The Old Data

Bab 20


Shahran pulang ke rumah dengan wajah yang penuh tanda tanya. Melihat ada sebuah trak yang asing berada di hadapan membuatkan dia terhenti. Dua lelaki yang tidak dikenali sedang sibuk memunggah barang-barang yang ada di dalamnya masuk ke dalam rumah. Tidak dapat dipastikan apa jenis barangannya kerana yang dapat dilihat hanya kotak-kotak tanpa corak atau apa-apa tulisan.

Shahran mengerutkan dahinya. Tidak mampu membuka mulut untuk bertanya orang-orang itu. Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah. Ibunya, Puan Maria kelihatan sedang mengemas gelas-gelas yang berada di meja ruang tamu. Jelas menunjukkan ia baru sahaja diguna.

"Kamu dah balik, Ran.?"

Shahran mengangguk kemudian memandang orang yang lalu membawa kotak itu sekali imbas. "Ada apa ni.?"

"Ayah kamu..." Puan Maria menarik nafas panjang ketika mengangkat dulang itu.

"Kenapa dengan ayah.?" Shahran mengerutkan dahinya.

"Dia akan ambil alih bahagian penyelidikan permainan video baru syarikat Datuk Remy tu."

Shahran mengelipkan matanya seketika. "Humanoids?"

"Ya." Puan Maria mengangguk. "Awak dah cuba permainan tu.? Ayah awak ada dapat percuma."

Shahran tidak membalas. Entah kenapa, nama permainan video itu sentiasa menimbulkan sesuatu perasaan yang tidak dapat dipastikan dalam dirinya. Dia sendiri tidak tahu apa.

"Ran... Shahran!"

Shahran tersentak kembali ke dunia nyata. Puan Maria kini sudah memandangnya agak bingung.

"Kenapa ni.?"

"Er..." Shahran mengusap tengkuknya. "Tak ada. Oh! Kenapa ayah ambil alih pula bahagian penyelidikan.?"

"Belum tanya ayah lagi." Puan Maria mengangkat bahunya dan terus sahaja belalu pergi ke dapur.

"Hah... Ran!"

Shahran menoleh pantas. Ayahnya, Encik Masran kini berdiri bersama Datuk Remy di situ. Senyuman Datuk Remy masih dikenalinya walaupun sudah agak lama dia tidak ke rumah lelaki itu.

"Shahran..."

"Uncle..."

Itu adalah panggilan yang digunakannya selama ini untuk memanggil lelaki itu. Menunjukkan dia bukan orang yang asing.

"Uncle dah nak balik ni." Ujar Datuk Remy.

"Oh." Shahran segera bersalaman dengan lelaki itu.

"Pasal masalah kamu dengan Anas tu..."

Shahran segera menggigit bibirnya. Masalah mereka turut diketahui oleh keluarga masing-masing.

"Uncle akan cuba cakap dengan dia." Ujar Datuk Remy dengan wajah sayu jelas kecewa dengan perkara itu.

"Tak... Tak perlu." Shahran menggeleng perlahan dengan nada hampir berbisik. "Bukan salah dia."

"Tapi tetap tak patut dia berperangai macam tu." Datuk Remy menarik nafas panjang kemudian memandang Encik Masran sambil menghulurkan tangannya. "Saya rasa saya perlu balik dulu."

"Oh..." Encik Masran segera menyambut tangan lelaki bermisai itu.

"Ran..."

Shahran turut menyambut tangan Datuk Remy sebelum lelaki itu keluar dari situ. Mereka menyusul hanya sampai ke pintu. Melihat kereta Datuk Remy meluncur laju diikuti dengan trak tadi.

"Hah, Ran..."

Shahran memandang ayahnya.

"Jom! Tolong ayah dulu."

Shahran hampir berkerut bagaimanapun tidak berkata apa-apa dan sebaliknya hanya menyusul ayahnya berjalan menuju ke pejabat kecil miliknya di dalam rumah itu. Keadaan ruang itu agak semak dengan kotak-kotak yang baru dipunggah sebentar tadi.

"Apa yang ada dalam kotak ni semua, ayah.?" Tanya Shahran.

Encik Masran mengangkat kotak yang paling hampir dengannya lalu diletakkan di atas meja. "Semua data mengenai proses pembikinan Humanoids."

Perkara itu menarik perhatian Shahran. Tanpa dia sedari, dia sudah mencapai salah satu kotak. Dia memandang ayahnya sekali imbas yang sudah membongkar isi di dalam kotak itu satu-persatu sebelum dia melakukan hal yang sama.

"Jadi..." Shahran memandang isi kotak yang penuh dengan fail dan dokumen yang membuatkan dia lemah semangat. "Ayah dah pindah ke bahagian ni."

