Old Friend
BAB 5
Sejak kejadian serangan pada malam itu, jadual pengawalan semakin ketat. Latihan demi latihan dijalankan pada semua golongan terutama sekali golongan amatur. Ada beberapa lagi kejadian di mana mereka berjaya mengesan kehadiran vampire dan serigala di segenap tempat bagaimanapun tidak berjaya ditangkap. Apa yang melegakan, kedua-dua puak ini tidak bertembung.
Joe tetap berlatih di tempat latihan bersama yang lain. Tapi dia juga mempunyai latihan sendiri di belakang rumahnya. Dia masih lagi memikirkan hal adiknya. Nina seperti sudah boleh menerima. Bagaimanapun dia tidak gembira dengan perkara itu. Dia tahu, dia tiada pilihan lain selain meneruskan hidup.
"Apa yang awak tenung pada benda tu?"
Joe tersentak dari lamunannya apabila Nina berdiri di muka pintu sambil memegang gelas.
"Awak sedar yang awak asyik renung panah tu dari tadi kan?" tanya gadis itu mahukan kepastian sama ada lelaki itu sedar atau tidak.
Joe mengelipkan matanya beberapa kali. Memang benar. Dia kekal dalam posisi di mana panah berwarna perak dipegang dalam keadaan melintang. Matanya pula tajam merenung benda itu. Seolah-oleh menanti ia bergerak.
"Ada apa yang pelik dengan panah ni ke?" Nina berjalan perlahan-lahan mendekati lelaki itu.
Joe menarik nafas panjang. "Saya pun tak tahu. Sam cakap ada sesuatu yang membuatkan panah ni lain dari yang lain."
"Kenapa dia cakap macam tu pula?" Nina masih tidak dapat meneka apa yang pelik dari kenyataan itu.
Joe hanya mengangkat bahunya bagaimanapun berfikir seketika. "Sebenarnya... Masa kami diserang malam tu..."
Nina mengelipkan matanya cuba untuk membuat riak muka tidak kisah. Lelaki itu sudah tidak berahsia dan terlalu mengawalnya lagi. Dan dia tidak mahu itu berubah jika dia menampakkan ketakutannya.
"Kami lepaskan anak panah bertubi-tubi ke arah serigala tu. Ia seperti tak berkesan." Joe cuba mengingati apa yang berlaku malam itu. "Lepas tu... Ini panah terakhir yang ada. Saya bawa satu je. Bila saya lepaskan... Serigala tu mati serta-merta."
Nina mengerutkan dahinya. Cuba untuk mengeluarkan sesuatu untuk dijadikan simpulan bagaimanapun gagal.
"Ia sebenarnya kena tepat di dada serigala tu. Tapi..." Joe mengangkat bahunya lagi. "Tapi Sam tetap cakap ia pelik."
Nina menarik nafas panjang sambil merenung anak panah itu. "Ini panah yang mak selalu guna kan?"
Joe mengangguk. Dia masih ingat lagi dia sentiasa melihat ibunya menyusun semua peralatan memburu mereka.
"Tapi..." Nina menghulurkan tangannya untuk mengambil anak panah itu dari tangan abangnya. "Kenapa pula – Ouch!"
Joe membesarkan matanya. Dia memandang Nina yang yang kini kesakitan melihat jari yang menyentuh panah itu tadi.
"Ia melecur!" pekik Nina sambil melihat kulit pada kulit tangannya.
Joe mengelipkan matanya sambil mencapai anak panah itu. Tiada apa-apa yang berlaku padanya. Nina pula berusaha merawat lecur yang ada pada tangannya itu. Peritnya benar-benar terasa.
"Kenapa –"
TOK! TOK! TOK!
Belum sempat Joe menghabiskan kata-katanya, bunyi ketukan pintu memintas. Serentak mereka memandang ke pintu.
"Saya pergi rawat lecur ni dulu." Nina terus berlalu pergi. Tidak kisah dengan siapa yang ada di muka pintu. Dia tahu, itu mungkin salah seorang pemburu atau orang kampung di situ.
Joe bingkas bangun sebelum berjalan ke pintu dan membukanya. Dia terdiam seketika apabila melihat wajah seseorang yang sudah lama tidak dilihatnya. Seseorang yang dia tidak pernah sangka akan melihatnya lagi.
"Misrah..."
"Awak macam nampak hantu, Joe." Gumam gadis yang berpakaian serba hitam itu. Dia merenung lelaki itu malas.
"Dah lama tak datang sini." Joe membalas. "Lama dah tak nampak. Mestilah kebingungan sikit."
Misrah hanya menggolekkan bebola matanya sebelum melangkah masuk setelah lelaki itu memberi laluan sebagai isyarat untuk dia berbuat demikian.
"Macam mana sekarang?" tanya Joe setelah mereka duduk di ruang tamu rumah itu.
