Lordblood

BAB 33


"Jadi..."

Shahran menjadi orang pertama yang memecahkan kesunyian setelah beberapa minit mereka berdiam diri dalam keadaan yang kekok. Tiada siapa yang mampu membuka mulut lagi.

"Kamu tahu siapa dalang sebenar?" Shahran memandang Miezza dan Shahran silih-berganti. Sesekali dia juga akan memandang Rizal dan Jyra tanpa tahu apa sebab dia berbuat demikian.

"Ya." Izzudin menjawab yakin.

"Siapa dia?" Hadha mencelah.

Izzudin menarik nafas panjang. "Ada satu rangka dalam buku tu. Bagaimana nak buat robot menggunakan badan manusia."

Anas memandang rakan-rakannya itu. "Macam kami kan? Robot yang berbadan manusia."

Izzudin mengangguk-angguk. Dia tidak tahu emosi atau reaksi apa yang perlu ditunjukkan pada mereka.

"Maksudnya..." Shahran berdehem sedikit tanpa sebab. "Dalang disebalik semua ini adalah... Robot macam kami?"

Izzudin memandang lelaki itu sekali imbas sebelum mengangguk perlahan. "Ya. Robot seperti kamu."

Kenyataan itu membuatkan keempat-empat mereka berpandangan. Tidak pasti apa yang mereka rasakan setakat ini.

"Kami dah kaji semuanya." Rizal yang berdiam diri sejak perbincangan itu bermula kini bersuara. Dia berjalan perlahan-lahan berdiri di belakang sofa itu memandang mereka semua. "Apa yang berlaku di Serbia selepas itu sememangnya gagal."

"Gagal??" ulang Hadha.

Rizal mengangguk perlahan. "Gagal. Sama macam apa yang berlaku di Jepun. Akan tetapi..."

Mereka hanya fokus pada doktor muda itu. Bersedia untuk menerima apa sahaja kebenaran walaupun sukar.

"Mereka berjaya menghasilkan robot tu." Ujar Rizal. "Itu satu-satunya benda yang mereka berjaya."

"Jadi awak cuba katakan..." Shahran mengecilkan matanya merenung lelaki itu. "Dalang di sebalik semua ni adalah seseorang macam kami?"

Rizal mengangguk-angguk. "Dan dia adalah ciptaan pertama yang berjaya. Kita tak tahu macam mana mereka cipta dia."

"Ya." Izzudin menyokong. "Dan sampai saat ini dia masih ada. Maksudnya dia dah faham apa yang dia perlukan."

"Apa yang dia perlukan?" Adrian mengangkat keningnya.

"Ketiga-tiga cip yang berada di leher kamu." Izzudin menuding ke arah Hadha, Shahran dan Anas. "Cip itu ditulis dalam buku. Hum, Ano dan juga Ids.Ia adalah cip yang bila disatukan... Akan membuatkan robot berkuasa. Lebih berkuasa."

Serentak ketiga-tiga mereka berpandangan seketika. Adrian hanya mampu memandang simpati ke arah mereka.

"Jadi buruan sebenarnya adalah kami." Hadha menggumam. Perasaan takutnya semakin memuncak.

"Saya harap kami boleh menafikan perkara tu." Ujar Rizal sambil memandang gadis itu sayu.

"Tapi mesti ada cara untuk bunuh dia kan?" Anas mengangkat keningnya. Baginya, tiada masa untuk mereka berasa takut.

Rizal memandang Izzudin sekali imbas. Dia tidak tahu kenapa dia berbuat demikian secara tiba-tiba.

Lelaki bermata biru itu segera menarik nafas panjang. "Sudah tentu. Setiap benda yang wujud pasti ada kelemahannya."

"Macam mana nak lawan?" Anas mengecilkan matanya memandang lelaki itu penuh rasa ingin tahu.

"Well..." Izzudin mengangkat bahunya tanpa sebab. "Dia ada jantung. Bukan jantung seperti biasa. Jantung yang diciptakan untuknya."

Adrian kelihatan bingung. Shahran, Hadha dan Anas pula hanya berpandangan sebelum fokus kembali pada lelaki itu.

"Jantung tu adalah pusatnya." Ujar Izzudin serta-merta. "Jika ia dirosakkan... Dia akan berhenti berfungsi serta-merta."

"Kami kena rosakkannya?" Shahran cuba memastikan perkara itu.

