Warning

Bab 19


Memandu di jalan yang sunyi pada malam hari itu agak menyenangkan. Jam sudah menunjukkan pukul 12.24 a.m. Tidak begitu banyak kereta dan jalan raya agak lengang. Dia langsung tidak dapat melelapkan mata atas sebab yang dia sendiri tidak tahu. Oleh sebab itu, dia mengambil keputusan untuk keluar memandu sebentar.

Kereta miliknya membelok ke kiri apabila melihat sebuah kafe kecil berdekatan masih lagi buka. Dia sempat lagi membaca papan tanda yang menunjukkan '24 jam' berlampu warna merah jambu menandakan ia sememangnya buka. Dia memutuskan untuk menghabiskan masa di situ buat saat ini.

Shahran segera mencapai jaketnya yang diletakkan di kerusi penumpang sebelum keluar dari kereta selepas mematikan enjin. Dia mengunci kereta itu kemudian berjalan masuk ke kafe kecil yang sebenarnya buat pertama kali dikunjungi. Dia memandang sekeliling. Reka bentuk kafe itu sangat unik. Walaupun kecil, tetapi ia menenangkan.

Shahran segera berjalan menuju ke kaunter. Pekerjanya hanya ada beberapa orang sahaja.

"Selamat datang. Nak pesan apa.?" Ucap gadis bertopi di kaunter itu dengan sopan penuh mesra.

"Hmmm..." Shahran berikir seketika sambil membaca menu yang ada. "Beri saya coklat panas je."

"Okay." Gadis itu mengangguk sambil menekan sesuatu pada mesin tunai sebelum pergi ke belakang untuk membuat apa yang dipesan.

Shahran menunggu dengan tenang sambil memerhati setiap sudut kafe itu. Jika ada orang melihat dan tidak masuk ke dalam, mereka pasti menyangka bahawa ini adalah salah satu kafe seperti di England atau Amerika. Tapi hakikatnya ia berada di sini. Keadaannya amat baik dan mudah.

"Coklat panas."

Shahran segera mencapai gelas minuman yang dibalut dengan tisu itu. Dia membayar dan mengambil baki sebelum berjalan mencari meja yang kosong. Dia mengambil termpat di suatu sudut paling hujung berdekatan tingkap. Melihat keadaan di luar, baru lah dia perasan hujan sudah turun.

Dia kini bersyukur kerana memesan minuman yang panas. Melihat keadaan di luar dari sudut itu agak menenangkannya. Memikirkan terlalu banyak masalah yang mula menghantui dan membuatkan dirinya tidak senang pada kebelakangan ini. Dia memerlukan saat-saat seperti ini sekali-sekala.

Akan tetapi, dia tidak pernah akan dapat berhenti memikirkan semuanya walau sesaat pun. Dia agak kagum dengan Hadha. Walaupun gadis itu kini sudah hidup sendiri, dia agak berdikari dan tahu apa yang seharusnya dilakukan. Jika dia tidak bertemu dengan gadis itu, dia tidak tahu sama ada dia boleh teruskan semuanya seperti sekarang ini atau tidak. Sama ada dia sudah mula menyiasat atau tidak.

Asyraf benar-benar tidak mengkhianati kepercayaannya. Lelaki itu benar-benar membantu mereka dalam apa jua situasi. Menyimpan rahsia mereka dengan baik dan sentiasa berhati-hati. Dia tidak menyesal memberitahu lelaki itu segala-galanya. Walaupun dia tahu Asyraf adalah normal, tapi dia tidak merasa keseorangan.

Mikha menjadi satu hal kepadanya. Gadis itu sudah mula curiga dengan setiap pergerakannya. Gadis yang menyebabkan dia kehilangan kawan baiknya. Gadis yang dicintainya selama bertahun-tahun. Dia tidak mahu kehilangan gadis itu. Akan tetapi, jika dia berterusan menyimpan rahsia, gadis itu pasti akan semakin jauh.

