The Suspicious Doctor

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Shahran above

BAB 9


Shahran duduk di atas katilnya setelah selesai memberus gigi pada malam itu. Dia memandang sekeliling. Teringat kejadian di mana ada kelibat yang pernah berdiri di situ. Sehingga kini dia tidak tahu siapa kelibat itu dan apa tujuannya. Ia pernah datang dua kali lagi selepas malam itu bagaimanapun Shahran tidak dapat mengesan apa-apa.

Kebelakangan ini Shahran merasakan hidupnya tidak selamat lagi. Pelbagai perkara bahaya dan aneh sedang berlaku di sekelilingnya dan secara langsung atau tidak, ia pasti akan terlibat dengan dirinya. Dia tidak pasti apa yang harus dilakukan. Banyak persoalan mula menghantuinya.

Segala kebenaran yang diberitahu kepadanya oleh Encik Masran pada hari itu masih menghantuinya. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dia ingin mula mencari tahu semuanya tetapi tidak tahu hendak mula dari mana. Dia mula curiga terhadap dirinya sendiri. Siapa doktor yang mengesan keanehan pada dirinya itu? Dia perlu meminta jawapan daripada orang itu.

Gadis itu. Gadis yang pernah membantunya sebelum ini. Yang pernah melihat keanehan dan kepelikan yang ada pada dirinya. Dia langsung tiada peluang untuk bertemu dan bercakap dengan gadis itu lagi. Dia tidak tahu hendak mencari ke mana. Jika dia sudah melihat gadis itu, ia akan menghilang dengan cepat.

Adrian pula masih dengan perangai anehnya. Sepertinya lelaki itu berminat dengan latar belakang kehidupan Shahran. Wajahnya terlalu sukar untuk dibaca. Kekuatannya juga membuatkan Shahran berfikir panjang. Lebih-lebih lagi dia melihat lelaki itu di majlis percubaan permainan video itu baru-baru ini.

Dan doktor baru itu. Lelaki dengan wajah selamba yang masih tidak diketahui identitinya. Yang masih lagi misteri. Lelaki ini yang paling mencurigakan bagi Shahran. Banyak perkara yang menimbulkan rasa tidak sedap hati padanya. Dia masih tidak tahu apa tujuannya doktor itu menggantikan tempat Puan Shanty yang juga tidak dapat dipastikan kenapa dia berhenti.

Shahran mendengus kuat. Semua perkara ini benar-benar mengganggunya sekarang ini. Entah kenapa satu-persatu perkara yang aneh mula berlaku. Dia tidak tahu apa yang sudah terjadi saat ini. Di mana kebenarannya juga tidak dapat dipastikan.

TRUUT!! TRUUT!!

Shahran tersentak dari lamunannya. Bunyi dan getaran telefon bimbit itu benar-benar menariknya kembali ke dunia nyata.

TRUUT!! TRUUT!!

Shahran segera mencapai telefon bimbitnya dari atas meja betul-betul di sebelah katilnya. Nama gadis yang paling dicintainya terpapar pada skrin hadapan menyebabkan dia tersenyum sebelum menyambut panggilan itu.

"Hello."

"Hello, Ran..."

"Ya, Mikha..."

"Dah tidur ke.? Saya tak mengganggu kan.?"

Shahran tersenyum mendengar pertanyaan gadis itu penuh rasa kebimbangan. "Tak. Tak mengganggu pun."

"Tak sempat nak ucap selamat tinggal dengan awak hari tu..."

Shahran tergelak. "Saya balik dulu. Memang tak sempat."

"Asyraf ada beritahu awak dah balik." Mikha bersuara di talian. "Saya harap tak ada apa-apa yang berlaku."

"Tak ada. Jangan risau." Shahran menjawab masih tersenyum sendiri.

"Bagus lah."

"Hmmm..."

Keadaan sunyi sepi seketika. Masing-masing mereka tidak bersuara. Buat seketika, Shahran menyangka bahawa gadis itu sudah memutuskan talian. Bagaimanapun bunyi Mikha sedang bernafas menyebabkan dia masih melekatkan telefon bimbit itu pada telinganya.

"Anas ada bercakap dengan saya..."

Kenyataan itu menyebabkan Shahran tersentak. Dia terkaku seketika dalam posisi itu. Senyumannya hilang serta-merta.

"Dia bercakap dalam keadaan normal dan biasa selepas kejadian tu buat pertama kalinya."

Shahran masih terdiam tidak bersuara. Memang benar. Sejak pergaduhan mereka, Anas tidak akan melayan atau bercakap dengan baik terhadap mana-mana orang yang berada di pihak Shahran.

"Dia ada tanya pasal kita juga. Tak ada pula dia nak marah-marah. Macam dia dah dapat terima benda ni. Tak kisah langsung..."

Shahran mengerutkan dahinya. "Habis tu apa yang dia masih tak puas hati dengan saya.?"

