Chapter 13

BELUM sempat kasutnya disarungkan tangannya sudah ditarik Baekhyun ke halaman rumah. Basah terus bajunya dek air hujan yang menimpa tubuh.

"Yah! Baek! Hujan ni!" teriak Hae Rin. Baekhtun hanya tersenyum nakal.

"Aku tahu lah!" balas Baekhyun lantas ketawa.

"Dah tahu yang kau bawak aku keluar ni kenapa?" soal Hae Rin tidak puas hati. Tahu, ingatkan tak tahu tadi.

"Sebab..-"

Baekhyun menyeringai. Sakit! Dia jeling orang di sebelahnya. Kurang asam punya Kris. Kau ketuk kepala aku dengan payung? Kau ingat kepala aku ni kepala konkrit ke? Sah benjol ni! Siap kau, aku balas balik nanti.

"Yah! Byun Baekhyun! Yang kau bawak Hae Rin keluar kenapa?! Kan hujan ni?" soal Kris. Tinggi nada suaranya. Ada terselit rasa risau dalam kata - katanya.

Baekhyun mendengus geram.

"Apa keperluan kau ketuk kepala aku hah? Pakai payung pulak tu! Sakit tahu tak?" balas Baekhyun. Geram pula dia lihat wajah Kris.

"Salah kau. Hae Rin kan baru kena hujan tadi. Yang kau bawak dia keluar apasal? Ada otak boleh fikirkan. Kakau dia demam macam mana? Siapa yang susah? Aku kan? Kalau nak harao kau jaga dia, alamatnya mereputlah dia dalam bilik!" Berdesing telinga Baekhyun mendengar kata - kata Kris. Amboi, mulut tak ada insurans. Cili nanti baru tahu!

Baekhyun mencebik. Sibuk sahaja Kris ni baru nak berseronok. Kacau daun saja.

"Erghh. Bising ah. Ye la, ye la. Jom Hae Rin, kita masuk. Tukar baju. Demam nanti, takut mereput pulak kau. Jom" kata Baekhyun lantas menarik tangan Hae Rin.

Hae Rin menepis. Main hujan? Macam seronok. Dia tersenyum nakal.

"Jomlah kita main!" kata Hae Rin seperti anak kecil. Membuntang mata Kris. Ini bukan Hae Rin, setahunya Hae Rin terkenal dengan sikap matanganya, hantu mana yang telah merasuk tubuh Hae Rin?

Muncung itik Baekhyun bertukan menjadi senyuman nan lebar. Tak sangka Hae Rin akan bersetuju untuk bermain hujan dengannya. Dia terus berlari sekeliking halaman sambip menarik tangan Hae Rin bersama.

"Macam best je dorang main hujan" kata Chen. Dari jauh lagi dia sudah boleh nampak senyuman lebar Baekhyun.

"Aku pon dah lama tak main hujan" sampuk Suho. Semua kepala terarah kepada Suho. Lampu hijau. Kalau Suho pon sudah berkata begitu, bermakna...

"Lari!" jerit Chanyeol.

Mereka semua menerjah ke arah luar rumah. Serta merta tubuh merrka dibasahi air hujan. Masing - masing tersenyum girang.

Sudah! Kris menepuk dahi. Habis semua bala tenteranya terhasut dengan Baekhyun dan Hae Rin. Tak berdaya dia nak menghalang dua belas orang manusia ini. Terpaksalah dia biarkan saja.

Tiba - tiba payung teduhannya tercampak jauh. Dia berpaling.

"Xiumin!"

________________________

Hae Rin terbaring lesu di atas sofa di ruang tamu. Itulah, padah bermain hujan. Sudah dihalang degil! Kepala batu. Sekarang terimalah, sendiri yang sakit.

Kepalanya pening. Kuat sungguh impak bermain hujan tadi kepadanya. Dia tak kisah. Asalkan dia gembira. Bukan selalu dapat bermain bebas begitu. Senyuman lesunya melebar.

"Ha, senyum, senyum. Aku dah cakap tadi degil, sekarang tengok, aku pulak yang kena jaga kau. Susah betul nak melayan si kepala batu ni!" omel Kris. Dari tadi lagi, naik bosan Hae Rin jadinya.

"Yang lain mana?" soalnya Hae Rin. Dari tadi mindanya tak henti - henti bertanyakan soalan itu. Daripada dia berteka - teki sendiri, lebih baik dia tanya pada Kris. Dapat juga jawapan yang tepat lagi benar.

"Dorang mandi. Tukar baju. Kakau tak, mahu dorang pin ikt telentang macam kau ni" balas Kris. Tangannya sibuk memerah tuala kecil didalam bekas berisi air. Tuala itu lantas ditempatkan pada dahi Hae Rin.

"Ah! Sejuk!" Hae Rin menepis tuala tadi.

"Tahanlah. Sikit je ni." kata Kris lantas meletakkan tuala tadi pada dahi Hae Rin semula. Hae Rin akur.

"Rumah punya besar. Takkan tak ada ubat demam kot?" soal Hae Rin. Sungguh, dia mula selesa dengan Kris. Apalah agaknya jampi yang lelaki itu gunakan.

"Ada. Tapi aku tak tahu mak cik letak dekat mana. Lupa pula nak tanya sebelum dia balik tadi." balas Kris. Dia bangun dan duduk di sofa sebelah.

