The Question
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> New cast of Shahran. Caspar Lee.
IMPORTANT
Guys, sorry. Saya terpaksa ubah cast untuk watak utama cerita ni (Shahran). Sebab Nick Robinson tu nampak kecik sangat. Susah nak sesuaikan dengan watak Shahran. Saya terpaksa ubah. Dan bila saya buat cerita ni, saya cuba bayangkan dan kerap terubah kepada Caspar Lee. So, hope korang boleh ubah dalam imaginasi.
BAB 6
Shahran meletakkan beg sandangnya di atas meja ketika menyertai Asyraf di meja makan di kafeteria itu. Entah kenapa, dia merasa letih tanpa sebab. Dia tidak dapat tidur dengan nyenyak semalaman. Segala parut yang berada di lengan dan kakinya sudah tiada. Seolah-olah sembuh dengan magik.
"Awak okey tak ni.?" Tanya Asyraf sambil mengerutkan dahinya kerana dia memerhati setiap gerak geri lelaki itu.
Shahran mendengus perlahan. Tidak tahu hendak menjawab apa. "Saya okey. Tak ada apa-apa."
Asyraf mengecilkan matanya bagaimanapun memutuskan untuk tidak bertanya lagi dan hanya meneruskan makan.
"Hari ni kita tak ada latihan."
Asyraf kembali memandang Shahran.
"Saya penat sangat." Ujar Shahran dengan wajah yang lemah. "Kita tunda esok je. Batalkan hari ni."
Asyraf segera melepaskan sudu yang dipegangnya."Awak okey tak ni.?? Serius saya cakap! Awak semakin menakutkan."
Shahran mengangkat keningnya. "Menakutkan apa pula ni. Saya cuma penat je lah. Tak ada apa-apa pun."
"Dan kenapa pula awak penat.?" Asyraf mengerutkan dahinya lagi. "Apa yang awak buat.?"
Shahran hanya mampu menarik nafas. Tidak mampu menjawab soalan itu. Dia tidak tahu sama ada dia boleh memberitahu perkara sebenar dengan lelaki itu. Mengenai kes dia ditolak di tangga dan mengalami kecederaan yang agak teruk bagaimanapun pulih dengan ajaibnya.
"Shahran..."
Shahran memandang lelaki itu. Wajah Asyraf kini seperti ingin membahamnya kerana tidak menjawab soalan yang memuaskan.
"Ikutkan hati nak je saya belasah awak kat sini." Asyraf menggerutu.
"Serius, Raf..." Shahran mendengus. "Saya okey. Saya tak dapat tidur semalaman. Itu je."
Asyraf hanya menggolekkan bebola matanya langsung tidak percaya bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak bertanya lagi.
"Saya rasa nak berehat hari ni." Shahran menggumam sambil memandang sekeliling. Matanya terhenti memandang seseorang. Gadis itu. Gadis itu sedang duduk sendirian di satu meja.
Shahran berkerut tanpa dia sedari sambil merenung gadis itu. Dia masih tidak tahu identitinya. Dia juga tiada peluang untuk membincangkan apa yang berlaku. Kenapa gadis itu tidak terkejut dengan keanehan yang ada pada dirinya.
"Hoi!!"
Shahran tersentak apabila Asyraf memetik jari di hadapan mukanya.
"Awak dah kenapa pandang dia macam tu.?" Asyraf memandang gadis itu sekali imbas sebelum kembali memandang Shahran dengan sinis. "Ingat sikit yang awak tu dah ada teman wanita..."
Shahran menjeling tajam ke arah lelaki itu.
"Jangan nak menggatal dengan orang lain pula." Asyraf menghabiskan ayatnya serta-merta.
"Jangan nak merepek lah!" Shahran menempik. "Saya tengok dia je kot. Lagipun saya..."
Tidak semena-mena Shahran berhenti bercakap apabila terpandang seseorang. Asyraf yang bersemangat untuk mendengar penerangannya sebentar tadi segera berkerut dan menoleh memandang kebelakang untuk melihat apa yang sedang dipandang oleh lelaki itu sehingga dia berhenti bercakap.
Anas. Anas yang sedang masuk sambil bergelak ketawa dengan kawan-kawannya lalu duduk di satu meja. Asyraf kembali memandang Shahran yang mana lelaki itu kini kelihatan lain daripada biasa.
Shahran menggenggam buku limanya erat. Giginya diketap kuat ketika terpandang dua orang lelaki yang bersama Anas. Lelaki yang sama menolaknya jatuh dari tangga tempoh hari.
"Shahran..."
Belum sempat Asyraf meneruskan ayatnya, lelaki itu sudah bangun dari kerusi lalu berjalan marah dari situ.
"Shahran!"
Panggilan itu langsung tidak dipedulikan. Shahran terus sahaja berjalan dengan perasan marah yang membuak-buak dalam dirinya. Bukan berjalan pergi dari kafeteria itu. Tapi berjalan menuju ke arah Anas dan kawan-kawannya. Sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.
