Suffer
BAB 27
Anas memberhentikan kereta yang dipandunya itu di tepi jalan yang amat sunyi dan agak tertutup. Dia memandang sekeliling penuh berhati-hati di malam yang sepi itu. Keadaan agak gelap membuatkan sukar untuk memastikan jika ada sesuatu yang lain lagi di situ atau apa-apa yang aneh.
Shahran yang duduk di sebelahnya turut memandang sekeliling. Cuba memastikan di mana mereka berada saat ini. Hadha yang duduk di tempat duduk belakang hanya memerhati mereka dalam keadaan yang seperti tidak senang. Entah kenapa dia bersetuju untuk perkara itu.
"Kat mana ni?" Shahran memandang Anas sambil mengangkat keningnya agak kebingungan.
"Ini tempat ayah saya bekerja secara rahsia." Selamba lelaki itu menjawab masih memandang sekeliling.
Shahran mengerutkan dahinya cuba memandang ke luar. Tiada apa-apa yang dapat dia simpulkan.
"Tempat ni tempat rahsia, Ran." Ujar Anas. "Tak ada sesiapa tahu. Hanya orang terlibat yang tahu."
"Macam mana pula awak tahu tempat ni?" tanya Hadha.
Anas mengangkat bahunya selamba. "Saya pernah curi-curi ikut sekali dalam trak kereta ayah saya. Rasa ingin tahu tak dapat dikawal. Dan saya hafal semuanya. Saya tak pernah datang lagi kat sini sebenarnya."
"Habis tu macam mana awak boleh yakin ini tempatnya?" Shahran mengangkat keningnya.
"Saya kira setiap minit." Anas memberitahu. "Berapa kali membelok dan berhenti. Saya hafal."
Kedua-dua mereka hanya mampu melopong. Tidak menyangka lelaki itu akan menjadi teliti seperti itu.
"Saya nak cuba pergi ke sini beberapa kali..." Anas menarik nafas panjang. "Tapi nampaknya ayah saya selalu ke sini. Kebetulan kali ni dia tak ke sini. Ada kerja kat tempat lain. Jadi ini peluangnya."
Memang benar. Mereka perlu mengambil segala peluang yang ada. Untuk mencari jawapan. Jawapan mengenai diri mereka sendiri dan juga orang-orang yang terlibat. Siapa mereka sebenarnya dan apa jenis ciptaan yang diletakkan kepada mereka. Kenapa mereka dapat berfungsi dengan baik seperti manusia dan sebagainya.
"Dah, jom." Anas segera keluar. "Memandangkan ada lagi yang risau kat rumah tu. Kita kena cepat."
Shahran dan Hadha tidak membantah. Mereka tahu siapa yang Anas maksudkan. Asyraf dan Mikha yang menunggu di suatu tempat selamat. Mereka bertekak panjang mengenai rancangan itu. Akan tetapi, itu sahaja yang dapat dipersetujui. Hanya mereka bertiga yang bertindak memandangkan yang lain adalah manusia biasa. Tidak boleh dipertaruhkan untuk itu.
Anas segera menutup mukanya dengan topeng muka sebelum memakai topi. Shahran dan Hadha hanya mengikut apa sahaja yang lelaki itu lakukan. Itu adalah untuk penyamaran. Takut jika ada sesiapa nampak.
"Jom."
Perlahan-lahan mereka berjalan melintasi beberapa semak-samun. Shahran dan Hadha menyusul dalam keadaan takut. Tidak tahu di mana keberadaan mereka saat ini. Juga tidak tahu apa tempat yang seharusnya mereka masuk.
Akan tetapi, semuanya terjawab ketika mereka melihat satu bangunan besar yang berada di tengah-tengah tempat itu. Di mana kawasan luarnya gelap gelita bagaimanapun agak bercahaya di bahagian dalam.
"Ikut sini." Anas segera berjalan ke bahagian belakang bangunan itu. Cuba mencari jalan masuk yang mudah.
Shahran dan Hadha hanya menjadi pengikut di belakangnya. Berharap semuanya akan berjalan dengan lancar seperti yang mereka harapkan memandangkan perkara ini sudah agak lama mereka rancang.
