The Past

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Adrian's cast. Brooklyn Beckham.


Bab 7


Shahran membuka pintu depan itu sebelum keluar dari rumah. Dia menyeluk kocek seluarnya untuk mengeluarkan kunci kereta. Encik Masran dan Puan Maria turut keluar sebelum mengunci pintu. Cuaca pagi itu amat menyenangkan untuk memulakan pekerjaan dan sebagainya.

"Awak lambat balik ke hari ni, Ran.?"

Shahran memasukkan beg sandangnya ke dalam kereta sebelum menutup pintu dan beralih memandang ibunya. "Tak pasti lagi. Kenapa.?"

Puan Maria menggelengkan kepalanya. "Tak ada apa-apa. Nanti ibu masak banyak lagi. Tak ada siapa nak makan."

Shahran segera tergelak kecil. "Kalau macam tu saya akan balik sebelum makan malam. Jadi ibu tak payah risau."

Puan Maria hanya menggelengkan kepala kemudian tersenyum. "Baiklah. Nanti ibu masak lah."

Shahran hanya melebarkan senyumannya. Tidak tahu bagaimana hendak menyatakan rasa terima kasih dan bersyukur kerana mendapat dua ibu bapa yang penyayang seperti itu. Dia tahu dia bukan anak kandung mereka. Perkara itu sudah dijelaskan padanya semasa dia masih berada di sekolah menengah lagi. Tapi itu tidak menghentikan dirinya daripada terus menyayangi kedua-dua ibu bapanya itu.

"Masak sedap-sedap ya." Shahran melemparkan senyuman manja.

Puan Maria hanya menjeling lembut sambil tersenyum. "Yalah. Nanti ibu masak makanan kegemaran awak."

"Boleh pula..."

Serentak kedua-dua mereka menoleh. Encik Masran berdiri sambil berpeluk tubuh berdekatan kereta.

"Masakan kegemaran ayah tak pula ibu kamu masakkan." Encik Masran menggolekkan bebola matanya.

Shahran tergelak serta-merta melihat gaya kebudak-budakan ayahnya itu kerana cemburu.

"Makanan kegemaran awak sama je kot dengan Shahran." Puan Maria menggerutu sambil mengelipkan matanya.

"Eh, yakah.?" Encik Masran berfikir seketika.

Puan Maria mendengus kuat. Tidak tahu kenapa suaminya itu tiba-tiba berperangai seperti itu.

"Tak mengapa lah." Shahran bersuara lembut. "Boleh kita makan sama-sama nanti. Kan.?"

Encik Masran hanya mengangkat bahunya sebelum bunyi sesuatu yang jatuh kedengaran entah dari mana. Encik Masran yang sepertinya dapat melihat sesuatu yang jatuh dari atas.

"Apa tu.?" Tanya Puan Maria sambil memandang ke arah jalan raya di luar pagar rumah mereka.

Encik Masran dan Shahran turut melihat ke arah berkenaan. Sesuatu berwarna hitam agak kecil kelihatan bergerak-gerak di atas jalan raya besar itu. Shahran membesarkan matanya kemudian keluar dari pagar sebelum mendekati benda itu.

Ianya adalah seekor burung. Atau lebih tepat lagi ianya adalah burung gagak. Ia bergerak mengerekot seolah-olah tidak mampu bergerak bebas kerana sesuatu yang menahan. Sepertinya ia cedera entah dari sisi yang mana.

Shahran mengangkat burung itu menggunakan tangannya secara perlahan-lahan. Dia cuba mencari di mana punca kecederaan burung tersebut. Dahinya kini berkerut dengan mata yang dikecilkan.

"Apa tu, Ran.?" Tanya Encik Masran yang kini hanya berdiri di pagar bersanma-sama isterinya.

"Burung." Shahran menjawab sambil masih meneliti burung gagak tersebut.

"Gagak." Encik Masran dapat meneka dengan tepat apa jenis burung itu walaupun dari jauh. "Kenapa boleh ada di sini pula.?"

"Entah." Puan Maria mengangkat bahunya yang mana perbualan itu hanya didengari oleh mereka berdua.

