Attack
Bab 14
Hadha duduk sendirian di bahagian hujung bangunan kampus itu. Cuaca kini agak gelap dengan hujan yang turun dengan lebat sekali. Dia ingin duduk di bawah pokok tempat biasanya dia akan menghabiskan masa sendirian. Bagaimanapun, cuaca itu tidak mengizinkannya.
Dia mendongak memandang langit yang sepertinya tidak akan cerah pada bila-bila masa. Mengeluh kerana apa yang dirancangnya untuk dilakukan saat itu tidak dapat dilaksanakan. Asyraf dan Shahran sedang melakukan hal masing-masing. Mereka juga perlu fokus dengan hidup sendiri. Merehatkan diri daripada memikirkan hal yang akan membuat mereka keliru.
KRAK!
Hadha menoleh pantas apabila mendengar bunyi itu. Ia seperti bunyi sesuatu yang patah dipijak.
KRAK!
Hadha segera menegakkan badannya. Matanya mula terbuka luas. Dia sememangnya hidup seperti itu sejak dahulu lagi berbeza dengan Shahran. Dia sentiasa hidup dalam ketakutan sejak mengetahui keanehan dalam dirinya. Sudah banyak kali dia berhadapan dengan situasi yang menakutkan.
Rumahnya sudah tidak asing lagi sering dipecah masuk. Walaupun tiada tanda yang membuktikannya, tapi dia tahu kedudukan setiap benda yang ada di dalam rumahnya. Dan mustahil untuk ia tergerak tanpa sebab yang munasabah.
Bila dia berada di kawasan luar rumah, itu lah masa yang dia sedar dirinya dalam bahaya. Sudah banyak kali dia diekori oleh lembaga yang tidak diketahui menyebabkan dia terpaksa berhati-hati.
Kampus adalah tempat yang sedikit selamat. Sifat mencurigakan yang ada pada Puan Shanty, doktor sebelum ini tidak begitu membahayakan. Tapi sejak Shahran mula perasan keanehan itu, pelbagai orang mencurigakan mula kelihatan.
KRAK!
Hadha mula berundur. Dia tahu ada orang berdekatan. Dia tidak sepatutnya takut. Tapi mengetahui hakikat bahawa tiada siapa akan datang ke tempat itu terutama pada waktu-waktu sedemikian.
Hadha masih lagi berundur. Bunyi itu semakin kuat kedengaran. Ketakutan mula menyelubungi dirinya. Dia mengeras di tempat dia berdiri apabila satu kelibat muncul dari arah bertentangan. Kelibat itu memakai jaket kulit hitam yang berzip, sarung tangan dan mukanya dibalut dengan pembalut luka menyebabkan langsung tidak dapat dilihat.
Mereka bertentangan seketika. Berdiri secara berhadapan dengan jarak beberapa meter tidak bergerak. Mata Hadha semakin terbuka luas. Tidak tahu apa yang perlu dibuat. Ini adalah kali pertama kelibat muncul di hadapannya.
Apabila gadis itu perasan bahawa kelibat itu mula membuka langkah untuk mendekatinya, dia segera berpaling untuk lari bagaimanapun terhenti lagi. Ternyata ada dua lagi kelibat dengan pakaian yang sama dengan kelibat di hadapannya tadi sudah berdiri sedia di belakangnya.
"Tak guna..." Hadha menggumam sebelum mulutnya mula dicekup dari belakang. Dia mula meronta-ronta.
Kelibat itu sepertinya tidak panik. Tiada suara yang keluar dari mulut mereka menyebabkan Hadha curiga jika mereka manusia atau bukan. Gadis itu mula bertindak liar apabila dia merasakan dirinya semakin lemah.
Dia menendang dan menumbuk secara rawak menyebabkan dia terlepas. Dengan pantas dia melarikan diri meredah hujan. Dia sudah tidak peduli mengenai apa-apa lagi. Malangnya, kelibat tadi lebih pantas. Dia ditangkap sekali lagi.