Izzudin mengangguk. "Awak patahkan tangan dia, kepala atau sebagainya... Tapi kalau jantungnya masih berfungsi, dia belum mati. Dia boleh bangkit bila-bila masa sahaja yang kamu nak."

"Di mana terletaknya jantung dia tu?" tanya Adrian.

"Di tempat yang sama dengan jantung manusia." Selamba Izzudin menjawab dengan wajah yang biasa. "Tapi..."

"Tapi...?" Hadha mengangkat keningnya.

"Kamu pun ada benda yang sama."

Kenyataan itu membuatkan kesemua mereka terkedu seketika. Cuba memproses perkara itu.

"Jadi..." Anas cuba untuk membuat kesimpulan.

"Kita pun ada kelemahan." Shahran menggumam selamba. Faham apa yang dinyatakan.

Izzudin mengangguk. "Maksudnya... Di samping kamu cuba untuk menyerang dan menghapuskannya, dia juga melakukan hal yang sama. Jadi kamu kena lindungi diri kamu dalam masa yang sama."

Anas menarik nafas panjang. Hadha dan Adrian hanya berpandangan ketakutan. Shahran pula sudah tidak mampu berkata apa.

"Robot tu boleh dikatakan robot yang kuat." Izzudin bersuara lagi. "Memandangkan ianya adalah robot pertama. Dan kita tak tahu bahan jenis apa yang digunakan untuk menghasilkannya."

"Lordblood."

Semua mata kini beralih memandang Miezza yang hanya membalas pandangan mereka satu-persatu dengan wajah selamba.

"Itu panggilan untuknya." Miezza menambah. "Memandangkan dia mempunyai cip utama."

"Cip utama??" Anas mengecilkan matanya.

Miezza mengangguk. "Cip utama. Tapi dia memerlukan ketiga-tiga cip kamu untuk melengkapkannya."

Anas mendengus kuat. Memikirkan segala-galanya menjadi bertambah rumit. Memikirkan mereka benar-benar tiada jalan keluar.

-------------------------------------------------------

Rizal berjalan masuk ke ruang tamu rumahnya itu perlahan-lahan sambil membawa cawan berisi kopi yang dibancuh tadi. Dia memandang ke arah Anas, Adrian, Hadha dan Shahran yang berbual dengan Jyra di meja makan dengan wajah yang serius. Miezza dan Izzudin sudah balik sebentar tadi. Ada tugas yang lebih penting di bahagian lain untuk mereka selesaikan.

Dia hanya mengangguk tanpa sebab. Berharap mereka tidak terlalu tertekan dengan semua kebenaran yang baru sahaja diungkapkan. Dia meneguk kopi itu sedikit sebelum berjalan perlahan-lahan pergi ke beranda rumahnya. Memandangkan dia berada di tingkat paling atas, pemandangan malam itu menjadi cantik.

Kadangkala, perbezaan kehidupan sebagai orang biasa amat dirindui. Memandangkan dia pernah hidup normal. Mempunyai rutin harian yang boleh dikatakan membosankan. Tiada pembaharuan. Akan tetapi, ia tidak membahayakan. Tidak mengancam nyawa mereka untuk terus hidup.

"Jauh mengelamun."

Hampir sahaja dia terlepas cawan yang dipegangnya. Dia menoleh pantas. Agak terkejut memandang Hadha yang berdiri teragak-agak memandangnya. Gadis itu seperti berdebat dengan dirinya sendiri.

"Jarang-jarang nak dapat mengelamun macam ni." Rizal mengangkat bahunya selamba.

Hadha hanya mengukir senyuman. "Tak sangka rapai sangat ahli kamu."

Rizal hampir bertanya apa yang dia maksudkan dengan 'ahli', bagaimanapun segera faham.

"Dan mereka semua nampak hebat." Hadha tergelak kecil mendengar kenyataannya sendiri.

"Awak masih belum nampak yang lain." Rizal memandang gadis itu. "Lagi banyak yang hebat-hebat."

"Saya tahu saya akan teruja."

Rizal segera tergelak mendengar kenyataan itu. "Macam tu lah mula-mula saya masuk dalam puak saya sendiri."

"Jadi..."

Rizal kembali memandang Hadha.

"Orang yang awak cakap awak pernah suka tu..."

Rizal seperti sudah menduga apa yang gadis itu ingin katakan. Bagaimanapun dia memutuskan untuk ia dihabiskan.

"Dia berada dalam puak kamu kan??" Hadha mengangkat keningnya ketika soalan itu dihabiskan.

Rizal hanya tergelak. "Bukan saya dah pernah beritahu ke?"

