Should I?

Bab 18


"Shahran.?"

Shahran yang baru sahaja meletakkan sudu dan garpunya setelah selesai makan segera mendongak. Matanya segera bertemu dengan sepasang mata cantik yang sentiasa mencairkan hatinya. Akan tetapi, riak wajah gadis itu menceritakan sesuatu disebaliknya. Sesuatu yang membuatkan hatinya tidak senang.

"Oh, Mikha..."

Mikha tidak menunggu lelaki itu menghabiskan kata-katanya. Dia terus sahaja melabuhkan punggung betul-betul di sebelah lelaki itu.

"Awak tak makan ke.?" Tanya Shahran acuh tak acuh. Tidak begitu selesa dengan keadaan mereka.

"Awak dari mana, Ran.?" Gadis itu langsung tidak berminat menjawab soalan Shahran.

"Dari kelas.?" Lelaki itu lebih memberikan kenyataan berbanding menjawab.

"Awak ke mana selama ni.?" Tanya Mikha lagi. Nada suaranya kedengaran semakin meninggi.

"Apa maksud awak.?" Shahran mengerutkan dahinya. "Saya ke kampus macam biasa kan."

"Kenapa jarang sangat saya nampak awak.?" Gadis itu sudah mula berkerut.

Shahran tidak segera menjawab. Dia cuba memikirkan jawapan yang sesuai. Dia ingin berterus-terang. Tetapi jika dia berbuat demikian, dia akan memecahkan rahsia mereka. Kerana mereka saat ini sedang sibuk mencari maklumat dan mengintai semua orang yang mencurigakan.

"Shahran!"

Shahran tersentak kembali ke dunia nyata. Dia cuba mengelak dari bertentang mata dengan gadis itu. "Saya ada je kat sini."

"Kenapa jarang saya nampak.?" Mikha mengangkat keningnya.

"Saya sibuk buat assignment." Shahran tidak menipu seratus-peratus. Dia sememangnya membuat tugasan. Cuma dia tidak mendedahkan tugasan jenis apa yang sedang dia lakukan.

Mikha memejamkan matanya seketika. Cuba menenangkan apa sahaja emosi yang ada dalam dirinya. "Kenapa awak tak jawab call dan balas mesej saya.?"

Shahran menelan air liurnya. Ini adalah perkara yang amat sukar diberi alasan dalam setiap perhubungan. Mikha hanya menanti dengan tenang. Seperti sudah menjangka apa sahaja jawapan lelaki itu.

"Saya sibuk kan.?" Shahran mencuba dengan nada tidak yakin.

"Takkan tak ada masa nak call balik kot." Mikha menggerutu. "Ataupun balas mesej saya."

Shahran mendengus perlahan. "Saya terlupa. Maaf."

Mikha menarik nafas panjang. "Apa masalah awak, Ran.?"

Shahran segera memandang gadis itu sambil mengerutkan dahinya. "Apa maksud awak.?"

"Awak dah tak mencintai saya lagi ke.?"

Shahran mengelipkan matanya tidak percaya dengan apa yang Mikha katakan. Seperti gadis itu sedang bergurau. "Apa yang awak merepek ni.?"

"Awak langsung dah tak ada masa dengan saya!" Mikha membentak dengan nada perlahan. "Awak tak ada masa untuk call. Dan mesej pun tak. Saya tak tahu kalau awak ingat saya atau pun tidak."

Shahran hanya terdiam di tempat duduknya. Entah kenapa, kenyataan gadis itu membuatkan dia sedar.

"Awak dengan gadis pendiam tu ke, Ran.?"

Shahran membesarkan matanya memandang Mikha. "Hadha maksud awak.?? Tak! Mana ada."

Mikha tersengih mendengar kata-kata lelaki itu. "Jangan nak tipu. Setiap hari saya terserempak dengan awak... Pada saat awak katakan yang awak sibuk. Dan setiap kali itu juga saya nampak awak dengan dia."

Shahran mula kebingungan. "Saya langsung tak ada apa-apa dengan dia."

"Jadi kenapa awak habiskan masa dengan dia.??"

Shahran terkelu. Tidak mampu menjawab soalan gadis itu. Bukan kerana tuduhannya benar. Tetapi kerana sebab disebalik perkara itu.

"Bukan setakat saya..." Mikha bersuara sayu. "Semua orang pun cakap benda yang sama. Tanya sama ada saya masih teman wanita awak atau bukan memandangkan awak habiskan masa dengan dia."

Shahran masih tidak mampu menjawab. Dia tidak tahu bagaimana hendak menerangkan tanpa membongkar rahsianya.

"Tak mengapa, Ran..." Mikha mengelu dengan wajah yang sayu dan terluka. "Kalau awak masih sayangkan saya... Awak boleh cari saya. Saya sentiasa tunggu awak. Kalau tak..." gadis itu menarik nafas panjang. "Awak boleh terus terang."

