Helper
BAB 32
Shahran membunyikan loceng pintu di salah satu rumah di apartment itu. Hadha, Anas dan Adrian hanya berdiri di belakangnya tidak bersuara. Mereka kelihatan langsung tidak bermaya. Kejadian baru-baru ini membuatkan keadaan menjadi kucar-kacir. Mereka hidup dalam ketakutan. Tidak tahu siapa yang akan menjadi mangsa seterusnya. Apa yang pasti, mereka sememangnya tersenarai.
Kedengaran kunci pintu itu dibuka dari dalam sebelum ia dikuak perlahan. Kepala Rizal muncul memandang mereka. Memastikan tiada apa-apa yang bahaya sebelum membuka pintu seluas-luasnya.
"Masuk."
Keempat-empat mereka tidak membantah. Mereka terus sahaja melangkah masuk dan disambut dengan Jyra yang kini sedang duduk di sofa sambil bermain telefon bimbitnya. Seorang gadis yang asing bagi mereka pula turut berada di situ.
"Hai." Sapa Jyra selamba sebelum kembali memandang telefon bimbitnya tanpa mengambil peduli jika sapaan itu dibalas.
Shahran mengerutkan dahinya memandang Rizal. Meminta penjelasan siapa gadis asing yang hanya memandang mereka sambil tersenyum. Doktor muda itu tidak menjawab sebaliknya berdiri di suatu sudut.
"Hah... Mereka dah sampai."
Serentak keempat-empat mereka menoleh pantas. Agak terkejut mendengar suara yang entah datang dari mana.
"Wuoh..." seorang lelaki hanya tergelak kecil sambil mengangkat keningnya kini berdiri di belakang mereka. "Bawa bertenang. Saya tak akan apa-apakan kamu. Saya tak berbahaya."
Mereka menjadi semakin bingung. Bertambah satu lagi orang asing membuatkan mereka memandang Rizal lagi yang sedang memandang lelaki tadi yang berjalan ke arahnya saat ini.
"Semua dah ada ke?" ujar lelaki itu.
Rizal hanya mengangguk-angguk. "Mereka semua dah ada. Hanya mereka sahaja yang terlibat."
"Apa semua ni?" Anas mengecilkan matanya merenung Rizal. "Siapa pula mereka ni?"
Lelaki asing itu kelihatannya geli hati. Dia tergelak sedikit yang mana ketiga-tiga lelaki itu hanya mengangkat kening memandangnya. Hadha pula tidak mengalihkan pandangannya. Dia fokus memandang sesuatu yang ada pada lelaki itu. Matanya. Mata biru bersinarnya benar-benar menarik perhatian dengan wajah tampannnya. Sepertinya dia terpaku seketika.
Shahran pula tertarik pada sesuatu yang lain pada sisi lelaki itu. Parut. Parut yang sama dimiliki Jyra dan Rizal. Parut jelas berbentuk Huruf I pada lengan kanan lelaki itu. Ia mudah dilihat dengan lengan baju yang ditarik hingga ke paras siku. Dia beralih memandang gadis yang duduk berhadapan dengan Jyra. Malangnya, gadis itu memakai jaket lengan panjang menyebabkan sukar untuk dia memastikan.
"Apa kata kamu semua duduk dulu." Ujar Rizal cuba untuk tidak menegangkan keadaan.
Mereka semua tidak membantah. Adrian segera duduk dengan wajah selamba diikuti dengan Anas yang masih mempunyai kerutan di dahi. Jelas tidak begitu senang dengan perkara yang masih belum terjawab. Shahran pula membatalkan niatnya untuk terus menyiasat lalu duduk teragak-agak di sebelah Jyra, disusuli oleh Hadha yang kelihatannya masih merenung lelaki asing tadi.
"Okay..." lelaki asing bermata biru bersinar itu mula bersuara memandang mereka satu-persatu. "Biar saya perkenalkan diri dulu... Nama saya Izzudin. Dan yang tu..." dia menuding ke arah gadis asing itu. "Adalah Miezza."
Keempat-empat mereka hanya memandangnya sekali imbas.
"Kehadiran saya kat sini bukan lah nak melibatkan diri secara langsung dalam keadaan kamu sekarang."
Anas mengecilkan matanya kini memandang Rizal. "Berapa ramai lagi orang yang perlu awak beritahu pasal ni?"
Rizal mendengus perlahan. "Kita perlukan dia untuk perkara ni."
"Okay, bawa bertenang." Ujar lelaki bernama Izzudin itu. "Saya tak lah kisah sangat jika terlibat atau tak. Kalau tak terlibat langsung pun lagi bagus. Kat kawasan selatan sekarang ni macam-macam masalah yang perlu diselesaikan. Pemburu-pemburu kat sana dah naik gila."
"Pemburu??" ulang Anas.