"Lepas lah!!" Hadha memekik kuat hampir menangis.
Tidak pernah lagi dalam hidupnya dia berhadapan dengan keadaan seperti itu. Dia tidak tahu hendak berbuat apa.
"Tolong!!"
Dan ini juga pertama kali dia memekik meminta pertolongan. Setelah mengalami kejadian aneh sebelum ini, tidak pernah dia merasa setakut ini.
"Lepas lah!" Hadha mengerah seluruh tenaga yang dia ada untuk melawan.
Tetapi, ketiga-tiga kelibat itu berganda-ganda kuat dari dia. Mereka berusaha menangkap Hadha tanpa diketahui apa motifnya. Hadha terus-menerus melawan sebelum dia merasakan sesuatu yang tajam menghiris lehernya.
Pada ketika itu, dia tahu kulitnya ditoreh. Dia tidak mampu menghalang atau melihat reaksi terkejut mereka melihat keanehan itu.
Belum sempat dia melakukan apa-apa lagi, sesuatu yang dirasakan sangat sakit mula timbul. Tidak pernah lagi dia merasakan sakit seperti itu sepanjang hidupnya. Matanya terbuka amat luas dan dia langsung tidak bergerak. Seperti jantung dan segala urat-urat yang ada dalam badannya mengeras menjadi batu.
Dia tahu. Dia tahu ada sesuatu yang dimasukkan ke dalam badannya melalui kulitnya yang ditoreh terbuka tadi memandangkan kelibat yang berada di bahagian kepalanya masih menekan kuat tempat itu.
Hadha tidak dapat menjangkakan apa yang berlaku. Seperti segala-galanya berakhir untuk dirinya. Badannya semakin lemah. Nafasnya seperti tidak dalam bergerak lagi. Matanya yang terbuka luas mula layu.
Entah apa yang berlaku. Hadha sudah tidak mampu memastikan apa-apa. Matanya sudah tertutup rapat walaupun dia masih sedar sedikit. Dia merasakan segala pegangan yang ada pada badannya sudah tiada. Sepertinya dia kini sudah baring tidak sedar di atas sesuatu yang tidak dapat dipastikan.
Dia dapat merasakan ada sesuatu yang dahsyat berlaku di sekelilingnya. Tetapi dia terlalu penat untuk berusaha membuka mata. Kedengaran bunyi yang aneh. Seperti bunyi yang terhempas dengan kuat. Dia tidak tahu apa bunyi itu. Bunyi seperti sesuatu yang meletup juga ada. Tetapi ia semakin aneh.
Hadha berusaha membuka matanya. Dia ingin mengetahui apa yang berlaku dan di mana dia berada saat ini. Dia mengerah seluruh tenaganya untuk membuka matanya sehingga dia merasa ia amat mustahil.
Mata gadis itu mula bergerak-gerak. Cuba melihat keadaan sekeliling. Apa yang dia lihat pertama kali adalah sesuatu yang berwarna hijau. Rumput. Barulah dia perasan bahawa dia sedang terbaring di tanah. Air hujan yang lebat masih lagi turun mencurah-curah membasahinya. Buat seketika, dia lupa mengenai perkara itu.
Gadis itu berusaha memandang sekeliling. Tiada apa yang dapat digerakkan pada dirinya melainkan mata sahaja. Pandangannya terlalu kabur. Dengan tenaga yang langsung tiada dan juga air hujan yang menghalang.
Dia sudah terlalu penat. Penat untuk bergerak. Pada saat itulah dia memutuskan untuk memejamkan mata. Tidak peduli apa lagi yang berlaku.
-----------------------------------------------------------------------
Hadha menggerakkan badannya. Perlahan-lahan dan agak payah. Matanya berusaha di buka. Buat seketika, dia belum bersedia untuk melihat apa yang berada di sekelilingnya. Dia mengerang sedikit. Agak terkejut kerana dia berjaya menggerakkan anggota tubuhnya yang lain.
