Keep Going

Bab 36


Shahran membuka matanya perlahan. Pandangannya kabur dan berpinar-pinar. Dia tidak tahu apa yang sedang berlaku saat ini. Dia hampir tidak dapat mengingati apa yang sedang dia lakukan sebelum semuanya menjadi gelap. Badannya tidak dapat digerakkan tidak pasti apa sebabnya. Dia hanya mampu mengeluarkan keluhan dari mulutnya yang dia tidak pasti sama ada ia dapat didengar atau tidak.

Dia benar-benar berusaha untuk memulihkan pandangannya. Terasa seperti matanya tidak dapat dibuka luas lagi. Badannya sudah tidak dapat digerakkan. Panggilan namanya dapat didengar sayup-sayup masuk ke dalam telinganya. Dia tidak tahu itu hanya khayalan atau sebaliknya.

Lama-kelamaan pandangannya mula jelas. Dia membesarkan matanya kemudian memandang sekeliling. Orang pertama yang dilihatnya adalah Hadha. Wajah gadis itu kelihatan lemah. Matanya ada air yang bergenang. Dia hanya membalas pandangan lelaki itu dengan wajah yang sayu. Seperti cuba menyuruhnya untuk terus tidak sedarkan diri sehingga semua selesai.

Shahran mengalihkan pandangannya kepada Anas. Yang berada di sebelah kanannya, sementara Hadha berada di kiri. Lelaki itu sepertinya masih bertenaga seperti biasanya. Akan tetapi, riak mukanya jelas menunjukkan sesuatu yang tidak baik berlaku lagi. Shahran berpaling lagi untuk memandang sekeliling. Barulah dia sedar bahawa mereka kini sedang duduk di sebuah kerusi yang aneh. Pelbagai wayar dan sambungan dicucuk ke badan mereka entah untuk tujuan apa.

Dia cuba mencari kelibat Adrian kerana hanya mereka bertiga sahaja yang duduk sebaris di situ. Akan tetapi, sesuatu yang mengejutkan menarik pandangannya. Sesuatu yang dia tidak pernah akan sangka. Sesuatu yang sepertinya berlaku dalam mimpi. Sesuatu yang mungkin lebih buruk.

"Terkejut nampak saya, Ran?" suara seseorang menusuk masuk ke telinganya. Yang benar-benar dikenalinya.

"Mikha."

Gadis itu tersenyum semakin lebar. Ada aura lain yang dapat dirasakan datang daripadanya. "Ya. Kekasih yang awak cintai."

Shahran cuba menggerakkan badannya bagaimanapun dia merasakan kuasa yang mengalir di dalam badannya seperti mengamuk membuatkan dia mengerang. "Awak perlu pergi dari sini! Bahaya! Awak..."

"Dia dengan mereka!"

Shahran berhenti melakukan apa yang dia ingin lakukan lagi. Seperti jantungnya berhenti berdenyut serta-merta. Perlahan-lahan dia menoleh memandang Anas yang sudah membalas pandangannya. "Apa?"

"Dia dengan mereka." Ulang Anas dengan nada terpaksa.

"Nak saya sahkan ke, Ran?"

Shahran kembali memandang Mikha dengan wajah yang tercengang tidak percaya. "Apa semua ni?"

Gadis itu ketawa menyeringai membuatkan orang yang mengenalinya terkejut dengan sisi yang tidak pernah dilihat itu. "Semua ini adalah kenyataan. Perlu saya ulang lagi ke, sayang?"

Shahran seperti kehilangan kata-katanya. Dia hanya mengeras pada posisinya. Badannya masih cuba untuk bergerak. Menahan segala kesakitan yang dirasakan sebelum ini. Dia sudah tidak peduli lagi.

"Awak abaikan kami." Ujar Mikha membalas pandangan lelaki itu.

"Kami??" ulang Shahran.

Mikha tidak menjawab sebaliknya memandang ke satu tempat yang mana Shahran mengikutnya. Sekali lagi dia terkejut. Kawan baiknya. Asyraf sedang berdiri di situ. Dengan pakaian seragam perlindungan sama seperti Mikha. Akan tetapi, riak wajahnya agak lain. Dia juga seperti terkejut dengan semua itu.

"Sekarang biar kita semua sama-sama dalam hal ni." Mikha kembali memandang Sharan.

"Tak..." Shahran kelihatan terdesak. Kesakitan dalam badannya masih cuba ditahan. "Awak tak faham. Benda ni..."

"Awak yang tak faham!" Mikha memintas. "Apa yang awak faham? Awak tak tahu pun apa yang jadi sekarang ni."

Shahran hanya mampu duduk tercengang.

"Awak ingat saya nak sangat pada awak ke? Pada Anas ni?" Mikha mengangkat keningnya.

"Jadi awak memang rancang semua ni dari mula?" Anas mencelah. Berbeza dengan Shahran, pandangannya bukan pandangan terkejut. Tapi pandangan penuh dengan kebencian kepada gadis itu.

