Behind All Of It

Bab 29


Rizal memberhentikan keretanya di tempat letak kereta kawasan sebuah bangunan rumah flat yang agak usang. Walaupun begitu, tempat itu kelihatan masih berpenghuni walaupun tidak semua rumah bercahaya. Malam itu terasa dingin sekali. Ia sudah lewat tengah malam. Tiada orang biasa yang akan bangun lagi.

Dia segera keluar dari kereta bersama Jyra dan Baekhair yang tidak henti-henti bertanya sepanjang jalan mereka ke situ. Kelihatan satu lagi kereta berhenti betul-betul di sebelah tempat mereka berdiri saat ini. Anas keluar dari kereta itu disusuli oleh Hadha, Shahran dan Adrian. Mereka memandang sekeliling. Tidak begitu selesa dengan keadaan kawasan yang agak kotor itu.

"Apa kita buat kat sini?" Anas mengerutkan dahinya.

Hadha, Shahran dan Adrian hanya memandang sekeliling. Tidak begitu senang dengan keadaan yang agak seram itu.

"Mendapatkan jawapan." Selamba Rizal menjawab ketika mengunci keretanya. "Ikut saya."

Lelaki itu segera membuka langkah masuk ke dalam bangunan itu disusuli oleh yang lain. Mereka melintasi setiap koridor yang terdapat banyak pintu. Ada yang kosong dengan debu yang berlambak di bahagian depan pintu. Ada pula yang penuh dengan selipar dan kasut. Bau-bau yang tidak menyenangkan mula dapat dihidu. Angin sepoi-sepoi dapat dirasakan memukul badan.

Masing-masing terus berjalan menyusul doktor muda itu tanpa gagal memerhatikan sekeliling. Setiap inci kawasan itu diteliti. Cuba mencari jawapan untuk setiap persoalan yang berada dalam minda mereka. Tangga demi tangga didaki sebelum mereka berhenti di hadapan sebuah pintu yang mana kawasan sekitarnya agak gelap tanpa lampu. Hanya lampu dari tangga menjadi peneman walaupun ia sudah berkelip-kelip.

Rizal berdehem seketika tanpa sebab sebelum mengangkat tangannya dan mengetuk pintu itu. Yang lain hanya mampu menunggu. Tidak tahu siapa yang akan muncul. Siapa yang menghuni rumah yang sunyi itu.

Setelah diketuk beberapa kali, akhirnya kedengaran kunci pintu itu dibuka sebelum pintu terkuak perlahan-lahan. Seseorang muncul di situ dengan wajah yang sugul. Keadaan yang agak gelap membuatkan semua cuba sedaya-upaya untuk melihat siapa yang berada di situ sebelum Anas, Shahran dan Hadha terkejut serentak.

"Puan Shanty??!!"

Wanita berumur itu membuka pintu seluas-luasnya setelah memastikan siapa yang berada di situ.

"Saya bawa mereka." Selamba Rizal bersuara. "Tiba masanya untuk awak berikan mereka jawapan."

Puan Shanty mengangguk-angguk. "Masuk."

Rizal menjadi orang pertama yang melangkah masuk sebelum disusuli oleh yang lain. Ruangan rumah itu agak kecil dan sempit cukup untuk hanya dua orang yang menghuninya. Mereka terpaksa mencari tempat untuk duduk dengan penuh berhati-hati.

"Nampaknya semua dah berkumpul." Puan Shanty memandang setiap bekas pelajarnya satu-persatu.

"Kenapa awak ada kat sini?" Anas merenung wanita itu dengan dahi yang berkerut. "Secara tiba-tiba hilang."

"Saya perlu bersembunyi."

"Bersembunyi dari siapa?" tanya Hadha.

"Dari orang-orang yang mengejar saya." Selamba wanita berumur itu menjawab. "Yang nak bunuh saya."

Kenyataan itu membuatkan mereka berpandangan seketika.

"Awak bawa orang baru, Rizal." Puan Shanty bersuara sambil memandang ke arah Baekhair.

"Saya perlukan kebolehan dia untuk sembuhkan Adrian." Rizal mengangkat bahunya selamba.

"Apa sebenarnya yang berlaku??" Shahran terus sahaja bersuara. "Siapa kami?? Apa yang ada pada hidup kami?"

Puan Shanty memandang lelaki itu sebelum beralih pada yang lain satu-persatu sebelum mendengus perlahan cuba mengukir senyuman. "Dah tiba masanya untuk saya beritahu kamu semuanya."

Semua orang hanya memandang wanita itu tidak bersuara. Masing-masing menanti dengan tenang.

