Strange

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Mikha's cast is Kendall Jenner.


Bab 5


Shahran berlegar-legar di koridor bangunan kampus itu seorang diri. Itu sudah menjadi rutin hariannya jika pelbagai perkara yang menyakitkan hati atau tidak mampu ditanganinya berlaku di sekeliling. Selera makannya akan hilang dan dia akan menghilangkan diri untuk bersendirian.

Sepertinya, setiap inci bangunan atau tempat di kawasan kampus itu telah diterokainya. Kadangkala dia akan sampai ke kawasan hujung yang jauh dan tidak pernah ada orang datang ke situ. Dia tidak mahu terserempak dengan Anas atau kawan-kawannya buat masa ini. Emosinya pasti sukar untuk dikawal.

"Semuanya masih normal kat sini..."

Langkah lelaki itu segera terhenti apabila suara itu kedengaran entah dari mana. Shahran memandang sekeliling. Cuba memastikan di mana keberadaannya saat ini. Dia baru perasan dia sudah berada di kawasan hujung bangunan di mana klinik mereka terletak. Dia mengelipkan matanya seketika.

"Ya... Saya tak tahu lagi. Masih belum ada yang pelik berlaku."

Shahran mengerutkan dahinya. Entah kenapa, suara itu menarik perhatiannya. Bukan kerana nada, tetapi kerana ayat yang dikatakan.

"Setakat ni dia masih berkelakuan biasa."

Shahran tidak mampu menahan dirinya daripada mencari tahu siapa yang sedang bercakap itu. Perlahan-lahan dia mengatur langkah dan terhenti di muka pintu klinik kampus itu. Dia mengelipkan matanya seketika apabila terpandang orang yang berdiri di situ. Doktor baru itu. Lelaki tinggi lampai berambut ikal. Lelaki yang menggantikan Puan Shanty itu. Lelaki itu sedang berdiri menghadap ke luar tingkap dengan telefon bimbit terlekat pada telinga kanannya.

"Ya, saya tahu." Doktor itu menjawab dengan orang yang berada di dalam talian. "Dia masih belum tunjukkan apa-apa yang aneh lagi setakat ni. Semuanya masih nampak normal dan biasa."

Shahran semakin tertarik mendengar perbualan itu. Dia cuba bersembunyi untuk mencuri dengar.

"Dia nampak macam dah curiga dengan sesuatu..."

Perbualan itu nampaknya agak pelik. Shahran mengerutkan dahinya. Cuba untuk meneka siapa yang dia cakapkan.

"Dia semakin takut. Saya takut dia dapat tahu identitinya sebelum kita dapat merancang sesuatu."

Shahran tersentak serta-merta. Entah kenapa, ayat itu membuatkan badannya bergetar seketika seperti terkena renjatan elektrik.

"Baiklah." Doktor itu mengangguk-angguk masih fokus dengan perbualannya. "Saya akan cuba buat sesuatu. Ya. Saya tahu. Baiklah."

Shahran segera membetulkan kedudukannya apabila doktor itu mematikan talian dan menoleh. Dia agak terkejut melihat Shahran bediri di muka pintu bagaimanapun berjaya mengekalkan reaksi yang bersahaja.

"Boleh saya bantu.?" Tanya doktor itu dengan nada yang agak lembut tetapi kedengaran agak serius.

"Er..." Shahran kehilangan kata-kata. Ditanya dalam keadaan seperti itu membuatkan dia tidak tahu bagaimana untuk berhelah.

"Awak sakit ke.?" Doktor itu mula memandangnya dari atas ke bawah. "Perlukan ubat atau... Nak saya periksa.?"

"Er... Tak." Shahran menggelengkan kepalanya serta-merta sambil matanya memandang sekeliling cuba mencari idea.

"Habis tu.?" Doktor itu mula berkerut. Dia sudah mula curiga dengan kelakuan Shahran.

"Er..." Shahran mengusap-usap tengkuknya.

