Humanoids
Bab 8
Majlis pembukaan untuk percubaan permainan baru itu kelihatan penuh gilang-gemilang dengan persediaan yang lengkap dan kos yang tinggi. Dewan besar itu kini agak gelap dengan hanya lampi berwarna-warni yang bergerak-gerak.
Beberapa ramai orang berpakaian lengkap seperti pelayan menghidangkan makanan yang lazat. Ada yang menawarkan jus minuman kepada tetamu. Semua yang hadir berpakaian formal dan agak berkelas. Ia terdiri daripada orang-orang yang ternama dan berpengaruh. Segala apa yang dibualkan hanya mengenai bisnes.
Shahran melangkah ke dalam dewan itu dengan rasa berat hati. Sebelum ini, dia merasa teruja untuk datang ke majlis seperti itu yang mana ayahnya sentiasa mendapat jemputan. Akan tetapi, ia tidak lagi seperti itu. Dia merasakan bahawa dia akan menyesali keputusannya untuk datang ke situ.
Dia membetulkan kot yang dipakainya sambil memandang sekeliling. Ia terdiri daripada orang-orang korporat. Separuh dari mereka pernah dilihat sebelum ini di majlis seperti itu yang dihadirinya. Dan selebihnya adalah wajah-wajah baru. Malah, ada yang daripada luar negara.
"Jaga diri." Encik Masran menepuk bahu anak lelakinya itu sebelum berlalu pergi bersama isterinya untuk bergaul dengan tetamu yang lain.
Shahran mendengus kuat kemudian memandang sekeliling. Cuba memikirkan apa yang patut dilakukannya. Matanya terhenti pada seseorang. Mikha yang sedang berdiri dengan baju gaun yang cantik membuatkan dia tersenyum. Hatinya cair sekali lagi melihat kecantikan teman wanitanya itu. Perlahan-lahan dia berjalan mendekati gadis itu yang sepertinya belum perasan mengenai kehadirannya.
"Awak nampak cantik."
Mikha hampir melompat dengan sapaan yang secara tiba-tiba itu bagaimanapun segera bertenang apabila memandang wajah Shahran. "Awak ni... Saya boleh kena sakit jantung awak tahu tak."
Shahran tergelak. "Maaf lah."
"Awak baru sampai ke.?" Tanya Mikha serta-merta.
Shahran hanya mengangguk-angguk. "Awak.?"
Mikha mendengus kuat. "Sejam yang lalu. Dan saya tak tahu nak buat apa kat tempat ni langsung."
Shahran mengangkat bahunya. "Kamu yang nak sangat pergi ke sini."
Mikha tidak membalas. Sepertinya dia juga menyesal dengan keputusan yang dia ambil itu.
"Apa boleh buat." Shahran menarik nafas panjang. "Kena lah bertahan dalam masa beberapa jam."
"Awak akan okey ke.?" Mikha memandang lelaki itu risau.
"Apa maksud awak.?" Soal Shahran semula.
"Ini kan majlis syarikat ayah kepada Anas." Mikha mengangkat keningnya. "Awak akan okey.?"
Shahran berfikir seketika kemudian mengangkat bahunya. "Saya tak rasa dia berani buat apa-apa kat sini."
Mikha mengangguk tidak yakin sebelum dia dipanggil oleh ibu bapanya. Dia tidak mampu berbuat apa selain menurut meninggalkan Shahran seorang diri di situ tidak mampu berbuat apa-apa.
Shahran mendengus kuat. Benar-benar menyesali keputusannya. Entah kenapa, perbualannya bersama ibu dan ayahnya tempoh hari masuk ke dalam fikirannya. Mengenai masa lalunya. Bagaimana dia ditemui. Dia tidak tahu apa yang tidak kena pada dirinya. Siapa dirinya yang sebenar. Dan itu adalah perkara yang perlu dia lakukan. Dia perlu mencari identiti dirinya sendiri.
"Hei..."
Shahran menoleh pantas. Asyraf segera duduk di sebelahnya sambil membetulkan kot yang dipakainya.
"Awak dari mana.?" Tanya Shahran.
"Biasalah..." Asyraf menggolekkan bebola matanya. "Perkenalan dengan rakan-rakan kongsi syarikat ayah. Malas saya nak tersenyum sepenuh masa."
Shahran tergelak mendengar kenyataan lelaki itu.
"Oh, ya..."
Shahran segera memandang lelaki itu. Asyraf memandang sekeliling entah sebab apa sebelum mendekatkan dirinya sedikit.
"Saya nampak Adrian kat sini."
Shahran membesarkan matanya serta-merta jelas terkejut mendengar perkara itu. "Adrian.?? Adrian budak pelik tu.??"
Asyraf mengangguk-angguk. "Dia datang dengan keluarga dia. Well... Keluarga dia rakan kongsi untuk syarikat permainan ni juga."
Shahran sepertinya masih ternganga. Tidak tahu hendak berkata apa mengenai hal itu. Kenapa dia tidak pernah melihat lelaki itu sebelum ini.?
"Saya terserempak dengan dia tadi." Asyraf menarik nafas panjang kemudian memandang lelaki itu. "Dan cuba teka..."
