My Name is.....

Bab 16


Hadha masuk kerja seperti biasa pada hari itu. Hujung minggu atau sebelah malam adalah masanya untuk bekerja sambilan bagi menyara hidupnya sendiri. Dia tahu, untuk hidup dia perlu mencari duit memandangkan tiada keluarga atau orang yang akan menanggung hidupnya nanti.

Setelah kehilangan neneknya yang selama ini menanggung segala keperluannya, dia asyik bertukar ganti kerja. Dia ingin berhenti belajar bagaimanapun masih teringat janjinya untuk menghabiskan pelajaran. Semua kerja kosong yang ada memerlukan tenaga sepenuh masa. Sukar untuk dia memohon.

Mujur sahaja ada satu kedai buku kecil yang menjadi tempat kunjungannya selalu memerlukan pekerja secepatnya. Pada mulanya, dia diminta untuk bekerja bagi menggantikan pekerja sebelum ini yang berhenti secara tiba-tiba. Oleh kerana terdesak memerlukan tenaga kerja, mereka bersetuju untuk mengambil Hadha walaupun hanya sebagai pekerja sambilan sahaja.

Bunyi loceng pintu hadapan kedai berbunyi menandakan ada orang masuk menyebabkan Hadha berdiri tegak.

"Hello, selamat da... Tang."

Gadis itu tercengang memandang pelanggan yang kini berdiri di muka pintu dengan senyuman manis. Dia memakai kot agak segak dengan rambut ikalnya. Pipinya yang luka masih ada tampal bagaimanapun ketampanannya sedikit pun tidak berkurangan. Dia masih nampak segak.

"Awak akan terus berdiri kat situ merenung saya ke.?" Lelaki itu mengukir senyuman sinis yang tetap nampak manis.

Hadha tersentak. Memandang tampalan luka di pipi lelaki itu menyebabkan dia diselubungi rasa bersalah lagi. Ya. Lelaki ini adalah doktor itu. Doktor yang telah dicederakannya.

"Ah..." lelaki itu memandang sekeliling. "Saya patut fikir nak beli buku apa." Dia kemudiannya memandang Hadha. "Saya perlukan khidmat cadangan awak lagi untuk saya beli buku."

Hadha hanya mampu mengelipkan matanya. Kunjungan doktor itu setiap kali ke kedainya bukan sesuatu yang asing lagi. Malah, perkara ini sudah mula berlaku sebelum dia berkawan dengan Shahran lagi. Doktor itu sering datang ke situ dan bertanyakan soalan-soalan yang dirasakan agak mengarut.

"Awak boleh pilih buku." Ujar Hadha langsung tidak mengangkat mukanya. Entah kenapa, dia rasa takut untuk memandang wajah lelaki itu.

"Saya lebih suka kalau awak yang pilihkan." Doktor itu tersenyum kemudian terus sahaja berjalan ke arah rak-rak buku di situ.

Perasaan Hadha bertemu dengan doktor itu pada hari ni agak lain dari sebelumnya. Jika sebelum-sebelum ini dia merasa takut kerana doktor itu sering berkunjung dan cuba memulakan perbualan dengannya, kali ini dia merasa malu. Malu dengan tindakannya pada kali terakhir mereka berjumpa.

"Awak akan terus tercengang kat situ atau awak akan bantu saya cari buku yang bagus.?"

Hadha tersentak sekali lagi. Dia memandang lelaki tinggi lampai itu seketika kemudian memandang majikannya yang berada di kaunter seperti tidak mengetahui apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Dia segera mendengus perlahan kemudian menyusul doktor itu.

"Apa yang awak cadangkan.?" Tanya doktor itu sambil memandang buku-buku yang tersusun rapi di situ.

"Saya tak tahu apa yang awak minat." Hadha menjawab masih tunduk tidak berani memandang wajah lelaki itu.

"Saya minat cerita fantasi." Selamba doktor itu memberitahu.

"Fantasi.??" Hadha tidak dapat mengawal dirinya daripada mengangkat muka untuk melihat wajah lelaki itu. Keningnya juga terangkat menandakan dia agak terkejut mendengar jawapan lelaki itu.

"Ya." Doktor itu mengangguk-angguk. "Ada masalah ke.?"

Hadha mula berkerut. "Awak suka genre tu.? Kenapa tak cari cerita cinta.? Atau kekeluargaan."

Doktor itu tergelak melihat riak wajah gadis comel itu. "Saya tanya awak, awak minta saya beritahu apa yang saya minat."

Hadha mula tunduk malu sekali lagi.

"Kalau awak ada cadangan... Beritahu lah." Ujar doktor itu.

Hadha mendengus perlahan kemudian memandang sekeliling. "Jom kita pergi ke bahagian buku-buku fantasi."