Misrah hanya mengangkat bahunya. "Macam biasa. Hidup kat kampus tu tak lah mengancam nyawa sangat."
Joe hampir menggolekkan bebola matanya mendengar komen gadis itu. Dia tidak pernah berubah sejak kali terakhir mereka berjumpa. Masih sama. Cuma keadaan gadis itu tidak seteruk sebelum ini.
"Saya dengar dua puak tu dah mula masuk kawasan kampung ni." Misrah memecahkan kesunyian yang entah beberapa minit berlalu dihabiskan dengan rasa kekok dan janggal menyelubungi mereka.
Joe tidak perlu bertanya puak mana yang dimaksudkan oleh gadis itu. Memang secara turun-temurun hanya serigala jadian dan vampire yang sentiasa menjadi buruan kampung mereka.
"Ya." Joe mendengus perlahan. "Apa yang mereka nak? Jangan cakap mereka masih fikir-"
"Joe! Saya rasa kita perlu- Misrah?"
Misrah mengelipkan matanya seketika bagaimanapun segera mengukir senyuman manis. "Nina! Tak sangka masa berlalu dengan pantas."
Kali terakhir mereka bertemu seminggu selepas ibu mereka meninggal. Misrah pulang ke situ untuk bertanya khabar sebelum kembali ke bandar dan tidak memunculkan diri lagi di tempat itu.
"Apa awak buat kat sini?" tanya Nina agak kebingungan. Bukan sebab dia tidak suka bertemu gadis itu. Dia hanya terkejut.
"Saya yang panggil dia." Joe menarik nafas panjang. "Nina... Duduk dulu kat sini. Sertai kami."
Nina mengelipkan matanya sebelum duduk teragak-agak di situ. Agak terkejut dengan permintaan abangnya itu. Tidak pernah sama sekali dia dibenarkan menyertai perbualan antara Joe dan Misrah. Misrah pula hanya memandang mereka silih-berganti. Tidak begitu terkejut dengan keputusan lelaki itu.
"Ada apa-apa yang saya perlu tahu ke?" tanya Nina.
Joe menarik nafas panjang. "Misrah... Saya nak awak... Beri tunjuk ajar pada Nina. Mula dari sekarang."
Nina membesarkan matanya memandang Joe. Misrah hanya mengangkat keningnya. Ingin mendengar dengan lebih lanjut apa yang lelaki itu akan katakan.
"Dia..." Joe memandang Misrah sebelum mendengus perlahan. "Dia sama macam awak, Mis."
Dalam banyak-banyak tekaan atau tanggapan yang berada di minda gadis itu, ini bukan salah satu yang ada di dalamnya. Dia tidak menyangka akan mendapat jawapan itu. Joe pernah memberitahunya bahawa dia dapat tahu yang kedua-dua mereka bukan adik-beradik kandung. Semasa kali terakhir mereka berjumpa. Tapi lelaki itu tidak memberitahu mengenai perkara ini padanya.
"Awak..." Nina membesarkan matanya memandang Misrah. "Awak Hybrid? Kacukan serigala jadian dan vampire?"
Misrah tidak menjawab. Matanya masih tertumpu pada Joe. Meminta kepastian mengenai perkara itu.
"Ya." Gadis itu menarik nafas panjang. "Dan sepertinya kita sama kalau Joe tak bergurau dengan saya."
Joe menggelengkan kepalanya. "Saya tak akan bergurau dengan benda-benda macam ni."
"So..." Misrah mengerutkan dahinya. "Ini sebabnya awak risau sangat masa saya lawat hari tu?"
Joe menarik nafas panjang sebelum mengangguk. "Saya tak tahu nak buat apa. Saya benar-benar buntu."
"Dan awak hanya beritahu saya sekarang?" Misrah mengangkat sebelah keningnya sambil berpeluk tubuh.
"Saya tak tahu apa nak buat."
"Joe..." Misrah menarik nafas panjang. "Awak tahu pasal identiti saya dua hari sebelum saya tinggalkan kampung ni yang mana itu berlaku tujuh tahun dulu."
Joe memejamkan matanya seketika. "Macam yang saya cakap... Saya tak tahu nak buat apa. Saya sampai terfikir nak hantar dia ke tempat sama macam awak. Tapi dia masih perlu latihan. Belum cukup kuat untuk dia menjaga diri."
"Itu masih bukan alasan untuk awak tidak beritahu saya." Selamba Misrah membalas dengan nada jengkel.
"Okey! Saya minta maaf. Saya tak cari awak dulu." Joe memandang gadis itu. "Tapi awak kena faham. Sejak saya tahu perkara tu, saya rasa hidup saya dah terumbang-ambing. Identiti saya sendiri pun saya tak tahu, Mis."