Belum sempat Shahran dapat mengenalpasti di mana punca kecederaan burung itu, tiba-tiba sahaja ia kembali terbang tinggi menyebabkan Shahran terkedu seketika. Dia mengelipkan matanya sebelum berdiri sambil masih memandang burung yang kini sudah hinggap di atas bumbung rumah orang.

PONNNNNN!!!!!

Bunyi hon kereta yang kuat itu membuatkan kesemua mereka menoleh serentak. Sebuah kereta besar kini sedang meluncur laju dari segenap arah.

"SHAHRAN!!!!!"

Shahran membesarkan matanya. Dia baru sedar bahawa kini dia sedang berdiri di tengah-tengah jalan raya yang besar dan kini kereta sedang menuju ke arahnya. Entah kenapa, kakinya langsung tidak dapat digerakkan. Dia hanya mampu berdiri kaku dengan mata yang terbuka luas.

KEDEBUK!!

Kereta itu terus sahaja merempuh badan lelaki itu menyebabkan dia tergolek di atas kereta itu sebelum terhempas di atas jalan raya dengan kuat.

"Shahran!!"

Puan Maria dan Encik Masran segera berlari mendekati anak lelaki mereka itu. Shahran kini mengerang kuat dan hilang daya.

"Shahran..." Encik Masran memegang anak lelakinya itu.

Kulit Shahran sudah banyak yang terkoyak. Bahagian badannya juga kelihatan sudah terpulas ke arah yang tidak sepatutnya.

"Maafkan saya!! Maafkan saya!"

Seorang lelaki agak berumur berlari tergesa-gesa keluar dari keretanya yang berjaya dihentikan. Wajahnya pucat dan takut. Dia kelihatan tercungap-cungap entah sebab apa. Matanya berair hampir menangis.

"Maafkan saya, Encik... Saya dah cuba tekan brek berkali-kali tapi gagal. Saya cuba kawal kereta pun tak dapat." Lelaki itu memberi penerangan dalam keadaan yang benar-benar cemas. "Saya tak tahu apa yang jadi."

Encik Masran dan Puan Maria langsung tidak menghiraukan lelaki itu. Mereka hanya fokus melihat keadaan Shahran yang masih cuba membuatkan matanya kekal terbuka dalam situasi itu.

"Kita patut bawa dia ke hospital sebelum..."

"Tak perlu!!"

Lelaki itu terdiam serta-merta apabila Encik masran menyentap seperti itu. Dia memandang Shahran yang dia percaya bahawa lelaki itu cedera teruk. Jika dilihat dengan cara bagaimana dia dilanggar, lelaki itu kini dalam keadaan kritikal dan mungkin akan mati. Bagaimanapun matanya segera dibesarkan apabila perasan bahawa tiada darah merah langsung yang keluar dari badan lelaki itu seperti manusia biasa.

"Kenapa..."

"Awak boleh balik." Encik Masran segera mengangkat Shahran dalam keadaan kelam-kabut dibantu oleh isterinya. "Anggap je benda ni tak pernah berlaku untuk kebaikan dua-dua pihak."

Lelaki itu hanya mampu memandang mereka masuk ke dalam rumah. Tidak tahu apa yang sedang berlaku. Dia juga tidak dapat memastikan apa yang sedang berlaku saat ini bagaimanapun bunyi burung gagak yang datang entah dari mana membuatkan dia kembali ke dunia nyata dan beredar.

------------------------------------------------------------

Shahran membuka matanya perlahan-lahan yang mana hampir tertutup semula bagaimanapun berusaha untuk dikekalkan terbuka. Dia memandang sekeliling sambil cuba memikirkan apa yang terjadi sehingga menyebabkan dia tidak sedarkan diri. Apabila dia teringat mengenainya, dia segera membesarkan matanya kemudian bingkas bangun. Barulah dia sedar bahawa dia kini sedang terbaring di atas katil di dalam biliknya sendiri.

"Apa..."

"Awak dah sedar, Ran.?"

Shahran memandang ke arah meja belajarnya. Encik Masran sedang duduk dengan wajah yang risau bagaimanapun cuba dikawal.

