E.4

2 minggu kemudian..

"Hyeop-ah.." panggil ayahnya sambil membawa sesuatu di tangan.

Jonghyeop yang sedang melipat baju sambil memasukkannya dalam bag memandang ayahnya.

"Ya appa.."

"Nah kamu punya." kata ayahnya sambil menghulurkan kain berwarna putih.

Jonghyeop ambil dan membuat riaksi bingung.Baju kemeja warna putih yang kelihatan vintage tetapi sesuai dipakai dengan uniform universitinya.

"Kemeja putih??Kenapa appa bagi pada Hyeop?" tanya Jonghyeop sambil mengerut dahi. Padahalbaju kemejanya masih elok.

"Itu baju appa masa mendiang nenek kamu masih hidup. Dia yang belikan baju ni untuk appa masa appa pergi interview kali pertama dulu."

Jonghyeop senyum.Sungguh dia rindukan mendiang neneknya yang amat menyayanginya. Bahkan Jonghyeop selalu mengeluh dan meluahkan segala masalahnya kepada neneknya.

"Tapi kenapa appa bagi pada Hyeop?Baju kemeja yang Hyeop pakai ni okay lagi."

"Ni hadiah dari appa. Appa minta maaf kerana tidak mampu belikan apa² untuk kamu sempena kamu lulus ujian semester lepas tu.."

"Takda apa la appa. Hyeop tak kisah pun lagipun Hyeop just dapat 3.85 je. Bukan 4.0 pun."

Ayahnya mengusap kepalanya sambil berkata "Kamu anak kebanggaan appa dan mama..Dan abang yang baik untuk Hoon. Untuk baju ni kamu simpan dan pakai elok².Yaa?"

Jonghyeop angguk dan memeluk ayahnya. Dia sedih kerana dia harus kembali ke dorm universitinya lagi. Walaupun ia bukan kali pertama harus berpisah tetapi setiap kali dia meninggalkan keluarganya, dia akan berasa berat untuk tinggalkan mereka. Betapa Jonghyeop faham akan kesusahan ibu bapanya untuk menyara dia dan adiknya untuk sampai ke tahap ini. Disebabkan itu Jonghyeop berhasrat untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang dan mendapat pekerjaan yang bagus bagi menyara keluarganya.

Walaupun begitu, ketika dia belajar sekarang , Jonghyeop membuat kerja sambilan ketika dia ada masa ataupun selepas waktu kelas. Dapatla juga dia menghantar duit hasil titik peluhnya sendiri kepada keluarganya.

Sekarang dia baru masuk untuk semester 7. Dia sudah lama siapkan mental dan fizikal bagi menempuhi kesibukkan yang akan dia alami sepanjang sem ini.

Setelah Jonghyeop kemas bagnya lalu dia meminta izin untuk pergi. Seperti biasa dia berjalan dan menaiki bas untuk ke universitinya.

Selepas selamat sampai dia mengemas bajunya di dalam almari di bilik yang dia akan duduki sem ini.
Jonghyeop menghempaskan badannya di atas katil selepas penat mengemas baju.

Dia mengeluh dan memandang siling.
Tiba² kejadian 2 minggu lalu di bar itu muncul di fikirannya. Dengan berani dia melawan kumpulan bitches itu. Dia tahu bahawa group itu takkan biarkan dia dengan begitu sahaja. Tetapi apa yang dia kisah.

"Whatever..apa yang mereka akan lakukan pada aku.Hadap jela untuk s ni!!" Lalu Jonghyeop memejamkan matanya.

***

Song's Mansion

Di kawasan kolam renang.

"Hey girls..How you doing??Huumm??" tanya Kavin kepada dua orang perempuan yang berada di sebelah kanan dan kirinya.

Dua orang perempuan itu senyum malu sambil galak menyandarkan tubuh mereka pada Kavin. Thyme yang berdiri tidak jauh dari situ hanya menggeleng kepala dan meneguk beer.

Moon pula hanya ralit bermain dengan telefonnya. Manakala Jihyo...

Bappp!!

Bunyi seperti sesuatu pecah di atas lantai. Suasana yang tadi bising dengan Kavin dan perempuan² di situ mula senyap. Mereka memandang ke arah Jihyo yang baru sahaja menghempaskan telefonnya ke atas lantai dan menyebabkan ianya hancur.