"Pulak. Macam tu pon ada?" soal Hae Rin lantas ketawa.

"Hyung!"

Mereka berdua terus berpaling. Kelihatan semha ahli exo sedang berjalan ke arah mereka. Semuanya kelihatan segar kecuali Chanyeol. Demam ke?

"Chanyeol demam. Ubat tak ada ke? Tadi aku dah selongkar dapur kau, tak ada pun" kata Xiumin.

"Aku tak tahu lah. Entah kat mana nak cik letak. Lupa pulak aku nak tanya"

"Aik? Rumah kau, kenapa nak tanya dia pulak?" sampuk Lay. Kris tersengih sebagai balasan.

"Chanyeol, kau baringlah dulu. Nanti aku pergi cari ubat" kata Kris. Sebagai tuan empunya rumah, dia rasa bertanggungjawab ke atas kesihatan Chanyeol dan Hae Rin.

"Apa kau ni Chanyeol. Antibodi kau tak kuat langsung! Baru kena hujan sikit dah demam. Ish ish sih.." kata Chen.

Chanyeol yang mendengar buat tak tahu. Ah, biarlah, antibodi tak kuat ke, lembik ke, walau apa sekalipun dia tidak kisah, yang dia tahu sekarang ni dia perlu baring. Terasa lemah badannya. Rasa sejuk mula mencengkam tubuh. Badannya menggil.

"Chan, kau baring kat sofa dulu. Aku dengan Kris nak pergi farmasi jap. Beli ubat untuk korang." kata Suho lantas mengekor langkah Kris. Chanyeol mengangguk faham.

Langkahnya dia atur ke sofa nan empuk lantas punggungnya dilabuhkan. Selesa. Dia mahu melentokkan kepalanya pada bantal yang kian memanggil - manggil namun matanya terarah pada Hae Rin yang sedang menggigil sejuk. Hatinya disapa tasa simpati.

Dia bangun,mahu melangkah ke tingkat atas namun kakinya terasa berat, kepala berpinar hebat. Dia kalah sebelum sempat berjuang. Dia cuba memanggil nama kawan - kawannya namun mereka semua sedang sibuk. Tawa yang kian kuat membuatkan panggilan lemahnya langsung tidak kedengaran.

Dia lihat pada Hae Rin semula. Semakin kuat orang tu menggigil. Ah, dia tiada jalan lain. Lagi pun, niatkan baik. Tiada salahnya jika dia menolong semampunya.

Kakinya di arahkan ke arah Hae Rin dengan langkah longlai. Badan Hae Rin masih menggigil. Ideanya ini lasti dapat membantu. Dia pasti.

________________________

Mata Kris dan Suho sama - sama membesar. Biar betik? Betulkan apa yang mereka lihat?

Mata mereka ditenyeh beberapa kali kalau - kalau mereka masih di atas katil.empuk. Bukan. Mimpi bukan. Entah - ehtah berangan tak? Mereka saling berpandangan. Tangan dibawa ke atas dalam bentuk penyepit.

Tangan mereka menyentuh pipi antara satu sama lain. Lantas isi pipi dicubit kuat.

"AHHH!" mereka sama - sama menjerit. Mujur dua orang pesakit ini tidak terjaga.

"Bukan mimpi?"

"Berangan pun bukan?"

"Halusinasi mungkin?"

Kening dijongketkan. Lagi. Tangan diangkat ke udara. Dalam masa beberapa saat, lantas dua pasang tangan itu melayang di udara.

PANG!

"Hyung!"

Kris dan Suho berpaling. Jari telunjuk diangkat lada bibir, mengisyaratkan agar kawan - kawan mereka diam. Mereka mengangguk jua walaupun kening sudah bagai kening tongga. Lagi 1 cm nak bercantum!

Kris mengarahkan mereka berjengket ke arahnya. Dengan wajah yang penihh tanda tanya, mereka berjengket ke arah Kris dan Suho yang tidak berganjak walau seinci pun dari tadi.

Membulat mata merrka sebaik sahaja terlihat adegan dua musuh itu. Mulut nereka bagai tidak boleh ditutup. Antara mahu percaya tau tidak, mereka mahu pilih tidak namun ala yang terbentabg dihadapan mata merka menafikan tanggapan mereka.

"Hyung.."

"Shtttt!"

"Diamlah."

"T-tapi.."

Kris hanya mampu melihat. Luluh hatinya. Apa yang dilihatnya tika ini bagaikan menyiat - nyiat hatinya.

"Kamera!" bisik Baekhyun dan Chen serentak. Senyuman nakal bermain oada bibir masing - masing. Yang lain hanya tersengih.

Klik!

Klik!

Klik!

Klik!

Klik!

Klik!

Klik!

Cahaya memancar disegenap arah. Mereka bertolak - tolak mahu mengambil gambar dua orang musuh ketat itu.

"Hey korang! Sudahlah tu!" bisik Suho sedikit keras. Kenapalah perangai kawan - kawannya begini? Sebiji monyet di hutan! Pening kepalanya melayan kerenah 10 ekor monyet ini!

"Dorang kan demam. Janganlah kacau" tambah Kris pula.

___________________________

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top