Who's The Enemy?
Bab 23
Shahran berjalan masuk bersama Hadha ke dalam restoran yang amat biasa mereka kunjungi itu. Ia seperti sudah menjadi tempat tetap untuk mereka membincangkan segala kerunsingan yang ada. Seperti biasa mereka akan duduk di sudut paling hujung meja itu bagi mendapat keselesaan. Asyraf menyusul selepas itu memandang dia memandu keretanya sendiri. Mereka membuat pesanan sebelum memulakan semuanya.
"Jadi..." Asyraf memandang kedua-dua kawannya itu. "Ada apa-apa perkara baru yang kamu jumpa?"
Hadha mengangkat bahunya. "Selain daripada doktor pelik tu... Saya tak rasa ada apa-apa lagi."
Asyraf mengukir senyuman sinis di bibirnya. "Kenapa asal cakap pasal dia muka awak jadi merah?"
Hadha melemparkan renungan tajam ke arah lelaki itu. "Awak jangan nak macam-macam."
"Awak ni, Raf..." Shahran turut mengukir senyuman sinis. "Mesti lah dia akan rasa tergerak hati kalau doktor tu asyik mengurat dia."
Hadha memukul bahu lelaki itu pantas dengan wajah merah padam. "Jangan nak mengada-ngada lah!"
Serentak kedua-dua lelaki itu ketawa.
"Tapi kan, Hadha..." Asyraf memandang gadis itu cuba menahan ketawa. "Kalau dah memang terbukti dia tu tak ada kena-mengena dengan semua ni. Maksud saya... Dia memang orang yang baik. Terima je lah. Tak payah nak jual mahal sangat."
Shahran mengangguk bersetuju. "Dia pun kacak bukan main. Kerja pun dah okey. Dah kira pakej tu."
Hadha mengetap giginya kegeraman memandang kedua-dua lelaki itu. "Kamu berdua ni melampau betul."
Serentak mereka ketawa.
"Tapi kan..." Hadha baru teringat sesuatu. "Dia ada cakap sesuatu yang pelik dengan saya."
Asyraf dan Shahran berpandangan seketika kemudian memandang gadis itu dengan dahi yang berkerut.
"Apa yang dia cakap?" tanya Shahran serta-merta.
"Dia cakap dia tak normal."
Kedua-dua lelaki itu hanya berpandangan bingung. Berusaha sedaya-upaya untuk memproses ayat itu.
"Kenapa pula dia cakap macam tu?" Shahran memandang gadis kecil-molek itu lagi masih berkerut.
Hadha hanya mengangkat bahunya. "Kami berbual kejap. Tapi dia mengakui perkara tu pada saya."
"Apa maksudnya?" Asyraf masih lagi berfikir. "Atau pun dia nak cakap dia pun sama macam kamu?"
"Ada darah pun kan?" Hadha mengangkat keningnya. "Masa saya lukakan tangan dia hari tu."
"Habis tu apa pula dia maksudkan dengan perkara ni?" Shahran mengecilkan matanya memandang gadis itu.
"Kalau lah saya tahu." Hadha mendengus perlahan.
Mereka kembali meneguk minuman yang dipesan. Masing-masing masih cuba untuk memikirkan jawapan. Berusaha membuat pelbagai kesimpulan mengenai perkara itu. Apa yang tersirat disebaliknya.
"Tapi hari tu... Saya ada jumpa dengan Jyra lagi."
Serentak Hadha dan Asyraf memandang lelaki itu.
"Jyra??" ulang Asyraf. "Perempuan yang kita jumpa tu? Maksud saya yang ada dengan Rizal tu??"
Shahran mengangguk. "Hari tu dia tunggu Rizal kat tempat kereta. Nak minta hantar balik katanya."
Hadha menarik nafas panjang sambil berpeluk tubuh. "Mereka tu cakap je tak ada apa-apa."
"Cemburu ke?" Asyraf mengukir senyuman sinis yang hanya menerima jelingan daripada gadis itu.
"Macam biasa lah. Banyak sangat perkara mencurigakan yang saya sendiri tak dapat ungkapkan." Shahran menyambung tanpa mempedulikan gurauan mereka. "Saya tawarkan diri untuk hantar dia balik masa tu. Tapi dia berkeras nak Rizal je yang hantar."
"Kan." Hadha mendengus kuat. "Tak nak mengaku hubungan mereka."
Asyraf hanya ketawa melihat gelagat gadis itu.
"Dia cakap rumah dia tak boleh didedahkan." Shahran memandang kedua-dua orang itu. "Hanya Rizal yang boleh ke situ."
Serentak kedua-dua mereka mengerutkan dahi.