Doktor itu hanya merenungnya. Tidak dapat membaca apa yang difikirkan oleh lelaki itu. Shahran pula kini sudah terlupa apa tujuannya ketika terpandang tanda nama lelaki itu di atas meja. Dia cuba membaca kerana sehingga kini identiti doktor itu masih misteri. Bagaimanapun, tanda nama itu terlindung dengan timbunan buku.

"Awak pasti awak tak perlukan apa-apa.?"

Shahran tersentak ke dunia nyata serta-merta apabila suara lelaki itu semakin serius. "Er..."

Doktor itu kini sudah mengecilkan matanya merenung Shahran curiga. "Awak nampak macam..."

"Saya sakit perut!"

Doktor itu segera mengangkat keningnya. Shahran pula hanya mengukir senyuman yang teragak-agak.

"Perut saya sakit." Shahran memegang perutnya yang tiada sakit apa-apa langsung sebenarnya.

Doktor itu berdiam diri seketika bagaimanapun segera mendengus perlahan. "Awak perlukan rehat atau nak ubat je.?"

"Saya nak ubat je." Shahran menjawab acuh tak acuh.

Doktor itu mengangguk sekali kemudian segera berjalan ke rak yang penuh dengan ubat-ubatan. Dia mencapai satu kotak tanpa melihat tulisan padanya langsung. Dia kelihatan yakin dengan apa yang diambilnya.

"Makan ni dulu." Doktor itu menghulurkan dua biji kapsul kepada lelaki itu. "Dua-dua sekaligus."

Shahran hanya menyambut tanpa berkata apa-apa.

"Kalau masih sakit lagi..." doktor itu menarik nafas panjang. "Awak datang ke sini jumpa saya."

"Baiklah." Shahra membetulkan beg yang disandangnya. "Terima kasih."

Doktor itu hanya mengangguk. Shahran segera berlalu pergi. Tidak mahu kelihatan lebih mencurigakan daripada itu. Keadaan tadi sudah benar-benar berbahaya buat dirinya. Entah kenapa, dia takut untuk lebih jauh.

Tindak tanduk doktor itu tadi benar-benar menarik perhatiannya. Lelaki itu sepeti lelaki misteri. Terlalu banyak perkara yang pelik dilakukannya. Perbualan tadi itu jelas menunjukkan dia ada tujuan lain datang ke tempat itu. Dan perkara ini membuatkan Shahran tidak sedap hati.

Dia ingin benar mencari tahu asal usul doktor yang mencurigakan itu. Nama, umur, dari mana asal dan sebagainya. Dia perlu cari tahu. Rasa ingin tahu kini sudah mula kuat dalam dirinya.

Apa yang terjadi dengan Puan Shanty? Kenapa dia tiba-tiba berhenti dan digantikan dengan orang yang pelik itu. Tapi Puan Shanty juga menakutkan sebelum ini. Cara-cara dan lagaknya benar-benar sama dengan doktor baru ini. Atau mungkin mereka ada kaitan? Ada sebab mereka bertukar.

Shahran menderam sendirian sambil berjalan. Dia sudah mengetap giginya tanpa disedari. Dia benar-benar dikuasai rasa ingin tahu itu. Siapa yang berbual dengannya di dalam talian itu? Kenapa perkara itu benar-benar membuatkan dia tidak senang hati? Atau lebih penting lagi, siapa yang mereka bualkan?

"Wuoh!!!!!"

Shahran kembali ke dunia nyata apabila ada sepasang tangan yang menolaknya kuat dari belakang. Pada saat itulah dia sedar bahawa dia kini sedang menuruni tangga. Tolakan itu terlalu kuat menyebabkan imbangan badannya hilang. Kakinya tidak dapat berpijak dengan betul. Tangannya mula terkapai-kapai mencari tempat untuk berpaut bagaimanapun gagal. Dia segera jatuh bergulik sehingga ke bawah.

"Argh!!"

