That Mystery Girl

Bab 10


"Lepas ni awak ada kelas ke.?"

Shahran menoleh memandang ke arah teman wanitanya yang duduk di sebelah. Dia segera menggelengkan kepalanya. "Tak ada."

"Yakah.??" Mikha mencebik kemudian mengalihkan pandangannya kepada Asyraf yang duduk di hadapan mereka dengan wajah menyampah. "Awak.?"

Asyraf berdehem. "Ada. Saya ada kelas lagi."

"Dia sama-sama dengan saya." Misrah yang turut berada di situ mencelah.

"Alah..." Mikha memandang Shahran kembali. "Saya ponteng kelas... Kita pergi jalan nak.?"

Shahran membesarkan mata memandang teman wanitanya itu yang sudah tersenyum kambing. "Nak ponteng.??"

"Yalah. Hari ni je." Mikha menunjukkan giginya yang tersusun cantik sambil berharap lelaki itu akan setuju.

"Tak." Selamba Shahran membalas. "Tak boleh."

"Alah... Hari ni je." Mikha menggesa dengan nada manja.

"Tak boleh." Shahran berkeras tanpa memandang wajah gadis itu. Takut dia akan mengubah fikirannya.

"Tapi saya nak jalan..." Mikha membuat nada anak kecil. "Dengan awak."

"Tak boleh, Mikha..." Shahran mendengus perlahan. "Jangan ponteng kelas. Kita boleh jalan nanti."

Mikha masih lagi mencebik. Jelas tidak setuju dengan keputusan itu. Dia mahu Shahran mengubah fikiran.

"Tapi..."

"Dah, dah, dah!"

Serentak pasangan kekasih itu memandang ke arah Asyraf yang kelihatan sudah bengang.

"Saya rasa macam nak ikat kamu berdua kat tiang elektrik dan bagi ulat beluncas makan kamu."

"Eh..." Misrah mengerutkan dahinya sambil memandang Asyraf. "Ulat beluncas makan orang ke.?"

Asyraf mengetap giginya kegeraman hampir menyumpah. Dia tidak menjawab soalan itu sebaliknya kembali memandang pasangan kekasih itu. "Lain kali jangan tunjuk aksi macam tu depan kami. Tak cukup umur lagi ni."

Shahran menggolekkan bebola matanya lalu memandang Mikha. "Awak pergi kelas lah. Saya tunggu awak habis okey.?"

Mikha memuncungkan bibirnya bagaimanapun mengangguk kecewa sebelum menyusun barang-barangnya. "Baik lah."

"Dah!" Asyraf menyikut beg sandangnya. "Jom ke kelas. Saya pun ada kelas lagi ni. Tak nak lah lambat."

Misrah hanya menggerutu tetapi tidak membantah.

"Jumpa lagi." Asyraf menepuk bahu Shahran yang hanya mengangguk sebagai balasan.

"Bye, Ran." Ucap Misrah.

"Jumpa awak nanti okey." Mikha melemparkan senyuman manis kepada Shahran yang mana lelaki itu membalasnya.

Shahran menarik nafas panjang ketika dia sudah tinggal bersendirian di meja itu. Dia memandang sekeliling. Tidak begitu ramai orang yang berada di situ. Kebanyakannya menghadiri kelas. Shahran terpandang Anas yang kini sedang bergelak tawa bersama kumpulan kawan-kawannya.

Serta-merta perbualannya bersama Mikha di dalam talian itu kembali ke dalam ingatannya. Tidak tahu apa yang harus dia fikirkan. Jika ianya benar, kenapa Anas masih berkelakuan seperti itu.?

Shahran mendengus perlahan kemudian menggelengkan kepalanya. Dia mencapai beg sandangnya lalu bingkas bangun. Dia bergegas pergi dari situ. Ingin mencari tempat sunyi yang boleh menenangkan dirinya. Dia berjalan merentasi setiap koridor kampus itu dengan tenang.

Mengelak untuk mengakhiri perjalanannya di hujung bangunan di mana klinik kampus itu terletak, dia membelok dan keluar ke kawasan belakang kampus. Di mana dia selalu bersendirian di situ. Dia memandang sekeliling sambil menghirup udara segar dengan rasa puas.

Ketika dia hendak melangkah lagi untuk duduk di bawah pokok besar itu, dia hampir terjatuh apabila terpijak sesuatu. Atau lebih tepat lagi dia terpijak beberapa buah buku yang diletakkan di atas rumput itu.

"Ops!!"

Shahran membesarkan matanya apabila perasan bukan hanya buku yang berada di situ. Tetapi juga seseorang. Dia semakin membesarkan matanya apabila mengenali orang itu. Gadis itu. Gadis aneh itu.

"Er... Ma... Maaf." Shahran mengucap dalam keadan masih terpinga-pinga.