Anas masih lagi tidak bertegur dengannya. Akan tetapi, kebelakangan ini lelaki itu sudah tidak mengganggunya lagi. Sebelum ini pasti ada sahaja yang Anas lakukan menyakitkan hatinya. Perkara ini agak merisaukan. Bukan dia tidak senang bahawa Anas sudah tidak mengganggunya. Tetapi dia takut. Sepertinya Anas sudah benar-benar putus asa dengan persahabatan mereka. Sepertinya lelaki itu sudah membuang Shahran dan Asyraf jauh-jauh dari hidupnya.

Berkenaan doktor baru itu pula, Rizal, masih lagi ada sedikit kecurigaan. Masih belum diketahui apa motifnya berada di kampus itu. Hadha menjadi pencungkil rahsia mereka. Oleh kerana Rizal asyik mengajak gadis itu keluar, Hadha dapat bertanya apa-apa yang patut. Bagaimanapun seringkali dibidas semula oleh lelaki tampan itu. Rizal seringkali menunjukkan minat terutama pada Hadha. Tapi gadis itu menekankan bahawa tiada apa yang pelik. Sepertinya Rizal sememangnya berminat padanya.

Dan kini gadis itu. Gadis yang belum lagi diketahui identitinya. Gadis yang bertemu dengan Shahran. Berlanggar dengannya. Tujuannya ke kampus itu adalah untuk mencari Rizal. Tapi kenapa perlu ke situ.? Kenapa tidak berjumpa di tempat lain.? Ini yang merunsingkan.

Shahran meneguk coklat panas itu sambil mendengus perlahan. Tidak tahu hendak menyimpulkan bagaimana keadaan mereka. Dia segera memandang sekeliling.sudah hampir kosong kedai itu. Hanya tinggal dia menjadi pelanggan dan seorang lagi yang sedamg duduk di meja bertentangan dengannya. Seseorang yang sedang memakai serba hitam dan menyelubung kepalanya.

Shahran tidak dapat menahan dirinya daripada memerhati orang itu. Kerana sepertinya dia juga sedang memandang ke arah Shahran. Apabila mata mereka bertemu, barulah Shahran tersentak. Dia mengenali orang itu.

Orang itu sepertinya tidak memberi sebarang reaksi yang lain. Seolah-olah sudah tahu Shahran berada di situ agak lama. Mata Shahran semakin terbuka luas apabila orang itu bangun perlahan-lahan sambil membawa minuman yang diminumnya sebelum duduk betul-betul di hadapannya.

"Hai, Shahran..."

Suara yang cukup dikenali. Suara yang sebelum ini sentiasa didengarnya. Suara yang sudah lama menghilang.

"Puan... Shanty."

"Saya lebih suka kalau awak panggil saya Shanty je." Wanita itu tersenyum tanpa mengalihkan penyelubung kepalanya.

"Hmmm..." Shahran tidak memberi sebarang komen. Tidak tahu sama ada perkara itu bersesuaian atau pun tidak.

"Apa khabar, Shahran.?" Puan Shanty seperti tidak mengelipkan matanya lagi memandang lelaki itu.

Shahran kelihatan teragak-agak. Seperti tidak menyangka soalan itu akan terpacul keluar. "Baik."

"Apa awak buat keluar malam-malam macam ni.?" Tanya Puan Shanty dengan nada yang mencurigakan.

"Soalan yang awak pun patut jawab." Selamba Shahran membalas.

Puan Shanty tergelak kecil mendengar jawapan seperti sindiran itu. "Benar apa yang dia cakap. Awak dah mula lain."

Shahran mengangkat sebelah keningnya. Lebih tertarik dengan perkataan 'dia' berbanding 'lain'. "Ada seseorang yang memerhatikan saya untuk awak ke.?"

Riak wajah Puan Shanty tiba-tiba sahaja berubah.