Gadis itu terus membuka langkah untuk pergi ke bahagian buku fantasi. Dia memandang ke belakang sekali imbas untuk memastikan doktor itu mengikutinya. Lelaki itu hanya menyusul dengan senyuman yang sukar dibaca.

"Kat sini buku-buku fantasi." Hadha menuding ke arah rak berkenaan selepas berhenti berjalan tanpa memandang wajah lelaki itu.

Doktor itu memandang sekeliling seketika kemudian memandang gadis itu lagi. "Apa cadangan awak untuk saya.?"

Hadha menderam secara senyap kemudian mengangkat kepalanya untuk memandang lelaki itu. "Saya tak baca buku fantasi."

Doktor itu mengangkat keningnya. "Kenapa.?"

Hadha melepaskan dengusan kuat tanpa disengajakan. Dia merenung lelaki itu. "Kenapa saya perlu baca.??"

"Bukan ke cerita fantasi lagi menarik berbanding cerita biasa.?" Doktor itu mengerutkan dahinya sedikit tanpa melarikan senyumannya yang manis. "Jalan ceritanya lain dari yang lain."

"Tapi mengarut."

Kenyataan yang ringkas itu membuatkan senyuman di wajah doktor tampan itu hilang serta-merta.

"Mengarut dan tak masuk akal." Ujar Hadha lagi. "Nama pun fantasi. Memang tak akan wujud di dunia nyata pun."

Doktor itu tidak membalas. Dia hanya merenung gadis itu dengan renungan yang tiada siapa faham maksudnya selain dirinya sendiri. Hadha pula mula tidak senang dengan renungan itu.

"Jadi awak tak percaya dengan benda tu.?"

Hadha mendongak memandang lelaki itu hampir mengerutkan dahinya dengan soalan yang agak pelik itu.

"Awak tak percaya ada sesuatu yang wujud seperti dalam cerita fantasi ni.?" Doktor itu mengangkat keningnya.

Hadha semakin berkerut. "Awak nak cakap fantasi ni betul-betul wujud.?? Maksud saya benda yang tak masuk akal.?"

Doktor itu tidak membalas.

"Saya rasa awak lebih bijak dan tahu benda-benda macam ni." Hadha mengangkat bahunya. "Memandangkan awak jadi doktor pada usia muda."

"Kadang-kadang..." doktor itu menarik nafas panjang. Senyumannya masih belum kembali. "Awak perlu tahu... Kebijakan bukan jalan penyelesaian untuk semua perkara. Orang yang bijak pun tak semestinya tahu tentang segala-galanya. Ada lagi orang yang lebih tahu."

Hadha hanya memandang lelaki itu. Tidak tahu hendak membalas apa dengan kenyataan tersebut.

"Awak yakin cerita fantasi tak ada satu pun yang wujud.?"

Hadha mengelipkan matanya memandang lelaki itu.

"Tak pernah ke sesuatu yang pelik... Atau sesuatu yang tak masuk akal dan mengarut berlaku kat sekeliling awak ataupun pada awak sendiri.?"

Hadha tersentak serta-merta mendengar soalan itu. Apa yang doktor ini cuba maksudkan.?

"Mustahil tak ada." Selamba doktor itu mengangkat bahunya.

"Kenapa.?"

Giliran doktor itu memandang Hadha.

"Ada sesuatu macam tu yang berlaku pada awak atau di sekeliling awak ke.?" Tanya Hadha yang dia sendiri tidak tahu dari mana datang keberaniannya untuk bertanya soalan seperti itu.

Doktor itu hanya merenung Hadha hampir berkerut.

"Ada yang pelik dan tak masuk akal.?" Hadha mengangkat keningnya dengan berani sambil berpeluk tubuh.

Serta-merta doktor itu tergelak kecil. Senyumannya terukir kembali. "Awak tak ada idea apa yang berlaku di luar sana."

Hadha terdiam mendengar balasan itu.

"Dunia ni luas." Doktor itu menarik nafas panjang. "Awak tak boleh nak tahu apa yang ada berlaku di setiap tempat."

Hadha masih terdiam.

"Sedangkan apa yang berlaku di sekitar awak pun awak tak dapat nak pastikan langsung."

Hadha hampir tergamam. Apa yang doktor ini maksudkan.? Adakah dia bercakap mengenai dia dan Shahran.? Adakah dia memang tahu sesuatu mengenai mereka atau semuanya secara kebetulan.?

Dia tidak dapat memastikan apa-apa. Semuanya terlalu sukar untuk disimpulkan. Banyak perkara yang perlu diambil kira. Melihat riak wajah doktor ini, dia bukan lah orang yang jahat atau merbahaya. Tetapi setiap kata-kata dan tindak-tanduknya sering menimbulkan tanda tanya.