Ketika dia membuka mata, segala-galanya berwarna putih. Dia tidak tahu dia berada di mana saat ini. Yang dia tahu ia tidak mungkin baik. Dia tidak bersedia untuk menerima apa jua hakikat.
"Awak dah sedar.?"
Hadha tersentak serta-merta apabila mendengar suara itu. Dia segera mencari siapa pemiliknya. Matanya segera dibesarkan apabila terhenti pada seseorang. Doktor baru itu. Hadha segera memandang sekeliling. Barulah dia sedar bahawa dia sedang berada di atas katik klinik kampus itu.
"Apa..." Hadha bingkas bangun dan memandang sekeliling.
"Awak tak sepatutnya bergerak." Doktor itu bersuara dengan penuh bersahaja. "Awak masih lemah."
Hadha mengelipkan matanya mendengar ayat itu.
"Saya dah periksa..."
Hadha membesarkan matanya dan segera memandang dirinya. Dia masih memakai baju yang sama seperti sebelumnya. Akan tetapi, ia sudah kering. Dia tidak tahu berapa lama dia pengsan.
"Tak ada apa-apa yang cedera pada diri awak buat masa ni." Doktor itu hanya memandang Hadha dengan riak wajah tersenyum.
Hadha hanya mengeras pada posisinya. Tidak tahu sama ada hendak panik atau tidak. Apa maksud lelaki itu.? Hadha teringat serta-merta tentang luka yang berada di lehernya. Dia segera meraba-raba tempat itu. Ia sudah kembali pada asal. Dan dia tidak pasti sama ada doktor itu nampak keanehan tersebut ataupun tidak.
"Dah berapa lama saya pengsan.?" Hadha memberanikan diri membuka mulut untuk bertanya.
"Lebih kurang lima jam."
"Lima jam.?!!" Hadha memekik sambil membesarkan matanya.
Doktor itu hanya mengangkat keningnya.
"Apa yang dah berlaku.??" Hadha menelan air liurnya. "Siapa yang bawa saya ke sini.?"
"Well..." Doktor itu bingkas bangun dan berjalan menuju ke mejanya untuk melakukan sesuatu yang tidak pasti. "Ada seseorang yang baik hati."
"Apa yang berlaku.?" Hadha menggumam.
"Awak betul-betul tak tahu ke.?" Doktor itu mengecilkan matanya. "Saya rasa awak tahu kenapa awak pengsan."
Hadha tersentak mendengar kenyataan itu.
"Sampai sekarang saya masih tak tahu siapa nama awak." Doktor itu tersenyum manis. "Awak masih tak nak beritahu ke.?"
Hadha tidak membalas. Dia hanya merenung lelaki itu tanpa mengelipkan matanya. Doktor itu terlalu muda. Terlalu muda untuk menjadi seorang doktor. Tampak wajahnya yang tampan dan manis membuatkan dia hampir sama seperti seorang pelajar.
"Berapa umur awak sebenarnya.?"
Doktor itu kelihatan bingung mendengar soalan itu. Hadha turut membesarkan matanya hampir menutup mulutnya. Dia tidak tahu kenapa soalan itu boleh terpacul keluar dari mulutnya.
"Kalau awak beritahu saya nama awak..." Doktor itu mengukir senyuman penuh makna. "Saya akan beritahu umur saya."
Hadha menggenggam buku lima tanpa diketahuinya. Tidak tahu sama ada dia perlu menjual namanya untuk mendapatkan umur lelaki itu ataupun tidak. Belum sempat dia membuka mulut untuk menjawab, pintu klinik itu segera terbuka. Shahran dan Asyraf berdiri tercungap-cungap dengan wajah yang cemas.