"Itu saya tak tahu." Mikha mendengus perlahan dari dalam talian. "Saya ada tanya dia pasal benda tu... Dia nak tak nak je jawab."

Shahran berfikir seketika. "Dia memang tak jawab soalan tu.?"

"Awak buat dia hilang sesuatu..."

Shahran terkedu seketika.

"Saya tak tahu kalau itu boleh dikira sebagai jawapan."

Shahran mengeluh perlahan. "Saya tak tahu apa, Mikha. Dia tak cakap apa-apa pada saya. Saya tak tahu."

Mikha kedengaran turut sama mengeluh. "Saya cuma harap kamu dapat pulihkan hubungan kamu."

"Saya harap dia nak kan benda yang sama." Shahran mengangkat bahunya walaupun hakikat Mikha tidak akan dapat melihat.

"Dia takkan bertanya pasal awak kalau dia tak nak benda yang sama."

"Habis tu kenapa dia kerap cari pasal daripada membetulkan semuanya.??" Shahran bersuara hampir marah.

"Awak kena bincang dengan dia untuk tahu benda ni." Mikha menjawab. "Saya tahu semuanya akan berubah."

Shahran menarik nafas panjang. "Saya tak tahu kalau ia berhasil."

"Awak cuba lah dulu."

Shahran berdiam diri seketika. Cuba mencari jawapan yang sesuai. "Tengok lah macam mana nanti."

"Baiklah." Mikha bersuara lembut. "Saya nak tidur dulu. Jumpa kat kampus."

"Okey."

"Love you."

Shahran tersengih sedikit. "Love you too."

Mikha turut tergelak sebelum memutuskan talian. Shahran masih lagi tersengih ketika meletakkan telefon bimbitnya di atas meja semula. Wajahnya bertukar serius apabila mengingatkan perbualan mereka sebentar tadi mengenai Anas.

Apa sebenarnya yang telah dia lakukan sebelum ini terhadap lelaki itu dia juga tidak tahu. Dia memang ingin memulihkan hubungan mereka semula. Tapi dia tidak tahu bagaimana caranya. Nampaknya Mikha bukan lagi sebab sekarang ini. Dia semakin buntu. Dia tidak tahu apa yang dia sudah ambil dari lelaki itu.

--------------------------------------------------------------------

Shahran menguap panjang ketika melintasi koridor itu. Entah kenapa dia rasa sangat mengantuk pada hari itu. Sedangkan dia tidur dengan nyenyak dan cukup pada malam sebelumnya. Kebelakangan ini, dia merasakan hidupnya agak tidak menentu dengan segala hal yang aneh berlaku.

Saat ini, dia cuba mengelak dari semua perkara yang akan membahayakannya. Dia tidak tahu kenapa keanehan dalam dirinya itu membuatkan dia merasa terancam. Dia juga masih tidak tahu kenapa perkara aneh itu berlaku padanya. Dia sudah tidak tahu apa yang harus dia fikirkan.

"Saya dah tahu..."

Suara itu menyebabkan langkah Shahran terhenti serta-merta ketika dia hampir membelok di hujung koridor. Dia segera menjenguk sedikit untuk melihat siapa pemiliknya dengan penuh berhati-hati.

"Masih tak ada apa-apa yang pelik."

Shahran mengecilkan matanya apabila terpandang lelaki tinggi lampai dengan rambut ikal itu. Doktor baru yang masih meninggalkan kecurigaan dalam dirinya. Doktor baru yang masih tidak diketahui identitinya. Doktor itu kini sedang memandang keluar tingkap betul-betul di hadapan klinik kampus itu sambil berbual di talian dengan seseorang.

"Tak ada. Dia masih dalam keadaan normal. Rasanya dia masih belum tahu apa-apa pasal identitinya."

Ayat itu membuatkan Shahran tersentak tanpa dia tahu kenapa dia terasa mengenai perkara itu.

"Ya... Dia masih berkelakuan seperti biasa."

Shahran benar-benar ingin tahu siapa yang lelaki itu maksudkan. Siapa orang yang berbual dengannya di talian dan semuanya.

"Ya. Saya ada datang ke pameran permainan tu."

Shahran membesarkan matanya. Dia cuba mendengar dengan jelas bagaimanapun agak sukar kerana dinding tempat dia berlindung berada sedikit jauh dari kawasan di mana doktor itu sedang berdiri.

"Saya masih dalam usaha mengkaji." Doktor itu menarik nafas panjang. "Banyak perkara yang saya perlu kaji."

Kaji? Shahran berfikir sendirian. Apa yang doktor itu hendak kaji? Apa kaitannya dengan pembukaan permainan itu?

"Saya tak pasti." Doktor itu bersuara lagi. "Terlalu banyak connection yang ada. Saya tak tahu sama ada saya perlu minta bantuan kawan-kawan saya yang lain atau macam mana untuk kes ni."