Serta-merta gadis itu berdiri dan terus berlalu pergi. Kesilapan pada diri Shahran dalam keadaan itu adalah dia tidak menahan. Dia tidak menahan gadis itu dan menerangkan segalanya. Dia terhimpit. Melihat wajah terluka gadis itu membuatkan dia kehilangan kata-kata.

Memikirkan jika semuanya berakhir begitu sahaja. Adakah dia perlu melepaskan cinta yang dia juangkan selama ini sehingga menyebabkan dia kehilangan kawan baiknya sendiri atau mempertahankannya. Matanya memandang sekeliling secara automatik dan berhenti pada Anas. Lelaki itu hanya berdiri memandangnya dari tempat dia melepak bersama kawan-kawannya. Jelas tahu apa yang sedang berlaku.

Apa yang Shahran tidak jangkakan, tiada senyuman sini atau menyindir dari riak muka lelaki itu. Anas mengerutkan dahinya sambil melemparkan pandangan yang cuba mengatakan 'Apa yang dah jadi.? Awak nak lepaskan semuanya begitu sahaja.?' pada lelaki itu. Shahran segera tunduk sebelum mencapai beg sandangnya dan berlalu pergi.

Dia berjalan melintasi setiap orang yang ada di situ. Tidak tahu ke mana arah tuju sebenarnya. Dia hanya ingin berjalan. Menghilangkan segala benda yang berada di dalam mindanya kini.

Dia tidak mahu melepaskan Mikha. Tapi dia tidak tahu sama ada dia patut mengambil risiko membuka rahsia mereka dan menceritakan kenapa dia terlalu sibuk. Atau dia patut melepaskan gadis itu untuk identiti dirinya. Belum diambil kira segala benda aneh dan bahaya sedang menimpa dirinya.

Shahran menderam sendirian. Tidak tahu kenapa dia terhimpit dalam situasi yang berat baginya itu. Segala-galanya seperti berlaku secara tiba-tiba. Sedang seronok dia menghadapi zaman kampus pada semester terakhir, pelbagai perkara mula membawa dia hanyut bersama.

"Ouch!"

Shahran baru perasan dan tersentak kembali ke dunia nyata apabila mendengar suara perlahan seorang perempuan mengerang kesakitan. Dia segera berpaling dan bertemu sepasang mata cantik yang turut memandangnya. Seorang gadis dengan rambut panjang beralun di bawah dan diikat kemas sedang mengusap-usap bahunya.

"Sakitnya..."

Shahran membesarkan matanya apabila gadis itu menggumam. Dia telah melanggar orang itu. Mengetahui kekuatannya bukan kekuatan seorang lelaki biasa menyebabkan dia lebih membesarkan matanya lagi.

"Adakah..." Shahran membuka mulutnya. "Maafkan saya."

"Kuatnya awak." Gadis itu masih lagi mengusap bahunya sambil memandang bahagian badan Shahran yang berlanggar dengannya tadi.

"Maaf..." gumam Shahran.

"Tak..." gadis itu kelihatan berkerut sambil berfikir sesuatu yang tidak dapat dipastikan. "Tak mengapa."

Shahran hanya menarik nafas lega sambil cuba mengenalpasti jika dia mengenali gadis itu. Gadis itu pula membalas renungannya. Mereka tidak pasti berapa lama mereka berdiri dengan hanya bertentangan mata. Masing-masing ada sebab tersendiri untuk berbuat demikian.

"Baiklah..."

Shahran mengelipkan matanya seketika apabila gadis itu menjadi orang pertama yang meleraikan keadaan.

"Saya minta maaf." Ucap Shahran sekali lagi.

"Tak mengapa." Balas gadis itu sebelum berpaling ke belakang untuk berlalu pergi bagaimanapun terhenti seketika.

Shahran hanya mengangkat keningnya tidak berganjak dari kedudukannya. Entah kenapa, ada sesuatu menahan dan menariknya.

"Di mana..."

Mata Shahran kembali menemui mata gadis yang cantik itu.

"Di mana klinik kat kampus ni.?" Tanya gadis itu.

"Klinik.??" Ulang Shahran.

Gadis itu hanya mengangguk-angguk. "Klinik. Kat situ kan orang bernama Rizal bekerja.?"

Shahran tersentak serta-merta. Entah kenapa, setiap kaitan yang ada di kalangan orang mencurigakan pasti menimbulkan sesuatu yang lain pada mereka.

"Doktor Rizal.?"

"Ya." Gadis itu mengangguk.

"Awak boleh pergi ke hujung bangunan kampus."

"Okey, terima kasih."

Gadis itu segera berlalu pergi meninggalkan Shahran yang kelihatan masih tercengang di situ. Kenapa setiap kali mereka berjaya membongkarkan identiti seseorang, orang lain pula akan datang.