"Kamu... Berdua.?" Hadha mengerutkan dahinya agak pelik bagaimana mereka boleh berada di situ.
"Saya hubungi mereka."
Semua mata beralih memandang doktor muda itu.
"Hanya nombor mereka yang awak ada." Doktor itu mengangkat bahunya sebelum melangkah keluar dari klinik itu dan hilang dari pandangan.
"Okey. Apa yang belaku.?" Shahran segera berjalan mendekati Hadha dengan wajah yang masih cemas.
Asyraf pula masih menjenguk di pintu. Setelah memastikan bahawa doktor itu sudah benar-benar tiada, dia segera menyusul Shahran.
"Saya diserang."
"Diserang.?!!" Serentak Shahran dan Asyraf membesarkan mata mereka apabila mendengar perkara itu.
Hadha mengangguk-angguk kemudian mula menceritakan apa yang berlaku satu-persatu dengan terperinci. Dia sepertinya tidak mampu membayangkan lagi keadaannya pada masa itu.
"Lepas je saya terbaring tu..." Hadha menarik nafas panjang. "Saya dah tak tahu apa yang berlaku. Bila saya sedar... Saya dah ada kat sini."
Asyraf dan Shahran segera berpandangan pelik.
"Doktor tu ke yang selamatkan awak.?" Tanya Asyraf agak bingung sambil mengerutkan dahinya.
Hadha mengangkat bahunya. " Dia cakap ada seseorang yang baik hati bawa saya ke sini. Saya rasa memang bukan dia."
"Dia ada tanya soalan apa-apa.?" Tanya Shahran sambil mengangkat keningnya.
Hadha menggelengkan kepalanya. "Dia macam dah tahu apa yang berlaku. Sebab tu dia tak soal."
"Dia terlalu mencurigakan." Gumam Asyraf. "Macam Adrian."
"Mungkin doktor ni sama macam kita."
Serentak Hadha dan Asyraf memandang Shahran.
"Sebab dia tak rasa pelik dan tak tanya macam-macam seolah-olah dia dah tahu." Shahran cuba menerangkan. "Tengok macam Adrian."
"Tapi Adrian banyak tanya." Asyraf mengangkat bahunya.
"Pasal latar belakang keluarga saya.??" Shahran mengangkat sebelah keningnya. "Itu lain cerita. Saya tak tahu apa motifnya."
"Kita perlu uji doktor tu sama ada dia sama macam kita atau pun tak." Selamba Hadha memberi cadangan.
"Macam mana.?" Tanya Shahran.
Hadha menarik nafas panjang dengan wajah yang selamba. "Kita perlu cederakan dia dan tengok sama ada dia pun pelik atau tidak."
"Wow..." Asyraf kelihatan tercengang. "Awak nampak macam dah tak betul. Awak nak cederakan orang.??"
"Habis tu nak buat macam mana.??" Tanya Hadha agak geram.
"Bagus juga idea tu." Shahran menyokong.
"Awak pun dah tak betul sama." Asyraf menggerutu.
"Dia dah memang mencurigakan, Raf." Shahran bersuara. "Saya tak rasa dia akan panik dan ambil tindakan kalau kita mencederakan dia sikit tanpa sengaja."
Asyraf mengecilkan matanya memandang lelaki itu. Cuba membaca apa yang ada difikirannya. Dia hanya mampu mendengus perlahan dan mengangguk setuju untuk apa sahaja rancangan mereka.
"Okey."
A/n: Well, nampaknya Hadha kena serang. Korang rasa siapa yang serang tu? Hahahaha. Jangan pengaruh Huruf sudah. Witchdigo pula masuk nanti. Dan korang rasa siapa yang tolong dia?? Doktor tu ataupun orang lain? Sampai sekarang saya belum dedahkan identiti doktor ni. Just wait and see, guys. Hehehe. Korang rasa dia siapa?? Nak juga tau apa yang korang teka. Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top