The Book

BAB 31


Shahran kini duduk kaku seperti mayat hidup di rumah yang kemas dan rapi itu. Dia sepertinya sudah tidak tahu hendak berbuat apa lagi. Anas hanya duduk termenung sambil berpeluk tubuh betul-betul di hadapan lelaki itu. Hadha yang matanya masih lagi berair hanya duduk risau sambil menggosok-gosok tangannya cuba menenangkan dirinya sendiri. Rizal hanya mampu memandang mereka. Doktor itu sudah tidak mampu untuk berkata apa lagi dalam keadaan seperti itu.

"Awak..." Hadha menelan air liurnya memandang Rizal. "Awak... Pasti ke itu..." gadis itu menarik nafas. "Itu... Puan Shanty?"

Rizal membalas pandangan gadis itu sambil mengangguk perlahan diiringi dengan dengusan lembut.

"Tapi..." gadis itu bersuara lagi yang mana sepertinya dia sedang bergelut dengan dirinya sendiri. "Tapi tak ada bukti kan? Maksud saya... Tak ada mayat. Atau apa-apa tanda langsung."

Rizal menarik nafas panjang. "Mereka ada di sini, Hadha. Dan Puan Shanty tak akan tinggalkan rumah dalam keadaan seperti itu."

"Ta... Tapi..." Hadha menggigit bibirnya. Berusaha sedaya-upaya untuk menenangkan diri.

"Macam mana awak boleh ada di tempat kejadian?" Anas mengecilkan matanya merenung lelaki itu.

"Puan Shanty memang ada beritahu saya..." Rizal berfikir seketika dengan wajah yang sugul. "Dia kadangkala akan mengalami masalah sukar tidur. Semalam dia ada mesej minta saya datang. Tapi..." Lelaki itu menarik nafas panjang. "Dia batalkan. Dia cakap dah lewat. Masa tu saya dalam perjalanan nak balik ke rumah dari markas. Saya call dia untuk kepastian. Tapi dia tak sambut."

"Lepas tu? Awak terus datang?" Anas mengangkat keningnya yang mana Rizal hanya membalas dengan anggukkan. "Kenapa awak hanya risau mengenai hal seperti itu? Bagi saya ia tidak mencurigakan."

Rizal mendengus perlahan. "Puan Shanty sentiasa membawa telefon bimbitnya ke mana-mana. Dengan tujuan untuk bersedia atas apa jua yang bakal berlaku. Dan dia seorang yang mudah terjaga. Kalau dia tidur sekalipun, dengan hanya getaran telefon bimbit dia boleh terjaga."

"Awak pelik kenapa dia tak sambut panggilan." Gumam Hadha cuba meneka juga sebagai kenyataan.

"Ya." Rizal mengangguk. "Saya terus patah balik ke sini untuk periksa. Dan bila saya datang..."

Lelaki itu tidak mampu meneruskan kata-katanya. Bagaimanapun mereka mampu memahaminya. Selepas kejadian itu, Rizal menghubungi mereka dan memberitahu mengenai hal itu. Mereka terpaksa membersihkan rumah itu walaupun tidak mampu mengembalikan kepada sedia kala. Mereka tidak boleh membuat laporan polis kerana tiada alasan untuk mereka memberitahu mereka tidak terlibat.

"Keadaan dah jadi semakin bahaya." Gumam Hadha lagi.

Shahran mengangguk bersetuju. "Saya benar-benar dah buntu. Mereka pasti dah tahu kita ada rancangan dengan Puan Shanty."

"Sudah pasti buruan seterusnya adalah kita." Anas melengkapkan ayat Shahran serta-merta.

Rizal hanya mampu memandang mereka. Cuba mencari idea yang lebih baik lagi untuk itu.

"Apa kita nak buat sekarang?" tanya Hadha.

Belum sempat sesiapa menjawab soalan itu, pintu depan direntap kuat membuatkan mereka semua terlompat agak terkejut. Cuba untuk bersedia untuk sebarang serangan yang bakal muncul. Akan tetapi, hanya Adrian yang sedang berdiri tercengang memandang mereka sambil mengangkat keningnya.

"Jangan lah buat orang terkejut!" Anas membentak.

"Maaf." Ucap lelaki itu selamba kemudian segera menutup pintu dan berjalan masuk menyertai mereka.

"Awak dari mana?" Shahran mengecilkan matanya merenung lelaki itu kerana mereka sudah memaklumkan keadaan sebenar.

"Saya pergi menyelinap masuk lagi ke makmal tu."

Kenyataan itu mengejutkan semua orang.

