Chaper 21


HUBUNGAN Kris dan Hae Rin semakin menunjukkan tanda - tanda positif. Semakin hari semakin akrab hubungan mereka. Kira Hae Rin mungkin dia juga sukakan lelaki itu.

Hari ini, mereka sudah bercadang untuk ke taman tema. Mahu luangkan masa bersama kata Kris.

Hae Rin tersenyum sendiri. Buat kali terakhir, Hae Rin melihat penampilannya pada hari ini. Seluar jeans biru laut dikenakan dengan sehelai t-shirt yang baru dibelinya bersama Kris beberpa hari yang lepas. Cap bewarna merah dipakai di atas kepala.

Setelah puas dengan segalanya, dia turun ke tingkat bawah. Kris yang sedang menunggu di ruang tamu tersenyum ke arahnya.

"Jom?"

"Jom!"

_________________________

"Cantikkan baju ni?" soal Hae Rin.

"Memanglah cantik. Tengoklah siapa yang pilih!" seloroh Kris. Dia ketawa. Hae Rin juga ikut ketawa.

"Rasanya jauh lagi ni. Kalau kau nak tidur, tidurlah dulu" kata Kris. Dia melihat ke arah Hae Rin sekilas lantas pandangannya ditumpukan pada jalan raya semula.

Hae Rin menggeleng.

"Tak nak lah. Aku nak teman kau. Kalau jauh lagi, mesti kau bosan bawak kereta sorang - sorang" kata Hae Rin.

"Okay. Kalau macam tu. Apa kata kita berbual?" cadang Kris. Dia menoleh ke arah Hae Rin lagi. Suka benar dia melihat wajah itu.

"Memanglah. Habis tu, kita tengah buat apa sekarang ni sayang oii" kata Hae Rin.

Berbunga hati Kris tatkala perkataan 'sayang' meluncur keluar dari bibir munggil Hae Rin.

"Ye lah. Tapi sekarang ni kita tengah berbual kosong" kata Kris.

"Berbual kosong? Eh? Ada pulak? Kalau tak nak berbual kosong, habis tu nak berbual berapa? Berbual satu? Tak pun dua? Ha berapa?" kata Hae Rin saja buat lawak bodoh ditengah hari yang panas terik ini.

"Amboi. Mulut dia. Kerja nak perli aku je kan? Cium kang!" ugut Kris.

"Ehh?" terkejut beruk Hae Rin jadinya. Terus bibirnya ditutup dengan telapak tangannya.

"Tahu pun takut!" Kris ketawa lagi. Sememangnya saat bersama Hae Rin adalah saat yang membahagiakan buat dirinya.

Hae Rin mencebik.

"Maksud aku. Bukan berbual satu ke, dua ke, tiga ke, atau berbual empat. Aku nak cakap yang kita chooselah topik persembangan kita"

"Ceh. Persembangan. Hahaha macam pelik je" kata Hae Rin lantas ketawa.

"Apa kata kita cakap pasal first time kita suka sesama sendiri?" soal Kris, memberi cadangan.

"Em. Boleh jugak!" balas Hae Rin tanda setuju. Kris tersenyum puas.

"Bila first time kau suka aku?" soal Hae Rin.

"Kau ingat first meet kita? Alah, masa dekat dewan. Tak silap aku bulan 2 ke 3 tah. Lebih kuranglah. Ingat lagi? Masa aku langgar kau. Eh silap. Terlanggar. Masa tu nama kau pun aku tak tahu lagi. Hahahaha. Aku ingat lagi time kau jeling aku. Pergh! Nightmare beb! Tak boleh tidur aku malam tu. Seram gila! Dengan rambut panjang kau tu. Tak boleh bela. Ha! Time aku merungut tu. Apa eh aku cakap? Alah.. tak ingat lah! Tak pe. Lepas aku cakap tu kau terus bangun, kolar baju aku dah nak terkoyak dah. Mengalahkan gangster woo. Dengan badan kecik macam tu, senang je kau tarik kolar aku. Nasib baik pengawas cepat datang. Kalau tak, comfirm lebam biji mata aku." kata Kris lantas ketawa bagaikan orang kurang siuman. Sempat lagi dia mengetuk stereng kereta.

"Kau ni senyap je. Kau ingat lagi tak? Ke dah lupa?"

Dia berpaling ke arah Hae Rin. Lah, tidur rupanya. Tadi kata nak teman. Ceh, acah je budak kecik ni. Tadi beria geleng kepala. Last last dia yang tidur. Hae Rin.. Hae Rin..

Kris mengusap lembut kepala Hae Rin. Selepas itu, dia fokus semula pada pemanduannya.

______________________

"Wah! Ramainya orang!" kata Hae arin teruja. Kakinya terus melangkah ke sana dan ke sini tanpa arah tujuan. Segala jenis permainan yang ada dia cuba. Ada beberapa orang pengunjung melihat ke arahnya namun dia buat tak tahu. Dia kesal apa, janji dia bahagia!