Encik Masran mengangguk sekali tanpa mengalihkan pandangannya daripada fail yang dipegangnya.

"Kenapa tiba-tiba.?" Tanya Shahran lagi.

"Ayah yang minta."

Kenyataan itu membuatkan Shahran memandang ayahnya yang kini sudah sedia memandangnya.

"Entah kenapa..." Encik Masran berfikir seketika. "Ayah rasa tak sedap hati sangat pasal permainan ni. Macam ada yang tak kena."

Shahran hampir membesarkan matanya bagaimanapun tidak begitu kelihatan ketika dia membetulkan kedudukannya. "Apa maksud ayah.?"

Encik Masran menarik nafas panjang kemudian berhenti melakukan apa yang sedang dia lakukan seketika. "Ayah rasa benda ni masa pembukaan permainan tu tempoh hari. Masa ia diperkenalkan."

Shahran semakin berminat. "Apa yang buat ayah rasa ada yang tak kena.?"

Encik Masran tidak segera menjawab. Dia kelihatan berfikir seketika sebelum mendengus perlahan. "Mungkin ayah je yang terlalu berfikir."

"Tapi mesti ada sesuatu kan.?" Shahran mengangkat keningnya.

"Waktu mereka pamerkan watak-watak permainan video tu..." Encik Masran merenung Shahran sambil mengecilkan matanya dengan dahi yang berkerut. "Awak tak ada rasa apa-apa yang pelik tak.?"

Shahran tidak membalas dan sebaliknya mula berfikir. Mengingati saat dia berada di pameran pembukaan permainan video itu. Dia masih ingat lagi ketika watak-watak itu diperkenalkan. Mereka menggunakan pancaran cahaya laser yang bersifat 3D untuk memudahkan semua orang melihatnya.

"Seolah-olah ia benar-benar hidup."

Shahran menarik nafas panjang. Perkara itu memang tidak dapat dinafikan. Malah, Asyraf dan Shahran pernah bercakap mengenainya. Tetapi tiada apa yang dapat disimpul melainkan kecanggihan peralatan yang mereka gunakan.

"Sebab tu ayah putuskan nak ambil bahagian ni." Encik Masran kembali membongkar isi kandungan kotak yang penuh dengan fail dokumen itu.

Shahran hanya mendengus perlahan. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dia kini sedang berdebat dengan dirinya sendiri sama ada hendak memberitahu dan menceritakan apa yang sedang dia, Hadha dan Asyraf lakukan atau tidak. Dia masih tidak pasti di mana risikonya. Dari segi kepercayaan tidak menjadi masalah.

"Tengok ni..."

Tidak pasti sudah berapa lama dia hanyut dalam dunianya sendiri, Shahran kembali memandang ayahnya yang kini sedang berkerut dan fokus membaca fail lama yang berada di tangannya. Shahran berkerut seketika lalu berjalan mendekati Encik Masran sambil bekerut memandang fail yang dibongkar. Fail yang berada di tangan ayahnya itu lain daripada yang lain. Ia kelihatan terlalu lama.

"Ada apa tu.?" Shahran menjenguk untuk membaca isi kandungannya.

Encik masran tidak membalas sebaliknya meneruskan sesi pembacaan. Ia seperti sukar untuk dibaca kerana sudah usang dan kotor dengan habuk. Shahran yang turut sama membaca semakin berminat. Ia benar-benar mengenai permainan itu.

"Hum, Ano dan juga Ids..." Shahran membaca dengan kuat. "Watak-watak dalam permainan tu."

Encik Masran mengangguk tanpa mengalihkan pandangannya daripada fail itu. Matanya bergerak laju meneliti setiap baris ayat.

"Ketiga-tiga watak mempunyai jalan cerita yang berbeza tetapi saling berkait antara satu sama lain."

Shahran mengangguk apabila Encik Masran membaca. Dia sudah maklum mengenai perkara itu.

"Yang ni apa pula.??" Encik Masran melangkau beberapa muka surat dan terhenti pada satu gambar rajah.

"Mungkin cara pemasangan elektronik permainan." Teka Shahran selamba. Dia sudah berputus asa untuk membaca kerana sukar.

"Mustahil."

"Kenapa pula.?" Shahran memandang ayahnya.

Encik Masran memandang anak lelakinya itu sekali imbas sebelum menuding ke arah sesuatu. Sesuatu yang agak sukar untuk dipastikan. Sesuatu yang perlu dilihat dengan teliti untuk dikenalpasti.

"Otak.??!" Shahran membesarkan matanya memandang gambar rajah yang seperti dilukis itu.

"Dan saya pasti ini adalah jantung." Encik Masran menuding ke arah lukisan betul-betul di bawah lukisan tadi.

