That Girl

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Grant Gustin as Asyraf. :)

BAB 3


Shahran memberhentikan kereta miliknya yang dihadiahkan pada ulang tahunnya dua tahun lepas oleh ayahnya di hadapan rumah. Dia mematikan enjin sebelum mencapai beg untuk disandang. Dia mengambil telefon bimbitnya lalu keluar dari kereta itu. Dia segera masuk ke dalam rumah selepas mengunci kereta. Kelihatan semua ahli keluarganya berada di ruang tamu sedang berehat.

"Shahran..."

Shahran memandang ibunya sambil tersenyum manis.

"Lambat balik." Maria turut membalas senyuman anak lelakinya itu sambil mengelipkan mata.

"Asyraf bawa keluar makan lagi." Shahran mengangkat bahunya. "Tu yang lama sikit tu."

Maria hanya mengangguk-angguk. "Mikha macam mana.?"

Shahran memandang ibunya itu seketika. Hubungannya dengan Mikha sudah umum kepada keluarganya. Begitu juga dengan pergelutan antara dia dengan Anas. Dia tidak akan menyimpan rahsia daripada keluarganya itu.

"Dia okey je."

"Tak ada apa-apa masalah.?" Maria mengangkat keningnya untuk kepastian.

Shahran hampir berkerut bagaimanapun hanya mendengus perlahan kemudian mengangguk-angguk. "Ya. Tak ada masalah."

"Macam mana hari pertama di kampus.?"

Pertanyaan itu membuatkan Shahran beralih memandang ayahnya. Soalan itu akan ditanya setiap kali mula semester bukan kerana itu pertama kali dia datang ke kampus itu. Tapi sebab sentiasa ada perkara buruk yang berlaku. Jadi, soalan itu akan dikemukakan oleh Masran.

"Setakat ni okey."

"Okey.??" Masran mengecilkan matanya memandang anak lelakinya itu agak curiga dengan jawapan ringkas yang diberikan.

"Setakat ni saya belum patahkan tangan sesiapa." Shahran menggolekkan bebola matanya kemudian memandang tangannya. Parut luka yang sepatutnya ada di situ sudah tidak kelihatan lagi. Dia tiada idea bagaimana hendak menerangkan perkara itu. Itu menjadi tanda tanya padanya selama ini.

Masran mendengus perlahan. "Ran..."

"Serius, ayah." Shahran segera memintas. "Tak ada apa-apa yang berlaku. Saya tak bergaduh teruk dengan sesiapa tadi."

Masran merenung wajah lelaki itu kemudian mengangguk perlahan. "Bagus lah kalau macam tu. Cuba kawal marah awak tu."

Shahran hanya menderam. Bukan salahnya untuk marah. Sesiapa yang berada di posisinya pasti akan mengamuk.

"Anas masih macam tu ke.?" Tanya Maria sedikit sedih dengan perkara itu bagaimanapun riak wajahnya lebih menunjukkan rasa simpati.

Shahran hanya mengangkat bahunya. "Macam tu je lah. Tak ada apa-apa yang berubah pasal tu pun."

Serentak kedua-dua pasangan suami isteri itu mengeluh.

"Kenapa dia boleh jadi macam tu.?" Maria menggumam sendiri sambil mula mengimbas kembali bagaimana hubungan persahabatan mereka suatu masa dahulu sebelum semuanya berubah.

Shahran hanya tunduk. "Memang salah saya. Saya ambil semua yang dia ada. Jadi tak hairan lah."

"Kalau dia betul-betul kawan yang baik..." Masran bersuara serius. "Dia takkan buat awak macam tu hanya sebab perkara yang remeh."

"Ini bukan perkara yang remeh..."

"Tetap!" Masran segera memintas. "Dia tak akan berpaling hanya sebab benda tu. Persahabatan kamu dah bertahun-tahun, Ran."

Shahran hanya mampu mendengus perlahan. Tidak tahu apa yang hendak dibalas lagi dalam situasi itu. Dia tahu dia tidak akan pernah menang jika berdebat dengan ayahnya mengenai hal apa pun.

"Ni..."

Sekeping kad dengan corak abstrak yang menarik dilempar ke arah Shahran yang mana lelaki itu hanya mengutipnya perlahan.

"Apa ni.?"

"Kad jemputan." Selamba Masran menjawab.

Shahran mengerutkan dahinya lalu mula membuka kad itu untuk membacanya. "kad jemputan dari siapa.?"

"Dari Datuk Remy."

Shahran tersentak seketika apabila terdengar nama itu. Datuk Remy sememangnya dikenali kerana dia adalah ayah kepada Anas. Bekas sahabat baiknya itu sendiri.

"Syarikat dia akan keluarkan permainan video yang baru."