"Bukan sesuatu yang perlu kamu risaukan." Gadis bernama Miezza yang asyik berdiam diri itu tadi menjeling tajam ke arah Izzudin yang hanya mengenyitkan mata sebagai balasan.
"Tapi..."
"Mereka sama macam Rizal."
Kenyataan yang mematikan ayat Anas itu membuatkan semua orang menoleh memandang Shahran.
"Saya nampak parut kat lengan mereka tu." Shahran memberitahu tidak senang dengan pandangan yang dilemparkan padanya.
Jyra tersengih. "Good observation."
Shahran hanya mampu melemparkan senyuman tawar kepadanya. Tidak tahu harus merasa bangga atau tidak.
"Okay..." Izzudin berdehem sedikit sebelum kembali memandang mereka semua. "Ya. Kami sama dengan Rizal, dan juga Jyra. Dan..." lelaki itu perasan sesuatu sejak tadi. "Er... Hadha..."
Hadha mengelipkan matanya agak terkejut apabila namanya dipanggil secara tiba-tiba membuatkan dia membetulkan kedudukannya.
"Hadha kan?" Izzudin mengangkat keningnya memandang gadis itu yang mana dia hanya mengangguk. "Boleh awak pandang tempat lain?"
Hadha hampir sahaja terbatuk mendengar permintaan berani yang tidak diduga daripada lelaki itu.
Izzudin tersengih melihatnya. "Kalau pasal mata saya... Ia semulajadi. Saya kacukan dan sebab tu lah. Lagi satu, ada orang yang akan marah kalau awak terus-menerus tenung saya."
Kenyataan itu membuatkan hampir semua orang menoleh serentak ke arah Rizal yang hanya berdiri berpeluk tubuh di suatu sudut.
"Apa?" Rizal membuat riak muka seolah-olah tidak tahu apa yang mereka maksudkan kemudian hampir tersenyum melihat wajah Hadha yang kelihatan merah padam entah sebab apa.
"Jadi maknanya dua." Izzudin tersengih. "Maknanya ada dua orang yang akan marah nanti."
Hadha mengelipkan matanya lagi dengan dahi yang sudah mula berkerut sebelum ternampak lelaki bermata biru bersinar itu mengenyitkan matanya ke arah Miezza yang hanya menggolekkan bebola matanya.
"Okay..." Anas menarik nafas panjang sebelum menegakkan dirinya. "Boleh kita teruskan kepada kenapa kita berada kat sini?"
Izzudin hanya tergelak kemudian mengambil sesuatu yang berada di atas rak kecil di belakangnya. "Saya difahamkan..." dia berjalan perlahan-lahan menuju ke tengah-tengah ruang tamu itu sebelum membaling perlahan satu buku yang seperti pernah mereka lihat sebelum ini. "Kamu perlu penterjemah untuk buku ni."
"Buku ni..." Adrian membesarkan matanya. "Buku dengan bahasa aneh hari tu. Yang saya curi dari makmal orang jahat tu."
"Kamu dah dapat terjemah??" Shahran memandang Rizal dan Izzudin silih-berganti. "Ia bahasa purba atau apa?"
"Well..." Izzudin memandang Miezza yang sepertinya mengisyaratkan supaya dia meneruskannya.
Gadis itu mendengus perlahan sebelum menarik nafas panjang. "Ia sebenarnya bukan bahasa purba atau apa pun seperti yang kamu jangkakan."
Kenyataan itu membuatkan mereka semua berpandangan agak terkejut dengan dahi yang sudah berkerut.
"Jadi..." Adrian mengecilkan matanya merenung lelaki dan gadis itu silih-berganti meminta penjelasan selanjutnya.
"Ia tulisan yang wujud." Miezza menjawab selamba. "Memang sedia wujud dan memang digunakan."
"Eh..." Hadha membesarkan matanya. "Kenapa kami tak pernah jumpa langsung jenis tulisan macam tu??"
"Sebab ia tulisan negara lain." Izzudin menyampuk. "Negara yang kamu sendiri tidak terfikir nak kaji."
"Negara?" ulang Shahran.
Izzudin hanya mengangguk. "Serbian."
Keempat-empat mereka hanya mampu tercengang. Tidak tahu hendak mengomen apa lagi.
"Dari apa yang kami baca..." Izzudin membetulkan tekaknya sedikit. "Ia sememangnya pasal Humanoids."
Anas dan Shahran kelihatannya langsung tidak terkejut. Hadha dan Adrian pula sudah mula teruja.
"Ia adalah rangka sebelumnya tercipta benda tu."
"Habis tu..." Anas merenung mata biru lelaki itu. "Apa yang tertulis di dalamnya? Apa yang perlu kami tahu?"
"Well..." Izzudin berfikir seketika cuba untuk mengimbas semula apa yang dibacanya di buku itu. "Apa yang saya tahu kajian untuk Humanoids ni pada asalnya adalah dari negara Jepun."