"Saya..." Puan Shanty berfikir seketika cuba menyusun ayat untuk memulakan semuanya. "Adalah saintis. Sebelum saya berada di sini dengan kamu semua. Saya adalah Saintis." Dia memandang bingkai gambar yang terletak di atas meja. Memaparkan seorang lelaki tua dan seorang gadis sedang tersenyum ceria. "Bersama dengan ayah saya."

Kenyataan itu mengejutkan mereka. Walaupun mereka mencurigai wanita itu, mereka tidak akan menyangka dia adalah seorang saintis sebelum ini.

"Lebih dua puluh tahun dahulu..." Puan Shanty mula bersuara lagi. "Syarikat di mana ayah saya bekerja ingin mengeluarkan satu alat permainan video yang baru pada masa itu. Masa tu saya belum jadi saintis. Saya masih belajar. Mereka mencipta permainan video itu dan cuba membuat satu kelainan."

Semua orang kini mendengar dengan tekun.

"Pada suatu hari..." Puan Shanty menarik nafas panjang. "Ayah saya menyuarakan pendapat. Bagaimana jika mereka mencipta sesuatu yang nyata. Jika mereka benar-benar menghidupkan permainan video itu." Dia memejamkan matanya seketika. "Mereka nak hubungkan alat tersebut dengan manusia."

Semua mereka tersentak mendengar perkara itu. Seolah-olah sudah tahu ke mana ia bakal berakhir.

"Mereka mula membuat data. Cuba untuk menjayakannya." Ujar Puan Shanty lagi. "Ujian demi ujian dilakukan sampai saat... Mereka nak gunakan manusia sebenar."

Tanpa disedari, Shahran sudah menggenggam buku limanya erat. Hadha hanya mampu menggigit bibirnya, manakala Anas hanya duduk diam.

"Pada masa itu... Saya masih ingat lagi. Mereka berusaha mencari orang untuk dijadikan bahan ujikaji. Dan setiap orang itu juga membawa kepada kegagalan dalam misi itu."

"Gagal?" Anas mengangkat keningnya.

"Mati."

Jawapan yang ringkas itu membuatkan bulu roma mereka meremang serta-merta. Tidak dapat membayangkan bagaimana ia berlaku.

"Tapi tak jadi siasatan polis ke?" tanya Shahran. "Maksud saya semua yang mati tu. Apa sebabnya."

"Semua yang dijadikan bahan adalah orang-orang yang tidak mempunyai kenalan atau keluarga." Jawab Puan Shanty. "Lebih tepat lagi tiada hubungan dengan orang lain. Tiada siapa tahu kehilangan mereka dan sebagainya. Mayat dan segala bukti yang ada dihapuskan begitu sahaja."

Shahran segera memejamkan matanya.

"Sehinggalah suatu hari..." Puan Shanty memandang mereka satu-persatu. "Ada tiga orang yang datang kepada kami secara sukarela." Dia bingkas bangun sebelum mengeluarkan sesuatu daripada laci berdekatan dan menghulurkannya pada Shahran kerana lelaki itu yang paling dekat. "Minta untuk dijadikan bahan ujikaji."

Mata Shahran terbeliak besar serta-merta apabila melihat orang-orang yang berada di dalam gambar itu. Anas dan Hadha yang berada di sebelahnya cuba untuk melihat isi kandungan gambar itu bagaimanapun mempunyai reaksi yang sama. Ia adalah mereka bertiga. Anas, Shahran dan Hadha sedang tersenyum berpelukan.

"A... Apa?" Shahran seperti tidak mampu untuk berkata lagi.

"Kamu bertiga adalah adik-beradik."

Seperti dihempap dengan batu besar, mereka tidak mampu untuk bersuara ataupun bergerak.

"Waktu kamu buat permintaan tu..." Puan Shanty segera menyambung. "Saya baru mula bekerja di syarikat tu. Saya masih ingat lagi. Kamu minta dengan beraninya untuk perkara tu."

"Kami..." Anas kelihatan hampir hilang kata-kata. "Adalah... Adik-beradik?"

Puan Shanty mengangguk-angguk. "Kamu tak ada keluarga yang lain. Tak ada ibu bapa dan sebagainya."

Mereka hanya mampu memandang wanita itu tidak mampu bersuara.

"Ujian dilakukan ke atas kamu. Hari demi hari." Puan Shanty meneruskan lagi. "Seiring dengan permainan video itu. Segala alat yang canggih digunakan. Saya dah mula bekerja pada projek tu. Dan saya nampak semuanya. Sambungan wayar yang banyak dilekatkan pada tubuh kamu. Sehinggalah suatu hari..."