Shahran semakin ingin tahu. Kawan-kawan? Adakah doktor itu bukan bekerja sendiri? Apa tujuannya?

"Saya akan cuba lagi. Tapi saya dah tahu siapa yang sama dengan dia."

Sama? Sama dengan siapa? Apa yang doktor itu sedang cakapkan? Shahran semakin ingin tahu. Ingin sahaja dia menyergah dan bertanya mengenai segala-galanya kepada doktor itu.

"Baiklah. Saya akan beritahu lagi jika ada apa-apa yang berlaku."

Memang jelas. Memang jelas menunjukkan ada sesuatu yang doktor itu lakukan di situ. Tapi dia tidak tahu apa.

"Shahran..."

Shahran tersentak. Kenapa namanya tiba-tiba disebut? Adakah dia yang sedang dicakapkan oleh doktor itu di dalam talian. Ketika dia memandang untuk mengintai lagi, doktor itu sudah memandangnya. Telefon bimbit itu sudah diturunkan. Ternyata dia sebenarnya dipanggil.

"Ah..."

"Apa awak buat kat situ.?" Doktor itu mengecilkan matanya memandang Shahran penuh kecurigaan.

Shahran segera keluar dari tempat persembunyiannya. Dia sudah hanyut dengan perdebatan dirinya sendiri sehingga dia tidak sedar bahawa dia sudah tertangkap sedang mengintai.

"Awak datang nak ke klinik ke.?" Doktor itu bertanya masih dengan riak muka yang mencurigakan.

"Er..." Shahran cuba memikirkan ayat yang sesuai untuk menjawab. "Saya nak bincang sesuatu dengan doktor."

Doktor itu mengangkat keningnya masih merenung wajah Shahran. Cuba memastikan apa yang berlaku. Shahran pula hanya mampu berharap bahawa doktor itu akan termakan dengan muslihatnya.

"Masuk lah."

Doktor itu segera berjalan masuk ke dalam klinik disusuli oleh Shahran yang hanya mampu menarik nafas lega. Pejabat itu masih sama seperti biasa. Barang-barang semuanya tersusun kemas.

"Duduk." Doktor itu memberi arahan ketika dia sudah berada di tempat duduknya sambil membetulkan kot yang dipakainya.

Shahran hanya duduk berhadapan dengan lelaki itu.

"Apa yang boleh saya bantu.?" Tanya doktor itu serta-merta.

"Er..." Shahran berfikir seketika. Tidak tahu apa yang hendak dikatakan. "Kebelakangan ni saya selalu sakit tulang..."

"Tulang.??" Doktor itu memberi reaksi agak pantas.

Shahran mengelipkan matanya seketika. "Er... Ya."

Doktor itu menarik nafas panjang tanpa melarikan renungan tajamnya. "Macam mana tulang awak boleh sakit.?"

"Mungkin sebab letih kot." Shahran mengangkat bahunya. Menyesali serta-merta kenapa dia menggunakan topik tulang.

"Awak pasti.??" Doktor itu mengangkat keningnya.

Shahran mengangguk teragak-agak. "Saya hanya perlukan ubat."

Doktor itu masih lagi merenung Shahran. Mata bulat besarnya seperti mengeluarkan aura yang tidak dapat dipastikan. Dia segera mencapai sesuatu kemudian menghulurkannya kepada Shahran.

"Kalau sakit lagi... Urut dengan minyak ni."

Shahran hanya mencapai botol kecil itu. "Terima kasih."

Doktor itu hanya mengangguk. Dia masih lagi merenung Shahran. Shahran pula sedang memandang sekeliling meja itu. Cuba mencari jika ada sesuatu yang boleh dijadikan petunjuk.

"Ada apa-apa yang awak nak cakap lagi, Shahran.?"

Shahran segera memandang doktor itu semula. Doktor yang masih kelihatan muda. Dia nampak biasa.

"Tak... Tak ada."

"Okey." Doktor itu mengangguk.

Shahran berdiri perlahan-lahan ketika dia ternampak satu bingkai gambar yang terletak di atas meja itu. Bilangannya terlalu ramai menyebabkan dia sukar mengenalpasti jika ada yang dikenalinya.

"Saya pergi dulu. Terima kasih."


A/n: Oh my... Akhirnya dapat jugak saya update setelah sekian lama. Sorry, guys. Saya betul-betul busy. Banyak sangat benda yang kena saya settle kan. Sampai tak dapat nak update. Huhu~

Btw, sorry lah. Saya tak pandai sangat nak buat scene orang bercinta ni. Jadi sabar je lah. Korang rasa siapa doktor ni? Boleh dikatakan dia orang yang paling mencurigakan setakat ni. Apa tujuan dia dan apa yang dia nak? Hehehe. Teka jangan tak teka. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top