Shahran tidak meneruskan membaca kad jemputan itu. Dia kini hanya merenung tanpa melihat apa yang ada di dalamnya. Walaupun hubungannya kini tidak baik dengan Anas, ayah kepada mereka berdua tetap berkawan baik. Syarikat Datuk Remy adalah pengeluar permainan video yang terkenal. Dan syarikat Masran adalah salah satu rakan kongsi yang membantu membekalkan peralatan yang diperlukan.

"Hujung minggu depan akan dibuka percubaan untuk permainan baru tu." Masran memandang Shahran selamba. "Dia nak kita datang."

Shahran tidak menjawab. Dia hanya mampu mendengus perlahan kerana dia tidak tahu sama ada dia perlu datang atau tidak.

"Shahran pergi lah rehat dulu." Ujar Maria. "Benda ni nanti je fikir."

Shahran mengangguk-angguk kemudian mula melangkah naik ke tingkat atas untuk ke biliknya. Dia mengatur langkahnya penuh lemah dan sedikit terganggu. Bukan kerana permainan yang bakal dikeluarkan itu. Tetapi kerana persahabatannya dengan Anas yang kini sudah benar-benar hancur.

Shahran membaling beg sandangnya di atas katil lalu duduk dengan lemas sekali. Dia berfikir seketika. Pelbagai perkara mula bermain di mindanya tanpa diundang. Semua yang berlaku melibatkan kisah lalu. Kisah lalu yang sudah tidak dapat diundurkan lagi. Untuk dipulihkan juga tidak tahu bagaimana caranya.

Perlahan-lahan tangannya membuka laci meja yang terletak betul-betul di sebelah katilnya. Terdapat sekeping gambar di situ yang masih bersih dan penuh dengan warna. Gambar dia sedang tersenyum mesra sambil memegang bahu kedua-dua kawan baiknya, Anas dan Asyraf. Betapa manisnya apa yang dia ada sebelum ini. Tapi kini dia rosakkan semuanya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia terangsang untuk merampas takhta yang dimiliki oleh Anas sebagai penyerang terbaik.

Sampai akhirnya dia tahu kenapa dia berusaha untuk mendapat gelaran itu. Kerana dia jatuh cinta. Jatuh cinta dengan teman wanita kawan baiknya itu sendiri. Teman wanita Anas iaitu Mikha. Tidak cukup dengan itu, dia berusaha pula mendapatkan hati gadis itu. Jadi, tiada alasan untuk dia sesali semuanya.

----------------------------------------------------------------------------------

Shahran mendengus kuat apabila tiba di bawah pokok besar yang terletak di kawasan paling belakang kampus itu. Dia sudah berusaha sedaya-upaya untuk mengelak daripada bertembung dengan Anas atau kawan-kawannya tetapi nasib tidak menyebelahi. Beberapa orang kawan Anas berjaya membuatkan harinya tidak baik.

Tempat itu adalah tempat yang dirasakan paling selamat buat masa ini. Tiada orang yang akan ke situ kerana ia sedikit jauh daripada bangunan kampus. Tambahan lagi tasik terbiar yang berada di situ membuatkan orang lain lebih memilih tempat lain untuk dijadikan tempat lepak.

Shahran mencapai telefon bimbitnya yang dia tahu bergetar sebentar tadi bagaimanapun tidak dipedulikannya. Ada satu panggilan tidak dijawab dan dua pesanan yang diterima. Dia membuka mesej yang pertama. Ianya dari Asyraf yang memberitahu bahawa lelaki itu terlibat dengan aktiviti lain dan terpaksa membiarkannya seorang diri. Shahran tidak hairan mengenai itu. Asyraf suka kepada kegiatan sukarelawan.

Dia mula membuka mesej yang kedua. Ia daripada gadis yang dicintainya, Mikha. Gadis itu bertanya di mana keberadaannya. Panggilan yang tidak dijawab itu juga daripada gadis itu. Shahran segera membalas dan memberitahu dengan jujur tanpa berselindung di mana dia saat ini.

Dia menarik nafas panjang sambil memandang sekeliling. Perasaannya mula bergelut di dalam hatinya. Dia tidak tahu sama ada tindakannya memiliki gadis yang dicintainya selama bertahun-tahun ini berbaloi ataupun tidak.

Shahran mula bersahabat baik dengan Anas dan Asyraf sejak di bangku sekolah dan pada saat itulah dia mula jatuh cinta dengan Mikha. Akan tetapi, Mikha memilih Anas pada saat itu dan dia terpaksa menahan perasaan. Kedua-dua pasangan itu kekal sehingga ke alam kampus.

Bagaimanapun, dia berjaya merampas gadis itu pada semester ketiga dia berada di kampus itu. Pada saat itu, dia kehilangan Anas. Siapa yang tidak sakit hati jika gadis kesayangannya diambil orang. Entah kenapa dia berbuat begitu. Dia sendiri tidak tahu apa sebabnya.

Segala lamunan dan fikirannya segera hilang apabila dia terpandang sesuatu. Atau lebih tepat lagi seseorang. Gadis itu. Gadis itu sedang duduk sendirian di bawah sebatang pokok bertentangan dengan tempat dia duduk bagaimanapun tasik terbiar itu menjadi pemisah.