"Apa dah berlaku.?" Tanya Shahran cemas.

Encik Masran mendengus perlahan. "Awak kemalangan tadi. Awak tak ingat ke apa yang jadi.?"

Shahran mengelipkan matanya seketika sambil berfikir. "Jadi... Semua yang berlaku tu bukan mimpi.?"

"Bukan, Shahran."

Shahran menoleh ke pintu dengan pantas. Puan Maria melangkah masuk dengan wajah yang merah padam. Matanya agak bengkak dan dia agak selesema. Jelas menunjukkan bahawa dia baru selesai menangis.

"Ibu..."

"Tak mengapa." Puan Maria mengukir senyuman sambl cuba membersihkan sisa air matanya yang masih ada. "Ibu cuma panik."

Shahran hanya mengangguk masih risau kemudian beralih memandang ayahnya. "Ayah tak bawa saya ke hospital lagi."

Encik Masran mendengus perlahan. "Macam mana nak bawa kalau tak ada apa yang nak dirawat, Ran."

Shahran segera melarikan selimut yang membaluti tubuhnya. Dia memeriksa setiap anggota badannya. Memang benar. Tiada sebarang kesan yang dapat dilihat. Dia memegang kepalanya. Juga tiada apa-apa yang ditemui.

"Mestilah." Shahran mendengus kuat. Tidak begitu terkejut kerana ianya bukan kali pertama.

Keadaan sunyi sepi seketika. Masing-masing tidak membuka mulut. Puan Maria memandang suaminya dan Shahran silih-berganti. Tidak pasti di mana hendak mula bersuara. Encik Masran pula hanya merenung anak lelakinya itu terus-menerus. Menunggu satu permintaan untuk dia tunaikan.

"Ayah tak rasa yang ayah patut beritahu saya apa keanehan yang ada dalam diri saya ke.?"

Encik Masran tidak terkejut mendengar permintaan itu seolah-olah dia sendiri menantikannya.

"Saya tak tahu apa yang berlaku pada diri saya." Shahran memandang tapak tangannya tanpa sebab. "Tak ingat dari mana saya datang."

Puan Maria memandang suaminya sayu sambil cuba mengisyaratkan bahawa lelaki itu perlu tahu sesuatu yang mereka simpan selama ini.

"Baiklah..."

Shahran segera mengangkat kepalanya.

"Ayah akan beritahu." Ujar Encik Masran membuatkan Shahran semakin ingin tahu. Perkara yang ayah dan ibunya rahsiakan selama ini akan diketahuinya. "Kami pun tak tahu asal-usul awak, Ran..."

Shahran terkedu mendengar kenyataan itu. Dia memandang Puan Maria yang sepertinya tiada bantahan mengenai hal itu menandakan ianya benar.

"Kami jumpa awak kat tepi jalan raya..." Encik Masran memberitahu dengan susah payah kerana ia seperti satu perkara yang sensitif. "Tak sedarkan diri. Tanpa seurat benang pun."

Shahran masih tidak bergerak. Tidak tahu sama ada sedih, terkejut atau sebagainya apabila mengetahui hal itu.

"Masa tu hujan." Encik Masran berdehem sambil cuba sedaya-upaya mengingati kejadian itu. "Kami tak tahu nak buat apa dan kami bawa awak balik ke rumah."

Shahran memandang ibunya kemudian kembali kepada ayahnya.

"Awak sedar je langsung tak ingat apa-apa..." sambung Encik Masran. "Jadi, kami buat keputusan untuk jaga awak memandangkan kami pun tak ada anak. Kami cuba cari maklumat mengenai awak tapi..."

Encik Masran berhenti bercakap kemudian berpaling memandang isterinya yang memberikan isyarat yang mengelirukan kepadanya.

"Tapi.??" Shahran mengangkat keningnya.

Encik Masran tunduk memandang lantai sambil mendengus kuat. "Awak dah mati dua puluh tahun yang lalu, Shahran."