"Awak dah gila ke?!" Hadha membesarkan matanya merenung lelaki itu benar-benar terkejut.

"Kenapa pula?" Adrian mengerutkan dahinya.

"Kita mungkin jadi buruan seterusnya." Hadha bersuara. "Awak tak fikir pasal apa yang dah berlaku ke?"

Adrian mendengus kuat. "Habis tu awak nak duduk sini tunggu giliran kita pula yang sampai??"

Hadha terdiam serta-merta. Semuanya membuatkan dia sendiri keliru. Dia tidak pasti sama ada hendak berdiam diri atau tidak. Kedua-dua bukan pilihan yang baik baginya. Berdiam diri tidak akan membawa mereka ke mana-mana. Maknanya, mereka harus hidup seperti itu sampai bila-bila. Bertindak pula seolah-olah memberi ancaman pada nyawa mereka sendiri.

"Dengar ni..." Adrian menarik nafas panjang. "Nak atau tak kita kena bertindak. Kalau tak memang tak akan ada perubahan."

"Betul tu." Anas menyokong. "Kita tak boleh duduk diam. Kalau tak benda ni tak akan selesai."

Hadha mendengus perlahan. Tidak mahu membantah mengenai perkara itu kerana ia memang betul.

"Saya ada jumpa sesuatu."

Serentak mereka memandang Adrian yang sedang mengeluarkan sesuatu dari dalam beg sandangnya.

"Apa tu?" tanya Shahran.

Adrian tidak membalas sebaliknya menghulurkan satu buku usang yang agak tebal kepada mereka.

"Buku apa ni?" Shahran mengerutkan dahinya hanya dengan memandang muka hadapan buku itu.

"Entah." Selamba Adrian membalas. "Tapi buku disimpan rapi seolah-olah ia tidak boleh diambil oleh orang."

Shahran mengerutkan dahinya lagi. "Pelik."

Bagaimanapun, buku itu menarik perhatian Rizal. Dia hanya merenung buku itu tidak bergerak.

Shahran segera membuka untuk melihat isi kandungan di dalamnya. "Apa ni?? Tulisan purba??"

Mendengar kata-kata lelaki itu, Rizal segera merampas buku itu sebelum membeleknya. Dia berasa sedikit lega tanpa sebab. Buat seketika, dia menyangka itu adalah buku yang dikenalinya sebelum ini.

"Awak tahu baca tulisan tu ke?" tanya Anas serta-merta.

Rizal hanya menggelengkan kepalanya. "Saya ingatkan ini buku puak saya. Tapi lain sikit tulisannya."

"Buku puak awak guna tulisan purba?" Hadha membesarkan matanya.

"Lebih kepada tulisan puak kami sendiri." Rizal mengangkat bahunya. "Tapi berbeza lah dari yang ni."

"Jadi awak boleh baca lah ni??" Adrian membesarkan matanya dengan wajah yang teruja.

Rizal menggelengkan kepalanya. "Saya tak pandai. Hanya ada seorang je yang pandai dalam puak saya."

"Siapa??" tanya Adrian. "Mungkin awak boleh minta dia tolong bacakan buku ni. Siapa tahu ada yang penting."

"Saya tak tahu kalau dia pandai sebab tulisan ni berbeza. Tapi saya boleh cuba tanya pada dia."

*

Shahran duduk kaku tidak mampu membuka mulut untuk berkata apa-apa. Mengangkat mukanya sendiri juga seolah-olah dia sudah hilang kekuatannya. Hadha hanya mampu memandang simpati ke arahnya. Sesekali, gadis itu akan memandang yang lain cuba untuk mencelah bagaimanapun gagal. Anas hanya duduk dengan selamba sambil berpeluk tubuh memandang mereka.

"Awak sisihkan kami ke?" Mikha merenung lelaki di hadapannya itu tajam. "Kami dah tak penting?!"

Shahran tidak membalas. Dia tidak mampu memandang teman wanitanya itu. Aasyraf yang berada di situ turut merenungnya marah. Dia sudah tidak mampu berkata apa lagi kepada lelaki itu.

Saat pertama kali mereka menjejakkan kaki ke kampus pagi itu, Asyraf dan Mikha terus sahaja menyerang mereka. Menembakkan soalan bertubi-tubi yang mana tiada siapa mampu menjawab. Adrian hanya meneruskan penyiasatannya sendiri. Dia masih dalam kedudukan yang bahaya. Rizal masih datang bekerja. Bagaimanapun tetap meneruskan peyiasatan.

"Apa jadi pada perjanjian yang kita akan saling membantu?" Mikha masih lagi merenung lelaki itu. Matanya kini berkaca. Dia berusaha untuk menahan segala emosi dalam dirinya.