"Shit!!" sumpah Jihyo lalu menarik perempuan² yang berada di sebelah Kavin dengan kasar. Dia menyuruh perempuan² itu beredar. Lalu dia duduk sebelah Kavin dan mengambil beer untuk diminum.

Kavin mengeluh sambil memandang Thyme. Memberi isyarat kepadanya kerana kelihatan Jihyo tiada mood.

"Kau dah kenapa bro?" tanya Kavin

"Saja..bosan."jawab Jihyo ringkas dan meneguk beer sekali lagi.

Kavin mengeluh berat " Saja??Kau baru je halau girls baru aku! Baru nak try malam ni!!"kata Kavin agak jengkel dengan Jihyo.

"Whatever.." jawab Jihyo malas ingin ambil tahu.

Kavin memegang bahu Jihyo sambil menghentikan tangan kanan Jihyo daripada meneguk beer itu.

"You can tell us bro..You have a problem right??"

Moon, Kavin dan Thyme mengalihkan pandangan mereka kepada Jihyo untuk menunggu luahannya.

Jihyo mengeluh.

"That witch!! Dia suruh aku ikut dia ke London untuk hadiri meeting dia..Aku tak suka la!!"

"Lah..ikut jela lagipun tak lama lagi kita graduate..of course la after this kau yang akan ganti tempat dia. Maybe dia nak kau belajar apa yang patut sebelum.."

"Tapi siapa yang setuju nak gantikan tempat dia?!Like meeting with some weird people yang dah tentu akan jatuhkan kita suatu hari nanti!Macam takda life"

"So kau bagitahu dia macam mana?"

"Aku cakap yang aku ada exam??Then dia cakap hujung bulan 10 ni dia tetap nak bawa aku ke London and tinggal sana terus..Ughhh!!"

Kavin menepuk bahu Jihyo.

"You gonna be a London girl huh?Hahaha.."kata Kavin cuba mengusik Jihyo.

Thyme turut ketawa dan Moon senyum sambil menggeleng kepala.

" Ishh kau ni!!Kau faham tak kalau aku tinggal sana, aku akan tinggalkan korang! Nanti kalau rindu aku salahkan korang sebab tak tolong aku!!"

"Alolololo..manja sangat ni. Alah senang kalau kitaorang rindu tinggal naik private jet Thyme pergi London and jumpa kau di sana.Easy.."

Thyme yang senyum terus pudar.

"Kenapa private jet aku?"

"Kau baru beli kan?Bagi chance aku nak try naik." kata Kavin sambil mengangkat kening kanannya ke arah Thyme.

Thyme pout.

Kavin smirk.

Jihyo hanya ketawa kecil dan menggeleng kepalanya. Walau bagaimanapun masalah yang dia hadapi , akan ada gang nya yang akan menenangkan hatinya yang gusar.

"Anyway bro..phone kau tu dah berkecai.Bukan ke baru beli?" tanya Kavin sambil tunjuk ke arah telefon yang malang itu.

Jihyo hanya memandang sekilas dan meneguk beer. "Oh..aku dah chat Mr.Kim suruh dia beli yang baru."

Kavin hanya mengangguk faham.

Perbualan mereka berhenti disitu dan malam itu diteruskan dengan party. Perempuan yang dihalau Jihyo kembali untuk memeriahkan lagi party malam itu.

Suasana bising itu tidak menghentikan Jihyo dari termenung. Dia memutarkan jari telunjuk di sekitar permukaan gelas wine itu.

Kepalanya masih kusut dan ini menyebabkan dia ingin melihat seseorang menangis dan merayu kerananya.

Wajah lelaki iaitu Jonghyeop muncul di minda nya. Wajah berani dan kata² lelaki itu buat Jihyo suka dengan permainan barunya.

"Sorry dude..but you're the next one." kata Jihyo sambil senyum sinis.

Keesokannya...

Harini ramai pelajar berjalan masuk ke dalam kawasan universiti. Dek kerana hari ini adalah haru pertama bagi permulaan sem baru.

Jonghyeop berdiri di depan pagar sambil menghela nafas. "New day..new problem..again." katanya lalu berjalan masuk.

