Heart
Bab 37
Shahran kini terduduk kaku di sebalik dinding bangunan yang entah siapa tahu apa tempat itu. Seolah-olah masih tidak percaya apa yang baru sahaja berlaku. Hadha berada di sebelahnya. Keadaan gadis itu benar-benar lemah. Dia sepertinya sudah hampir berputus asa. Tenaganya semakin berkurangan. Anas hanya berdiri bagaimanapun tetap keletihan. Otaknya diasah untuk memikirkan tindakan seterusnya.
"Saya minta maaf, Ran."
Serentak mereka semua menoleh. Asyraf berdiri tidak jauh dari situ dengan pakaian seragam yang masih dipakainya. Wajahnya penuh dengan rasa bersalah. Tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.
"Saya tak tahu semua ni akan ber..."
Belum sempat lelaki itu menghabiskan kata-katanya, Anas merentap kuat kolar bajunya sebelum dia dihempas ke dinding.
"Awak tahu tak tindakan awak boleh menyebabkan kami semua terbunuh?!!" anas memekik kuat.
"Sa... Argh... Tak..." Asyraf kelihatan meronta-ronta cuba mendapatkan udara yang sudah tersekat di kerongkongnya.
"Anas..."
Anas tidak membalas sebaliknya beralih memandang Shahran dengan wajah yang bengang.
"Lepaskan dia." Ucap Shahran perlahan.
"Lepaskan?! Awak tahu tak..."
"Lepaskan dia." Pintas Shahran langsung tidak membiarkan lelaki itu selesai bercakap ketika dia bangun perlahan-lahan.
Anas mendengus kuat sebelum melepaskan cengkamannya menyebabkan Asyraf terjatuh bagaimanapun mampu bertahan. Dia seperti terpinga-pinga. Berharap semua itu tidak pernah berlaku.
"Mikha cakap kami perlu bantu kamu..."
Serentak Anas dan Hadha memandang lelaki itu, manakala Shahran sudah sedia memandangnya.
"Kami mengekori setiap pergerakan kamu dan tahu..." Asyraf memandang Shahran. "Yang kamu berdepan dengan sesuatu yang membahayakan."
"Jadi kononnya kamu nak membantu?" Anas mengangkat keningnya.
"Itu yang Mikha janjikan." Balas Asyraf. "Saya tak boleh nak mengesyaki apa-apa. Tiada perkara mencurigakan."
"Tapi awak..."
BOOM!!
Belum sempat Shahran menghabiskan kata-katanya, satu letupan jelas kedengaran berdekatan mereka. Pintu bangunan itu sudah dihancurkan. Makhluk bengis itu muncul dengan wajah yang tersenyum sinis.
"Gembira jumpa kamu di sini."
Hadha menggigir bibirnya memandang Lordblood. Dia terus sahaja berdiri menyusul Anas yang sudah berdiri berhadapan dengan penjahat itu.
Shahran turut bangun. "Pergi dari sini, Asyraf."
"Apa??" lelaki itu kelihatan tercengang.
"Pergi!" arah Shahran. "Ini bukan pertarungan awak. Tolong pergi selamatkan diri awak."
"Tapi..."
"Pergi je lah!" Anas membentak apabila menyalurkan kuasa elektrik kembali ke tangannya.
Hadha turut berbuat demikian. Shahran mengangguk kepada Asyraf yang semakin berundur kemudian menghidupkan kuasanya.
"Now or never."
Anas terus sahaja berlari. Serangan tembakan bertubi-tubi diarahkan kepadanya. Dengan pantas dia mengelak masih maju berlari ke hadapan. Kuasanya berusaha ditembakkan walaupun berjaya ditepis oleh Lordblood.
"Kamu ingat kamu boleh kalahkan saya?!" pekik penjahat itu dengan matanya berusaha mengekori setiap pergerakan Anas.
Shahran tidak membuang masa. Dia terus berlari pada arah bertentangan membuatkan Lordblood terpaksa berhati-hati. Dia tidak mampu melihat pada dua tempat dalam masa yang sama.
Melihat kejadian itu, Hadha berlari menuju dari hadapan. Tembakannya dilepaskan dan kena tepat pada penjahat itu. Akan tetapi, itu membuatkannya lebih berang. Dia menembak tepat pada Hadha menyebabkan gadis itu terhumban.
"Argh!"
Anas dan Shahran langsung tidak berputus asa. Tembakan terus-menerus dilepaskan. Mencari segala peluang yang ada untuk melemahkan musuh mereka itu. Shahran berusaha menepis tembakan. Ada sedikit yang terkena bagaimanapun semuanya berjaya dielak. Anas pula bergerak lebih pantas. Tiada tembakan yang kena padanya.
"Ugh!" Hadha terlutut semula apabila satu lagi tembakan terkena padanya. Dadanya dirasakan sesak.
Anas membesarkan matanya kemudian menyerang dengan lebih dekat hanya untuk melarikan fokus Lordblood. Shahran pula terjun ke lantas sebelum berlari ke arah Hadha untuk melihat keadaan gadis itu.
"Hati-hati!" gumam Shahran. "Dia sasarkan pada jantung awak. Kalau macam ni terus kita akan..."
