E.6

"Thyme²!!Aku pass pada kau!!"

Thyme tangkap bola yang dilempar Kavin dengan tangkas lalu...

"Yes!!!Good job bro!!'jerit Kavin lalu berlari ke arah Thyme setelah team mereka menang.

Kavin memeluk Thyme dan Moon hanya senyum sambil tepuk tangan. Tidak jauh dari situ mereka melihat Jihyo mendekati dengan keadaan tiada mood.

" Hey bro..are you okay?"tanya Kavin sambil memegang bahu Jihyo lalu ditepis dengan kasar.

Jihyo beredar tanpa memandang mereka bertiga. Thyme dan Moon hanya melihat nya pergi. Kavin menggaru kepalanya yang tidak gatal kerana keliru. Dah kenapa kawan mereka ni..

***

Jihyo berjalan tanpa hiraukan orang sekeliling sehingga dia tiba di tempat parkir kereta. Dia masuk ke dalam keretanya iaitu porsche berwarna hitam.

Jihyo menghentak stereng keretanya berkali kali. Akhirnya air mata nya jatuh mengalir di pipi. Berjaya juga dia menahan air matanya tadi supaya tiada orang lihat dia menangis. Ego terbesarnya tidak ingin orang lain melihat dia lemah.

Tetapi Jonghyeop hampir melihat kelemahannya. Dia juga kemungkinan perasan bahawa itu adalah kelemahan Jihyo dan luahannya.

Jihyo geram kenapa dia harus tunjuk semua itu kepada orang yang dia tidak kenal dan sudah tentunya dia benci. Dia keliru..sangat keliru. Kenapa dia seperti ini...

"Fuck..crying just for a weak people..I can't be like this. Come on Jihyo!!" katanya sendirian.

Ting!

Notifikasi yang menandakan seseorang menghantar mesej kepadanya.

Ms Jihyo. Madam Song ingin makan malam bersama miss Song malam ini. Beliau menyuruh miss Song untuk pulang awal.

Jihyo mengelap air matanya lalu mengeluh. This witch...

***

"Moon..aku dengan Thyme balik dulu eah? Confirm ni kau taknak lepak tempat biasa dengan kitaorang?" tanya Kavin

"Ya. Harini hari special." jawab Moon.

"Hari apa?" tanya Kavin

Thyme menepuk bahu Kavin memberi isyarat supaya diam. Kavin memandang Thyme lalu meluaskan biji matanya.

"Ahh faham² sorry Moon. Apa² pun kalau kau rasa tak okay terus call aku or Thyme." kata Kavin sambil senyum

Moon senyum "Aku akan okay." Lalu Moon beredar.

"Pheww.." keluh Kavin

"Cuba ingat sikit nanti tak pasal² kau buat Moon sedih."

"Alaa aku lupa la Thyme. Manala aku nak ingat tarikh² penting ni semua."

"Haa itulaa..banyak sangat kena ingat nombor phone perempuan kan?" kata Thyme sambil menyilangkan tangan.

Kavin pout.

"Yela² lepasni aku list kan semua hari² istimewa and then tampal di setiap penjuru rumah aku supaya aku tak lupa ya..." kata Kavin membuat mimik muka annoying.

Thyme menggeleng kepala lalu ketawa kecil.

***

Angin bertiup dan udara sejuk membuatkan suasana menjadi mendung. Kelihatan Moon menunduk hormat di depan tempat pemakaman yang tertulis Moon Hae Jin.

Sudah genap 10 tahun mendiang ayahnya meninggalkan dia. Setelah memberi penghormatan Moon duduk lalu mengenangkan memori dia bersama ayahnya.

flasback...

"Papa!!Moon nak pergi dengan papa malam ni!!" kata Moon sambil menghentakkan kakinya berkali kali.

"Tak boleh sayang. Malam ni papa kena jumpa dengan kawan papa. Ada meeting. Nanti kalau kamu ikut nanti kamu mudah bosan. Papa kena berada di sana lama.Mungkin pagi esok baru papa balik."