Betul sangkaannya. Apabila dia masuk sahaja di kawasan fakultinya. Mata² pelajar disitu asyik memandangnya sambil berbisik bisik antara satu sama lain. Ada ayat seseorang membuatkan Jonghyeop tahu akan nasibnya seoanjang sem baru ni. "He's the one right? Who messed up with F4?"

Jonghyeop menggigit bibirnya geram.Dia hanya pertahankan kawannya.

Setelah di sampai di depan lockernya, Jonghyeop masih perasan orang² disitu seakan menanti untuk dia membuka lockernya.

Hyeop membuka locker itu lalu apa yang di sangka..ada di situ. Dia mengambil satu card yang melekat di permukaan lockernya.

Card yang digeruni semua orang. Card yang mengubah hidup seseorang. Red card.

Jonghyeop hanya memandang itu dan fikirannya sudah mula mereka plot apa yang akan terjadi pada dirinya sepanjang sem ini.

Semua orang disitu bersorak seakan gembira melihat Jonghyeop dapat card itu. "Wohooo kalau aku jadi kau, aku simpan elok² card tu!!" kata seseorang disitu.

Jonghyeop menahan geram dek kerana sekarang dia adalah target seterusnya. Dia menghempaskan card itu ke lantai lalu dipijak card itu berkali kali.

"That fucking bitches want to play huh? Okay! Kau nak main..aku on." kata Jonghyeop lalu spit on that card.

Pelajar disitu hanya bersorak. Mereka teruja kerana mangsa kali ni bukan calang². Dan mereka tahu akan ada perlawanan besar yang akan berlaku.

Jonghyeop anggap hari pertama dia akan berjalan dengan lancar..tetapi itu hanyalah imaginasinya. Realiti sangat perit.

Sepanjang hari itu banyak kali dia di sabotaj. Ada yang meletak gam pada tombol pintu lockernya. Ada yang mencurah air di atas pakaian sukannya. Ada juga yang membuang sesuatu yang busuk di dalam meja yang didudukinya. Seminggu dia menahan sabotaj yang dilakukan oleh pelajar² disitu.

Dia terus bersabar sehingga satu tahap yang menyebabkan kesabarannya sudah maximum.

Hari itu dia memakai kameja putih yang diberi oleh ayahnya. Baru sahaja dia keluar dari kelas..Plakk!! Belon yang berisi air warna hitam.Kemungkinan kopi itu dilempar kee arah Jongjyeop dan menyebabkan bajunya hitam.

Setelah itu mereka melemparkan telur busuk ke arahnya. Jonghyeop menyuruh mereka berhenti tetapi siapa dia untuk mereka dengar.

Mata Jonghyeop kemerahan,bukan menangis tetapi terlalu geram dan marah. Semua ini takkan terjadi kalau bukan suruhan dari that Fucking 4!

Setelah semua bersurai, Jonghyeop mengusap bajunya untuk menghilangkan kesan kopi itu malah warna kopi itu semakin rosakkan bajunya.

Jonghyeop menggempal tangannya lalu melihat ke arah telur yang masih tidak pecah di lantai. Dia mengambil telur itu lalu beredar.

"Orang macam ni..perlu diajar!!" katanya sendirian sambil menuju ke suatu tempat.

Dia berdiri di depan pintu yang tertulis F4 Room .

Dia memandang telur ditangannya. Masih tertanya tanya adakah dia patut lakukan ini,??

Sementara itu...

"Bro..kau senyum dari tadi kenapa?" tanya Thyme kerana pelik melihat Jihyo senyum sedangkan dia kelihatan badmood semalam

Jihyo dengan nyaman menyandar di sofa sambil melihat jam tangannya. Seakan menunggu sesuat.

"Ha ah la..Macam kau tunggu sesuatu.Ada apa bro?" tanya Kavin yang turut perasan perubahan kawan mereka itu.

"Wait and see..He's coming." kata Jihyo sambil smirk.

Moon hanya memandang Jihyo dan berfikir sejenak dengan kata² Jihyo.

Thyme dan Kavin sambil memandang antara satu sama lain. Mata mereka meluas dan sedar tentang siapa Jihyo maksudkan.

"You do something..don't you?" tanya Kavin teruja

Jihyo memandang Kavin dan smirk

Thyme yang ketika itu mengalihkan pandangan ke arah pintu terus berkata..