Kepala Shahran terhentak kuat di atas lantai batu itu diiringi dengan bunyi yang berdengung. Kakinya terpulas ke belakang dan tangannya tertarik keluar. Dia kini sudah terbaring di lantai agak lemah. Matanya hampir sahaja tertutup tapi masih cuba melihat siapa gerangan yang menolaknya. Kelihatan dua orang lelaki sedang ketakutan melihat keadaannya bergegas lari dari situ.

"Argh..."

Shahran berusaha menggerakkan badannya. Dia juga berusaha untuk membiarkan matanya terus terbuka. Saat ini, bukan kesakitan yang dia rasakan. Tapi tenaganya sudah tiada. Dia tiada tenaga untuk terus bergerak.

Tangan kirinya yang masih elok berusaha digerakkan untuk sampai ke dahinya yang terhantuk kuat. Dia cuba mengesan jika ada darah yang banyak mengalir. Tetapi langsung tiada. Perkara itu sudah tidak mengejutkannya lagi. Hanya kulitnya sahaja yang terkoyak tetapi tiada darah yang keluar daripadanya.

"Ouch..."

Shahran cuba menggerakkan badannya tetapi susah. Dengan tenaganya yang semakin sedikit, dia rasa hendak terus tidur sahaja di situ. Akan tetapi, dia tidak mahu dilihat oleh orang lain dalam keadaan begitu. Orang pasti akan terkejut melihat kepelikan yang ada dalam dirinya.

"Hah.?!!"

Shahran dapat merasakan bunyi sesuatu yang jatuh dari arah atas kepalanya diiringi dengan suara kecil yang sepertinya terkejut. Sudah terlambat. Seseorang telah pun menemuinya saat ini.

"Apa dah jadi.?"

Ia suara seorang perempuan. Shahran tidak mampu menjawab sebaliknya hanya membiarkan dirinya seperti itu. Matanya hampir sahaja tetutup ketika sepasang tangan yang lembut menariknya bangun perlahan-lahan.

Shahran memandang sekeliling dalam keadaan lemah. Dia langsung tidak rasa sakit apa-apa walaupun tulang-tulangnya sudah patah dan terpulas ke sana sini. Dia hanya ditarik sehingga masuk ke dalam sebuah bilik. Atau lebih tepat lagi stor sukan. Dia disandarkan ke dinding.

Seorang perempuan muncul di hadapannya yang mana dia sedang mengamati keadaan lelaki itu. Apa yang Shahran mampu harapkan saat ini, gadis itu tidak akan terkejut atau bertanya mengenai macam-macam perkara. Dia hanya berharap gadis itu akan menutup mulut dan tidak berkata apa-apa.

"Saya perlu betulkan ini." Ujar gadis itu perlahan.

Shahran hampir berkerut mendengar kenyataan itu bagaimanapun tidak mampu membuka mulut untuk bertanya. Dia hanya mampu membuka matanya yang sudah lemah untuk melihat siapa gadis itu. Barulah dia perasan sehingga membuatkan dia membuka mata seluas-luasnya. Gadis itu. Gadis yang sering bersendirian itu.

Gadis itu langsung tidak perasan reaksi Shahran. Dia sedang sibuk memerhati keadaan lelaki itu yang sudah semakin teruk. Berusaha memikirkan bagaimana hendak membetulkannya.

Shahran memandang keadaan kakinya. Ini bukan sesuatu yang normal. Kakinya benar-benar terpulas. Atau lebih senang cakap sudah patah teruk. Tangan kanannya juga tidak jauh bezanya. Dia tidak tahu bagaimana pula gambaran dahinya. Dia langsung tidak merasa sakit apa-apa menyebabkan ia lebih nampak tidak normal.

Dia menunggu. Dia menunggu jika gadis itu berkata apa-apa atau menyatakan rasa peliknya. Akan tetapi tiada yang keluar. Gadis itu hanya fokus melakukan apa yang ingin dia lakukan tanpa reaksi wajah yang pelik.