Serentak mereka memandang Puan Shanty lagi.

"Ayah saya mula menyedari apa keputusannya jika ujian itu berjaya."

"Apa keputusannya?" tanya Hadha.

Puan Shanty membalas pandangan gadis itu. "Kamu akan hilang identiti kamu sebagai manusia. Dan mula hidup sebagai robot."

Keadaan menjadi sunyi sepi seketika. Masing-masing cuba memproses perkara itu dengan sebaik-baiknya.

"Maksudnya..." Puan Shanty menarik nafas panjang. "Sebagai manusia kamu dah mati sepenuhnya. Sekarang kamu hanya tinggal jasad dan menjadi robot yang benar-benar berkelakuan seperti manusia."

"Tapi..." Shahran mengerutkan dahinya. "Kenapa kami mempunyai rasa seperti manusia yang lain? Tolak tepi lah tak ada darah dan sebagainya."

"Sebab kami berjaya kembalikan deria pada kamu." Jawab Puan Shanty lagi. "Kami berjaya sambungkan deria agar kamu boleh menjadi seperti manusia semula."

"Jadi kami..." Hadha tidak dapat meneruskan kata-katanya.

"Dah mati." Selamba Puan Shanty memintas. "Dan sekarang kamu adalah robot yang boleh berkelakuan seperti manusia."

"Tapi..." Anas cuba berfikir. "Bagaimana? Maksud saya... Kami tak dikawal atau sebagainya?"

"Ada satu cip yang berada di belakang tengkuk kamu." Ujar Puan Shanty sambil menuding ke arah belakang tengkuknya sendiri. "Cip yang dicipta khas untuk mengawal segala-galanya. Yang kami pasangkan di situ."

Serentak ketiga-tiga mereka mengusap tengkuk masing-masing.

"Ayah saya cuba untuk hentikan semuanya..." Puan Shanty bercerita lagi. "Sebab dia tahu. Keputusannya tetap bukan untuk benda yang boleh hidup. Dia bincang dengan pihak yang terlibat untuk hentikan. Tapi ditolak mentah-mentah. Dikatakan ianya sudah terlambat. Dan barulah ayah saya tahu... Ada sesuatu yang dah berlaku. Yang dah tak dapat dielakkan lagi."

"Sesuatu??" Shahran mengecilkan matanya.

Puan Shanty mengangguk. "Sesuatu yang ayah saya dah tahu. Saya tak tahu apa. Sebelum sempat ayah beritahu semuanya... Dia minta kami lari. Dia minta kami bawa jasad kamu bertiga."

"Kami??" Anas mengecilkan matanya mengulangi perkataan itu.

"Ada seorang pembantu peribadi ayah." Puan Shanty menjawab. "Bila kami sampai ke tempat kejadian... Hanya tinggal jasad Hadha dan Shahran yang tinggal. Jasad Anas dah diambil. Kami tak tahu dibawa ke mana. Kami cuba lari dan selamatkannya. Tapi mereka dapat kejar dan kami terlibat dalam kemalangan."

Keadaan menjadi sunyi sepi.

"Saya tak tahu apa yang jadi masa tu." Puan Shanty memejamkan matanya seketika. "Saya sedar je dah ada kat hospital. Ayah dan pembantunya tak dapat diselamatkan. Dan jasad kedua-dua kamu tak ditemui."

"Habis tu apa jadi?" tanya Shahran.

"Saya lari dari hospital." Puan Shanty mengangkat bahunya. "Saya keluar dari daerah sini dan cuba untuk hidup sehingga keadaan menjadi reda. Dan saya menjadi seorang doktor di klinik sana." Dia segera memandang Shahran. "Dan ia adalah pertama kali saya melihat Shahran selepas bertahun-tahun."

Shahran mengelipkan matanya kemudian tersentak seperti baru teringat sesuatu. "Masa saya kemalangan!"

Puan Shanty mengangguk-angguk. "Masa tu baru saya tahu awak masih hidup. Dan berfungsi sepenuhnya."

Shahran memandang tapak tangannya tanpa sebab.

"Saya mengambil keputusan untuk berpindah di mana tempat awak berada. Dan saya dapat tahu awak dipelihara oleh satu keluarga. Di sana juga saya nampak Hadha dan Anas. Dan saya buat keputusan untuk cari jalan."

"Nama kami..." Hadha kelihatan sukar untuk berkata. "Adakah nama kami memang yang kami gunakan sekarang?"