Dia adalah gadis itu. Gadis yang terserempak dengannya ketika dia meretakkan dinding kampus. Ketika luka ditangannya tidak berdarah. Gadis yang sepertinya agak takut dengannya. Seperti tahu akan sesuatu. Shahran mula membuka langkah untuk menyapa gadis itu.

"Shahran!"

Langkah lelaki itu segera terhenti. Dia menoleh pantas. Mikha berlari mendapatkannya agak tercungap-cungap.

"Hai..."

"Hai..." Shahran memandang kembali ke pokok besar itu di mana gadis itu sedang duduk tadi bagaimanapun dia sudah tiada di situ.

"Ran..."

Shahran mengelipkan matanya seketika kemudian memandang Mikha. "Ya. Ada apa.?"

Mikha mengerutkan dahinya kemudian memandang sekeliling. "Apa yang awak sedang cari.?"

"Uh..." Shahran menggelengkan kepalanya. "Tak. Tak ada apa-apa."

Mikha tahu bahawa lelaki itu sedang berbohong bagaimanapun tidak berkata apa-apa. "Kenapa awak tak ke kafe.?"

Shahran segera mendengus kuat. "Malas saya nak ke sana."

Mikha hanya menunjukkan riak wajah simpati. "Sebab Anas ke.?"

Shahran tidak perlu menjawab soalan itu. Sesiapapun pasti tahu apa jawapannya. Kenapa dia tidak mahu ke kafeteria.

"Tak payah pedulikan dia tu." Mikha menepuk-nepuk bahu teman lelakinya itu. "Dia tu masih tak boleh terima hakikat."

"Susah saya nak tahan diri kalau mereka asyik cari pasal." Shahran mengangkat bahunya.

"Saya tahu." Mikha mengangguk faham. "Tapi kalau awak layan makin menjadi-jadi lah perangai dia tu."

Shahran hanya mengeluh lalu duduk di bawah pokok itu disusuli oleh Mikha yang duduk di sebelahnya.

"Saya betul-betul dah kehilangan dia..."

Mikha segera memandang Shahran.

"Saya dah betul-betul kehilangan dia kan.?" Shahran memandang Mikha dengan wajah yang sedih.

"Awak tak kehilangan dia, Ran..." Mikha menggelengkan kepalanya. "Dia yang kehilangan awak."

Shahran tergelak serta-merta. "Semua orang asyik cakap benda yang sama je pada saya."

"Sebab itu kebenarannya." Mikha membalas.

"Berhenti buat saya seperti mangsa dalam keadaan ni." Shahran menderam kemudian memejamkan matanya seketika.

Mikha hanya terdiam tidak bersuara. Dia ingin bertanya mengenai itu bagaimanapun memutuskan untuk berdiam diri.

"Cuba tengok daripada mula, Mikha..." Shahran menelan air liurnya.

Mikha tidak membalas sebaliknya hanya tunduk.

"Saya ambil apa yang dia ada..." Shahran memandang ke tempat lain. "Saya ambil apa yang selama ini menjadi kebanggaannya." Shahran memandang ke arah Mikha. "Dan saya ambil orang yang paling dia sayang."

"Awak menyesal dengan saya ke, Ran.?" Mikha mengecilkan matanya memandang lelaki itu.

Shahran menggelengkan kepalanya. "Saya cuma tak sangka yang saya akan buat macam ni dengan kawan baik saya sendiri."

Mikha berdiam diri lagi.

"Saya cuma menyesal dengan cara saya." Shahran menambah lagi. "Cara saya untuk dapatkan semua ni."

Mikha tidak begitu faham apa yang lelaki itu cuba cakapkan bagaimanapun tidak mahu bertanya apa-apa.

"Sepatutnya saya guna cara yang lebih baik daripada ini." Shahran mula tunduk sedih dengan perkara itu.

Mikha hanya mampu menepuk bahu lelaki itu. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi.


A/n: Okay, nampak macam saya banyak letak persahabatan dalam ni. Hahaha. Sabar. Sebab benda ni akan ada kaitan nanti. Jadi, saya kena tunjukkan. Hehehe. So... Korang rasa siapa gadis tu?? Saja nak bagi suspen sikit.

Oh, ya. Sebelum saya lupa. Pasal yang 'hurufcontest' tu... Nampaknya benda tu dah tak jadi contest lagi. Hahaha. Saya nak buat pemenang tapi genre yang kamu buat semua berbeza. Jadi,tak dapat. Kalau kamu masih nak buat pun tak ada masalah. Tapi saya minta tolong letak '(fan fiction)' pada tajuk korang. Sebab ramai sangat yang keliru mana satu ceita asal. Tolong yer...

Harap korang enjoy cerita ni. Saya masih belum jumpa cast sangat. Tapi tak apa lah. Saya cuba buat mana yang mampu. Hahaha. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top