Mikha tergelak. "Bingo!"

"Tapi kenapa??" tanya Shahran. Dia seperti masih belum dapat menerima hakikat itu. Dia masih dalam keadaan terkejut.

"Kenapa??" ulang Mikha. "Awak serius tanya saya kenapa?? Sebab kamu adalah Humanoids!!"

Shahran tidak mampu membalas. Dia sedang cuba memujuk hatinya sendiri. Dia tidak kisah jika kehilangan gadis itu. Tapi apa yang membuat dia sedih adalah dia dikhianati. Dikhianati tanpa disedari.

"Bermula dengan Anas..." Mikha kini duduk bersandar pada sebuah meja. "Ingat saya suka dia sangat? Tak."

Anas hanya mendengus. Ikutkan hatinya, ingin sahaja dia meludah muka gadis itu sekarang ini.

"Tapi dari mula kami memang tahu dia adalah ciptaan." Ujar Mikha. "Saya diminta oleh tuan saya untuk memerhatikan dia. Dan senjata seorang perempuan adalah... Godaan. Dan saya berjaya."

Anas ingin sahaja memuntahkan semuanya. Memuntahkan segala kenangan yang ada dengan gadis itu.

"Tapi lama-kelamaan..." Mikha beralih memandang Shahran. "Saya sedar awak lebih menarik berbanding dia."

Shahran hanya duduk kaku memandang gadis itu.

"Jadi saya pergi pada awak dan segalanya berjalan dengan lancar. Sangat mudah." Mikha mengenyitkan matanya. "Saya tak nak lah dekatkan diri dengan perempuan tu." Dia memandang sekali imbas ke arah Hadha yang hanya duduk lemah. "Saya dah buat baik tapi nampak dia memang tak nak bergaul. So... Shahran lah."

Shahran mengetap giginya kegeraman. Perasaan benci mula menyelubunginya menggantikan segala perasaan yang ada sebelum ini.

"Saya terkejut juga dia ni dihantar untuk misi..." Mikha memandang ke arah seseorang yang kini sedang terbaring kaku di lantai.

"Adrian!!" Shahran menjerit. Baru dia sedar lelaki itu berada di situ kerana keadaan yang samar-samar.

"Mmmm... Dia dah mati. Tak payah nak panggil." Selamba Mikha bersuara tanpa apa-apa perasaan.

Shahran memandang Anas yang hanya mampu tunduk, kemudian ke arah Hadha yang sepertinya sudah menangis. Dia memandang Asyraf sekali imbas yang seolah-olah tersepit dalam keadaan itu sebelum kembali pada Mikha. "Perempuan tak guna!!"

Mikha ketawa menyeringai. "Sebab dia memang tak berguna. Buang je lah. Bukannya susah."

"Apa yang awak dapat dengan buat semua ni?" Anas merenung gadis itu tajam.

"Kuasa. Saya nak jadi orang yang berkuasa."

"Awak nak cip yang ada pada kami?" tanya Anas lagi.

"Saya akan berikannya pada tuan saya." Mikha tersenyum. "Dan dia akan berikan saya kuasa yang saya nak."

"Tuan??"

"Orang itu adalah saya."

Serentak mereka semua menoleh. Kelihatan satu kelibat yang berjalan masuk perlahan-lahan ke ruangan itu. Derapan tapak kakinya membawa aura yang benar-benar kuat. Cahaya mulai menyuluh ke arahnya. Seorang lelaki yang tidak dapat dipastikan lingungan umurnya muncul. Wajahnya tidak pernah dilihat sebelum ini bagaimanapun mempunya banyak parut yang bersejarah.

"Tuan..." Mikha memandang lelaki itu.

Lelaki itu tidak membalas. Dia hanya terus-menerus merenung ketiga-tiga robot yang masih terikat itu. "Dah lama saya tunggu saat ini."

"Lordblood." Anas menggumam dengan senyuman sinis yang tidak begitu ketara. Ini juga saat yang mereka tunggu.

"Bertahun-tahun..." lelaki menakutkan itu bersuara. "Saya mencari dan menjejaki. Akhirnya."

"Awak dapat kami?" Anas meneka dengan berani yang mana mendapatkan tamparan daripada Mikha.

"Jangan kurang ajar!"

Anas berani bersumpah, dia tidak akan menyesal untuk membunuh gadis yang ada di hadapannya ini.

"Bertenang, Mikha..." lelaki berwajah bengis itu ketawa menyeringai dengan nada yang tidak menyenangkan. "Mereka bukannya hidup lama pun."

Hadha tunduk kembali. Memikirkan apa yang bakal berlaku. Airmatanya kembali bergenang. Cuba untuk menenangkan diri sendiri. Menghadapi apa yang mereka jangkakan dengan tenang. Reaksi Anas pula langsung tidak berubah. Tiada siapa dapat membaca apa yang ada di kepalanya. Shahran hanya menelan air liurnya. Otaknya masih aktif bergerak. Mencari di mana kesalahan mereka.

