Chapter 16

CHANYEOL menunggang motornya pandangannya cuba ditumpukan ke hadapan walaupun mindanya tak henti - henti berfikir. Dia mahu ke suatu tempat yang aman bagi menenangkan fikirannya yang lagi rungsing. Entah apalah yang sedang difikirkannya.

Pedal minyak ditekan. Tangannya menggenggam erat gear motor. Lantas gear itu dipulasnya. Makin laju motornya membelahi jalan raya yang kain sibuk.

15 minit perjalanan di atas jalan raya membawanya ke sebuah taman hijau yang luas. Cantik. Pokok - pokok yang kian menghijau ditanam membentuk sebuah laluan. Dia melintasi kawasan itu.

Dia menarik nafas dalam. Tenang sedikit mindanya tatkala udara segar menyapa deria. Dia kini boleh berfikir secara waras.

Mindanya kembali bekerja. Kata - katanya semalam bermain dalam benaknya lagi.

'Kau suka aku kan?'

Dia juga bingung. Bagaimana persoalan itu boleh keluar dari mulutnya. Persoalan yang pertama diajukan pada Hae Rin itu sengaja dia utarakan. Mahu mengusok si nenek kebayan.

Namun dia hairan. Kenapa diutarakan soalan itu buat kali kedua? Kenapa saat soalah itu ditanya seperti ada sinar harapan yang muncul dari dalam dirinya.

Persoalan kenapa berterus - terusan mengasak mindanya. Dia buntu, keliru, takut, gembira dan sebagainya. Semua rasa bercampur menjadi rojak. Fikirannya makin sarat.

Chanyeol membuat keputusan untuk duduk sebentar. Punggungnya dilabuhkan dibawah sebuah pohon besar yang rendang.

Dia lihat sekeliling. Pemandangan disitu tenang. Hijau semuanya. Hatinya jadi senang.

Tiba - tiba dia rasa mengantuk. Baru sahaja hendak melelapkan mata telefonnya berbunyi. Ikon hijau lada skrin disentuhnya.

"Annyeong!" suara dari hujung talain ceria menyapa diri. Terus dia tersenyum.

"Annyeong Baekkie!" balas Chanyeol.

"Kau kat mana ni? Dah lama aku tak junpa kau. Rindu!" kata Baekhyun lagi. Chanyeol menguntum senyum.

"Banyaklah rindu kau. Baru pagi yadi junpa kat kelas! Ye ye je kau ni. Aku tembak kejap lagi kang" kata Chanyeol lantas tertawa. Suara Baekhyun dari hujung talin juga sedang mengekek ketawa.

"Apahal kau call ni?" soal Chanyeol setelah tawanya sedikit reda.

"Ish, kau ni dah macam along mintak hutang dah!" balas Baekhyun lantas ketawa lagi dengan lawak ya sendiri.

"Kau yang call aku, aku pulak yang jadi along? Nonsense Baekkie, nonsense " balas Chanyeol sambil menggelenglan kepalanya. Namun perlakuannya langsung tidak diketahui Baekhyun.

"Whatever~ btw, hyung yang suruh aku call kau" kata Chanyeol.

"Hyung yang mana ni? Aku ada banyak hyung kat dunia ni. Semua hyung yang wujud ialah hyung aku. Hyung yang kau cakap ni, hyung yang mana satu? Umin hyung ke, Luhan hyung ke, Kris hyung ke? Henry hyung ke? Kin hyung ke? Ke..-" belum sempat kesemua nama abang yang diketahuinya disebut, kata - katanya sudah dipotong oleh sang pemanggil.

"Okay stop stop! Aish kau ni. Aku tahu lah kau tu friendly. Tak perlu nak tunjuk sangat. Suho hyung yang suruh aku call kau" kata Baekhyun yang sudah mula hilang sabar.

"Ha, kan senang macam tu. Sebut je nama dia sekali. Tak adalah aku susah nak fikir. Kenapa dia suruh kau telefon aku?"

"Dia kata.." sengaja Baekhyun berhentikan kata - katanya. Mahu mengusik Chanyeol.

"Teruskan" kata Chanyeol tidak sabar.

"Btw Chanyeol, prank kau tu macam mana? Dah kecoh satu sekolah wey. Kalau cikgu dapat tangkap cane?"

Chanyeol mendengus geram. Pandai betul budak Baekhyun ni tukar topik. Saja nak buat dia suspen!

"Bende tu cakap nanti je lah! Ni, apa hal Suho hyung suruh call? Eyy, kau ni. Saje tukar topik!" kata Chanyeol.

"Hahahaha saje nak buat kau nervous. Saje hyung ajak kite lepak. Delat cafe biasa kita. Dia suruh berkumpul dekat rumah dia dulu" kata Baekhyun. Talian terus dimatikan.

"Eh? Hoi! Baekkie? Baek! Kau letak macam tu je? Kurang asam punya budak! Aku jumpa kau nanti, siap kau!" kata Chanyeol pada telefonnya.

Chanyeol memasukkan telefonnya ke dalam kocek seluarnya semula. Langkahnya diatur ke motor.