Gadis itu hanya mengangguk sekali kemudian segera mengemas barang-barangnya sambil mencuri pandang ke arah Shahran. Shahran pula hanya terkedu berdiri memandang setiap pergerakan gadis itu.

Gadis itu tunduk sedikit kemudian segera berlalu pergi dengan pantas tanpa mengangkat kepalanya.

"Nanti!" Shahran menyambar pantas tangan gadis itu membuatkan dia terhenti. "Nanti dulu."

Gadis itu memandang Shahran teragak-agak. Dia memandang tangannya yang digenggam erat oleh lelaki itu. Terlalu erat.

"Er..." Shahran segera melepaskan cengkamannya apabila sedar akan perkara itu. "Maaf."

Gadis itu tidak membalas sebaliknya hanya menjauhkan dirinya sedikit.

"Saya Shahran." Shahran menghulurkan tangannya untuk bersalaman setelah tidak tahu hendak memulakan perbualan itu bagaimana.

Gadis itu hanya merenung tangan Shahran. Seolah-olah ia adalah satu virus yang boleh membunuh.

"Er..." Shahran menurunkan tangannya kembali apabila yakin gadis itu tidak akan menyambut. "Nama awak.?"

Gadis itu masih tidak bersuara. Dia hanya memeluk erat bukunya tidak memandang wajah Shahran. Buat seketika, Shahran menyangka bahawa gadis itu bisu dan tidak boleh bercakap bagaimanapun dia pernah mendengar suaranya sebelum ini.

"Kita perlu bercakap walaupun saya tahu awak tak nak bercakap dengan saya.?" Shahran tidak begitu yakin dengan apa yang dia katakan itu.

Gadis itu hanya tunduk masih membisu.

"Pasal kejadian hari tu..." Shahran berdehem sedikit. "Pasal kejadian di mana awak bantu saya."

Gadis itu mendongak memandang Shahran memandangkan lelaki itu agak tinggi daripadanya.

"Awak tak nampak apa-apa yang pelik ke.?" Shahran mengerutkan dahinya cuba mencari jawapan daripada wajah gadis itu kerana dia yakin tetap tiada jawapan yang keluar dari mulut.

Gadis itu hanya memandang Shahran tanpa sebarang reaksi.

"Awak betul-betul tak boleh bercakap ke.?" Shahran kelihatan sedikit bengang dengan sikap gadis itu.

Gadis itu hanya menarik nafas panjang bagaimanapun tetap tidak bersuara.

"Okay." Shahran mula putus asa. "Awak tak perlu cakap apa-apa. Saya nak awak dengar je."

Gadis itu hampir mengangguk tetapi tidak begitu kelihatan.

"Saya tahu awak nampak semuanya..." Shahran cuba menarik nafas panjang. "Kepelikan yang ada dalam diri saya."

Gadis itu mendongak memandang Shahran. Cuba menelan apa yang lelaki itu cuba katakan.

"Saya tak tahu nak cakap apa." Shahran memandang sekeliling cuba menyusun ayat. "Saya hanya minta awak rahsiakan."

Gadis itu kelihatan berkerut sedikit.

"Apa yang awak nampak hari tu..." Shahran berdehem lagi. "Saya minta awak rahsiakan. Lupakan."

Gadis itu hanya memandang Shahran. Dahinya kini sudah kelihatan jelas sedang berkerut.

"Itu je saya nak." Shahran memejamkan matanya seketika. "Saya... Saya tahu semua tu pelik. Saya pun tak tahu apa-apa. Jadi... Tolong rahsiakan."

Gadis itu hanya mengelipkan matanya beberapa kali masih tidak bersuara. Dia hanya bernafas dengan tenang.

"Maaf mengganggu awak." Shahran tunduk seketika. "Jumpa lagi."

Shahran mula membuka langkah untuk berlalu pergi bagaimanapun sesuatu menghalangnya. Dia berpaling memandang ke belakang dan agak terkejut apabila melihat tangan gadis itu sudah mencengkam lengannya. Gadis itu meraba-raba mencari sesuatu dari begnya tanpa melihat.

Shahran hanya memandang gadis itu kebingungan bagaimanapun tekejut apabila melihat pisau yang kini berada di tangan gadis comel itu. Shahran membesarkan matanya hampir menjerit tetapi terhenti apabila pisau itu tidak dihalakan padanya. Sebaliknya di halakan pada lengan gadis itu sendiri.

"Apa awak... Hei!!!"

Shahran menjerit cemas apabila gadis itu mula mengerat tangannya sendiri dengan sangat pantas. "Awak dah gila ke.?!! Kenapa...."

Shahran berhenti bercakap apabila ternampak sesuatu. Sesuatu yang biasa dilihatnya. Dia memandang gadis itu sambil membesarkan matanya. Kulit gadis itu yang terkoyak besar tidak mengeluarkan apa-apa darah langsung.

"A.... Pa..."

Gadis itu menyimpan semula pisau itu sebelum mengeluarkan sehelai sapu tangan panjang dan membalut lukanya. "Welcome to the club."