Misrah tidak membalas. Bukan kerana terkejut. Tapi cuba menerima alasan itu. Fakta bahawa dia langsung tiada talian darah dengan keluarga yang selama ini disangka sebagai darah dagingnya itu bukan lah baru pada Misrah. Itu satu-satunya perkara yang dia beritahu pada Misrah.
"Jadi..." Misrah menarik nafas panjang. "Ayah awak serigala jadian?"
Joe mengangguk. "Ibu adalah vampire."
Misrah mengangguk-angguk. "Apa yang awak nak buat sekarang?" Dia beralih memandang Nina. "Jelas keadaan bukan seperti yang kamu harapkan."
"Kampung ni dah diceroboh seperti yang awak tahu." Joe bersuara. "Saya tak rasa Nina berada dalam keadaan yang selamat."
Misrah mengangguk bersetuju.
"Awak bukan nak hantar saya tinggal di bandar kan?" Nina merenung abangnya itu tajam.
Joe menggelengkan kepalanya. "Awak dalam perlindungan saya lebih baik. Saya hanya nak Misrah ajar awak segala-galanya mengenai Hybrid."
"Saya boleh ajar dia." Misrah bersuara tanpa keberatan. "Macam mana nak kawal dan sebagainya."
"Adakah saya akan bertukar jadi serigala?" tanya Nina.
Misrah mengangguk. "Hanya... Selepas awak melalui bulan penuh yang mana tidak lama lagi akan datang."
Nina membesarkan matanya. "Bulan penuh?"
"Ya." Misrah menjawab. "Awak kena berada jauh dari tempat lain. Bulan penuh adalah malam buruan bagi serigala. Kita akan jadi terlalu kuat. Menyerang tanpa sedar. Kita tak boleh ada di tempat manusia berada."
"Sekali je kan?" Nina menelan air liurnya. "Lepas tu saya dah boleh kawal?"
"Untuk setiap bulan penuh? Tidak." Misrah menarik nafas panjang. "Bulan penuh bukan malam kesedaran kita. Tapi awak dah boleh bertukar lepas tu. Bila-bila masa awak nak dengan kawalan."
Nina mengangguk-angguk.
"Lepas bulan penuh..." Misrah menyambung. "Sisi vampire awak akan keluar. Awak akan lapar. Untuk darah."
"Saya akan..." Nina membesarkan matanya. "Minum darah."
Misrah mengangguk. "Sampai awak kenyang."
"Sampai bila? Seminggu?" tanya Nina lagi. Tidak mampu membayang dirinya menjadi seperti itu.
Misrah hanya mengangkat bahunya. "Bergantung. Saya berada dalam fasa tu hampir tiga minggu."
Nina tidak mampu menyembunyikan reaksi terkejutnya.
"Saya akan ajar awak dengan lebih lanjut lagi. Mungkin lepas-" kata-kata gadis itu terhenti apabila terpandang sesuatu. "Apa jadi dengan tangan awak?"
Nina memandang tangannya yang melecur tadi. Masih belum sembuh walaupun sudah diletak ubat. "Melecur."
"Awak terpegang sesuatu." Gumam Misrah lalu berpaling ke arah Joe.
"Dia terpegang panah saya." Selamba lelaki itu menggumam.
"Ia bukan setakat panah biasa?"
Joe menarik nafas panjang sebelum mengangkat bahunya. "Saya rasa. Saya pun tak tahu."
Misrah mengerutkan dahinya. "Mana panah tu?"
Joe bingkas bangun kemudian berjalan ke meja di mana anak panah itu diletakkan sebelum menggapainya. "Ni."
Misrah langsung tidak mengeluarkan tangannya untuk menyentuh. Memandang dari jauh sahaja sudah cukup untuk dia mengetahui. "Ia perak."
"Ya." Joe mengangguk. "Sememangnya. Ia dicipta untuk menyerang seriga jadian. Seperti biasa."
"Joe..." Misrah menarik nafas panjang. "Ia untuk membunuh serigala jadian. Tak kira di mana ia tercucuk."
Lelaki itu membesarkan matanya. "A-apa?"
"Ia ada darah pemburu." Gumam Misrah. "Yang dicampurkan dengan darah Hybrid. Ia terus membunuh."
Joe memandang Nina dengan mata terbuka luas yang mana gadis itu juga melakukan hal yang sama.
"Kalau disentuh..." Misrah memandang lecur pada tangan gadis itu. "Ia akan jadi macam tu. Ambil masa untuk sembuh."
A/n: Thank God I'm finally made it. Laptop tak dapat diselamatkan. Duit terbang melayang beli baru. Nak tunggu hard disk laptop lama kena recover tu ambik masa bukan main. Nasib dapat lah jugak. Baru je tadi. Hahaha.
Anyway... Familiar tak nama?? Malas nak jawab untuk korang. Kena fikir sendiri. Sedikit sebanyak dah ada jawapan. Nanti makin berkembang lah tu. Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top