"Kenapa awak tiba-tiba berhenti dari menjadi doktor kat kampus tu.??" Shahran mula bertongkat pada meja sambil berkerut memandang wanita itu. "Jangan cakap sebab dah bersara sebab awak masih muda untuk itu."

Puan Shanty sepertinya tidak memberi sebarang reaksi pada apa yang lelaki itu lakukan seolah-olah dia sudah sedia maklum.

"Ada sesuatu yang saya perlu tahu ke.?" Shahran cuba mengembalikan nada suaranya pada sediakala. "Ada sesuatu yang awak tahu mengenai saya.?"

Puan Shanty tidak segera membalas. Sebaliknya mengambil peluang ini untuk meneliti wajah dan setiap inci sudut anggota badan lelaki itu.

"Terlalu banyak perkara aneh berlaku sejak awak berhenti secara tiba-tiba." Shahran memberitahu.

"Belum masanya untuk awak tahu semuanya, Shahran." Puan Shanty bersuara pada akhirnya.

"Jadi, bila masanya akan tiba.??" Shahran merenung wanita itu agak bengang. "Perlu ke saya beritahu semuanya satu-persatu apa yang dah berlaku.?"

Puan Shanty melepaskan keluhan kecil. "Saya tak dapat nak beritahu awak sebab saya pun masih belum ada jawapan yang lengkap."

Shahran segera bersandar pada kerusinya sambil mendengus kuat.

"Apa yang saya boleh beritahu awak..." Puan Shanty memandang lelaki itu sayu. "Awak perlu berhati-hati."

Shahran memejamkan matanya. Sudah lali mendengar arahan atau amaran yang diberikan. Baginya semua itu langsung tidak cukup. Tidak cukup untuk dia menenangkan atau menghentikan dirinya daripada meneruskan apa yang dia sedang lakukan. Itu belum cukup menjawab semua soalan yang dia perlukan.

"Saya janji pada awak, Ran..."

Shahran kembali membuka matanya lalu memandang wanita itu.

"Saya akan beritahu pada awak bila semua jawapan yang awak perlukan dah lengkap." Ujar Puan Shanty.

"Awak tengah menyiasat juga ke sekarang ni.?" Shahran mengecilkan matanya merenung wanita itu.

Puan Shanty tersengih kemudian menggelengkan kepalanya. "Saya hanya mencari orang yang tahu."

Shahran masih mengerutkan dahinya bagaimanapun tiada soalan yang berjaya dikeluarkan dari mulutnya.

"Sekarang hidup saya pun tak selamat."

"Sebab tu awak berhenti.?" Shahran mengangkat sebelah keningnya.

Puan Shanty mengangguk-angguk. "Terlalu banyak orang datang ke kampus tu semata-mata nak memburu saya."

Shahran membesarkan matanya. "Adakah awak juga..."

"Kalau awak nak cakap saya 'sama' macam awak, bukan." Puan Shanty menjawab tenang. "Saya tak sama. Tapi bahaya yang ada pada saya sama macam awak. Mungkin lebih bahaya."

Shahran menelan air liurnya. "Apa sebenarnya..."

"Suatu hari nanti, Shahran." Puan Shanty memintas lalu bingkas bangun. "Segala-galanya akan terjawab. Tolong berhati-hati untuk setiap langkah yang awak ambil. Ingat benda ni."

Shahran hanya duduk tercengang apabila wanita itu berjalan keluar sambil membetulkan jaket dan menyelubung kepalanya. Dia menjenguk ke tingkap melihat Puan Shanty langsung tidak takut terkena hujan sebelum hilang dari pandangan.

--------------------------------------------------------------

Asyraf, Shahran dan Hadha berjalan beriringan merentasi setiap koridor itu dengan wajah yang agak tegang. Situasi yang mereka tuju hanya diketahui oleh mereka. Mereka kini sedang membincangkan sesuatu yang serius. Sesuatu yang sememangnya menjadi topik perbualan mereka bersama.