Keempat-empat mereka kelihatan terkejut. Perkara itu seperti perkara yang baru untuk mereka.
"Mereka cuba untuk hasilkan satu ciptaan permainan video yang boleh membuatkan pemainnya benar-benar hidup dalam permainan tersebut." Izzudin menyambung. "Akan tetapi..."
"Ia gagal?" Shahran cuba meneka.
Izzudin menggelengkan kepalanya. "Kajian tu berjaya. Semuanya berhasil. Cuma... ia mengancam nyawa manusia."
"Mengancam nyawa?" Hadha mengangkat keningnya.
Izzudin mengangguk-angguk. "Ia mengancam nyawa pemain. Ia dah dilancarkan beberapa tahun dulu akan tetapi dibatalkan. Beberapa orang disahkan cedera dan ada yang maut disebabkannya."
"Apa pula yang jadi??" Anas mengerutkan dahinya. "Ada virus daripada permainan tu atau apa?"
"Itu satu kemungkinan." Izzudin menjawab. "Tapi yang dinyatakan dalam buku tu... Pemainnya cedera. Sesiapa yang menemui jalan buntu atau erti kata lain, game over... Dia akan rebah secara tiba-tiba."
"Jadi itu maksudnya ia berhubung dengan dunia nyata." Shahran menggumam mula faham.
"Ya." Izzudin mengangguk. "Sejak tu, syarikat yang mengeluarkan permainan video tersebut disaman oleh banyak pihak. Sehingga mereka terpaksa menutup syarikat mereka sendiri. Semua permainan yang dah terjual kembali di situ dan mereka terpaksa membayar ganti rugi."
"Habis tu..." Adrian berkerut. "Apa kena-mengena pula dengan kami semua? Maksud saya kenapa ia boleh wujud lagi?"
"Ya." Sokong Anas. "Ayah saya lancarkan lagi benda tu."
"Itu setelah diubahsuai." Selamba Miezza menyampuk.
"Diubahsuai??" ulang keempat-empat robot itu hampir serentak sebelum berpandangan seketika.
Miezza mengangguk-angguk. "Ia tidak dinyatakan, tapi... Kami rasa rangka-rangka permainan video tu dicuri."
Kenyataan itu sekali lagi mengejutkan mereka.
"Tak tahu macam mana ia terjadi..." Miezza bersuara lagi. "Tapi semuanya diubah keseluruhan kepada bahasa Serbian. Sebab tu susah nak dibaca. Itu adalah bahasa asing. Bahasa mereka."
"Mereka nak lancarkan permainan video tu atau apa?" Anas mengecilkan matanya merenung gadis itu.
"Saya tak pasti mengenai itu." Jawab Miezza. "Tapi kami dah cuba cari maklumat jika ia pernah dilancarkan lagi selepas itu. Dan tiada rekod. Selepas itu, hanya pelancaran baru-baru ini sahaja yang ada."
"Maksudnya ia bukan dari Serbia lagi??" teka Shahran.
"Kami juga tak katakan macam tu."
Semua mata beralih memandang lelaki bermata biru bersinar itu lagi. Dia kini sudah berpeluk tubuh.
"Menurut apa yang saya dengar..." Izzudin memandang Rizal sekali imbas. "Pemilik permainan video ini iaitu Datuk Remy, ayah awak..." Dia menuding sekali ke arah Anas yang langsung tidak membalas. "Bukan lah dalang semuanya."
Mereka tidak bersuara atau membalas. Sudah sedia maklum mengenai perkara itu sebelum ini.
"Dia bekerja." Izzudin memandang mereka semua. "Maksudnya ada orang lagi di atasnya."
"Maksudnya..." Shahran menelan air liurnya. "Ada orang lagi yang menjadi dalang sebenar."
Izzudin mengangguk. "Saya tak tahu macam mana ia sampai kepada Datuk Remy tapi dia juga bekerja."
"Awak nak cakap dalang sebenar tu orang Serbia??" Anas mengangkat keningnya dengan mata yang langsung tidak berkelip.
"Itu tak boleh dipastikan lagi." Jawab Izzudin. "Tak pasti sama ada dia adalah orang Serbia atau tidak."
"Tapi apa yang pasti..." Miezza bersuara memandang mereka semua satu-persatu. "Kami dah tahu siapa dia."
A/n: Jeng, jeng, jeng!! Siapa dalang yg sebenar?? Hahaha. Sorry, guys. Lama menyepi. Rasa macam nak stop busy dan terus fokus ngan wattpad. Tapi kena hidup jugak. Kena survive kat Malaysia yang... Er... Whatever. Anyway, how is it guys. The most wanted people from Huruf has come to the field. Hahaha. Excited tak?? Hah... Bagi kaw2 punya kejutan. Anyway... Saya cuba update lagi k. Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top