Hadha mengelipkan matanya seketika sambil berfikir. "Dah pernah ke awak beritahu??"

Rizal hanya mengangkat bahunya. "Ya. Dia dalam puak saya. Dan kalau awak nak lebih terperinci... Dia ketua puak saya."

"Ahh..." Hadha tidak tahu apa yang dirasakan ketika mengetahui fakta itu. Sama ada dia perlu kagum atau ada yang lainnya.

"Tapi saya tak tahu masa saya suka dengan dia." Rizal memandang gadis itu. "Saya ingatkan dia orang biasa."

Hadha hanya mengangguk. "Dia mesti orang yang hebat kan?"

"Tak ada benda yang boleh menafikan benda tu." Rizal menyokong sambil meneguk sekali kopinya.

"Kalau nak dibandingkan dengan saya mesti jauh sangat ketinggalannya kan?" Hadha berusaha mengukir senyuman di bibirnya walaupun sukar. Entah kenapa, rasanya sangat pahit.

Rizal mengangkat keningnya memandang gadis itu. Seperti dapat mengesan sesuatu yang kemudiannya membuatkan dia tergelak. "Mungkin pada orang lain ya. Tapi tidak pada saya."

Hadha kini sudah berkerut memandang lelaki itu.

"Apa yang awak harapkan sebenarnya?" Rizal mengecilkan matanya memandang lelaki itu. "Macam yang saya katakan... Dia adalah masa lalu saya. Tak ada gunanya untuk saya kenangkan lagi."

Hadha mengeluh perlahan mendengar kata-kata lelaki itu. Dia tahu, tidak sepatutnya dia merasa begitu.

"Lagipun dia dah ada orang lain." Tambah Rizal lagi. "Orang yang saya boleh katakan sama taraf hebatnya dengan dia." Rizal memandang gadis itu sekali imbas. "Yang sentiasa bergandingan dengan dia."

Hadha hanya menarik nafas panjang sebelum mengangguk perlahan. Terasa bodoh kerana bertanya.

"Kenapa?" Rizal kini mengukir senyuman sinis memandang gadis itu. "Awak cemburu ke?"

Wajah Hadha kini mula merah padam. Tidak tahu apa yang perlu dibalas lagi pada lelaki itu.

"Well..." Rizal semakin tersenyum yang kini nampak lebih lebar. "Awak tak perlu nak cemburu."

"Ma... Mana ada." Hadha menggerutu. "Dah! Jangan nak cakap pasal tu lagi. Tukar topik."

Rizal tidak dapat mengawal dirinya. Senyumannya semakin bertambah sehingga bertukar kepada ketawa.

"Diam lah!" Hadha memegang mukanya yang semakin merah padam kerana menahan malu.

"Okey, okey." Rizal berusaha menahan ketawanya agar gadis itu tidak semakin malu dengannya.

Hadha hanya mendengus perlahan. Cuba mengalihkan pandangannya ke tempat yang lain.

"Tapi..."

Suara itu membuatkan dia kembali memandang doktor muda itu.

"Awak nak cakap pasal kita tak lepas semua ni habis?" Rizal merenung gadis itu penuh harapan."

Hadha menarik nafas panjang sebelum mengangguk perlahan. "Kita akan cakap pasal semuanya."

Rizal segera tersenyum. "Harap semuanya berjalan lancar."

Hadha hanya mengangguk. "Tapi awak tak kisahkan?"

"Kisah pasal apa?" Rizal mengangkat keningnya.

"Yang saya ni boleh dikatakan bertahun-tahun lebih tua dari awal..." Hadha hanya mengukir senyuman tawar. "Dan saya adalah robot."

Rizal hanya tersenyum. "Saya tak kisah."

"Guys..."

Serentak kedua-dua mereka menoleh. Jyra hanya memandang mereka silih-berganti dengan wajah yang sukar untuk dibaca.

"Kita kena pergi."

"Pergi??" Rizal mengerutkan dahinya. "Pergi ke mana?"

"Ayah Anas kemalangan. Dia kat hospital sekarang."


A/n: Well, dapat update. Bersyukurlah. Kalau tak terpostpone sampai dua minggu baru dapat update. Lagipun cerita ni dah nak habis. Boleh lah tu. Sabar sikit eh korang. Anyway, dah follow tak account award tu. wttpdersawards. Tak lama lagi ada competition untuk opening. Mana la tau dapat la sikit award walaupun lain. Anyway, leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top