--------------------------------------------------------------------------------

Asyraf dan Hadha berpandangan sesama sendiri apabila Shahran selesai memberitahu apa yang ada difikirannya. Mereka tidak membuka mulut untuk memberi sebarang komen walaupun itu yang Shahran inginkan. Buat seketika, mereka merasakan lelaki itu sudah hilang akal ataupun terdesak.

"Apa awak cakap tadi.?" Hadha mengecilkan matanya merenung lelaki itu. Berharap bahawa dia tersalah dengar.

"Saya rasa kita patut beritahu Mikha pasal hal ni." Lelaki itu mengulang diiringi dengan dengusan lembut.

"Excuse me.??" Hadha hampir sahaja tergelak mengenai perkara itu. "Beritahu Asyraf pun saya tak setuju."

Asyraf hanya mengangkat keningnya memandang gadis itu.

"Inikan pula..."

"Dia teman wanita saya, Hadha." Shahran segera memintas.

"Masih tak menjamin rahsia kita akan selamat." Hadha menggumam sambil berpeluk tubuh.

Shahran hanya mampu melepaskan keluhan panjang. "Habis tu macam mana.?? Dia dah mula curiga dan saya tak nak semuanya berakhir."

Hadha turut mengeluh. Dia memandang sekeliling cuba mengelak dari memandang lelaki itu. Tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Mustahil untuk dia merosakkan hubungan Shahran dan Mikha. Tapi dia juga tidak mahu mengambil risiko memandangkan dia tidak begitu kenal dengan Mikha.

"Saya tak tahu nak cakap apa." Asyraf bersuara setelah hampir sepuluh minit keadaan sunyi. "Mikha berada dalam posisi saya sekarang ni. Orang asing tapi dekat pada Shahran. Jadi, saya tak nak beri pendapat."

Shahran mengangguk kemudian memandang Hadha yang hanya melepaskan keluhan sekali lagi.

"Terpulang pada awak." Hadha menggumam tidak yakin. "Dia teman wanita awak. Awak lebih tahu."

Shahran mengukir senyuman hambar. "Saya akan fikirkannya nanti."

Hadha hanya mengangguk-angguk, manakala Asyraf pula menepuk bahu lelaki itu cuba memberi semangat.

"Tapi kan... Lain cerita..."

Kedua-dua mereka mula fokus kepada Shahran semula yang kini sedang membetulkan kedudukannya.

"Tadi ada seorang perempuan kat kampus cari doktor baru tu."

"Doktor baru..." Asyraf berfikir seketika. "Rizal.?"

Shahran mengangguk-angguk.

"Siapa.??" Hadha mengangkat kening sambil mengerutkan dahinya.

Shahran mengangkat bahu tanda tidak tahu. "Saya pun tak tahu. Tapi dia masih muda lagi."

"Pelajar kat situ.?" Asyraf cuba meneka.

"Entah." Shahran berfikir lagi. "Tapi nampak dia macam lebih kurang je dengan doktor tu."

"Teman wanita dia lah tu kot." Hadha menderam.

"Awak tu kenapa pula.?" Asyraf merenung gadis itu sambil mengangkat sebelah keningnya. "Marah. Nampak macam cemburu je.??"

"Cemburu.??" Ulang Hadha dengan mata yang terbuka luas. "Tolong sikit. Bukan saya yang berminat pada dia. Dia yang asyik nak ambil tahu pasal saya."

Shahran dan Asyraf hanya berpandangan sekali imbas sambil tersenyum sinis dengan maksud yang hanya difahami oleh mereka.

"Apapun..." Shahran membetulkan kedudukannya sekali lagi. "Kamu tak rasa dia akan mencurigakan juga ke kalau dia ada kaitan dengan Rizal.?"

"Kenapa pula awak cakap macam tu.?" Asyraf mengerutkan dahinya.

"Well..." Shahran berdehem tanpa sebab. "Kalau dia sanggup datang ke kampus semata-mata nak jumpa Rizal... Mesti ada niat lain juga. Kenapa tak jumpa kat luar.?"

Kenyataan itu membuatkan Asyraf dan Hadha berpandangan. Ada betulnya apa yang lelaki itu katakan.

"Kalau macam tu dia termasuk dalam senarai orang yang perlu kita siasat."


A/n: Ada orang baru lagi... Hahaha. Curious tak?? Hahaha. Suka sangat saya tambah misteri dalam cerita ni. Memandangkan ini satu-satunya buku yang banyak persoalan. Hehehe. Agak-agak korang sapa perempuan tu? Mana tau ada surprise lagi macam Rizal. Hahaha. Mana tau kan.

Btw, saya akan mula post Hunters tak lama lagi. Dalam proses buat cover, sinopsis dan prolog ni. Jadi buku tu akan seiringan lah dengan buku ni. Kena update ganti-ganti lah. Sabar je korang. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top