Chapter 10 (the prankster)
AUTHOR NOTE :-
So saya dah tukar tajuk dia daripada ‘the prankster and the ice princess' kepada 'hurt' sebab saya rasa tajuk yang lama tak berapa kena dengan jalan cerita.
Harap korang tak marah atau berhenti baca cerita ni. Kepada sesiapa yang keep on update pasal cerita ni, thanks sangat - sangat sebab sudi baca cerita ni. Here we go. Chapter ten. Enjoy~
____________________
“Kris, mak cik dah siap tukarkan baju budak tu” kata Mak Cik Jung yang muncul pada saat bersejarah.
Kesemua mereka mengeluh berat. Langsung tak kena timing kemunculannya pun!
“Oh, okay. Thanks. Nanti saya bawa dia ke bilik tetamu” kata Kris. Soalan tadi sepi tanpa jawapan.
Dia bangun, kakinya dihajunkan ke bilik Mak Cik Jang. Dia lihat Hae Rin sudah siap mamakai baju kering.
“Sorry lah mak cik pakaikan dia baju Kris. Baju mak cik dah tak ada dalam almari tu. Kebetulan tadi waktu Kris panggil, mak cik tengah angkat kain dekat ampaian.” kata Mak Cik Jang.
Kris tersenyum. “Tak pa. Asalkan dia dah tukar baju” balas Kris. Dia mendukung Hae Rin lantas berjalan keluar, menuju ke tangga untuk ke tingkat atas.
EXO memerhatikan Kris yang seperti dalam dunianya sendiri. Anak tangga didakinya tanpa menghiraukan sahabat - sahabatnya.
“Orang angau bercinta, macam tu la!” bisik Sehun perlahan.
“Ye ke budak berdua tu couple?” soal Lay.
“Tu lah. Time hyung nak jawab tu lah, mak cik Jung nak datang! Potong line!” kata Tao. Dia menjeling ke arah Chen.
“Kalau bukan sebab Chen hyung menyampuk, mesti dia dah jawab tadi!” pedas kata - kata itu menyapa telinga Chen. Siapa tak kenal insan bernama Chen? Menyerah sebelum berjuang bukan mota hidupnya. Dia pun apa lagi. Sediakan memeriam, kita berjuang!
“Eh, apa hal salah aku pulak? Aku tak buat apa - apa kesalahan pun eh. Jangan nak memandai!” balas Chen.
“Siapa kata kau tak buat kesalahan? Kau yang menyampuk waktu aku tanya hyung tadi. Apa benda. Emeny? Enemy? Ha! Semata - mata sebab tu. Tengok..-”
“Eh, dah la korang berdua ni. Bingit tahu tak? Ayee. Aku debik sorang - sorang kejap lagi kang baru tahu. Diam sikit boleh tak? Sebab bende macam tu pon sampai nak bergaduh. Kejap lagi dia turun, kita tanya lah dia. Apa ada hal? Benda senang jangan disusahkan wahai adik - adikku sekalian.” sampuk Xiumin selaku yang tertua di situ. Perbalahan antara dua orang makhluk itu terus terhenti. Masing - masing mencuka.
“Ha, panjangkan lah lagi muncung tu. Esok lusa boleh join itik belaan mak cik Jang mandi kat kolam rumah dia! Rupa dah ada, bakat apatah lagi, tinggal diasah sahaja. Boleh lah korang isi borang nanti!” seloroh Xiumin. Kawan - kawannya menghambur tawa. Lucu benar. Chen dan Tao jadi itik? Xiumin ketawa lagi.
_______________________
Kris meletakkan tubuh Hae Rin di atas katil empuk itu. Bilik tetamu itu sudah lama tak berpenghuni. Rumah agam ini juga selalu sunyi. Siapalah yang mahu bertandang ke rumah besar ini selain monyet - monyet di bawah tadi?
Ditilik wajah sunggul Hae Rin. Cantik. Bulu matanya agak lebat. Bukan selalu orang Korea bebulu mata lebat. Oh, ya. Hae Rin kelahiran kacukan. Padan pun bulu matanya lebat samacam. Kris ketawa.
Matanya turun ke hidung kecil Hae Rin. Kecil namun tampak mancung. Tidak hairanlah hari - hari lokar Hae Rin dipenuhi dengan surat cinta dari peminat rahsianya. Kris ketawa lagi. Penah juga dia menghantar surat cinta kepada Hae Rin namun tak pernah di balas. Selama seminggu dia berterusan menghantar surat - surat berisikan ayat puitis. Beberapa ketika selepas itu, dia mengalah. Surat - surat tersebut langsung tak diendahkan Hae Rin.
Kris tersenyum melihat tubuh ramping Hae Rin yang dibaluti bajunya yang bersaiz besar.
“Comel”
Kris berkira - kira hendak keluar tapi akalnya menghalang. Dia terfikirkan sesuatu. Sesuatu yang sudah lama dia mahu lakukan namun tidak kesampaian dek kerana perang dingin antara dia dan Hae Rin selama ini.
Dia bergerak ke katil. Perlahan - lahan dia tunduk. Wajah Hae Rin ditenung lama. Dia senyum sendiri. Dia mengucup lembut dahi Hae Rin. Matanya membulat. Serta - merta. Dia kaku. Dia menjarakkan diri.
Bibirnya disentuh. Dadanya berombak laju. Pantas dia meluru keluar dari bilik. Terkejut mak cik Jang yang baru berkira - kira hendak memulas tombol pintu.