"Apa masalahnya ni, Ran??" Asyraf mencelah turut merenung lelaki itu. "Saya ingatkan kamu tak akan belakangkan kami?"

"Saya tak belakangkan kamu. Kami tak belakangkan kamu." Shahran bersuara dengan nada terdesak. "Tapi kamu kena faham. Ini masalah kami. Kami kena selesaikannya sendiri tanpa melibatkan orang lain."

"Orang lain??" ulang Mikha. "Orang lain awak kata? Saya ni siapa? Asyraf tu siapa pula?"

Shahran mendengus perlahan.

"Kita buat benda ni sama-sama." Ujar Mikha. "Kami bukannya orang lain. Jangan buat macam ni."

Shahran tidak mampu membalas. Dia memandang Hadha dan Anas cuba untuk meminta pertolongan mengenai perkara itu. Malangnya, kedua-dua mereka langsung tidak membantu.

"Kami risau tahu tak!" bentak Mikha.

"Bertenanglah..."

Mikha merenung Anas tajam serta-merta membuatkan lelaki itu tidak meneruskan apa yang dia ingin katakan.

"Sejak awak datang semua jadi rahsia, Anas."

Anas membesarkan matanya agak terkejut. "Awak... Nak salahkan saya ke sekarang ni?"

Mikha tidak menjawab. Dia tidak mengiyakan atau menidakkan perkara itu. Bagaimanapun, Anas tahu apa jawapannya.

"Dengar ni ya..."

Semua orang kini memandang Anas yang sudah berdiri tegak sambil bercekak pinggang.

"Kamu ingat kami suka-suka buat macam ni??" Anas merenung gadis di hadapannya itu.

Tiada siapa yang membalas.

"Kalau kami ada pilihan benda ni semua tak akan terjadi." Anas berusaha untuk mengawal nada suaranya.

"Kalau ya pun beritahu lah kami." Ujar Asyraf dalam keadaan yang tenang. "Kalau pun kamu tak nak kami terlibat sekali."

"Bukan benda tu dah sama ke?" Anas mengangkat keningnya. "Memberitahu kamu sama dengan melibatkan kamu sekali."

Asyraf hanya mendengus. Tidak mampu untuk bersuara lagi. Dia hanya memandang ke lantai.

"Kenapa kamu tak nak libatkan kami sangat?" Mikha mengerutkan dahinya memandang mereka satu-persatu. "Kenapa?? Kami ni dah tak boleh dipercaya atau macam mana?"

"Ini bukan soal percaya atau tidak..." Shahran kini sudah bangun dari tempat duduknya sambil menarik nafas panjang cuba untuk menyusun ayat. "Ini soal bahaya dan keselamatan."

"Kenapa??" Mikha kini merenung lelaki itu curiga. "Kamu sekarang ni dalam keadaan bahaya ke?"

Shahran kehilangan kata-kata kemudian memandang Hadha yang buat-buat tidak tahu mengenai hal itu. Kemudian dia beralih ke arah Anas yang hanya memandang pandangannya mula tidak senang.

"Shahran..." panggil Mikha.

"Okey..." Shahran menarik nafas panjang. "Kami betul-betul tak boleh nak beritahu apa-apa."

Mikha sudah membuat muka menyampah. Rasa tidak puas hati dengan kenyataan itu sudah pastinya.

"Percayalah." Shahran memandang gadis itu sayu. "Ini untuk kebaikan. Kami akan beritahu semua selepas selesai."

"Selesai??" ulang Asyraf. "Maksudnya kamu memang dah ada rancangan untuk semua ni?"

Sekali lagi Shahran kehilangan kata-kata. Anas hanya menggerutu sendirian. Ingin memaki hamun lelaki itu kerana asyik terlepas cakap.

"You know what..." Mikha kini sudah mencapai begnya. "Tak perlu beritahu. Saya dah tak nak ambil tahu pun."

"Mikha..." Shahran memandang gadis itu.

"Selamat tinggal." Ucap Mikha sebelum keluar dengan pantas dari situ meninggalkan mereka.

Shahran memandang Asyraf yang sudah memegang begnya sendiri. Lelaki itu hanya mendengus perlahan sebelum menyusul Mikha.


A/n: Sorry guys. Human always be human. Eh, silap. Normal human. Hahahaha. Tak boleh lah nak libatkan dalam hal ni. Hoohoho. Well, sikit lagi jadi buku puak Huruf. Guess who will appear on the next chapter guys??!!!! Come on!! Hahaha. Well, mohon doakan saya ada masa nak taip dan update. Sekian terima kasih. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top