Tempat itu kelihatan seperti makmal. Banyak peralatan canggih yang mereka sendiri tidak dapat namakan. Mujur ia lengang. Setakat ini mereka masih belum berjumpa dengan mana-mana kelibat manusia.
Satu-persatu bilik mereka lintasi. Setiap bilik mempunyai isi kandungan yang berbeza. Yang mana mereka sendiri tidak dapat menjelaskan apa yang ada di situ dan apa fungsi bilik tersebut.
"Argh!!!!"
Langkah mereka terhenti serta-merta apabila terdengar jeritan yang sayup-sayup bagaimanapun amat jelas. Mereka berpandangan cuba memastikan jenis jeritan itu dan dari mana ia datang.
"Arghh!!!! Sakit!!!!"
Shahran membesarkan matanya. Anas hanya mampu mendengar dengan wajah yang serius, manakala Hadha sudah mendekat dengan mereka agak takut. Ia seperti raungan yang benar-benar dalam kesakitan. Anas mengisyaratkan supaya mereka terus berjalan lagi dan mereka langsung tidak membantah.
"Tolong... Tolong..."
Hadha menelan air liurnya mula tidak suka mendengar jeritan yang sepertinya semakin lama semakin mendekat itu.
"Arghhh!!!"
Anas menarik nafas panjang sepertinya dia mengenali siapa pemilik suara itu. Dia segera menarik Hadha dan Shahran untuk bersembunyi apabila ada dua kelibat orang berjalan melintas ke hujung koridor. Mereka mula berjalan lagi apabila memastikan keadaan lebih selamat.
"Arrghh!!! Maafkan saya..."
Mereka meneruskan lagi perjalanan sehingga ke bahagian hujung yang bertentangan dengan orang yang lalu tadi. Mereka menuruni satu anak tangga yang agak gelap tanpa cahaya lampu.
"Ngggg... Arrghh!!"
Suara itu semakin jelas dan dekat. Mereka berpandangan seketika sebelum mula berjalan lagi ke arah satu pintu yang bercahaya terbuka di bawah tangga itu. Mereka yakin bahawa suara menjerit itu datang dari situ.
"Arghhh..."
Suara itu kedengaran seperti menangis dalam kesakitan. Disertai juga dengan bunyi pernafasan yang kuat tercungap-cungap. Mereka terus sahaja mengintip dari celah-celah pintu itu.
Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat satu susuk tubuh yang tidak asing lagi berada di tengah-tengah bilik itu dalam keadaan diikat tanpa baju. Wayar-wayar dililit di badannya. Dia bermandi peluh. Dengan cahaya lampu terang menyuluh di atasnya. Lebih kurang empat orang mengelilinginya.
"Adrian." Gumam Shahran.
"Arrghhh!!"
Adrian menjerit lagi apabila salah seorang lelaki di situ menekan satu butang yang berada di bahagian tepi di mana sambungan wayar-wayar yang tidak dapat dipastikan itu berada.
"Awak gagal!" jerit seorang lelaki yang lain. "Awak gagal! Kerja macam ni pun tak boleh buat!"
"Ma... Maafkan... Saya..." Adrian mengucap lemah membuatkan Hadha mengalihkan pandangannya tidak sanggup untuk melihat.
"Awak tak berguna!!" lelaki itu menarik rambut Adrian. "Awak langsung tak berguna awak tahu tak??!!"
Seorang lelaki yang lain tergelak menonton tanpa perasaan. "Apa kita nak jawab pada bos nanti?"
"Ya." Lelaki yang menekan butang tadi bersuara. "Dia akan bunuh kita kalau tahu misi ni gagal."
Lelaki yang mencengkam rambut Adrian itu menderam kuat agak bengang kemudian melepaskan rambut lelaki itu. "Tekan lagi!"
Lelaki yang menekan butang itu tidak membantah dan terus melakukan apa yang disuruh.
"Arghhh!!!" Adrian menjerit kuat lagi. Matanya terbeliak besar dengan badannya yang memberi tindak balas serta-merta.
"Apa yang mereka buat pada dia?" tanya Shahran dalam keadaan berbisik sambil menelan air liurnya. Juga merasa takut dengan situasi itu. "Mereka bukan salurkan tenaga elektrik kan??"
Anas hanya memerhati dengan serius. "Saya rasa itu adalah benda yang boleh melemahkan kita."
"Arghhhh!!"