Shahran hanya mampu berkerut.
"Dia cari awak."
Shahran menggerutu serta-merta. "Apa hal pula.?"
"Saya tak tahu." Asyraf mengangkat bahunya. "Saya beritahu awak lah... Saya rasa dia berminat pada awak."
"Jangan nak merepek lah!" Shahran menempik.
"Saya tak maksudkan dari segi apa yang awak fikirkan." Shahran menggerutu. "Tapi sepertinya ada yang dia nak tahu dari awak."
Baru sahaja Shahran hendak membuka mulut untuk membalas, keadaan menjadi gelap serta-merta. Lampu terpadan menyebabkan tetamu mula tertanya-tanya apa sebabnya. Keadaan agak kelam-kabut sebelum lampu menyuluh di atas sebuah pentas. Datuk Remy, ayah kepada Anas dan juga pemilik syarikat permainan video itu muncul dengan sutnya yang lengkap.
"Selamat datang, semua!" lelaki itu berucap pada mikrofon yang dipegangnya. "Hari ini adalah hari yang sangat saya nantikan setelah lima belas tahun. Akhirnya... Permainan video yang saya usahakan untuk disiapkan berjaya di bawa ke hari ini untuk percubaan. Ia dipanggil sebagai... Humanoids!"
Orang ramai mula bertepuk tangan sambil cuba bercakap-cakap mengenai hal itu. Mengenai permainan itu.
"Humanoids." Gumam Shahran sendirian.
"Pelbagai rintangan ditempuhi untuk menyiapkan projek ini..." Datuk Remy menyambung lagi. "Satu-satunya permainan berkonsepkan 3D. Yang mana seluruh minda dan jiwa kita akan masuk ke alam permainan ini jika kita mula main."
Shahran seperti tidak dapat mengelipkan matanya. Segala sejarah dan perjalanan permainan video itu disiapkan diberitahu kepada mereka. Apa yang perlu dilakukan untuk menang dan sebagainya. Watak dalam permainan itu telah ditetapkan dan pemain hanya menjadi pembantu kepada watak tersebut.
"Macam menarik je permainan ni kan.?"
Shahran tersentak apabila Asyraf yang berdiri di sebelahnya tiba-tiba bercakap dengan nada perlahan yang hanya didengari oleh mereka. Dia sudah hanyut dengan penerangan yang diberikan.
"Ya..."
"Kita perlu pakai pakaian seragam untuk main."
"Nanti, apa.?!" Kali ini Shahran benar-benar memandang Asyraf.
"Dia cakap." Asyraf mengangkat bahunya sambil melirik ke arah ayah Anas yang masih berucap.
"Kita berlawan ke.??" Shahran kembali memandang Datuk Remy.
"Bukan lah." Asyraf menderam. "Itu hanya penambah semangat."
Shahran tiba-tiba menarik nafas lega tanpa dia sedari. Entah kenapa perkara itu membuatkan dia risau.
"Kita cuma perlu pakai topi tu dan kawal dengan alat kawalannya." Asyraf memandang ke arah topi yang dipamerkan itu.
"Ini adalah karakternya..." Datuk Remy menekan satu butang yang hanya diketahui olehnya menyebabkan muncul satu bentuk seperti manusia dengan bayangan 3D di atas pentas itu membuatkan semua orang tercengang.
"Wuoh..." Asyraf turut tercengang.
Lain pula pada Shahran. Entah kenapa, setiap karakter itu seperti pernah dilihatnya sebelum ini. Ada tiga semuanya dan ia adalah lelaki. Matanya kelihatan tertutup dan badan mereka terapung berpusing-pusing.
Pada saat itu, Shahran tertangkap kelibat seseorang. Lelaki aneh yang berminat mengenai dirinya. Adrian. Sedang berdiri di suatu sudut dengan kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Lelaki itu mempunyai riak wajah yang berbeza. Hampir sama dengannya. Dahinya berkerut sambil dia merenung tajam setiap apa yang dilihatnya itu.
Shahran berfikir seketika kemudian kembali memandang ke atas pentas. Ke arah tiga karakter lelaki yang masih berpusing itu. Hatinya mula tidak senang tanpa dia ketahui apa sebabnya. Perkara ini mengganggunya tapi dia tidak tahu dari segi apa. Tapi dia dapat rasakan semuanya.
"Well..."
Suara Shahran menarik dirinya kembali kepada alam realiti lagi.
"Saya tak hairan lah kalau permainan video ni laris di pasaran." Komen lelaki berlesung pipit itu. "Cara pembuatannya memang unik. Saya patut beri rasa hormat pada pembuatnya."
"Unik.??" Ulang Shahran sambil mengecilkan matanya.
Asyraf mengangguk-angguk. "Awak tak dengar penerangan tadi ke.? Semuanya teliti dan saya patut katakan... Saya boleh mati terkejut kalau saya adalah salah satu daripada pembuatnya."
Shahran hanya mampu tergelak hambar. Sejujurnya dia langsung tidak mendengar apa yang diucapkan dari tadi lagi. Banyak perkara yang dia rasa mengganggu pada dirinya tetapi dia tidak pasti apa.