"Mungkin kalau ada sesuatu kat rumah dia tu yang dia cuba sembunyikan?" teka Asyraf.
"Apa pula yang dia sembunyikan?" Shahran mengerutkan dahi.
Asyraf hanya mengangkat bahunya. "Kenapa pula dia tak nak awak tahu langsung di mana rumahnya? Jelas ada sesuatu yang tak boleh didedahkan. Mungkin berkaitan dengan awak."
Shahran memandang gelas minumannya. "Saya pun dah tak tahu nak syak apa lagi pasal tu."
Hadha dan Asyraf hanya mampu mengikut apa yang lelaki itu lakukan.
"Tapi ada sesuatu yang lebih penting pasal dia ni."
Serentak kedua-dua mereka memandang Shahran yang masih merenung gelasnya itu sebelum memandang mereka perlahan-lahan.
"Apa dia?" tanya Asyraf yang mula berpeluk tubuh sebelum meletakkan kedua-dua lengan yang berlipat itu di atas meja.
"Ingat tak parut yang kita tegur hari tu?" tanya Shahran. "Parut yang ada kat lengan Jyra mengikut huruf depan namanya tu?"
Hadha dan Asyraf berpandangan seketika cuba mengingati perkara itu.
"Parut yang macam dia toreh sendiri tu kan?" Hadha baru teringat membuatkan Shahran hanya mengangguk-angguk.
"Itu." Asyraf turut mengingatinya. "Kenapa dengan tu?"
Shahran menarik nafas panjang sebelum memandang kedua-dua mereka silih-berganti. "Rizal pun ada parut yang sama."
Serentak kedua-dua mereka terkejut. Hadha membesarkan matanya memandang lelaki itu. Asyraf pula tidak berkelip.
"Rizal??" Asyraf berfikir seketika. "Huruf R lah kat lengan dia?"
Shahran hanya mengangguk-angguk. "Huruf R. Saya nampak jelas ada kat situ. Terukir cantik sama macam parut Jyra."
Asyraf kelihatan mula berfikir dengan dahi yang berkerut. Berusaha mencari jawapan mengenai itu. Hadha turut berbuat demikian.
"Saya tak tahu benda tu untuk suka-suka..." Shahran mengangkat bahunya. "Atau parut berpasangan atau apa. Saya tak boleh pastikan."
"Ataupun itu lambang kumpulan mereka."
Serentak Hadha dan Shahran memandang Asyraf yang sudah memandang mereka dengan wajah serius.
"Apa maksud awak??" Hadha mengerutkan dahinya. "Kumpulan?"
Asyraf mengangguk-angguk. "Mungkin mereka ada kumpulan tersendiri dan itu lambang menandakan mereka ahli."
"Kumpulan jenis apa pula?" tanya Hadha.
"Dulu ada jenis kumpulan samseng." Asyraf mengangkat bahunya. "Tanpa jika awak ahli kumpulan, akan ada bekas lecur puntung rokok pada bahu."
Hadha membesarkan matanya. "Melampau sangat benda macam tu."
Asyraf hanya mengangguk. "Tapi kenyataannya memang ada jenis-jenis macam ni. Mungkin kes yang sama pada mereka."
"Mustahil lah kan Rizal dan Jyra ni akan ikut kumpulan macam tu." Hadha menggolekkan bebola matanya.
"Mungkin jenis kumpulan lain." Asyraf masih mempertahankan tekaannya. "Kita tak tahu."
"Tapi parut mereka tu terbentuk cantik lah." Shahran masih berfikir. "Nampak betul macam bukan ditoreh."
Serentak Hadha dan Asyraf mengangkat bahu.
"Masih tak dapat buat andaian untuk tu." Ujar Asyraf. "Peliknya kat sini parut mereka sama. Dan bukan parut yang terukir sebab luka atau kemalangan. Parut yang berbentuk huruf depan nama sendiri. Jadi tak boleh nak pastikan."
Serentak mereka semua mengeluh. Tiada apa yang dapat diteka pada saat ini. Tiada kesimpulan yang boleh dibuat.
"Ada lagi yang lebih penting."
Giliran Asyraf pula yang menjadi perhatian. Lelaki itu masih lagi kekal dengan wajah seriusnya.
"Saya ada terdengar perbualan Adrian dengan seseorang di telefon."
Serentak kedua-dua mereka membesarkan mata memandang lelaki itu yang hanya mengangguk sebagai balasan.
"Mereka sepertinya dah perasan mengenai hal ni!"