Mereka dapat memastikan bahawa Adrian kini sedang menangis kerana jeritannya sudah semakin serak.
"Apa kamu buat tu??!!"
Serentak ketiga-tiga mereka menoleh. Ada dua orang berdiri di atas tangga sambil memandang mereka.
"Alamak..." Anas menggumam lalu memandang sekeliling. Cuba mencari jalan keluar bagaimanapun hanya bilik itu satu-satunya yang ada.
"Apa kita nak buat??" Hadha bertanya dengan nada yang dalam ketakutan. "Habis lah."
"Mengelak!!" Anas menjerit apabila lelaki di atas tangga itu mengacukan satu pistol ke arah mereka.
Shahran dan Hadha tidak membantah. Mereka hanya mengikut Anas dan mengelak tembakan yang tersasar itu.
"Ah..."
Serentak mereka menoleh. Lelaki yang mencengkam rambut Adrian itu kini memandang mereka. Barulah mereka sedar bahawa mereka kini sudah masuk ke dalam bilik itu dan semua orang kini memandang mereka.
"Habis lah..." Anas menggumam kemudian menyumpah seranah sambil memandang sekeliling."
"Nampaknya kamu memudahkan kerja kami." Lelaki itu tergelak kuat. "Ketiga-tiga kamu ada di sini. Humanoids!"
Hadha dan Shahran hanya mampu berpandangan. Manakala Anas pula hanya merenung lelaki itu. Masih berusaha untuk mencari jalan melepaskan diri dari situ. Walaupun dia tahu agak mustahil kerana di belakang mereka pula sudah ada dua orang yang mengacukan pistol.
"Senang kerja macam ni." Lelaki itu tersenyum sinis kemudian memandang ke arah Adrian. "Tak payah nak harapkan robot tak guna ni!"
"Robot?" serentak Hadha dan Shahran menggumam.
Adrian memandang mereka dengan wajah terkejut. Tidak dapat dipastikan apa yang harus dia katakan. Sama ada gembira atau takut melihat situasi itu.
"Dah bersedia untuk mati?" lelaki itu mencapai satu pistol yang tidak sama seperti pistol biasa rekaannya. Tembakan yang akan dilepaskan meletup. Jelas ia dicipta menggunakan alat canggih yang khas.
"Awak ingat saya akan takut ke??" Anas membalas selamba dengan wajah yang berani.
Lelaki itu ketawa menyeringai. "Patut lah Datuk Remy tak boleh nak singkirkan awak. Memang berani dan bukan calang-calang."
Anas langsung tidak memberi sebarang reaksi.
"Awak tahu tak..." lelaki itu mengacukan pistolnya ke arah Anas. "Satu das je dah mampu hancurkan awak."
Hadha menelan air liurnya tidak tahu hendak berbuat apa. Shahran hanya mampu memandang Anas. Menunggu apa tindakan lelaki itu. Anas pula hanya membalas pandang lelaki itu selamba kemudian memandang Adrian yang memberi riak wajah meminta mereka menyelamatkan diri dari situ.
"Jadi..." Anas menarik nafas panjang sebelum mengeluarkan tenaga elektrik dari tangannya. "Apa kata awak cuba?"
Lelaki itu mengetap giginya kegeraman sebelum melepaskan tembakan bagaimanapun tersasar kerana Anas turut melepaskan kuasa.
"Bertindak!" Anas menjerit ke arah Shahran dan Hadha sebelum mengelak satu tembakan lagi.
Hadha dan Shahran tidak membantah. Mereka turut mengeluarkan kuasa elektrik melalui tangan mereka kemudian mula menyerang. Mujur mereka sudah belajar untuk berbuat demikian melalui Anas sebelum semua itu berlaku.
Anas menembakkan kuasanya ke arah setiap serangan yang diberikan. Hadha dan Shahran bergabung untuk menghapuskan yang lain. Tidak semua ada senjata. Hanya ada empat orang termasuk dua yang berada di pintu. Mereka tidak boleh leka. Tembakan dilepaskan bertubi-tubi walaupun ia tidak disasarkan dengan tepat.
"Berhenti..." Adrian bersuara lemah. "Kamu kena keluar dari sini cepat. Tempat ni ada... Arghh!"