"Mikha..." Asyraf tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila pandangan gadis itu mematikan apa yang ada di fikirannya.

"Saya ingat..."

Serentak Anas dan Hadha berpaling memandang Shahran yang berusaha membalas pandangan mereka.

"Dia..." Shahran kini membesarkan matanya merenung lelaki berwajah mengerikan itu. "CEO syarikat yang ambil permainan tu di Serbia."

Serentak kedua-dua mereka membesarkan matanya. Sepertinya lelaki yang kini digelar sebagai Lordblood itu mendengar apa yang mereka cakapkan kerana dia kini tersenyum yang tidak dapat dijangkakan apa makna disebaliknya.

"Saya adalah anak kepada orang yang mencipta saya."

Mereka membesarkan mata. Memandangkan Lordblood juga adalah ciptaan sama macam mereka. Tapi tidak menjangkakan dia adalah anak kepada orang yang cuba meneruskan permainan itu di Serbia.

"Saya adalah salah seorang daripada saintis di situ dan saya juga adalah ciptaan." Lordblood menambah.

Ketiga-tiga mereka sepertinya kehilangan kata-kata. Otak mereka langsung tidak dapat berfungsi.

"Bertahun-tahun saya cuba cari apa kekurangan yang ada pada saya." Lelaki itu merenung mereka satu-persatu. "Ternyata ia adalah cip itu. Cip yang sepatutnya hanya digunakan oleh saya seorang. Dan sekarang ia ada di depan mata saya."

Hadha memandang Shahran dan Anas seolah-olah itu adalah kali terakhir dia dapat berbuat demikian.

"Tak perlu nak buang masa lagi." Ujar Lordblood. "Saya nak ketiga-tiga cip itu sekarang juga."

Mikha segera berjalan menuju ke suatu sudut yang penuh dengan wayar dan butang-butang yang tidak diketahui apa fungsinya. Dia menekan beberapa butang secara berturutan. Shahran membesarkan matanya apabila dia merasakan ada sesuatu yang mencengkam jantungnya seolah-olah ia membeku.

"Tak guna!" Anas menyumpah apabila merasakan hal yang sama. Hadha sudah mengerang kesakitan.

"Naikkan pada darjah yang maksimum." Lordblood mengarahkan.

Belum sempat Mikha melakukan apa-apa, satu pancaran kuasa elektrik singgah ke tubuhnya membuatkan dia menjerit sebelum jatuh rebah ke lantai. Lordblood menoleh pantas. Adrian kini sudah duduk dalam keadaan lemah dengan tangan yang didepakan ke arahnya. Tembakan dikeluarkan lagi namun tiada apa yang berlaku.

"Tak guna!!" Lordblood menderam.

"Cepat!!"

Shahran memandang sekali imbas ke arah Asyraf yang kini berada di belakangnya sambil memotong wayar yang diikat pada badannya sebelum beralih ke arah Anas kemudian Hadha.

Anas bingkas bangun sambil menembakkan kuasa yang ada padanya ke arah lelaki bengis itu. Dia hanya terundur sedikit namun tidak berasa sakit.

"Adrian!!" pekik Shahran ketika mendapatkan lelaki itu.

"Jangan!" Adrian menolak ketika cuba dibantu. "Kamu akan terbunuh. Pergi cepat! Hapuskan dia."

"Kami tak boleh tinggalkan awak!" Shahran memekik. Membiarkan Hadha dan Anas cuba untuk melawan Lordblood.

"Segala wayar dalam badan saya dah musnah." Adrian bersuara semakin lemah. "Dah tak boleh. Mereka masukkan virus dalam jantung saya."

Shahran terkedu serta-merta. Tidak tahu apa yang harus dikatakan dalam keadaan itu. Tiada apa jalan yang boleh dibuat.

"Pergi."

Shahran memejamkan matanya seketika sambil tunduk dan menepuk bahu lelaki itu itu sebelum berdiri dan menembakkan kuasanya untuk menyertai yang lain. Hadha dan Anas kini sudah berdiri dekat dengan pintu. Asyraf berada di belakang mereka dalam keadaan yang takut.

Shahran menembakkan lagi kuasanya ke arah lelaki penjahat itu walaupun berjaya ditangkis. Sekurang-kurangnya dia berjaya melintasi dengan selamat membuatkan mereka berjaya keluar dari bilik itu dengan pandangan sayu melihat tubuh Adrian buat kali yang terakhir.


A/n: Okey, macam dah sebulan lebih tak update. Aduhaiii. Satu chapter ambik masa sampai camtu sekali. Sedih betul. Anyway, ini bukan chapter terakhir tau. Ada lagi pasni. Tak tahu bila lah dapat update. Maafkan beta. Hahaha. Apa-apapun... Say goodbye to Adrian. Sampai disini sahaja jasa baik beliau. Trimas. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top