Langkah Asyraf terhenti serta-merta mendengar suara itu. Dia segera mendekatkan diri pada dinding sebelum bergerak ke hujung dengan penuh berhati-hati. Dia cuba mengintip dan ternyata tekaannya tepat. Adrian kini sedang berdiri dalam keadaan gelisah dengan telefon bimbit melekat pada telinganya.
"Awak nak saya buat macam mana lagi??" suara lelaki itu semakin meninggi. "Kalau mereka tahu macam mana?!"
Asyraf mengerutkan dahinya mendengar dengan jelas perbualan itu. Berusaha menahan diri daripada melangkah keluar dan mencari tahu semua perkara. Dia hanya mampu memproses semuanya dalam minda.
"Awak nak saya serang mereka?! Bukan kah awak dah hantar orang untuk serang mereka sebelum ni?!"
Asyraf tersentak serta-merta seolah-olah satu renjatan elektrik terkena tepat di jantungnya. Serang?
"Baiklah!" Adrian menderam ketika berpaling. Dia langsung tidak menyedari kehadiran orang lain di situ. "Saya akan cuba semampu boleh."
Asyraf menggenggam erat buku limanya. Tidak tahu apa yang perlu dibuat lagi saat ini. Dia benar-benar bergelut dengan dirinya sendiri sama ada hendak keluar dari persembunyian itu atau tidak.
"Lagi satu..."
Asyraf memandang lelaki itu lagi dari balik dinding itu. Memasang telinga dengan teliti untuk setiap percakapan.
"Sepertinya ada orang lain berada dalam misi ini."
Asyraf mengerutkan dahinya.
"Saya dapat rasakan ada orang lain yang sentiasa masuk campur dalam setiap misi saya." Ujar Adrian.
Asyraf membesarkan matanya mula berfikir.
"Awak betul-betul dah pasti Shanty tu dah dihapuskan ke??"
Kali ini, Asyraf betul-betul mengeras di tempat persembunyiannya. Matanya terbuka luas tidak mampu dikelipkan.
"Kalau macam tu baiklah." Adrian mengangguk ketika bercakap. "Pastikan 'dia' jalankan misinya juga."
Hadha dan Shahran hanya mengeras di tempat mereka duduk dengan mata yang terbuka luas memandang lelaki itu. Tidak tahu reaksi apa yang harus diberikan. Tidak tahu apa yang harus dikatakan.
"Pu... Puan Sha... Shanty..." Shahran hanya mampu menggumam tidak dapat menghabiskan kata-katanya.
Asyraf hanya mengangguk-angguk tunduk. "Ada kemungkinan dia... Dia dah 'dihapuskan'."
"Tapi saya ada jumpa dia sebelum ni." Ujar Shahran.
"Tapi itu dah lama." Asyraf mendengus lembut. "Kita tak tahu apa keadaannya saat ini."
Shahran tertunduk memandang meja. Tidak mampu fokus untuk perkara lain. Dia hanya memikirkan bagaimana keselamatan wanita itu.
"Jadi Adrian dalam misi."
Serentak kedua-dua lelaki itu memandang Hadha yang kini turut tunduk memandang meja sebelum mendongak memandang mereka.
"Saya tak tahu apa misinya. Tapi saya tahu kita berkaitan."
Shahran tidak membantah kerana beranggapan perkara yang sama. Begitu juga dengan Asyraf.
"Apa yang menjadi perkara utama kat sini..." Asyraf memandang kedua-dua kawannya itu silih-berganti. "Ada orang lain berada dalam misi yang sama dengan dia ni tengah menjalankannya."
"Maknanya..." Shahran menarik nafas panjang. "Ada orang lain kat kampus yang kita perlu berwaspada."
"Tak guna." Hadha mengetap giginya ketika menggumam. "Keadaan sekarang menjadi lebih misteri."
"Lagi satu kat sini..."
Serentak Shahran dan Hadha kembali memandang Asyraf yang hanya membalas pandangan mereka.
"Sepertinya ada orang yang masuk campur."
Serentak mereka tersentak baru teringat akan perkara itu.
"Ya." Ujar Shahran. "Walaupun perkara tu tak pasti lagi. Tapi kemungkinan tetap ada."
Hadha mendengus perlahan. "Sekarang ni kita betul-betul tak boleh pastikan siapa yang baik dan yang tak."
A/n: Hah kan!! Dah start dah penyakit nak buat cerita lain ni. Idea baru byk pulak mencurah-curah. Idea nak habiskan current story tak datang2. Apa lah nasib. Anyway. Berbalik kepada cerita. Best pulak tambah suspen byk2 ni kan. Hahahaha. Biar teka byk2 juga. Baru je nak teka satu dah datang persoalan baru. Hahaha. Apa la nasib. Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top