"Arghhh!!" Anas melutut di lantai apabila dia merasakan badannya seperti kaku dihimpit sesuatu yang berat.
Hadha dan Shahran turut terbaring.
"Rasakan..." lelaki yang memegang pistol itu ketawa mengilai. "Kamu tahu tak ini bilik tahanan robot? Segala sistem yang ada di situ diperbuat untuk menghalang segala kebolehan kamu."
"Arghhh!!!"
Mereka semua mengerang lagi.
"Semuanya ada pada saluran elektrik yang dipasang di seluruh kawasan bilik ni." Lelaki itu menambah.
"Tak guna." Anas menyumpah cuba untuk bangun.
"Sekarang..." Lelaki itu mengacukan pistolnya tepat ke arah Anas dengan senyuman sinis. "Saya akan hapuskan awak dulu barulah kawan-kawan awak yang lain. Jadi bos tak akan marah."
Anas hanya mampu memejamkan matanya. Berserah dengan apa yang bakal berlaku. Shahran dan Hadha hanya mampu memandang tidak mampu untuk menjerit. Adrian hanya membeliakkan matanya.
Belum sempat lelaki itu menarik picunya, satu tendakan kuat entah dari mana kena tepat di tangannya menyebabkan pistol yang dipegangnya itu terhumban jauh. Semua orang terkejut dengan keadaan itu sebelum seorang lelaki dengan rambut ikal yang disikat kemas mendarat di lantai betul-betul di antara Anas dan lelaki itu.
"Rizal??" gumam Hadha dengan mata terbuka luas.
"Tak guna!" lelaki itu menyumpah kemudian mengisyaratkan kepada seseorang untuk melakukan sesuatu.
Lelaki yang berada di bahagian suis itu menekan lagi butang tadi menyebabkan Hadha, Adrian, Shahran dan Anas mengerang lagi.
"Awak tahu tak..." Rizal tersengih sedikit. "Saya bukan robot untuk awak gunakan benda tu."
Lelaki itu membesarkan matanya. "Habis tu... Awak siapa??"
"Manusia..." Rizal hanya tersengih kemudian merenung mesin canggih yang mengandungi segala butang yang mempunyai fungsi tersendiri itu. Matanya bersinar sebelum pancaran kemerahan keluar dari situ dan menghancurkan mesin itu. "Tapi saya bukan manusia yang normal macam biasa."
Serentak semua orang tergamam melihat perkara itu. Sesuatu yang di luar jangkaan. Sesuatu yang tidak disangka. Rizal segera mengalihkan pandangannya apabila ada tembakan yang dilepaskan. Mujur hanya melintasinya. Dia terus sahaja menembakkan cahaya kemerahan itu melalui matanya sebelum menghapuskan dua orang yang berada berdekatan pintu tadi.
"Kamu..." Rizal menuding ke arah Hadha dan Shahran. "Keluar dari sini cepat." Rizal menembakkan lagi cahaya kemerahan itu dari matanya apabila lelaki seorang lelaki cuba menembak bagaimana terus meledak serta-merta. "Anas..."
Anas berdiri dan memandang lelaki itu.
"Lepaskan Adrian." Gumam Rizal tanpa memandang wajah lelaki itu. Dia merenung seorang lagi lelaki sebelum melepaskan tembakan matanya. "Bergerak semua. Keluar dari sini!"
Tiada sesiapapun membantah apabila Rizal menembak lelaki yang berada berdekatan mesin tadi. Mereka semua bertindak seperti yang di arahkan kemudian segera keluar dari situ dengan pantas.
Setelah menghapuskan lelaki yang terakhir itu, Rizal segera menembak ke seluruh kawasan itu. Setiap tembakannya diakhiri dengan letupan. Tempat itu kini sudah mula hancur dan musnah.
A/n: Boom!!! Surprise guys!!!! Hehehe. Rizal is revealing him self!!!! Now dorang dah tau apa kebolehan dia. Tapi apa tujuan dia masih tak tau lagi kan?? Next chap baru terangkan k. Dan dengan dia dah dedahkan identiti, maknanya cerita ni dah almost ke penghujung. Sikit je lagi nak habis. Pastu boleh lah buat Hunters plak.
Anyway, nampak tak karisma Anas kat sini?? He's turn the table now. Dia dah nampak macam watak utama. Hehehe. By the way, leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top