Gelak ketawa Anas dan kawan-kawannya segera terhenti apabila Shahran berdiri di sebelah lelaki itu. Anas memandangnya agak terkejut. Yang lain turut merasa pelik dengan tindakan lelaki itu. Dua orang lelaki yang menolaknya tempoh hari kelihatan takut lain daripada yang lain. Bukan sebab takut Shahran akan membalas dendam. Tapi takut kerana lelaki itu kelihatan elok dan tiada apa-apa.
"Well, well..." Anas tersenyum sinis memandang lelaki itu seperti biasa. "Tengok siapa yang datang pada kita."
Shahran tidak memberi sebarang reaksi. Dia hanya merenung lelaki itu terus-menerus. Kali ini dia sudah tidak boleh bertolak ansur lagi. Anas sudah benar-benar keterlaluan. Jika tidak sebab keanehan yang ada pada dirinya, dia mungkin sudah masuk ke hospital atau mungkin mati.
"Pertama kali awak datang dulu pada saya." Anas mengangkat sebelah keningnya sambil memandang betul-betul bertentangan dengan lelaki itu.
"Seriously, Anas..." Shahran masih lagi mengetap giginya kegeraman. "Awak tak boleh bertindak lebih rendah daripada ni ke.?"
Anas hampir berkerut bagaimanapun masih mengekalkan wajah selambanya. "Apa yang awak nak cakap.?"
Shahran tergelak tanpa sebab sambil memandang dua orang lelaki yang semakin takut itu lalu kembali memandang Anas. "Menghantar kawan awak untuk lumpuhkan saya... Atau cuba bunuh saya."
Kali ini Anas benar-benar berkerut. Dia memandang kawan-kawannya satu-persatu. Cuba memastikan apa yang sebenarnya terjadi. Sepertinya dia agak tersesat dalam keadaan kali ini.
"Kalau awak betul-betul nak saya mati..." Shahran bersuara keras. "Kita berdua boleh berlawan. Tengok siapa mati dulu."
Kata-kata yang agak kasar itu membuatkan Anas marah. Wajahnya bertukar bengis merenung lelaki itu.
"Apa lagi yang awak nak rampas dari saya ni.??" Lelaki itu merenung benci ke muka Shahran. "Dah awak rampas semuanya. Sekarang nyawa saya pula.??"
Shahran tergelak menyampah. "Awak yang mula dulu Anas."
Anas kelihatan menyeringai. Dia mengangkat buku limanya dalam keadaan marah yang teramat bagaimanapun terhenti apabila satu tangan menahannya. Serentak semua orang menoleh. Seorang lelaki bermata sepet dengan wajah yang bersahaja memandang lelaki itu sambil tersenyum sinis.
Shahran membesarkan matanya melihat lelaki itu. Adrian menahan tangan Anas dengan selamba sambil sebelah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Anas pula kelihatan bingung. Langsung tiada idea siapa lelaki itu.
"Awak tahu tak..." Adrian bersuara lembut tetapi tegas. "Tak baik berkasar dengan orang macam ni. Buruk padahnya."
Anas kelihatan semakin berasap. Buku limanya yang tadi ingin dihayunkan kepada Shahran segera dialihkan kepada lelaki sinis itu.
KRAKK!!
Bunyi itu kedengaran sayup-sayup oleh Shahran sebelum Anas mengerang kesakitan. Kawan-kawannya yang berada di situ bingkas bangun untuk mengetahui apa yang jadi. Bunyi itu datang daripada tumbukan yang dihalakan ke perut Adrian.
Apa yang peliknya, bukan Adrian yang mengerang kesakitan. Sebaliknya Anas. Lelaki itu kini hampir terduduk memegang tangannya. Mukanya merah padam jelas sedang menahan sakit yang teramat sangat.
"Kan saya dah cakap." Adrian melepaskan pegangan tangannya yang masih memegang tangan Anas sebentar tadi. "Buruk padahnya."
Shahran masih lagi tercengang tidak percaya. Tidak pasti apa yang sedang berlaku saat itu.
"Lain kali hati-hati." Gumam Adrian kepada lelaki itu sebelum membetulkan beg sandangnya. Dia melemparkan pandangan yang lain daripada yang lain kepada Shahran sebelum berlalu pergi.
Shahran pula hanya berdiri di situ masih kaku. Dia hanya mampu mengelipkan matanya beberapa kali.
-------------------------------------------------------------
"Serius, Ran.?!!"
"Shhh..." Shahran menggerutu sambil cuba mengisyaratkan supaya Asyraf memperlahankan suaranya.
Asyraf memandang sekeliling. Mereka kini sedang duduk di meja dalam kelas sementara menunggu pensyarah datang.
"Biar betul ni.??" Asyraf kembali berbisik.
"Ya." Shahran mengiyakan.
"Kita tahu macam mana kuat tumbukan Anas tu kan." Asyraf mula berkerut sambil berfikir. "Dia ikut tinju kot. Takkan lelaki tu tak kesakitan.?"
Shahran hanya mengangkat bahunya. "Awak nampak juga kan sikit-sikit apa yang berlaku. Anas kesakitan lepas tumbuk dia."