Senyuman dibibirnya makin lebar tatkala matanya menangkap permianan kegemarannya. Bersinar matanya melihat landasan yang tidak lurus.

"Kris! Jom kita naik yang tu!" kata Hae Rin teruja. Baju Kris ditariknya ke ruang beratur permianan Roller Coaster. Hae Rin melompat kegembiraan apabila terdengar teriakan dari atas. Makin teruja dia jadinya.

"Alahhh. Panjangnya barisan!" kata Hae Rin. Kepalanya dijengukkan, mahu melihat seberapa panjang barisan tersebut.

"Kau yang nak main sangatkan. Nah. Hadaplah barisan ni. Mau sejam jugak kita duduk kat sini" omel Kris.

Hae Rin menarik muncung.

"Tak nak teman sudah. Dah, pergi jauh - jauh. Sibuk je" kata Hae Rin tanpa berpaling ke arah Kris. Tiba - tiba matanya menangkap satu susuk tubuh yang sangat dia kenali. Pada mulanya dia tak mahu menegur namun ada idea nakal yang mengetuk pintu minda.

"Chanyeol!" teriaknya sekuat mungkin. Suara - suara jeritan hampir sahaja menenggelamkan suaranya. Mujur Chanyeol terdengar panggilannya.

Lelaki itu berpaling mencari sang pemanggil namanya. Jelas riak terkejut pada wajah lelaki itu saat matanya bertembung dengan mata milik Hae Rin. Hae Rin melambaikan tangannya ke udara.

"Sekejap!" kata Chanyeol. Setelah menerima wang baki daripada pembelian ais krimnya tadi, Chanyeol terus berjalan menghampiri Hae Rin.

"Yo" kata Chanyeol.

"Yo! Kau buat apa sorang - sorang kat sini?" kata Hae Rin. Rentak hatinya yang mulai pantas dia biarkan sahaja.

"Aku? Saja. Bosan duduk kat rumah sorang - sorang. Mak ayah aku out station. Kakak aku pulak, busy dengan kerja dia. Tu yang aku datang sini. Nak hiburkan diri" balas Chanyeol lantas menggigit ais krimnya.

Hae Rin hanya mampu menelan air liur. Mak aih. Sedapnya! Nak jugak! Dia ni tak nak pelawa aku sekali ke?

"Nak ke?" soal Chanyeol.

Pantas sahaja Hae Rin mengangguk.Chanyeol tersenyum melihat reaksi comel Hae Rin.

"Nah" kata Chanyeol. Ais krim berperisa keladi itu dihulurkan kepada Hae Rin. Lantas ais krim betukar tangan.

"Hehe. Thanks" balas Hae Rin sambil tersengih - sengih. Tak tahu malu betul! Suka hati je mintak ais krim orang.

"Sorang je ke?" soal Chanyeol. Tangan kanannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Tak lah. Dengan.." kata Hae Rin sambil berpaling namun kata - katanya terhenti apabila matanya menangkap sebatang tubuh Kris sedang berjalan meninggalkannya.

"Kris!" jerit Hae Rin.

"Kau tunggu sini kejap. Aku pergi panggil dia. Kejap tau!"kata Hae Rin lantas berlari mengejar langakah Kris yang semakin menjauh.

Chanyeol tersenyum hambar.

"You love him. Don't you? " kata Chanyeol sendiri. Dia mula beredar dari situ. Fikirnya mahu mengubati hatinya yang kian remuk di taman tema ini, namun ternyata semuanya gagal. Makin remuk hatinya.

________________________

"Kris!" panggil Hae Rin lagi untuk kali yang keseribu. Apa masalah Kris ni? Daripada tadi dia terpekik terlolong memanggil nama lelaki itu, sikit pun dia tidak berpaling. Inikan lagi memberi riaksi. Langkahnya terus sahaja menonong ke sekitar taman tema.

"Yah! Wu Yi Fan!" panggil Hae Rin lagi.

Langkah kaki Kris terhenti. Namun bukan kerana panggilan Hae Rin. Ianya kerana dendangan lagu Sugar nanyian Maroon5 dari telefon pintarnya menandalan ada panggilan yang masuk. Panggilan itu diangkat.

"Helo"

"Mama, kenapa ni?"

"Papa? Em okay. Kejap lagi Kris sampai"

Talian dimatikan. Telefonnya dimasukkan ke dalam kocek seluarnya semula. Sebaik sahaja dia berpaling, kelibat Hae Rin sudah tiada. Kemana perginya gadis itu?

"Hae Rin"

Senyap. Tiada sahutan.

"Hae Rin!"

Kakinya mula melangkah ke serata tempat. Nama gadis itu dilaungkan berkali - kali namun satu pun tidak disahut gadis itu. Dia mula cemas. Tak kanlah dia diculik? Mustahil. Kalau bukan, di mana gadis itu sekarang? Entah - entah sudah balik? Tapi dia datang bersama Kris, bagaimana dia mahu pulang sendiri. Chanyeol!

