Temper
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Nick Robinson as Shahran's cast.
BAB 2
Shahran dan Asyraf kini duduk di dalam kafeteria itu untuk menikmati makan tengahari. Situasi itu adalah situasi yang paling tidak menyenangkan bagi Shahran kerana dia akan di kelilingi oleh orang-orang yang tidak diingini. Mendengar suara Anas sedang bergelak tawa bersama kawan-kawan barunya membuatkan hatinya sakit.
Bagaimana persahabatan mereka terhenti begitu sahaja. Dia tahu dia bersalah. Tapi Anas juga tiada kurangnya. Hanya disebabkan jawatan dan seorang perempuan mereka jadi seperti itu. Mereka kehilangan segala-galanya yang mereka ada sebelum ini. Shahran tidak tahu bagaimana hendak memulihkan perkara itu.
"Awak tak makan ke.?"
Pertanyaan itu menarik Shahran kembali ke dunia nyata. Dia menoleh serta-merta. Asyraf sudah memandangnya kebingungan.
"Apa.?"
Asyraf tidak segera menjawab kemudian menarik nafas panjang. "Awak tak nak makan ke.? Tak beli makanan.?"
Shahran turut menarik nafas panjang. Tiada jawapan yang keluar dari mulutnya walaupun itu adalah soalan yang sangat mudah.
"Ran..."
Shahran memandang Asyraf yang kini sudah membetulkan kedudukannya dengan wajah yang sukar untuk dibaca.
"Kalau awak tak nak berada kat sini..." Asyraf memandang sekali imbas ke arah Anas yang masih rancak bersembang dengan kawan-kawan barunya. "Kita tak perlu duduk kat sini buang masa."
Shahran mendengus perlahan. "Tak ada apa-apa lah, Raf. Awak jangan risau. Saya hanya tunggu Mikha baru saya akan makan."
Asyraf hanya mengangkat bahunya langsung tidak percaya dengan jawapan itu bagaimanapun memutuskan untuk tidak berkata apa-apa lagi. Dia kenal benar dengan sahabat baiknya itu.
"Hai!!"
Serentak mereka berdua menoleh. Mikha segera duduk dalam keadaan tercungap-cungap bersama Misrah, kawan baiknya.
"Kenapa awak lambat.?" Tanya Shahran serta-merta.
"Kami terpaksa bantu doktor baru yang akan kawal klinik kampus kita." Mikha menjawab.
Asyraf dan Shahran berkerut serentak.
"Doktor baru.??" Asyraf mengecilkan matanya sambil berfikir. "Apa dah jadi dengan Puan Shanty.? Doktor lama kat situ."
Mikha dan Misrah berpandangan seketika kemudian mengangkat bahu mereka tanda tidak tahu.
"Kami pun tak tahu apa jadi." Ujar Misrah.
Shahran tidak berkata apa-apa. Puan Shanty. Dia masih mengingati dengan jelas wajah wanita itu. Sangat ramah dan cantik walaupun sudah berumur. Akan tetapi, Puan Shanty juga adalah orang yang paling dicurigainya. Kata-kata wanita itu padanya setiap kali sering menimbulkan ketakutan dalam dirinya sendiri.
Shahran memandang kulit tangannya yang kini terkoyak akibat jatuh di dalam bilik persalinan itu. Dia menelan air liurnya agak gementar. Bukan kerana kesakitan atau apapun. Tapi kerana tiada darah yang keluar mengenai luka itu. Sakitnya juga langsung tidak dapat dirasa.
"Shahran..."
Shahran tersentak lalu menoleh pantas. Puan Shanty berdiri memandangnya dalam keadaan mata yang dibesarkan. Shahran segera menarik tangannya yang cedera itu ke belakang agar tidak dilihat.
"Awak okey ke.? Kenapa belum balik.?"
"Er..." Shahran kebingungan seketika. "Saya baru je nak balik."
Puan Shanty tidak berkata apa-apa. Dia hanya merenung lelaki itu dengan pandangan yang sukar untuk dibaca.
"Saya..." Shahran bingkas bangun lalu mencapai beg sandangnya. "Saya rasa saya patut balik."
Lelaki itu segera berjalan melintasi Puan Shanty yang hanya berdiri tidak bergerak di situ.
"Shahran, nanti..."
Shahran berhenti berjalan lalu menoleh memandang ke belakang. Puan Shanty menoleh perlahan-lahan dengan pandangan mata yang sedikit menggerunkan.
"Jangan biar orang lain tahu apa cara untuk cederakan awak."
Shahran tersentak mendengar ayat itu. Matanya terbuka luas dan jantungnya berdegup pantas.
Sejak hari itu, setiap kali dia bertembung dengan doktor itu, perasaan takutnya sentiasa ada. Puan Shanty akan sentiasa merenungnya dengan pandangan yang mengancam. Kata-kata wanita berumur itu juga semakin hari semakin aneh kepadanya.