"Alaaa takpa Moon janji tak bosan. Lagipun Moon bosan duduk rumah seorang diri."

Ayahnya senyum dan mengusap kepala anaknya yang berumur 14 tahun itu.

"Okay macam ni. Kalau Moon boleh duduk diam² dan belajar di rumah malam ni. Esok pagi papa bawakan koleksi kesukaan Moon yang terbaru esok.Limited edition punya." kata ayahnya sambil mengelus pipi anaknya.

Mata Moon meluas dan senyum.

"Promise?" tanya Moon sambil menunjukkan jaru telunjuknya kepada ayahnya.

Ayahnya membalas dengan mengenggam jari telunjuk itu.Moon memeluk ayahnya lalu melihat dia beredar dengan lambaian terakhir.

end flashback...

Moon memeluk lututnya sambil menyandar di sebelah kubur ayahnya. Air matanya mengalir tanpa henti. Perit kehilangan orang kesayangannya.

Dari jauh seseorang memandangnya..

***

"Ya ma..Hyeop akan beli bunga dan melawat nenek. Ya takpa ma."

Setelah bercakap dengan ibunya melalui telefon, Jonghyeop berhenti di kedai bunga berhampiran universitinya. Lalu membeli sejambak bunga.

Selepas sampai di pemakaman neneknya dia meletakkan bunga itu sambil berdoa.

Baru sahaja dia ingin beredar, dia melihat susuk tubuh yang dikenalinya. Tidak jauh dari tempat dia berada.

"Moon sunbae.." katanya perlahan.

Tanpa membuang masa dia mendekati Moon lalu duduk di sebelahnya. Moon masih tidak sedar akan kehadiran Jonghyeop. Hyeop hanya senyap dan mendegar tangisan Moon.

Tidak lama kemudian, Moon mengelap air matanya lalu dia memandang di sebelahnya.

"K-kau.." kata Moon agak terkejut.

Jonghyeop senyum dan menghulurkan sapu tangan dari dalam poketnya.

Moon memandang sapu tangan dan Jonghyeop bersilih ganti. Lalu Jonghyeop megambil tangan Moon kemudian meletakkan sapu tangan itu di tangannya.

Moon senyum dan menggunakan sapu tangan itu.

Jonghyeop berpaling untuk melihat nama di kubur itu. Moon Hae Jin.

Jonghyeop tidak menanyakan apa² pada Moon kerana dia tahu nama itu adalah ayah kepada Moon. Dia pernah baca artikel tentang Moon. Sungguh dia sedih selepas kehilangan ayahnya. Moon Hae Jin seorang businessman yang berjaya dan terkenal. Selepas mengahwini Shin Da Hyun iaitu ibu kepada Moon seorang pereka fesyen tersohor, mereka menggunakan kesempatan itu untuk mengeluarkan jenama² yang terkenal zaman sekarang. Ibu Moon telah meninggal 15 tahun lepas akibat menghidap penyakit kanser otak tahap 4. Setelah itu dia kehilangan pula seorang ayah yang selalu menyokongnya.  Dikatakan juga Moon menjadi seorang yang pendiam selepas kematian ayahnya.

Tetapi apa yang buat Jonghyeop tidak sangka adalah..Moon menolongnya sebelum ini. Dia dianggao seorang yang cold dan tiada perasaan.Apa sahaja yang kawannya buat pada pelajar lain dia hanya memandang dan buat tidak endah.

Fikiran Jonghyeop jauh termenung memikirkan bagaimana seorang ahli F4 yang dikatakan pendiam dan tiada perasaan ini boleh menolong dan rupanya boleh menangis. Padahal di depan semua orang mereka tunjuk diri mereka langsung tiada perasaan dan jauh lagi untuk menjadi orang yang lemah.

Moon dan Jonghyeop saling senyap dan memandang ke arah matahari yang ingin terbenam. Perasaan ketika itu sangat nyaman dan tenang. Mereka merasa selesa walau mereka berdua saling senyap.

***

Di ruang makan Song's Mansion.