"SHAHRAN!!!"
Lelaki itu menoleh pantas. Apa yang dapat dia lihat adalah satu bulatan besar seolah-olah ada sesuatu yang tajam di dalamnya sedang menuju pantas ke arahnya. Dia menolak Hadha ke tepi dengan pantas. Dia cuba untuk menembak dan mengelak. Bagaimanapun sudah terlambat. Dia hanya mampu menutup matanya.
Angin kuat memukul dan kedengaran satu bunyi aneh. Shahran membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat dirinya sendiri. Tiada apa-apa yang berlaku. Akan tetapi, matanya bertemu dengan seseorang. Seseorang yang benar-benar penting dalam hidupnya. Asyraf memandangnya sayu sebelum rebah ke lantai perlahan-lahan.
"Asyraf!!!"
Anas terkedu melihat lelaki yang kini berusaha ditarik kepangkuan Shahran. Bagaimanapun, perasan Lordblood ingin melakukan serangan lagi. Dia terus mengalihkan perhatian penjahat itu.
"Kamu ingat kamu boleh kalahkan saya ke?!" pekik Lordblood kegeraman sambil berusaha mensasarkan tembakannya pada Anas.
"Asyraf..." Shahran menggumam. Berharap ini hanya mimpi.
Akan tetapi, mata lelaki itu sudah tertutup rapat. Badannya sudah tidak bergerak lagi. Shahran berusaha menahan dirinya daripada menangis.
"Argh!"
Pekikan itu membuatkan mereka menoleh. Anas terjatuh di lantai. Nafasnya tercungap-cungap akibat kepenatan.
Lordblood ketawa terbahak-bahak. "Kamu ingat kamu boleh kalahkan saya ke?" dia menembak lagi ke arah Anas menyebabkan lelaki yang cuba untuk bangun itu jatuh semula ke lantai.
Shahran hanya mampu tunduk. Otaknya kini sudah tidak berfungsi. Tenaganya sepeti sudah hilang. Dia sudah tidak tahu apa yang hendak dilakukan lagi.
"Ini adalah saat yang saya nanti-nantikan." Ujar Lordblood sambil berjalan perlahan-lahan. "Melengkapkan semua yang saya ada." Dia menembakkan lagi tembakan kepada Anas yang masih berusaha melawan.
Shahran menoleh apabila sesuatu dibaling ke arahnya. Dia melihat sesuatu berwarna perak yang mana ia adalah sebilah pisau. Dia memandang Hadha yang kini berusaha mengerekot bangun.
"Dapat peluang tolong tikam jantungnya dengan benda tu."
Shahran merenung pisau berwarna keperakan itu. Hadha kini sudah berdiri sambil memandang Lordblood yang masih berlawan dengan Anas.
"Saya hanya boleh buat ni sekali sahaja." Ujar gadis itu. "Tolong manfaatkan masa ni."
"Apa yang awak..."
Shahran membesarkan matanya apabila terpandang sesuatu yang baru pada gadis itu. Sesuatu yang dia tidak pernah nampak ada pada diri Hadha. Tapi dia pernah melihatnya pada orang lain. Mata gadis itu kini bercahaya dengan warna kemerahan.
"Itu kan kuasa Rizal?"
Hadha mengangguk dengan kedua-dua tanganya digenggam erat. "Dia beri pada saya sedikit. Tapi hanya boleh digunakan sekali sahaja."
Shahran mengelipkan matanya kemudian memandang jasad Asyraf dengan wajah yang sayu. Dia meletakkan lelaki itu di atas lantai perlahan-lahan kemudian menggenggam pisau itu.
Lordblood kini masih berlawan dengan Anas. Sepertinya lelaki itu benar-benar mengganggunya. Memandangkan wajah penjahat itu kini bertukar marah sambil menembak ke sana-sini. Anas pula masih dapat mengelak dengan baik. Walaupun dia kelihatan emah, tapi semangatnya tetap kuat.
"Kau ni memang menyusahkan!" Lordblood membentak. Masih berusaha mensasarkan tembakannya pada lelaki itu.
Anas tergelak sinis. "Saya tahu benda tu." Dia membuat serangan balik walaupun tahu kesannya tidak begitu kuat.
"Sedia, Shahran."
"Mm." Shahran mengangguk.
Hadha mengerahkan seluruh tenaganya. Berusaha mengingati apa arahan yang sudah diberikan padanya oleh Rizal. Bagaimana cara untuk menggunakan kuasa itu jika mereka terdesak. Gadis itu berusaha untuk tidak menyasarkan tembakan yang bakal dikeluarkan itu ke tempat lain. Dia cuma fokus pada penjahat itu.
Anas asyik sahaja berlari dari satu sudut ke sudut yang lain. Masih mencuba sedaya-upaya untuk melakukan apa sahaja bagi mengakhiri semua itu. Dia dapat merasakan tenaganya semakin berkurangan. Tapi erti putus asa tidak boleh diletakkan pada dirinya sendiri.