Kris mengukir senyuman paksa dalam gentarnya. Belakang lehernya digosok tanda tidak senang.
“Em.. mam..- mak cik, Ahm.. K-kris turun dulu. Tolong tengok - tengokkan Hae Rin kejap ye.” kata Kris lantas berlari turun.
Mak Cik Jang mengangguk walaupun jelas dahinya berkerut - kerut memerhati tindak - tanduk Kris. Pelik. Kenapa pucat saja wajak budak itu? Kene sampuk dek hantu air gamaknya. Mak cik Jang menggeleng.
Tombol bewarna silver itu dipulasnya. Pintu bilik itu dibolosnya. Langkah diatur ke katil. Dia lantas dudik di birai katil.
Wajah Hae Rin ditatap sayang. Entah kenapa wajah tenang gadis itu membuatkan dia teringatkan anak gadisnya yang sudah lama tidak pulang ke kampung. Dia mengesat air mata yang tiba - tiba mencurah keluar.
Tangannya dibawa menyentuh pipi gebu Hae Rin. Pipi gebu itu diusapnya lembut. Pantas dia teringatkan sesuatu. Dia meletakkan tangannya pada dahi Hae Rin. Merasa suhu badannya.
Panas juga. Tuala yang berada dalam besen dia perah. Lantas tuala lembap itu diletakkan diatas dahi Hae Rin.
________________________
“Eh, pahal dengan muka hyung tu? Macam orang kena sampuk hantu je” bisik Kai sambil matanya menjeling Kris yang sedang menuruni anak tangga.
‘Ingat aku tak dengar? Kurang asam punya budak bertuah!’ gumam Kris dalam hati. Disentuh dadanya. Masih pantas denyutan jantungnya.Kalau setiap hari begini, K.O lah dia gamaknya.
Kris cuba tayang muka selamba. Jelingan mereka tadi tidak dia hiraukan. Lantak merekalah. Fikirlah apa yang nak difikirkan. Dia kesah apa? Bukan mereka yang lalui detik - detik 'bersejarah' tadi.
Dia duduk disebelah Tao. Mata Tao tak lepas - lepas memandang Kris. Begitu jega dengan rakan - rakannya yang lain. Kris semakin rimas. Nak tak nak, terpaksalah dia celikkan mata juga.
“Apa hal?” soal Kris. Jelas nada kurang senang dalam suaranya.
Sunyi.
Dahinya berkerut seribu.
“Baik alihkan mata korang sebelum aku cucuk dengan garfu” bentak Kris. Cepat - cepat mereka mengalihkan pandangan. Berlakon kononnya sedang berbual sesama sendiri, minum kopi, memuji keunikan perhiasan rumah Kris dan tak lupa yang buat - buat lupa.
Kris tersenyum sinis. Tahu takut. Baru bentak sikit dah cuak. Kris ketawa dalam hati.
“Ah, plan kita dah hancur. So, sekarang nak buat apa?” Ada juga yang bersuara. Kris menjeling tuan empunya suara. Oh, D.o. Tak jadi dia nak naik angin. Mulutnya diherotkan ke serata arah. Gaya orang berfikir.
“Mandi hujan nak?!” cadang Baekhyun dengan nada teruja.
Kris mencebik. Boleh pulak si bacon ni fikirkan cadangan yang cukup tak bernas itu. Tidak fasal - fasal mereka jatuh sakit kalau turutkan cadangan Baekhyun. Tak ke jenuh Mak Cik Jang nak menjaga mereka dua belas orang. Yang ada pun cukup membebankan, ada pula angan - angan mahu tambah mereka. Mahu matah riuk tulang - temulang mak cik Jang.
“Cadangan ditolak” kata Suho.
Baekhyun menarik muncung sedepa. Mulalah gunakan kuasa kecomelan wajahnya. Kris naik meluat. Terus saja tangannya diangkat mahu mengutuk Baekhyun disebelah namun pantas dia berlari ke arah Chanyeol. Tak apa. Nasib je tu.
“Em, practice?”
Geleng.
“Menari?”
Geleng cepat - cepat.
“Melukis?”
Semua mengangguk kecuali Kris.
“Ah, no no. Plan lain please.. ”
“Mewarna?”
Geleng.
“Thruth or dare?”
Sunyi sepi.
“Kalau macam tu. Kita.. tidur!”
Angguk dengan pantas.
“Memasak?” soal D.o.
Senyap.
Mereka semua saling berpandangan. Senyuman yang jelas tak ikhlas diukir terpaksa.
“D.o.. bukannya.. erm, kami tak nak. Tap..-”
“Cadangan diterima”
Semua kepala terarah kepada Kris.
“Hyung,seriously?”
“Unbelievable”
“Unusual”
“Unnecessary”
“Unreasonable”
“Insane”
“Magical”
“Gorgeous”
“Smart”
“Miracle”
“In December?”
Mata mereka beralih kepada Luhan. Sepi. Ada yang menutup mulut. Tutup mata. Gigit bibir. Tak boleh. Mereta sudah tak tahan! Lantas ketawa terhambur.
“Dah kenapa semua speaking?” kata Kris masih menahan tawanya. Perutnya ditahan. Rasa nak terkentut pun ada dek kerana menahan tawa. Akhirnya meletus jua tawanya. Terkekek - kekek dia ketawa.
“So, cooking?” soal D.o ingin kan kepastian. Di sambung semula tawanya yang bersisa. Mereka mengangguk setuju. D.o tersenyum puas.
________________________
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top