"Saya masih tunggu cadangan buku daripada awak."

Hadha tersentak kembali ke dunia nyata apabila mendengar suara sayup-sayup lelaki itu.

"Apa cadangan awak.?" Doktor itu memandang Hadha dengan senyumannya yang biasa.

Hadha menelan air liurnya kemudian memandang setiap buku yang ada di situ. Tangannya secara automatik mencapai sebuah buku dengan kulit biasa dengan warna-warna gelap. Dia menghulurkan buku itu pada lelaki yang ada di hadapannya dengan wajah yang selamba.

"Ini."

Doktor itu mencapai buku tersebut lalu mula membelek-belek dengan dahi berkerut. "The Other Side Of The World.??"

"Ia dalam bahasa melayu walaupun tajukanya dalam bahasa Inggeris." Ujar Hadha sambil menarik nafas panjang.

Doktor itu memandang Hadha. "Kenapa awak cadangkan buku ni.?"

"Itu satu-satunya buku fantasi yang saya baca." Beritahu Hadha jujur. "Semua buku dari penulis yang sama."

Kenyataan itu membuatkan lelaki tersebut mencari dan membaca nama penulisnya. "Miezza.I."

"Dia penulis buku-buku fantasi." Hadha mula menerangkan. "Ceritanya seperti nyata walaupun ia fantasi."

"Awak baca juga." Doktor itu mengangkat keningnya.

"Untuk penulis ni saya bagi pengecualian." Selamba Hadha membalas.

Doktor itu memandang kulit buku yang dipegang sambil mengukir senyuman yang penuh makna. "Jadi, saya patut beli buku ni ke.?"

Gadis comel itu sudah lali dengan pertanyaan doktor itu yang mana setiap kali dia cadangkan sesuatu buku. "Ya."

"Pasti.??" Doktor itu kelihatannya cuba memancing lagi dengan senyuman sinis yang tetap kelihatan manis.

"Ya." Hadha kini sudah mula menjawab dalam keadaan yang geram. Giginya sudah diketap tajam.

"Okey. Saya beli yang ini."

Doktor itu segera berjalan menuju ke kaunter sambil membawa buku yang dicadangkan oleh Hadha. Dia menunggu untuk membayar sambil memandang sekeliling. Sepertinya tempat itu mengingatkannya pada satu perkara.

Hadha hanya berdiri di sebalik rak berdekatan dengan pintu. Dia ingin meneruskan kerjanya tanpa mempedulikan lelaki itu seperti sebelumnya. Akan tetapi, kali ini dia tidak dapat mengawal diri. Dia merasakan ada sesuatu yang lain pada lelaki itu. Bukan sesuatu yang mencurigakan. Tapi sesuatu yang menarik.

Melihat tampalan luka di pipi halus lelaki itu menambahkan lagi rasa bersalahnya. Dia tidak tahu apa yang kini sudah menariknya untuk mengambil berat. Dan apa yang menahannya untuk tidak berbuat demikian.

"Terima kasih." Ujar majikannya yang menjadi juruwang di kaunter itu.

Doktor itu mengangguk perlahan kemudian segera berjalan keluar. Dia melemparkan senyuman manis kepada Hadha tanpa sepatah kata lagi. Hadha hanya berdiri tercengang. Berdebat dengan dirinya sama ada hendak bertindak atau tidak. Akhirnya dia memutuskan untuk bertindak.

"Nanti!"

Langkah doktor itu segera terhenti. Dia segera berpaling memandang ke belakang. Agak terkejut memandang Hadha yang kini berdiri di situ dengan wajah teragak-agak. Mujur dia belum berjalan jauh lagi.

"Hadha."

Doktor itu mengelipkan matanya seketika agak bingung. Dia mula mengangkat keningnya.

"Nama saya Hadha." Ujar gadis itu lalu segera berpaling untuk masuk ke dalam kedai itu semula dengan pantas.

"Awak tak nak tahu apa nama saya.?"

Langkah Hadha segera terhenti. Adakah ini saatnya.? Dia akan mengetahui nama sebenar lelaki itu. Dia berpaling memandang ke belakang semula untuk memandang lelaki itu yang masih tersenyum.

"Nama saya... Rizal."


A/n: SURPRISE!!!!! Nampak tak surprise. Pasal doktor tu. Well, saya tak lah dedahkan identiti dan tujuan doktor tu sangat. Tapi pernah nampak tak nama dia?? Kalau korang baca cerita saya sebelum ni konfem korang kenal. 

Saya dah cakap... Cerita ni banyak misteri. Tapi saya dah janji akan ada surprise kan? Ini baru satu. Lepas ni ada lagi. Ingat nama 'Rizal' ni kat mana korang jumpa? Hehehe. Lepas ni banyak lagi. So, harap korang sabar tunggu k. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top