"Awak perlu berhati-hati."
"Nampaknya awak kena bongkar semuanya sendiri."
Shahran menggeleng kepalanya seketika. Tidak mahu mengingati perkara yang merisaukan itu. Buat seketika, dia rasa bersyukur kerana Puan Shanty sudah tiada lagi di situ. Dia tidak akan rasa takut atau risau lagi.
"Awak dengar tak ni, Ran.??"
Shahran tersentak apabila Asyraf menyigungnya. "Hah.?? Apa yang kamu tengah cakapkan.?"
Asyraf, Mikha dan Misrah berpandangan seketika.
"Kami tengah cerita pasal doktor baru tu." Misrah segera memberitahu. "Doktor tu memang muda."
"Ya." Mikha mengangguk bersetuju. "Mula-mula saya nampak dia... Saya ingatkan dia pelajar."
"Dan dia sangat tampan!" Misrah memberitahu dalam keadaan teruja hampir sahaja menjerit.
Asyraf menggolekkan bebola matanya dengan rasa menyampah. "Jadi kamu berdua jatuh cinta lah kononnya ni.?"
"Saya tak." Mikha segera menggeleng lalu memandang Shahran dengan senyuman yang manis. "Sebab saya dah ada orang yang saya sayang."
Shahran hanya membalas senyuman gadis itu. Tidak mampu mengungkapkan perasaannya saat ini.
"Alahai..." Misrah segera menderam. "Nampak babak-babak cinta lah pula lagi kat sini ni."
Asyraf turut memandang ke tempat lain.
"Sibuk je kamu." Shahran menggerutu.
"Hai..."
Serentak mereka semua menoleh apabila mendengar sapaan itu. Pelajar yang baru masuk itu. Adrian sedang berdiri memandang mereka satu-persatu dengan senyuman yang manis. Mikha dan Misrah mengelip-ngelipkan mata mereka langsung tiada idea siapa lelaki itu.
"Oh..." Asyraf berdehem sedikit. "Adrian kan.?"
"Ya." Adrian mengangguk. "Boleh saya sertai kamu.?"
"Oh..." Asyraf segera membetulkan kedudukannya. "Boleh. Duduk lah. Tak ada apa-apa masalah."
Adrian segera duduk betul-betul di sebelah lelaki itu benar-benar berhadapan dengan Shahran yang masih merenung Adrian tidak senang.
"Saya masih tak tahu nama kamu." Adrian cuba mengukir senyuman yang agak kekok.
"Oh." Asyraf berdehem sekali lagi. "Saya Asyraf. Ini Shahran. Yang ni pula Mikha dan Misrah."
Adrian mengangguk-angguk bagaimanapun pandangannya hanya terhenti pada Shahran. "Shahran..."
Shahran membalas pandangan lelaki itu. Mendengar namanya diulang seperti itu benar-benar membuat dia tidak senang. Ada sesuatu. Ada sesuatu yang ada pada lelaki ini membuatkan dia tidak senang.
"Pelajar baru ke.?" Misrah mengecilkan matanya memandang lelaki itu.
"Ya." Adrian membalas sekali lagi dengan senyuman yang kekok. "Saya baru dipindahkan ke sini. Sekelas dengan mereka."
Serentak Misrah dan Mikha mengangguk-angguk.
"Selamat datang ke kampus ni." Mikha mengangkat bahunya.
Ucapan itu membuatkan Adrian tergelak sedikit kemudian beralih memandang Shahran. "Awak okey tak, Shahran.?"
"Hah..." Shahran kelihatan terpinga-pinga. "Ya... Saya okey."
"Awak nampak pucat." Adrian mengecilkan matanya memandang lelaki itu agak pelik sedikit.
"Saya okey." Shahran menggelengkan kepalanya.
"Awak tinggal kat mana.??" Adrian masih lagi merenung lelaki itu. "Dengan keluarga awak juga ke.?"
Shahran memandang kawan-kawannya seketika kemudian mengangguk. "Ya. Saya tinggal dengan keluarga saya."
"Kat mana.??"
Shahran tidak segera menjawab. Dia tidak tahu kenapa lelaki itu berminat mengenai latar belakangnya.
"Kat..."
"Tak makan ke.?? Wahai encik perampas..."
Shahran segera menggerutu apabila mendengar suara itu menyampuk dari belakang. Anas kini muncul dengan senyuman sinis sambil berpeluk tubuh.
"Takkan tak ada selera.??" Anas mengangkat keningnya. "Dah teman wanita yang dicintai ada kat depan mata... Mestilah ada selera."