Jihyo menyuap steak yang dipotong ke dalam mulutnya tanpa berkata apa². Matanya sesekali memandang seorang perempuan yang agak berumur di depannya. Perempuan itu  memandang Jihyo tajam seperti ingin bertanyakan sesuatu.

Ruang makan itu sunyi dan hanya bunyi garfu dan pisau yang sedang mereka gunakan. Pembantu rumah hanya senyap dan melihat ke arah dua orang itu makan.

Jihyo yang agak resah kerana ibunya dari tadi memandangnya tajam terus bersuara. "You want to talk or what?"

Madam Song mengeluh dan meletakkan garfu dan pisau dan menggapai segelas wine merah dan meneguknya.

"How's your day?" tanya ibunya.

"Good." jawab Jihyo ringkas dan ambil air untuk diminum.

"How's your friends?"

"Good"

"How's your grade?"

"Good"

Ibunya sekali lagi menatapnya tajam.

"Mama taknak ikut campur urusan kamu. Tetapi disebabkan hal itu menyebabkan my client dan orang lain tahu tentang video tu..I don't think i will let it pass like that."

Jihyo kaku. Lalu dia berhenti makan dan memandang ibunya.

"What do you mean?"

"That boy..name Han. You and your group messed up everything. Mama tak kisah kamu nak buat apa di universiti itu.Tapi jangan sampai video² tu viral dan rosakkan reputasi keluarga kita!"

"Bukan masalah Hyo. Lagipun video tu budak disitu yang rekod. Bukan Hyo or my friends!"

"Yaa i know. But this is about our reputation! Don't be unmatured Hyo! You gonna replace me one day! Be matured and don't play around!!"

"Huh..you come back home..just to talk about this?"

"Of course! Hyo ingat mama ada masa nak duduk dan bercakap benda yang tak berfaedah macam ni dengan kamu?! I have a lot of works to do! Mama ajak kamu makan sebab nak cakap pasal ni dan pastikan video tu dihapuskan sebelum mama ada meeting dengan orang terkenal minggu depan!"

"So..this dinner is not important??Why not mama just suruh Mr.Kim hantar chat tentang hal ni?!"

"Sebab kamu seorang yang degil!! Kamu tak pernah dengar dan faham tentang reputasi keluarga!!"

"Screw your reputation!!Why we have to pretend like we're family and have a chit chat like mother and daughter!!? I don't need that and you don't need that too!!"

"Yes and this thing just waste my time. Mama ada banyak tanggungjawab lain dan kerja yang harus diselesaikan. But mama harus balik dan katakannya sendiri pada kamu supaya kamu sedar yang kita tidak boleh ada silap sedikit pun di mata orang!"

"You talk about responsible?? How about me then?! Hyo bukan tanggungjawab mama?!"

"Kamu dah besar dan pandai jaga diri."

"Itu sekarang!! Dulu masa Hyo kecil ada mama balik dan laksanakan tanggungjawab Mama sebagai seorang ibu?!Ada?!"

"Mama ada kerja perlu..."

Jihyo menghentak tangannya kuat di meja lalu berdiri mendekati ibunya.

"Kerja..kerja..kerja..!!!Itu je mama tahu!!Dari kecil sampai Hyo besar itu alasan mama!!Ini la sebab papa tinggalkan mana dan Hyo!!"

Pangg!!!

Satu tamparan kuat di pipi kanan Jihyo. Pembantu rumah dan Mr.Kim kaku dan terkejut

Jihyo mengetap bibir dan air matanya bergenang. Dia memandang ibunya tajam.

"Jangan kurang ajar.." kata ibunya tegas.

Kelihatan di tepi bibir Jihyo luka.

"I'm rude because of you..i become like this because of you..people talk shit about me because of you!!"

Ibunya mengangkat tangan untuk tampar Jihyo sekali lagi tapi Jihyo tidak gentar malah mendekati ibunya lagi sambil berkata "Mama boleh tampar and pukul Hyo sebanyak mana pun!!Tapi mama tak boleh nak kembalikan kehidupan seorang anak yang dah musnah kerana kelakuan ibunya sendiri.."kata Jihyo berpaling untuk beredar.