Puan Shanty menggelengkan kepalanya. "Kamu tak ada keterangan masa datang kepada kami. Kami hanya namakan kamu sesuai dengan cip yang ada di belakang tengkuk kamu. Shahran adalah Hum. Hadha adalah Ano. Dan Anas adalah Ids."

"Humanoids." Gumam Anas tanpa disedari.

Puan Shanty mengangguk-angguk.

"Habis tu..." Shahran memandang Rizal sekali imbas. "Macam mana mereka terlibat pula?"

Puan Shanty memandang Rizal yang hanya mengangguk sebagai tanda isyarat untuk dia meneruskan. "Saya jumpa Rizal waktu pertama kali saya diserang. Masa tu dia dah nampak kebolehan musuh yang dapat menyerang. Dia bantu saya dan saya tak boleh nak bersembunyi lagi. Sejak tu... Saya minta pertolongan mereka. Oleh kerana saya dalam bahaya, Rizal gantikan saya untuk tengokkan kamu di kampus."

Hadha memandang lelaki itu segera. "Awak betul-betul doktor atau apa? Berapa umur awak?"

Rizal tersengih sedikit. "Saya memang pelajar dari kelulusan ni. Dan saya hanya tua beberapa tahun dari kamu."

"Kamu ni apa sebenarnya??" tanya Anas. "Maksud saya... Saya nampak apa awak boleh buat, Rizal. Begitu juga kawan awak. Yang perempuan saya tak tahu lagi. Tapi apa?? Adakah kamu macam kami??"

Rizal memandang Jyra yang mana gadis itu hanya mendengus perlahan.

"Kamu manusia." Selamba Jyra bersuara. "Tapi bukan manusia biasa. Kami mempunyai kebolehan lain yang kami sendiri tak boleh nak beritahu bagaimana ia terbentuk dan sebagainya."

"Parut kat lengan kamu..." Shahran mengecilkan matanya. "Dari situ ke sumber kuasa kamu?"

Rizal tersengih kemudian menggelengkan kepalanya. "Itu adalah lambang kepada puak kami."

"Puak??" Anas mengangkat keningnya.

"Huruf." Jyra membetulkan tekaknya tanpa sebab. "Kami adalah puak Huruf."

"Puak..." Shahran menggumam sambil berfikir seketika. "Maksudnya kamu ada ramai ke semuanya??"

Rizal mengangkat bahunya. "Kami ada dua puluh enam orang keseluruhan. Masing-masing ada kuasa yang berbeza."

Kesemua mereka hanya mampu ternganga tidak dapat berkata apa-apa lagi. Tidak tahu sama ada hendak kagum atau sebaliknya.

"Mereka akan bantu kita sampai kita dapat hapuskan musuh." Beritahu Puan Shanty. "Rizal cakap ketua mereka dah setuju pasal perkara ni."

"Kamu ada ketua??" Anas mengangkat keningnya.

Rizal mengangguk-angguk kemudian memandang Hadha sekali imbas yang mana dia sendiri tidak tahu kenapa dia berbuat demikian.

"Jadi..." Puan Shanty menarik nafas panjang. "Kita kena mula bertindak sekarang. Untuk tahu apa sebenarnya yang ayah saya tahu dan tak sempat beritahu pada saya sebelum dia mati."

"Tapi kan..."

Semua mata berpaling memandang Adrian yang duduk di satu sudut. Lelaki itu bersuara setelah sekian lama.

"Macam mana saya boleh terlibat dengan semua ni?" tanya Adrian serta-merta. "Kenapa saya dicipta pula?"

"Saya benar-benar tak tahu pasal awak, Adrian." Jawab Puan Shanty. "Berkemungkinan awak dicipta oleh mereka selepas saya dah tak ada dengan organisasi tu. Saya betul-betul tak tahu."

Adrian hanya mengangguk-angguk.

"Sekarang..." Puan Shanty bangun lagi dan berjalan menuju ke laci di mana dia keluarkan gambar tadi sebelum mengeluarkan sesuatu. "Di sini ada data mengenai permainan video tu. Kita boleh mula mengkaji."


A/n: Okay, guyss!!! Sekarang semua dah terdedah. Segala persoalan dah terjawab dalam bab ni. Hah. Kan banyak sangat misteri. Dah bagi satu bab jawapan ni. Tinggal nak tunggu apa rahsia permainan video tu lagi k. Fuhhh. Saya cuba update satu lagi bab dalam masa terdekat ni. Harap tangan ni bertahan lah nak taip. Lenguh derrr. Kalau boleh hilangkan dua bab sekaligus saya taip. Anyway... How is it? Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top