Adrian berkerut seketika kemudian memandang Misrah dan Mikha untuk memastikan siapa yang lelaki itu maksudkan. Bagaimanapun, ia segera terjawab apabila Mikha melepaskan keluhan.
"Anas..." Mikha memandang lelaki itu dengan rasa menyampah. "Cukup-cukup lah dengan perangai awak ni."
Asyraf hanya menarik nafas panjang tidak mahu bersuara. Dia lebih risau mengenai keadaan Shahran.
"Awak memang tak ada kerja lain ke selain membuatkan hidup orang kacau.??" Misrah turut bersuara marah.
Anas tersengih seketika kemudian mengubah riak wajahnya menjadi serius. "Kenapa waktu dia rosakkan hidup saya kamu tak cakap macam ni.??"
Shahran kini sudah menggenggam erat buku limanya di bawah meja.
"Kenapa waktu dia rampas segala-galanya daripada saya kamu langsung tak cakap apa-apa.?" Tanya Anas lagi bertambah serius.
Asyraf hanya memandang Shahran. Dia tahu lelaki itu kini sedang bergelut dengan emosinya.
"Kenapa.?? Apa beza saya dengan dia.??" Anas mengangkat keningnya.
"Rosakkan hidup dia.??" Adrian berkerut tidak tahu mengenai apa yang sedang mereka cakapkan.
"Awak tak cerita pada kawan baru awak ke.??" Anas memandang Shahran dengan pandangan yang menjengkelkan. "Atau awak ceritakan pada dia bagaimana kebaikan dan kehebatan..."
Belum sempat Anas menghabiskan ayatnya, Shahran bingkas bangun dengan perasaan marah. Giginya diketap rapat dengan buku limanya masih digenggam erat. Dia memandang Anas yang hanya menunggu bila masanya lelaki itu akan menyerang. Dengan pantas dia mencapai begnya.
"Kamu makan lah. Saya perlu pergi ke suatu tempat."
Belum sempat sesiapa pun menghalang, Shahran terus sahaja berlalu pergi. Dia berjalan penuh dengan emosi berusaha agar tidak dilepaskan secara terus di situ. Dia terus sahaja berjalan sehingga tiba di kawasan yang langsung tiada orang. Shahran segera menghadap ke dinding. Ingin sahaja dia menjerit tapi takut orang akan perasan mengenai perbuatannya itu.
Oleh kerana tidak dapat menahan, Shahra menumbuk dinding yang ada di hadapannya itu menyebabkan ia sedikit retak. Shahran terkejut sedikit. Dia hampir tidak sedar apa yang sedang dia lakukan. Dia memandang tangannya. Terdapat banyak kesan calar akibat tumbukan itu.
KRAKK!
Shahran menoleh pantas apabila terdengar bunyi itu. Kelihatan seorang gadis sedang mengutip buku-bukunya dalam keadaan kelam-kabut sambil melirik ke arah Shahran dengan wajah yang sepertinya agak takut. Shahran membesarkan matanya. Dia tidak tahu sama ada gadis itu nampak apa yang berlaku ataupun tidak.
"Tidak..." gumam Shahran apabila gadis itu memandangnya agak takut kemudian berlalu pergi. "Nanti..."
"Ada masalah ke.??"
Shahran segera terhenti kemudian menoleh memandang ke belakang. Seorang lelaki dengan rambut ikal memandangnya agak pelik. Dia memakai kot berwarna putih sama dengan kot yang sering dipakai oleh Puan Shanty sebelum ini dan Shahran dapat meneka bahawa lelaki ini adalah doktor baru itu.
"Ada masalah ke.?" Tanya lelaki itu lagi yang agak mengejutkan wajahnya yang masih muda.
Shahran memandang sekeliling. Baru lah dia sedar bahawa dia berada di hujung kawasan kampus di mana klinik mereka terletak. Tidak hairan lah kenapa tempat itu sunyi dan tiada orang.
"Tak... Tak ada."
Lelaki itu hanya mengangguk bingung. Shahran terus sahaja berlalu pergi sebelum apa-apa yang aneh lagi berlaku. Lelaki itu hanya memandang langkahnya sehingga hilang dari pandangan kemudian memandang dinding yang retak itu. Tidak pasti apa yang berlaku sebelum dia tiba.
A/n: Okay... Saya pun tak tahu kenapa saya putuskan untuk ambil Nick Robinson sebagai cast Shahran. Saya ambil sebab setiap kali saya cuba mainkan watak ni dalam kepala saya, Nick Robinson yang paling hampir. Saya hampir pilih Brooklyn Beckham. Tapi saya putuskan untuk ambil ni.
Untuk watak yang lain, saya masih cuba untuk mencari. Mana yang dapat main dalam otak saya itu yang saya ambil. Huhuhu
Btw, guys. Enjoy. Tak tahu nak cakap apa pula kali ni. Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top