"Mungkin macam ni." Ujar gadis itu tiba-tiba kemudian beralih ke hujung kaki Shahran.

Shahran hanya mampu memandangnya tanpa menyoal. Gadis itu memegang lutut dan hujung kaki Shahran sebelum memulas kuat pada arah yang bertentangan. Shahran yang terkejut hampir terbatuk.

"Argh!"

Gadis itu langsung tidak peduli dengan reaksi Shahran. Dia langsung tidak ambil kisah sama ada lelaki itu kesakitan atau tidak. Dia cuba merasa sama ada tulang Shahran sudah betul atau tidak. Setelah memastikan masih ada yang terpesong, dia memulaskan lagi menyebabkan Shahran hampir terbangun.

Gadis itu masih tidak peduli mengenainya. Dia memeriksa lagi jika tulang kaki Shahran sudah betul. Apabila sudah pasti bahawa ia sudah betul, dia beralih pula kepada tangan kanan Shahran. Kali ini tulangnya jelas kelihatan terjuntai keluar daripada tempat yang sepatutnya.

"Awak patut bersyukur awak tak normal."

Shahran mengerutkan dahinya memandang gadis itu. Walaupun dia berkata dalam nada berbisik yang sebenarnya hanya ditujukan kepada dirinya sendiri, tapi lelaki itu masih dapat mendengarnya.

"Saya hanya perlu luruskannya." Ujar gadis itu kemudian menarik tangan Shahran ke hadapan dengan lurus.

Shahran hampir termuntah tanpa sebab akibat perkara itu. Gadis itu kini sudah berpuas hati dengan keadaan itu lalu mencapai beg sandangnya untuk mencari sesuatu. Dia mengeluarkan pembalut luka kecil yang agak banyak lalu mula menampalkannya pada kulit Shahran yang terkoyak tanpa darah yang keluar.

"Guna benda ni dulu sampai kulit awak bercantum semula."

Shahran hanya merenungnya pelik. Terlalu banyak perkara yang ingin ditanya kepada gadis itu bagaimanapun tiada apa yang dapat dikeluarkan dari mulutnya. Dia hanya mampu memandang dan memerhati. Gadis itu masih berusaha melakukan kerjanya. Memastikan semua kulit Shahran yang terkoyak telah ditampal.

"Rasanya begini dah elok." Gadis itu memerhati satu-persatu keadaan lelaki itu kemudian mengemas barang-barangnya semula.

Shahran mula memandang keadaan dirinya. Tidak pasti apa yang gadis itu nampak padanya.

"Rasanya awak perlu berada di sini sampai semuanya kembali normal." Ujar gadis itu ketika menyandang begnya. "Jangan biarkan orang lain nampak."

Tanpa menunggu balasan daripada Shahran, gadis itu terus sahaja belalu pergi untuk keluar.

"Na... Nanti..."

Gadis itu berpaling memandang Shahran ketika memegang tombol pintu itu.

"Si... Siapa awak.?" Shahran bertanya dalam keadaan masih lemah.

Gadis itu hanya mengangkat bahunya dan terus keluar tanpa menjawab soalan itu. Meninggalkan Shahran seorang diri kebingungan di situ.


A/n: Dapat update!!! Fuh~ Hahaha. Busy sangat sampai tak ada masa nak update. Harap korang masih setia. So, untuk bab ni ada sedikit persoalan yang saya tinggalkan. Identiti 'gadis itu' masih belum diketahui. Korang rasa siapa dia? Hahaha. Saja nak tahu apa yang korang fikir.

Satu lagi. Identiti doktor baru tu. Hehehe. Korang rasa apa tujuan dia? Dia ada motif tertentu atau tidak? Kalau korang dapat teka siapa dia? Saya tak dedahkan lagi macam mana dia. Hehehe.

Well, saya akan cuba update lagi secepat mungkin. Jangan risau. Saya tak akan lupa pada cerita ni. Saya akan usahakan cari masa untuk taip. Harap korang setia tunggu. Hehehe. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top