Shahran masih tercengang. Matanya terbuka luas dengan mulut ternganga. Dia sudah tidak perasan gadis itu sudah mula bercakap.

"Kulit awak..."

"Ia akan bercantum semula nanti." Selamba gadis itu bersuara sambil membalut kemas lukanya. "Jangan risau."

Shahran masih lagi dalam keadaan terkejut. Tidak tahu apa yang harus dikatakannya saat ini.

"Apa-apapun... Hai, Shahran." Gadis itu cuba mengukir senyuman. "Hadha. Nama saya Hadha."

Shahran mengelipkan matanya beberapa kali. Dia mengulang nama gadis itu di dalam kepalanya. "Awak..."

Gadis itu mengangkat sebelah keningnya.

"Awak..." Shahran seperti tidak dapat meneruskan kata-katanya.

"Sama macam awak.??" Gadis itu memintas. "Pelik... Aneh dan tidak normal macam orang lain.?"

Shahran masih tidak meneruskan kata-katanya.

"Ya." Selamba gadis itu bersuara. "Jawapannya ya."

"Tapi macam mana...." Shahran masih dalam keadaan tidak percaya dengan kenyataan itu.

"Awak fikir kenapa saya asingkan diri saya daripada semua orang selama ni.??" Hadha mula berpeluk tubuh. "Sebab saya tak nak orang nampak kepelikan yang ada dalam diri saya."

Shahran baru faham situasi gadis itu.

"Awak fikir saya boleh tenang tanpa apa-apa jawapan.?"

"Nanti..." Shahran mengerutkan dahinya. "Tanpa apa-apa jawapan... Awak pun tak tahu ke pasal benda ni.?"

Hadha ketawa menyindir. "Saya hidup selama bertahun-tahun cuba cari jawapan. Tapi saya tak jumpa pun."

"Keluarga awak.??" Shahran mengangkat keningnya.

"Mereka dah meninggal dunia." Selamba Hadha menjawab. "Saya tinggal sendiri sekarang ni."

Shahran menarik nafas panjang. "Sejak bila awak tahu tentang perkara ni.?"

"Dah bertahun-tahun lama." Hadha mengangkat bahunya. "Lagipun saya perasan yang saya kekal macam ni. Tak berubah."

Shahran hanya mendengar.

"Nak cakap pada orang saya rasa tak selamat." Hadha menyambung. "Ini bukan sesuatu yang normal."

Shahran mengangguk setuju.

"Sebab tu saya asingkan diri." Hadha menambah lagi. "Teruskan hidup dan cuba cari jawapan."

"Awak mengkaji.?" Shahran mengangkat keningnya lagi.

"Awak tak nak jawapan ke.??" Hadha membalas. "Mesti lah saya mengkaji semuanya satu-persatu."

"Awak dapat apa-apa.?" Tanya Shahran lagi.

Hadha mengangkat bahunya. "Tak banyak. Tapi okey lah daripada tak ada langsung kan."

Shahran menarik nafas panjang kemudian mengangguk. "Sebab tu awak langsung tak terkejut tengok keadaan saya hari tu."

Hadha mengangguk. "Dah biasa."

Shahran hampir tergelak mendengar jawapan gadis itu.

"Tapi kejadian tu memang tak ada kena-mengena dengan Anas..."

Kenyataan itu membuatkan Shahran memandang gadis itu sambil mengerutkan dahinya.

"Saya nampak Anas belasah orang yang tolak awak tu dengan teruk sambil bagi amaran."

Shahran hanya berdiri kehilangan kata-kata.

"Baik lah." Hadha membetulkan begnya. "Saya pergi dulu. Saya nak balik rumah. Lapar."

Shahran hanya tersenyum kemudian mengangguk.

"Jumpa lagi." Hadha terus berlalu pergi.

"Nanti!!"

Hadha memberhentikan langkahnya kemudian menoleh ke belakang untuk memandang Shahran.

"Saya harap lepas ni awak tak mengelak lagi."

Hadha hanya ketawa kemudian mengangguk-angguk sebelum kembali meneruskan perjalanannya.


A/n: Fuh~ Dah makin teruk sangat masa saya update ni. Hahaha. Dah makin lambat. Saya kena usaha untuk update cepat balik. Susah saya nak publish cerita yang lain lagi kalau ni pun saya lambat.

So, how is it guys? Saya dah dedahkan identiti 'gadis itu'. Hehehe. Ada beberapa watak lagi yang masih dirahsiakan. Jangan risau. Saya tetap akan dedahkan nanti. Sabar je k.

Terus terang saya cakap... Saya rindu cerita Huruf!! Huhu. Rasa macam nak buat je cerita tu balik. Tapi mesti dah lain pelakonnya. Bukan watak yang sama. Saya kena habiskan semua ni dulu baru dapat. Apa-apapun... Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top