiumin, Tao”

      Pintu bilik ditutup rapat. Suasana jadi senyi seketika. Masing - masing sibuk melayan perasaan. Hanya suara Hae Rin bercakap dalam telefon sahaja kedengaran.

      “Bye. Balik dulu” kata Hae Rin lemah setelah panggilan dimatikan. Dia memandang sembilan orang lelaki itu dengan rasa simpati yang melimpah ruah.

      Kata - kata Hae Rin menyedarkan mereka dari lamunan.

      “Eh, kejap. Awak balik dengan apa ni? Dah lewat. Takkan jalan kaki kot?” kata Suho, prihatin.

      “Haah la. Hae Rin balik dengan apa ni? Jomlah saya hantarkan” kata Luhan pula.

      “Eh tak pe. Saya dah call teksi tadi. Rasanya dah ada dah kat luar tu. Jangan risau, Kris mesti akan pulih. Esok jangan lupa pergi sekolah. Jangan cari alasan nak ponteng pulak eh! Bye” kata Hae Rin.

      Kata - kata Hae Rin sedikit sebanya telah mencariakan suasana. Masing - masing mengukir senyum.

      “BYE!”

      Hae Rin berjalan ke pintu lif yang audah menunggunya. Pantas dia masuk ke dalam. Pintu lif ditutup lantas lif itu menggelongsor ke tingkat bawah.

       “Teruk jugak dia menangis tadi” kata Lay tiba - tiba. Semua mata tertumpu kepadanya.

      “Hae Rin?” soal Sehun.

      Lay mengangguk.

      “Dia suka hyung kot?” soal Baekhyun menduga.

      Mata mereka terus membulat. Mareka memandang Baekhyun seolah - olah meminta kepastian.

      “What? Cuba fikir betul - betul. Korang nampakkan macam mana dia menangis tadi?” balas Baekhyun sambil mengangkat bahunya.

     Mereka semua mangangguk - angguk tanda setuju. Hanya Chanyeol yang terkecuali. Wajahnya berubah riak. Entah kenapa hatinya rasa sedih mendengarkan penjelasan Baekhyun. Perasaan apa ini?

      “Aku balik dulu. Aku penatlah” kata Chanyeol memecahkan kesunyian pada malam itu. Dia terus menuju ke lif.

      “Kesian Chanyeol. Mesti dia trauma. Ye lah. Semua jadi depan mata dia” kata D.o sambil memuncungkan bibirnya.

     Yang lain menangguk tanda setuju.

      Mereka kemudiannya berjalan ke arah Chanyeol yang sedang menunggu lif. Bahu lelaki itu mereka sentuh lembut. Chanyeol berpaling dan tersenyum hambar melihat mereka.

________________________

A/N:- Macam mana? Best tak Chapter ni? Sedih tak? Sorry saya tak pakar dalam nak buat part sedih - sedih ni. Tapi adalah feel time tulis chapter ni. Adalah setitik dua air mata lol.  Komenlah. Nak dengar pendapat korang. Thanks for reading. And sorry kalau ada typo

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top