"Apa..." Shahran cuba meneliti keseluruhan gambar rajah itu. Dia cuba mengenalpasti semuanya.

Encik Masrah hanya membiarkan anaknya meneruskan penelitian. Berharap jawapan mereka adalah sama.

"Ini adalah bentuk tubuh manusia!!"

"Tepat sekali." Encik Masran mengangguk.

"Tapi..." Shahran memandang ayahnya. "Kenapa dokumen macam ni ada terselit dalam data permainan video tu.?"

"Itu ayah tak tahu." Encik Masran mengangkat bahunya. "Tapi kalau awak perhatikan betul-betul gambar rajah ni..." lelaki berumur itu memandang kembali fail tersebut. "Awak boleh nampak seolah-olah mereka memasang sesuatu untuk menjadikan semua tubuh manusia ini menjadi alat permainan."

Shahran membesarkan matanya. "Tapi tak ada pula patung manusia dijadikan bahan dalam permainan tu. Semuanya bersifat elektronik. Maksud saya..." Shahran berikir seketika. "Kita bermain secara normal. Menggunakan alat kawalan dan sebagainya."

"Itu yang pelik kenapa benda ni boleh ada di sini." Encik Masran membalas.

"Mungkin ini hanya terselit.?" Teka Shahran kurang yakin.

"Ada cetakan nama permainan video pada setiap muka surat, Ran." Encik Masran mendengus perlahan. "Mustahil mereka tak perasan kesalahan ni. Lagipun kalau awak perhatikan labelnya, semua mempunya fungsi dalam kawalan. Kaki, badan, kepala dan sebagainya."

Memang benar. Setiap anggota tubuh badan lukisan itu mempunyai label seolah-olah berperanan terhadap sesuatu.

"Tapi, ayah..."

Encik Masran memandang anak lelakinya yang kini sudah memandangnya agak curiga sambil mengecilkan mata.

"Takkan hanya sebab ayah rasa watak-watak yang disiarkan dalam pameran pembukaan tempoh hari seolah-olah hidup membuatkan ayah terus nak kaji benda ni.?" Shahran menarik nafas panjang. "Ada perkara lain lagi ke.?"

"Okey..." Encik Masran tunduk seketika sambil bercekak pinggang. Cuba memikirkan ayat yang sesuai untuk menerangkan segalanya. "Ayah ada dengar perbualan kakitangan paling tua yang terlibat dalam pembikinan ni."

"Kakitangan paling tua.??" Shahran mengangkat keningnya.

Encik Masran mengangguk. "Dia bercerita dengan seseorang yang ayah tak dapat nak pastikan siapa. Sebab ayah curi dengan je dari luar."

Shahran hanya mendengar dengan tenang.

"Dia cakap banyak sangat rahsia besar sepanjang pembikinan permainan ni."

"Rahsia.??" Ulang Shahran.

Encik Masran mengangguk lagi. "Hanya dia satu-satunya kakitangan yang tahu semuanya dan masih hidup."

Shahran tidak memberi sebarang komen.

"Dan dia cakap..." Encik Masran memandang anak lelakinya itu. "Kalau rahsia tu terbongkar, berkemungkinan besar siapa yang terlibat akan terbunuh."

Shahran tersentak serta-merta.

"Paling kurang pun akan masuk penjara."

"Tapi permainan ni dihasilkan oleh syarikat Datuk Remy kan.?" Shahran yang masih dalam keadaan terkejut bersuara.

"Bukan dari dia pada asalnya, Ran." Encik Masran mendengus perlahan. "Dia hanya menyambung setelah hampir siap."

Shahran menarik nafas panjang. Terlalu bingung untuk memikirkan apa-apa saat ini. Terlalu banyak perkara yang berkait.

"Sebab tu ayah nak siasat sendiri." Encik Masran kembali memandang kotak yang banyak di dalam pejabatnya itu. "Ayah rasa tak sedap hati."

Shahran hanya mampu memandang ayahnya tidak mampu membuka mulut lagi. Buat masa ini, dia juga mahukan perkara yang sama. Dia tidak pasti sama ada mereka ada kaitan atau tidak. Yang pasti dia perlu cari tahu.


A/n: Guys, sorry sangat-sangat. Rasanya macam dah bertahun tak update. Saya pun tak tahu apa nak jadi. Susah saya nak fikir pasal wattpad sekarang. Dah sibuk dengan urusan hidup. Hahaha. Sorry, guys. Hope korang still baca and support. Lepas ni saya cuba update Hunters plak k.

Back to the story. Korang rasa macam mana pembikinan permainan video tu? Dapat apa-apa gambaran tak?? Saja tak nak bagi reveal apa-apa dulu. Tapi jangan risau. Cerita ni tak panjang sangat. Sila bersabar. Hehehe. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top