Tapi kata² ibunya sebelum dia beredar buat dia terhenti.

" If i know you'll be like this..aku takkan lahirkan kau di dunia ni."kata ibunya tanpa memalingkan wajahnya ke arah Jihyo.

Jihyo mengetap bibir dan berpaling kepada ibunya.

"Hyo juga tak pernah minta untuk dilahirkan..dalam keluarga ni." kata Jihyo lalu terus beredar.

Madam Song menggelengkan kepalanya lalu bersuara.

"San!"

"Yes madam song."

"Malam ni kita balik ke London!" kata Madam Song lalu tyrut beredar.

San sempena pembantu peribadi Madam Song hanya menunduk hormat dan menurutinya sahaja.

Mr. Kim mengeluh.Bukan sekali atau dua kali dinner mereka berakhir dengan tidak baik.Malah malam ni lagi teruk. Selalunya Jihyo hanya senyap dan buat tidak tahu atas omelan madam Song. Tetapi malam ini dia menjawab seakan sudah lama menahan marah.

Mr. Kim mengetuk pintu bilik Jihyo.Itu adalah salah satu caranya apabila Jihyo bergaduh dengan ibunya. Dia lah yang akan memujuk Jihyo.

Jihyo membuka pintu dan memandang Mr.Kim. Yang pelik Jihyo tidak menangis malah wajahnya tiada perasan.

"Cik Jihyo..nak saya bawakan coklat?" tanya Mr.Kim.

Jihyo menggeleng kepala dan senyum pada Mr.Kim.

Mr.Kim merasa sedikit lega apabila melihat Jihyo senyum . Memang  orang yang tidak kenal dengan Jihyo akan menganggap dia seorang yang kejam dan tiada perasaan.Tetapi hanya dia dan kawan² cik Jihyo yang dapat melihat sisi nya yang tidak disangkakan ini.

"Kalau cik Jihyo inginkan apa².Cik Jihyo panggil sahaja saya ya..?" kata Mr.Kim untuk memastikan Jihyo okay.

Jihyo mengetap bibir seperti ingin mengatakan sesuatu. Tiba² Jihyo memeluk Mr.Kim.

Mr.Kim senyum dan mengusap belakang Jihyo. Dia sudah menganggap Jihyo seperti anaknya sendiri. Dia kesiankan cik Jihyo yang dari kecil keseorangan. Hanya dia sahaja yang ada ketika Jihyo membesar. Hanya dia yang tahu betapa sedihnya cik Jihyo setiap kali dia bergaduh dengan ibunya.

Kalau diikutkan Mr.Kim yang banyak tahu tentang cik Jihyo dari ibunya sendiri.

Bunyi esakan tangisan dari Jihyo buat hati Mr.Kim luluh. Hanya dia yang dapat lihat Jihyo menangis. Hanya di depannya Jihyo tunjuk kelemahannya. Mr.Kim akan menguruskan Jihyo sepertimana seorang ayah memujuk Jihyo. Bagi Jihyo Mr.Kim adalah ayahnya.

Jihyo tidak pernah luahkan apa yang ingin dikatakan tetapi dia hanya menangis dan terus menangis. Hubungan rapat mereka tidak memerlukan untuk saling pujuk melalui kata².

5 minit kemudian Jihyo meleraikan pelukan itu. "Terima Mr.Kim.", kata Jihyo dan mengelap air matanya.

" No problem cik Jihyo.Jika ada apa² lagi, cik boleh panggil saya."jawab Mr.Kim dan menunduk hormat.

Jihyo senyum dan masuk semula ke dalam bilik. Sepanjang malam itu, kata² ibunya terngiang ngiang dalam kepala.

***

Keesokannya..

Di dalam perpustakaan.

"Argh!!!F4!!" jerit pelajar yang ada di situ.

Jonghyeop terus memalingkan wajahnya ke arah F4 yang sedang masuk.

"Ni library..diorang je kot yang datang." kata Jonghyeop sendirian.

Tiba² ada susuk tubuh berdiri di depannya. Dia mendongak dan melihat ada Moon, Kavin dan Thyme.