Enjin motor dihidupkan. Motornya meluncur laju di atas jalan raya. 20 minit kemudian dia sampai di hadapan sebuah banglo besar.

Motornya dipakorkan lamtas dia masuk ke dalam. Di ruang tamu kesemua ahli exo sudah siap menunggunya bersama senyuman gembira.

"Jom!" jerit Tao. Dia sudah sedia menarik tangan Kris disebelahnya.

"Aku baru sampai! Duduk pun tak sempat lagi. Ciss. Baik suruh aku pergi Cafe je terus tadi. Puih!" rungut Chanyeol. Muncung itiknya ditarik panjang.

Luhan yang datangnya entah dari mana tiba - tiba meletakkan tangannya pada bahu Chanyeol.

"Aku pon baru datang, der. Dah dah. Jom. Simpan je lah muncung kau tu untuk Hae Rin nanti" kata Luhan sengaja mahu menusik.

"Banyaklah kau!" balas Chanyeol sambil menumbuk bahu Luhan perlahan. Mereka semua tertawa.

"Dah dah. Cukup cukup lah gelak tu. Putus urat gelak nanti baru tahu. Lebih baik kita pergi sekarang. Jom!" kata Lay lalu berlari keluar rumah. Enjin motornya dia hidupkan.

"Ouh, laju je kan!" kata Kai. Dia turut berlari keluar menuju ke motornya.

"Hekeleh korang ni. Mentang mentang orang tu kata nak belanja, laju je. Ingat korang berdua je nak makan free?" Baekhyun juga turut berlari keluar rumah.

"Makan free?" soal Chanyeol. Dia lihat Luhan di sebelahnya sudah tersenyum bagaikan kerang busuk. Faham sangatlah apa maksud senyuman Luah itu. Dia tersengih.

"SERANG!" jerit ahli yang masih berada di dalam rumah kecuali Suho dan Kris. Mereka saling berpandangan. Mereka kemudiannya mengangkat bahu masing sambil menggelengkan kepala dan ketawa.

"Hyung!"

"Coming!"

_______________________

"Hae Rin?" soal Chanyeol.

Kris, Luhan, Kai, Xiumin, Lay, Chanyeol, D.o, Chen, Baekhyun, Sehun, Tao dan Suho saling berpandangan.

"Serious. Time aku usik kau tadi aku main - main je. Tak tahu pulak dia memang betul - betul ada kat sini" kata Luhan sambil mengangkat tangannya ke udara.

"Cantiknya" kata Sehun.

Mereka semua beralih pandang ke arah Hae Rin. Memang betul. Blause hitam yang dipakainya menyerlahkan warna kulitnya yang putih. Rambut yang disanggul menampakkan gaya elegan. Lagi - lagi rantai yang tersangkut cantik pada lehernya. Kasut stileto hitam menampakkan gaya kematangan pada penampilannya.

Dalam tak sedar, lama mereka memerhatikan Hae Rin yang sedang duduk sendiri.

Tiba - tiba Hae Rin berpaling ke arah mereka. Membulat anak mata gadis itu. Terkejut beruk dia dibuatnya.

Apa yang dua belas orang lelaki itu buat di sini? Kenapa mereka semua memandangnya dengan mulut yang terbuka luas?

Dia menilik penampipannya. Biasa sahaja. Tiada yang terlebih mahupun terkurang. Dia mula tak senang. Memang dua belas orang makhluk itu tidak pernah tengok insan yang digelar wanita ke? Hari itu di rumah Kris, sekarang di tempat awam pun masih sibuk mahu memerhatikan dia? Seram!

Biarkanlah mereka. Nak tengok pun, tengoklah. Tak kiasa dia nak melayan. Hae Rin kembali fokus pada hot chocolate di hadapannya.

"Noona!"

Uhuk! Nasib baik tak tersedak. Dia berpaling. Sehun sedang melambai - lambaikan tangan ke arahnya. Hae Rin terbatuk sedikit. Pelik. Harus ke menjerit sampai macam itu sekali? Satu kafe boleh dengar. Buat malu je. Siap lambaikan tangan lagi. Ingat dia budak tadika ke? Sehun.. Sehun..

"Annyeong noona!" jerit Tao pulak.

Lagi seorang. Memang kawan - kawan si monyet ni tak waras ke? Ada wayar yang terputus tak? Perlu bawa pergi jumpa doktor ni. Kalau tak, dia pun berjangkit sekali.

Matanya beralih pada Kris yang sedang tersenyun kepadanya. Senyuman itu dia balas. Kris kemudiannya berjalan ke arahnya. Dia hanya memerhatikan lagak lelaki itu.

"Hai" kata Kris.

"Hai" balas Hae Rin. Entah perasaan apa yang sedang dilandanya kini. Jantungnya tiba - tiba berdegup kencang. Hatinya rasa berbunga.

"Boleh join?" soal Kris.

"Huh? J-join? Tapi.. kerusi ada satu je lagi. Kalau awak join saya, yang lagi sebelas tu nak campak mana?" balas Hae Rin.

"Boleh ke tak ni?" soal Kris lagi.