"Saya ingatkan Anas yang kena tumbuk masa tu." Asyraf kelihatan mula bingung dengan situasi yang bermain dalam fikirannya.
"Bukan." Shahran menggelengkan kepalanya. "Dia yang menumbuk tapi dia juga yang kesakitan."
"Okey..." Asyraf semakin pelik apabila mendengar cerita situasi yang sebenar. "Itu agak... Pelik."
"Ya." Shahran bersetuju. "Memang pelik."
"Dia pakai baju besi ke apa tu.?" Asyraf cuba berfikir.
Shahran mengangkat bahunya lagi. "Saya tak tahu. Tapi bunyi yang saya dengan tu macam bunyi tulang Anas."
"Itu lagi pelik." Asyraf membesarkan matanya. "Entah-entah badan dia tu diperbuat daripada batu."
Shahran hanya berkerut. Belum sempat dia membalas, kehadiran seseorang dapat dirasakan berdekatan mereka menyebabkan dia menoleh pantas. Kelihatan Adrian sedang berdiri di situ sambil melemparkan senyuman manis yang mana jika dilihat dengan teliti ia boleh jadi sinis.
"Hai." Lelaki itu menyapa yang mana Asyraf dan Shahran membalas 'hai' juga secara automatik tanpa mereka sedari. "Boleh saya sertai meja kamu.?"
Shahran dan Asyraf berpandangan sesama sendiri kemudian mengangguk-angguk. Adrian segera duduk di situ betul-betul di sebelah Shahran.
"Apa yang kamu berdua bualkan dari tadi.?"
Ayat itu menunjukkan seolah-olah Adrian memerhatikan mereka sudah agak lama. Asyraf dan Shahran hanya mampu berpandangan.
"Apa masalah awak dengan lelaki kat kafe tu, Shahran.?"
Shahran tersentak apabila namanya dipanggil. Adrian kini sudah memandangnya serius.
"Awak maksudkan Anas ke.?" Shahran menyoal walaupun dia tahu apa jawapan kepada soalan itu.
Adrian hanya mengangguk.
"Kami ada hal yang berlaku kat masa lalu." Shahran mendengus perlahan. "Saya tak rasa saya nak bincangkannya sekarang."
Adrian hanya mengangkat keningnya kemudian mengangkat bahunya. "Awak tinggal dengan keluarga awak kan.?"
Shahran mengangguk-angguk.
"Keluarga sebenar awak ke.?" Adrian bertanya lagi.
Shahran mula berkerut. Tidak pasti apa yang lelaki ini cuba untuk tanya. "Kenapa awak nak tahu.?"
Adrian mengangkat bahunya selamba. "Saja nak tahu."
Shahran memandang ke arah Asyraf sekali imbas yang kini sudah duduk dalam keadaan tidak senang.
"Awak tahu tak masa lalu awak.??" Adrian bertanya lagi. "Macam mana awak membesar.??"
"Apa soalan awak ni.??" Asyraf pula yang menyatakan rasa tidak senangnya dengan perkara itu.
"Saya nak tahu je." Adrian membalas selamba. "Takkan tak ada."
Shahran pula sudah terdiam kaku. Apa yang lelaki itu tanya juga sebenarnya menjadi persoalan kepada dirinya. Yang dia sendiri tidak tahu apa jawapan dan masih berusaha untuk mencari.
"Melainkan dia tak melalui semua tu langsung."
Shahran merenung wajah Adrian sedalam-dalamnya yang mana lelaki itu kini sedang tersenyum sinis memandangnya. Apa yang dia maksudkan dengan ayat itu.? Apa yang lelaki ini cuba cakap.?
Belum sempat Shahran membuka mulut untuk bertanya, pensyarah mereka sudah tiba menyebabkan mereka terpaksa bersedia dan memberi perhatian kepada sesi pembelajaran yang bakal berlangsung itu.
A/n: Okay tak kalau saya tukar cast?? Sorry eh. Saya betul-betul tak dapat nak nak teruskan dengan Nick Robinson. So... Saya tukar dengan Caspar Lee dan ia sedikit lebih baik. Btw, macam mana?? Saya cuba taip dengan lebih cepat lagi lepas ni. Selalu je ada halangan bila saya dah semangat nak update. Huhu. Btw, leave me your feedback. :)
Oh, ya. Sebelum saya lupa. Nak share la satu cerita. Saya bangun pagi tadi terus check notification whatsapp semua. Last sekali baru wattpad. Itu pun saya check bahagian noti je. Tak check yang lain. Lepas tu saya bangun then mandi, cuci baju, buat sarapan bagai. Tiba-tiba berbunyi pula email ada inbox wattpad. Then baca lah. Rupanya dari THE WATTYS 2016. And you know guys!!!! I win!!!!!
Saya menang untuk kategori 'cerita yang mengasyikkan'. Saya pun tak tahu apa kategori tu. Dan of course. Cerita 'HURUF' yang menang. Thank you so much, guys! Sebab korang selalu support cerita tu. Love you all. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top