Ketua mereka tiada...

"Nae?" tanya Jonghyeop selepas melihat Moon senyum padanya.

"Thank you for this.." jawab Moon lalu menghulurkan sapu tangan yang diberi Jonghyeop kelmarin.

Selepas mereka berdua saling melihat mataharu terbenam. Jonghyeop dihantar oleh Moon dan sepanjang itu mereka bercerita tentang keluarga mereka. Moon hanya memberitahu bahawa betapa dia rapat dengan ayahnya. Tetapi Jonghyeop mula bercerita dari nenek hingga ke ayah,ibu dan adiknya. Walau Moon tidak banyak berbicara dia tetap mendengar dan ketawa bersama. Jonghyeop selesa dengannya.

Fikiran Jonghyeop yang jauh itu terbantut apabila Kavin mula bersuara.

"Woah ni eah dinamakan library.Aku tak pernah masuk di tempat macam ni." katanya sambil mata melilau melihat oerempuan yang sedang takjub dengan ketampanan nya.

"Macam mana kau nak kenal library kalau tiap² hari kau adakan party?" kata Thyme.

Kavin pout

Jonghyeop hanya senyum dan simpan sapu tangan dalam poketnya.

"Ohh kau pakai baju kemeja yang bro aku bagi eah?" tanya Kavin setelah perasan design kemeja yang dipakai Jonghyeop.

Jonghyeop angguk "Ya sebab dia bagi kan.."

"Aku ingatkan kau nak buang. Yelah kelmarin bukan main la korang salah faham itu ini."

Jonghyeop menggaru kepalanya yang tidak berapa gatal. Moon senyum kepada Jonghyeop.

"Ahh sebut pasal bro aku..Jihyo mana eah Moon, Thyme? Aku tak dengar khabar dia sejak kelmarin selepas kita tengok dia macam ada problem. Aku try call dia tak jawab pun."

Moon menggeleng kepala tidak tahu manakala Thyme hanya mengangkat bahu.

"I'm here."

Kavin,Thyme , Moon dan Jonghyeop berpaling. Pelajar disitu menjerit teruja.

Jihyo mendekati mereka sambil tangan di dalam poket. Wajahnya cold dan pandangannya langsung tidak memandang Jonghyeop.

"Sorry aku lambat." kata Jihyo.

"Panjang umur kau bro!!" kata Kavin

"Owh jadi lambat lagi aku nak mati." jawab Jihyo dan kata²nya menyebabkan mereka senyap seketika.

Jonghyeop memandang Jihyo.

Kavin meletakkan tangannya di bahu Jihyo "Eah kau ni cakap macam tu pula..haha.Kau pergi mana hah? Aku call kenapa tak jawab?" tanya Kavin

"Takda saja." jawabnya ringkas.

"Jahat..urm jom guys kita pergi makan?Sekali je jom pergi makan di cafe fakulti  kita..", kata Kavin.

" Jom.."jawab Thyme.

"Hyeop-ah..Jom?" tanya Moon.

Baru sahaja Jonghyeop ingin jawab dicelah Jihyo.

"Just us.No stranger." kata Jihyo lalu keluar.

Kavin dan Thyme saling berpandangan dan mereka turut berjalan keluar dari library.

"Jom?" ajak Moon.

Kenapa dia harus pergi jika Jihyo tidak mahu dia berada di situ. Kenapa harus aku persoalkan hal itu sedangkan aku yang buat dia beriaksi seperti itu.Cold.

"Takpalah Moon sunbae. Saya masih ada assignment yang perlu disiapkan. Lain kali saja ye?" kata Jonghyeop cuba membuat alasan.

Jujur dia cakap yang dia bencikan F4 terutama Jihyo.Tetapi kenapa dia yang berasa bersalah kepada Jihyo?Walhal banyak perkara yang Jihyo lakukan padanya.

••to be continued••

Hye dear♥

Ep 6 done!! Episode 7 Jihyo banyak termenung dan mula menjauhi Jonghyeop.

See you!!👀

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top