Nama Chanyeol dicari dalam senarai kenalannya. Butang hijau pada skrin pantas ditekan. Beberapa ketika kemudian terdengar suara dari hujung talian.

"Chanyeol!" kata Kris.

"Huh? Hyung. Kenapa ni?" soal Chanyeol.

"Kau kat mana sekarang ni? Hae Rin ada dengan kau tak?" soal Kris semula.

"Hae Rin? Tak ada pulak. Aku dalam kereta ni. Tengah drive balik. Kenapa dengan Hae Rin?" soal Chanyeol. Perasaan ingin tahu mula mengasak minda.

"Ouh. Ye ke? Tak pe la. Bye" jawab Kris mendatar. Jelas sangat dia kecewa.

Di mana Hae Rin? Apa yang terjadi? Mereka berdua bergaduh ke? Kenapa pula Kris bertanya kepadanya? Pelbagai persoalan mula berlegar dalam mindanya. Dia ingin tahu. Rasa risau datang menerpa. Tanpa berfikir panjang, stereng kereta dipusingkan, kereta dipandu kembali ke taman tema.

"Hae Rin!"

Kris masih belum berputus asa. Tiba - tiba telinganya terdengar bunyi esakan. Matanya melilau mencari dari mana datangnya esakan itu.

Perlahan - lahan, kakinya melangkah, mengesan dari mana esakan itu datang.

"Hae Rin!"

Dia terus berlari ke arah gadis itu. Tubuh kurus gadis itu dipeluknya. Lantas dahi gadis itu dikucup berkali - kali.

"Kau pergi mana tadi? Hah? Penat aku cari,tahu tak?" soal Kris lembut.

Hae Rin hanya diam tidak berkutik. Hanya sendu sedan bunyi esakannya sahaja yang kedengaran. Kris mengeluh.

"Kau marah aku ke?" soal Kris. Tangan gadis itu dicapainya.

"Mana ada" kata Hae Rin diselangi esakannya.

"Habis tu? Kenapa kau menangis ni?" soal Kris. Rambut gadis itu diusapnya.

"Tak ada apa - apa lah. Dah, jomlah balik" kata Hae Rin lantas bangun. Air matanya diseka dengan lengan bajunya.

"Hae Rin" kata Kris lembut.

"Jom" kata Hae Rin. Panggilan Kris dia biarkan sahaja. Dia mula menapak pergi.

Kris tersenyum sendiri. Merajuklah tu! Dia terus berlari menuju ke hadadan Hae Rin, menghalang langkah gadis itu. Tangannga didepakan.

"Kris, get out of ma way" kata Hae Rin, tegas.

"Tak nak"

"Kris" nada suaranya bertukar perlahan.

"Hae Rin. Aku mintak maaf. Aku tak sengaja buat kau macam tu tadi. Hm? Sorry eh?" kata Kris dengan wajah sedihnya.

Tiba - tiba Hae Rin menangis sekuat hatinya. Air matanya jatuh bagaikan air terjun. Matanya mukai memerah.

"Eh?! Hey!"

Sekali lagi tubuh kecil itu dirangkulnya. Belakang gadis itu diusapnya lembut.

"Wei. Asal nangis ni?" soal Kris.

Tiba - tiba Hae Rin menjauhkan dirinya.

"Kau la! Ingat aku tak dengar tadi?! Kau cakap dengan mama kau kita dah nak balik! Aku tak sempat nak main roller coaster! Dah lah ni first time aku datang sini. Baru main sekejap kau dah nak balik. Mana syok!" jelas Hae Rin. Lagaknya persis anak kecil. Lagi - lagi kakinya yang dihentakkan.

"Hek eleh! Kau ni buat aku cuak je. Aku ingat kenapalah tadi. Hae Rin.. Hae Rin.. dah dah. Jom balik. Mama aku dah tunggu tu. Nanti kita datang lagi. Aku janji" kata Kris sambil menayangkan jari kelingkingnya kepada Hae Rin.

"Okay. Janji?"

"Janji"

______________________

Chanyeol tersenyum hambar. Kepalanya tunduk memandang tanah. Menyesal takkan pernah berhenti menghantui dirinya. Menyesal kerana berpatah balik ke sini. Akhirnya, terimalah sakitnya hati dihiris insan tersayang.

"Apa yang kau harapkan hah? Walau dorang berpisah sekali pun, aku tak rasa Hae Rin akan jadi milik kau. Dah la Chan. Stop this shit. Berhenti berharap. Dia milik Kris. Berhenti siksa jiwa kau. Stop.."

Tanpa dia sedari, air mata jantannya jatuh. Walau sedaya upaya dia cuba tahan, dia tak mampu. Dia kalah dengan rasa hatinya.

Kakinya dihayunkan kembali ke kereta. Enjin kereta dihidupkan, lantas keretanya meluncur laju di atas jalan raya.

Dia bertekad. Dia akan berubah. Nama gadis itu akan dia campak jauh - jauh dari lubuk hati. Biar dia lupa nama gadis itu buat selamanya. Biar.

______________________

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top