Perlahan-lahan cahaya kemerahan yang terpancar di mata Hadha dilepaskan. Belum sempat sesiapapun menoleh, satu ledakan yang agak kuat mengejutkan mereka. Anas membesarkan matanya. Setiap sisi badan Lordblood itu berhamburan ke sana-sini meninggalkan hanya bahagian tubuhnya sahaja.
"Argh!!" pekikan itu jelas datang daripadanya. Kepalanya digerakkan tanpa arah. "A... Pa... Yang berlaku?"
Anas masih lagi berdiri tercengang. Tidak tahu apa yang sedang berlaku. Akan tetapi, sesuatu yang agak luar biasa mengejutkan mereka lagi. Entah bagaimana, segala bahagian-bahagian yang terpisah tadi bercantum semula. Lordblood kelihatan terpinga-pinga cuba membetulkan kepalanya sendiri.
"Kamu memang nak mati!!" Dia memekik dengan kuat.
Anas tidak melengahkan masa lagi. Dia mengumpul seluruh tenaganya untuk mengeluarkan kuasa lalu ditembakkan kepada penjahat itu. Dia tahu, Lordblood kini dalam keadaan yang lemah. Sukar baginya untuk fokus dan mengeluarkan apa-apa sahaja serangan balas.
"Tak! Guna!!!!"
Lordblood berusaha untuk fokus. Ledakan yang ditembakkan ke arahnya tadi benar-benar membuatkan kepalanya berpinar-pinar. Jelas sudah ada sesuatu yang rosak di dalam badannya.
Anas masih lagi menyerang bertubi-tubi dengan gigih sekali. Langsung tidak melepaskan peluang yang ada. Shahran turut berlari pantas. Dia menumbuk kepala penjahat itu beberapa kali.
"Argh!!"
"Orang..." Shahran menggumam dengan giginya yang diketap erat. Tumbukannya diringi dengan setiap bait perkataan yang diucapkan. "Yang... Tak... Layak..." Shahran mengeluarkan tendangannya menyebabkan Lordblood terbaring jatuh ke tanah. "Untuk... Hidup!"
Lordblood ketawa mengekeh bagaimanapun sepertinya sudah tidak dapat membuka matanya. "Kamu tak akan mampu hapuskan... Argh!!"
Kata-kata penjahat itu terhenti apabila Shahran mengeluarkan kuasanya untuk mengangkat tubuh yang sememangnya lebih besar daripadanya itu sebelum dihempas kuat ke dinding. "Saya tak perlukan balasan!"
Lordblood berusaha untuk bangun. Dia cuba menembakkan sesuatu bagaimanapun langsung tiada sasaran yang tepat. "Tak... Guna!"
Shahran tidak membuang masa lagi. Dia terlalu benci melihat orang yang membuatkan hidup mereka menjadi huru-hara. Yang membunuh orang untuk kepentingan diri sendiri. Demi kuasa. Yang membunuh kawan baiknya.
Dia mengeluarkan pisau keperakan yang diberikan padanya sebentar tadi. Kuasa elektriknya untuk menyelaputi pisau itu sebelum ditusuk tepat ke bahagian dada sebelah kiri penjahat itu.
"ARGH!!" mata Lordblood terbeliak luas. Mulutnya terlopong tidak dapat ditutup lagi. Dia dapat merasakan segala sambungan yang berfungsi dalam badannya berhenti secara perlahan-lahan. Dia jatuh terlutup. Dia hanya mampu mengerekot sebelum jatuh terhempas di lantai.
Shahran kelihatan tercungap-cungap. Dia turut melutut kepenatan. Anas berjalan perlahan-lahan mendekati jasad penjahat itu. Dan memastikan ia sememangnya sudah tidak berfungsi lagi.
"Dia dah mati."
Shahran hanya mampu mengangguk tidak mampu membalas. Dia sepertinya tidak tahu sama ada dia masih berada di dunia nyata atau tidak.
"Hadha!"
Anas segera berlari ke arah gadis itu. Gadis yang kini sudah tidak sedarkan diri di atas lantai. Shahran hanya mampu memandang dari tempat dia berada. Sebelum mengalihkan pandangannya pada jasad yang dia tahu sudah tidak bernyawa lagi. Jasad kawan baiknya. Asyraf. Dia hanya mampu memejamkan mata. Tidak tahu hendak memikirkan apa. Dia tahu dia sudah tidak dapat mengembalikan lelaki itu.
A/n: Okay. I know. I'm the worst writer ever. Like what the hell?? Rasanya macam dah seribu tahun tak update cerita wey!! Rasa macam nak nangis pun ada. Rindu gila kat wattpad.
Sorry guys. Busy macam baru lepas menang pilihanraya je aku ni. Dapat rezeki naik pangkat. Tapi kerja macam nak jadi menteri. Tu yang busy macam nak mampos tu.
Anyway, this the last chapter. Ada lagi. Tapi tinggal epilog je. Then dah boleh start Hunters. Hahahaha. Itu lagi dahsyat. Entah bila nak siap. Sempat tua aku macam ni. Ending memang singkat macam ni. Sebab diorang bukan lawan tentera. Hahaha. Cuma makhluk jahat sorang je. So, tak dapat nak bagi panjang. I hope you guys still stay with this. Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top