Pada saat itu, Shahran rasa ingin muntah tanpa sebab. Tidak tahu hendak memberi reaksi bagaimana dengan perkara itu. "Itu mustahil!! Takkan saya hidup lagi.?! Takkan saya dah mati.??"

"Kami pun rasa benda ni mustahil." Puan Maria membuka mulut membuatkan Shahran beralih memandang ibunya. "Tapi muka anak lelaki keluarga tu sama macam awak. Benar-benar sama."

Shahran memandang sekeliling. Cuba menelan perkara itu. Tidak tahu sama ada ia logik ataupun tidak.

"Lepas tu kami tamatkan pencarian." Encik Masran kembali bersuara. "Kami buat keputusan untuk terus menjaga awak sebagai anak kami sebab tiada apa-apa yang kami temui lagi."

Shahran memandang Encik Masran.

"Awak mula bersekolah... Berkawan dan sebagainya..." Encik Masran memandang sekeliling cuba menyusun ayat yang sesuai. "Sehingga satu hari..."

Shahran memandangnya lelaki itu. Bersedia untuk mendengar apa sahaja yang bakal diketahuinya.

"Awak jatuh dari bangunan."

Shahran membesarkan matanya. Cuba mengingati kejadian itu jika pernah berlaku dalam hidupnya bagaimanapun gagal.

"Waktu tu awak benar-benar parah dan kami sendiri tak pasti sama ada awak akan selamat ataupun tidak." Encik Masran mengangkat bahunya. "Sampai di hospital... Doktor tu terkejut sebab langsung tiada darah yang keluar dari badan awak."

Shahran tunduk kerana maklum mengenai hal itu.

"Dia merawat awak dan mendapati..."

Shahran memandang ayahnya yang kini bertukar pandangan dengan ibunya sekali lagi dengan isyarat yang tidak diketahui.

"Mendapati.??" Shahran kini mula menggesa.

"Tiada tulang langsung dalam badan awak, Shahran."

Shahran mengeras di tempat dia berada. Tidak pasti sama ada dia mendengar dengan jelas atau pun tidak.

"Doktor tu jumpa kami dan beritahu kami perkara ni..." Encik Masran menelan air liurnya.

"Doktor.??" Shahran mengerutkan dahinya.

Encik Masran mengangguk. "Dia minta kita pindah dari tempat tu dan jangan biarkan awak berjumpa doktor jika belaku apa-apa kecederaan."

Shahran mula berkerut. Cuba mengingati segala-galanya jika benar semua itu pernah berlaku.

"Dia minta kita mulakan hidup baru." Encik Masran menyambung. "Terutama untuk awak... Yang langsung tak ingat apa-apa."

Shahran membesarkan matanya agak terkejut. "Saya... Saya hilang ingatan.?"

"Mungkin begitu." Encik masran mengangkat bahunya. "Tapi awak memang tak ingat apa-apa. Seolah-olah itu pertama kali kami jumpa awak."

Shahran mengeluh panjang. Patut lah dia tidak tahu apa-apa. Dia langsung tidak ingat mengenai perkara itu.

"Kita mulakan semuanya di sini dan awak jumpa dengan kawan-kawan awak." Encik Masran menambah. "Ini lah yang berlaku."

"Siapa saya.??" Shahran seperti ingin menangis bagaimanapun tiada air mata yang keluar.

"Kami pun tak tahu." Ujar Puan Maria. "Doktor tu hanya cakap supaya kami jaga awak dengan baik dan tidak mendedahkan perkara ni dengan sesiapa."

"Doktor.??" Shahran mengecilkan matanya sambil berfikir seketika. "Siapa doktor tu.??"

"Dia dah tak dapat dijejaki, Ran." Beritahu Encik Masran. "Doktor perempuan tu dah berhenti dan hilang entah ke mana."


A/n: Brooklyn huh?? Hahaha. Dia ada muka sinis. Sebab tu saya pilih. So... Macam mana dengan bab ni. Ini kebenaran yang dapat saya beitahu dalam bab ni. Macam mana dia ditemui dan apa yang berlaku. Lain betul cerita ni. Banyak sangat persoalan. Hahaha. Btw, leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top