"You mean..him?"tanya Thyme kepada Jihyo sambil tunjuk ke arah seorang lelaki yang basah kuyup.

Kavin, Moon dan Jihyo memandang ke arah pintu. Kelihatan Jonghyeop basah dan bajunya penuh dengan warna yang agak tidak menyenangkan.

Jonghyeop melangkah mendekati ke arah F4 dan berdiri tepat di depan Jihyo. Jihyo membuat ekspresi cool dan berdehem.

" Kalau nak aku maafkan..sudah terlambat. That's not how you treat your senior." kata Jihyo tanpa memandang Jonghyeop.

Kakinya yang bersilang itu membuatkan dia kelihatan angkuh. Jonghyeop mengetap bibir geram.Matanya hanya memandang Jihyo dengan pandangan marah.

Dalam hatinya kalau Jihyo adalah lelaki, sudah lama dia tumbuk habis habisan.

Jihyo yang perasan Jonghyeoo hanya senyap terus dia memandang lelaki itu. Dia melihat dari atas dan bawah. Teruk keadaanya sekarang dan bau yang sungguh busuk.

"It's suit you..a lot." kata Jihyo dengan sinis.

Moon memandang Jonghyeop dengan pandangan kesian. Manakala Thyme dan Kavin hanya enjoy melihat mereka.

Jonghyeop menggempal tangannya.

"You want to apologize or what huh?!" tanya Jihyo hilang sabar apabila Jonghyeop hanya memandangnya tanpa berkelip.

Dengan tiba² Jonghyeop menarik kolar baju Jihyo dan membuatkan badannya terangkat. Dengan keadaan yang agak dekat itu Jihyo meluaskan matanya. Kaku. Wajah Jonghyeop kemerahan kerana tahan marah dan dia mengetap bibir.

"Orang macam kau..tiada tempat dalam hidup aku untuk aku minta maaf! You asked me that's not how i treat my senior..but did you ever ask yourself? That's how you treat your junior?!? Aku hanya pertahankan kawan aku yang dalam kesusahan. Kesusahan yang kau buat!! "

Jihyo hanya memandangnya kaku sambil meneliti wajah Jonghyeop dengan dekat.

"You such a spoiled kid who need an attention!! Kalau kau lelaki sudah lama aku pukul kau...But if you want it try me!..I'll do it." tengking Jonghyeop dan kelihatan dia tahan dari air matanya mengalir.

Jihyo pelik. Kenapa dia beriaksi begitu? Padahal sudah seminggu dia kena macam tu. Tetapi kenapa harini???

Setelah itu Jonghyeop melepaskan kolar baju dengan kasar. Niatnya ingin memecahkan telur itu ke atas Jihyo tapi dia masih fikir betapa dayusnya dia jika lakukan itu kepada seorang perempuan.

Itulaa sifat yang Jonghyeop harap dia tidak dilahirkan seperti itu.Terlalu baik untuk dunia yang kejam.

Jihyo membetulkan kolar bajunya yang dipegang Jonghyeop tadi.

"Aku bukan macam kau..buka mata terus dapat apa yang kau nak. Rasa lapar terus ada orang bawakan makanan. Bosan pakai baju sama, terus ada yang belikan baju baru. Aku dengan kau lain..at least try respect other people yang kalau nak makan dan beli baju kena fikir dua tiga kali!!" kata Jonghyeop lalu melepaskan telur itu di lantai.

Jihyo langsung tidak berkata apa². Malah matanya hanya meneliti keadaan Jonghyeop sekarang. Baju yang habis basah dan wajahnya seakan tahan menangis.

Moon, Kavin dan Thyme hanya senyap memandnag Jonghyeop.

Jonghyeop yang merasa Jihyo tidak akan berdebat dengannya , lalu dia beredar daripada situ.

Setelah dia beredar Kavin membuat bunyi whistle.

"Damn..this time kau cari orang yang tak gentar dengan kau bro!" kata Kavin sambil meletakkan tangan kanannya di dalam poket.

Jihyo tak jawab malah memandang ke arah pintu yang dibuka Jonghyeop tadi.

"That's his favourite shirt huh?"

••to be continued••

Hye dear♥

Ep 4 done!! Episode 5 dah mula sesuatu yang membuatkan Jonghyeop pelik. Perubahan yang ketara...

See you😲


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top