"Mungkin kita perlu beli permainan ni." Asyraf tersenyum tiba-tiba.
"Mesti mahal." Shahran mengangkat bahunya.
"Tapi ayah kita rakan kongsi." Asyraf mengukir senyuman sinis. "Kita dapat lah diskaun sikit."
Shahran hanya menggolekkan bebola matanya.
"Kalau kita masih berkawan baik dengan Anas, mungkin kita boleh main secara percuma."
Kata-kata Asyraf membuatkan kedua-dua mata mereka beralih kepada lelaki yang mereka cakapkan. Anas sedang berdiri bosan berdekatan dengan pentas itu. Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia tidak begitu suka berada di situ.
"Ya." Sokong Shahran.
"Eh, nanti..."
Shahran segera memandang ke arah Asyraf yang mana lelaki itu kini memandang ke arah sesuatu sambil berkerut.
"Itu..."
Shahran mengikuti arah mata lelaki itu dan ia berhenti pada sesuatu. Atau lebih tepat lagi seseorang. Seorang lelaki tinggi lampai sedang duduk seorang diri di satu meja sambil minum jus epal dengan tenang. Rambut ikalnya kelihatan di sisir rapi menampakkan wajah tampannya dengan jelas.
"Doktor baru tu..." Shahran menggumam.
"Ya." Asyraf mengangguk-angguk. "Apa dia buat kat sini.?"
Shahran hanya terkedu tidak mampu membalas. Dia terlalu terkejut melihat kehadiran doktor itu. Doktor yang masih lagi misteri padanya. Doktor yang juga banyak menimbulkan kecurigaan.
"Dia rakan kongsi ke.?" Asyraf masih lagi melontarkan soalan walaupun tiada jawapan.
"Tak tahu." Shahran tidak dapat melarikan pandangannya daripada doktor itu. "Dia ingin sahaja pergi ke sana dan bertanya pelbagai perkara yang ingin dia ketahui selama ini. Dia sudah tidak tahan lagi.
Dia segera tersentak apabila matanya bertemu dengan lelaki berambut ikal itu. Mata yang biasa tetapi mempunyai aura kuat yang luar biasa. Doktor itu sepertinya tidak terkejut atau hairan. Malah, dia membalas pandangan lelaki sambil menghirup jusnya membuatkan Shahran kembali berpaling.
"Saya tak tahu lah apa jenis aura yang ada pada dia." Asyraf tiba-tiba bersuara kerana dia juga asyik memandang doktor itu.
Shahran hanya mengangkat bahunya cuba untuk fokus kembali ke atas pentas itu. Dia sudah tidak tahu apa yang sedang berlaku kini memandangkan terlalu banyak perkara yang menarik perhatian di sekelilingnya.
"Saya tak sabar nak cuba permainan ni."
Shahran memandang Asyraf sekali imbas. "Saya tak tahu lah sama ada saya berminat nak cuba atau tak."
Asyraf membesarkan matanya agak terkejut. "Gila ke.?? Permainan yang terlalu canggih kot. Takkan tak nak.??"
Shahran hanya mendengus tidak menjawab. Entah kenapa dia langsung tidak mahu mencuba permainan itu. Bukan kerana tidak berminat atau apa. Tetapi kerana ada rasa takut dalam dirinya apabila melihat setiap watak yang dipamerkan itu.
"Saya pasti akan cuba nanti." Asyraf menggumam yang lebih kepada dirinya sendiri tanpa mengalihkan pandanganya daripada permainan itu.
"Suka hati awak lah."
Shahran menarik nafas panjang sambil cuba memandang sekeliling. Cuba mencari jika ada tetamu yang akan mengejutkannya. Dia hampir menarik nafas lega bagaimanapun ternampak satu kelibat yang sedang berdiri di sebalik tiang di bahagian hujung paling belakang tempat itu.
Kelibat itu memakai pakaian serba hitam hampir tidak dapat dikenali. Shahran tersentak serta-merta apabila wajah orang itu terdedah sedikit sebelum penyelubung kepalanya kembali dibetulkan.
"Puan Shanty."
"Apa.??" Asyraf segera memandang Shahran.
"Tak." Shahran mengelipkan matanya. "Tak ada apa-apa."
Asyraf hanya mengangkat bahu kemudian kembali fokus ke hadapan. Shahran kembali memandang kelibat itu. Memang benar. Ia serupa dengan Puan Shanty. Tapi... Apa yang dia buat di tempat itu?
"Ini semakin pelik."
A/n: Wuoh! Akhirnya dapat update hari ni. Saya dah siap rangka cerita ni sampai habis dan ia tak lah sepanjang cerita Huruf. Happy jugak la. Hahaha. Supaya saya dapat buat cerita Hunters plak.
Well, back to the story... What do you think is going on?? Saya masih tinggalkan banyak teka teki. Best pulak macam ni. Hahaha. Jangan risau. Ada surprise nanti. Saya dah janji kan. Puan Shanty, gadis misteri, doktor baru... Semua akan terbongkar nanti. Btw, leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top