"Hah? Ah, yea. Boleh je.. tapi.."

Kris tiba - tiba menarik tangan Hae Rin. Terkejut Hae Rin dibuatnya nasib baik dia sempai mencapai beg dah hot chocolatenya di atas meja.

Kris tersenyum ke arah kawan - kawannya. Dia senyum kepada mereka. Senyuman Sehun dan Tao semakin melebar.

Mereka berdua terus manarik tangan Hae Rin dari pegangan Kris. Gadis itu dibawa mereka ke tingkat atas restoran tanpa mendengar persetujuan gadis itu.

"Kurang asam" kata Kris.

Mereka semua ketawa lantas mengikuti langkah Sehun dan Tao. Kris hanya mampu menggelengkan kepala.

"Silakan duduk princess" Tao dan Sehun serentak.

Sehun dan Tao saling berpandangan. Mata masing - masing dijengilkan sebagai tanda amaran agar melepaskan tangan Hae Rin.

"O...kay?" balas Hae Rin lantas melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi. Dia cuba melepaslan tangannya namun gagal. Dia lihat ke arah Sehun dan Tao yang masih lagi berdiri.

"Er.. tangan noona.." kata Hae Rin.

Sehun dan Tao terus tunduk memandang Hae Rin. Mereka berdua tersengih lantas tangan mulus Hae Rin dilepaskan.

"Thanks" kata Hae Rin. Dia cuba maniskan muka namun senyuman yang diukir jelas tidak ikhlas. Namun begitu tetap jua dia melemparkan senyuman palsunya.

Ahli - ahli exo yang ain sudah sedia mengambil tempat masing - masing. Begitu juga Tao dan Sehun. Kerana di halau oleh Suho, mereka terpaksa duduk jauh daripada Hae Rin. Tempat duduk di sebelah Hae Rin diduduki oleh Suho dan Kris.

Setelah siap mengambil pesanan, mereka mula berbual - bual. Walaupun pada mulanya suasana agak janggal namun lama - kelamaan Hae Rin mula berasa selesa bersama mereka dua belas orang. Dia mula bersikap terbuka tentang sikap mereka. Tanggapannya juga mulai berubah.

Setelah hampir dua jam setengah berbual, mereka membuat keputusan. Setelah siap membayar bil makanan, mereka melangkah keluar dari kafe.

"Bye hyung! Jumpa nanti!" kata Chen. Tangannya dilambaikan kepada Suho yang sudah siap menaiki motornya.

"Thanks!" kata Hae Rin lantas tersenyum. Suho turut tersenyum. Dia melambaikan tangannya buat Hae Rin namun orang lain pula yang membalasnya. Dia terus memakai topi keledarnya. Buat kali terakhir, dia melambaikan tangannya. Motornya mula mengaum saat pedal minyak dipulas. Susuknya semakin jauh dari pandangan Hae Rin dan ahli Exo yang lain.

"Bye. Saya balik dulu. Thanks ajak makan tadi. Hahaha" kata Hae Rin. Dia mula melangkah pergi.

"BYE!"

Hae Rin berpaling semula. Dengan senyuman yang memang benar - benar ikhlas, dia membalas lambaian sebelas orang lelaki itu.

"Jom"

Mereka mula menunggang motor masing - masing.

"Bye!"

"Byee"

Asap motor mula berkepul. Motor mereka meluncur ke setiap arah, berpisah ke halaun masing - masing.

"Jom hyung" kata Chanyeol lantas menyarungkan topi keledarnya. Kris turut berbuat sedemikian. Oleh kerana mereka akan melalui jalan yang sama, mereka membuat keputusan untuk pulang bersama.

Motor milik Kris mula bergerak ke tengah jalan raya. Chanyeol mengikutnya dari belakang.

"Kenyang betul!" kata Chanyeol sebaik sahaja motornya berjaya menyaingii motor Kris.

Kris ketawa. Dia juga kenyang. Banyak sungguh mereka makan tadi. Dia teringatkan reaksi Hae Rin saat melihat betapa lahapnya mereka menghabiskan hidangan yang dipesan dalam masa yang singkat.

"Cantik pulak aku tengok nenek kebayan tu tadi" kata Kris.

Chanyeol terus menoleh. Dia cuba melihat wajah Kris namun gagal kerana topi keledar yang dipakai lelaki itu. Chanyeol tersenyum hambar.

"Aku suka dia" kata Kris. Membulat mata Chanyeol. Dia berpaling lagi, namun wajah Kris masih tidak dapat dilihatnya.

Apa maksud Kris? Aku suka dia. Siapa? Hae Rin?

Tiba - tiba Kris ketawa.

"Kejar aku kalau kau boleh" kata Kris lantas memecut motornya laju meninggalkan Chanyeol yang masih terpinga - pinga.

Chanyeol memalingkan kepalanya ke hadapan. Motor Kris sudah berada jauh daripada motprnya. Ada - ada sahaja Kris ni. Tidak nampakkah dia jalan raya sedang sesaktika ini? Kalau..

PINNNNNNNN!

"Hyung!"

________________________

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top