"Jadi, maksudnya..." Hadha masih lagi mengekalkan wajah yang serius. "Selepas dia tiada... Kita pula dalam bahaya menggantikannya."

Shahran sudah menceritakan segala-galanya. Tentang pertemuannya bersama Puan Shanty lewat tengah malam itu.

"Saya tak tahu." Shahran melepaskan keluhan panjang. Sudah terlalu penat untuk memberikan sebarang pendapat.

"Pada pendapat saya..." Asyraf mencelah. "Saya tak rasa macam tu."

"Kenapa pula.??" Hadha mengerutkan dahinya memandang lelaki itu.

"Kalau kamu gantikan dia..." Asyraf cuba menyusun ayat. "Kenapa keadaannya tak sama dengan kamu.?? Maksud saya dia tak aneh macam kamu."

"Tapi kenapa pula dia diburu sama seperti kami.?" Shahran mengangkat keningnya memandang lelaki itu.

"Mungkin ada sesuatu yang mereka nak kan dari dia." Asyraf meneka. "Kita tak tahu. Situasi kamu sangat sukar untuk diteka."

"Mungkin kita masih perlu teruskan semuanya." Hadha mengangkat bahunya dengan selamba.

"Sebab tu saya cakap..."

"Dah lama kot, Rizal..."

Suara itu menghentikan langkah mereka serta-merta. Ketiga-tiga mereka mengeras di posisi masing-masing. Suara perempuan yang kedengaran jelas itu membuatkan mereka berpandangan sesama sendiri.

"Dah saya sendiri yang bergerak. Nak buat macam mana." Kedengaran suara doktor muda itu menjawab.

"Susah sangat ke tugas ni.?" Suara gadis itu bertanya lagi.

Shahran yang sudah tidak tahan mengatur langkahnya perlahan-lahan untuk mengintip dari celah pintu klinik kampus itu yang sedikit terbuka.

"Ia agak berlainan dari tugas yang lain." Selamba suara Rizal membalas. "Tak lah susah sangat."

Shahran tersentak apabila dia dapat melihat dengan jelas wajah pemilik suara yang sedang bercakap dengan Rizal sekarang ini. Dia membesarkan matanya kemudian berpaling memandang Hadha dan Asyraf.

"Perempuan yang cari Rizal hari tu."

Mendengar kenyataan itu, Asyraf dan Hadha segera mendekatkan diri untuk melihat ke dalam klinik itu. Rizal sedang duduk bertenggek di atas meja. Manakala gadis tinggi lampai yang berambut panjang itu sedang berpeluk tubuh berdiri memandangnya.

"Awak perlukan bantuan ke.?" Tanya gadis itu sambil mengecilkan matanya memandang Rizal.

Rizal menarik nafas panjang. "Cukup setakat awak kat sini je kot."

Gadis itu tersengih. "Mungkin tugas kali ni sangat berbeza dengan tugas kita yang lain."

"Mungkin." Rizal mengangkat bahunya. "Saya cuma harap semuanya berjalan lancar. Tanpa perlu saya berselindung."

"Awak sedang berselindung ke.?" Gadis itu mengangkat sebelah keningnya memandang Rizal.

Lelaki tampan itu menggelengkan kepalanya. Shahran kembali memandang kedua-dua kawannya itu. Tidak tahu apa yang perlu dikomen setakat ini. Terlalu susah untuk diramal apa yang mereka sedang cakapkan.


A/n: Dapat update jugak. Huhuhu. Macam-macam halangan nak update cerita sekarang ni. Dah lah banyak nafsu nak start cerita baru. Mood and masa pulak buat hal. Hahahaha. Btw, cerita HUNTERS saya dah start publish. Tapi memang lambat sikit lah sebab saya update bergilir-gilir dengan cerita. So, faham-faham lah. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top