Adrian's Story
Bab 28
Rizal menendang kuat pintu rumahnya apabila dia membuka kunci. Anas dan Shahran terus sahaja membawa Adrian yang kini sudah semakin lemah masuk ke dalam sebelum di letakkan di atas sofa di ruang tamu. Hadha hanya mampu menyusul dengan wajah tercengang masih teringat dengan apa yang terjadi. Dia hampir tidak dapat memastikan kenapa dia terlibat dengan perkara itu.
"Apa kita patut buat sekarang?" Shahran memandang keadaan lelaki yang terbaring lemah itu.
Anas tidak mampu menjawab soalan itu sebaliknya memandang kawan-kawannya itu sebelum beralih memandang Rizal. Lelaki itu kini sedang melihat sesuatu pada telefon bimbitnya sebelum melekatkan pada telinga. Shahran dan Hadha turut memandang doktor itu. Persoalan mereka masih belum terjawab mengenai Rizal. Apa yang pasti, lelaki itu memiliki sesuatu yang dahsyat.
"Hello..." Rizal bercakap di telefon. "Awak kat mana sekarang ni??"
Hadha dan Shahran berpandangan cuba untuk meneka dengan siapa lelaki itu bercakap. Anas pula hanya menunggu.
"Ikut Jyra!" pekik Rizal sambil tangannya meraba-raba rambutnya sendiri. "Dia tahu kat mana. Sekarang!"
Ketiga-tiga mereka hanya mampu memandang doktor muda itu. Tidak mampu membuka mulut untuk bertanya.
Rizal segera menamatkan talian. "Kita kena tunggu dulu."
"Apa yang kita tunggu?" Anas mengerutkan dahinya memandang lelaki itu. Sepertinya belum tahu apa yang sedang dia lakukan.
"Kita nak buat apa dengan dia?" Hadha segera mencelah apabila terpandang Adrian yang masih terkulai lemah.
"Saya dah minta bantuan." Selamba Rizal menjawab.
"Bantuan dari mana?" Shahran membesarkan matanya. "Awak sedar yang situasi sekarang ni bukan normal kan?"
Rizal mendengus perlahan kemudian memandang Adrian sayu. "Saya tahu. Saya pun tak boleh buat apa-apa untuk yang ni. Hanya tunggu bantuan."
"Sekali lagi saya tanya..." Shahran merenung lelaki itu tajam. "Bantuan dari mana yang kita nak dapatkan?"
Rizal membalas renungan lelaki itu. "Awak akan tahu nanti."
Selepas itu, tiada siapa yang bertanya lagi. Masing-masing merisaukan keadaan Adrian. Kalau diikutkan terlalu banyak persoalan yang ingin diutarakan. Tetapi masanya tidak sesuai. Hampir setengah jam berlalu dengan keadaan yang sunyi, loceng pintu depan utama berbunyi. Serentak semua orang berpandangan sebelum Rizal bergerak selamba dan membuka pintu itu.
"Lambat betul!"
"Kalau kami minta bantuan Yuna atau Qushairy mungkin boleh sampai cepat." Kedengaran suara seorang gadis menjawab.
"Orang tengah jaga anak tu. Biarkanlah." Seorang lagi lelaki bersuara.
"Dah..." Rizal membuka pintu depannya itu seluas yang boleh. "Cepat masuk. Kita kena urus dia dengan cepat."
Anas, Shahran dan Hadha menjenguk untuk melihat siapa yang datang. Kelihatan seorang gadis yang selama ini selalu bersama Rizal, Jyra berdiri dengan wajah selamba. Di sebelahnya seorang lelaki yang agak bersahaja dengan rambut perangnya terpacak. Dia hanya tersenyum sinis sebelum kedua-dua mereka melangkah masuk.
"Boleh beritahu saya apa yang terjadi?" Jyra memandang Rizal sebelum memandang sekeliling.
"Saya tak ada masa untuk itu." Doktor itu menggerutu.
"Boleh beritahu saya kenapa saya ada di sini?" lelaki yang bersama Jyra itu mengelipkan matanya agak kebingungan.
Anas, Shahran dan Hadha hanya mampu memandang mereka. Tidak tahu di mana hendak mencelah.
"Saya perlukan kuasa awak..."
Serentak ketiga-tiga mereka memandang Rizal. Perkataan 'kuasa' itu adalah satu perkataan yang menimbulkan banyak persoalan pada mereka walaupun ia berkemungkinan membawa pelbagai maksud.
"Untuk?" lelaki berambut terpacak itu mengangkat keningnya.
Rizal tidak menjawab sebaliknya hanya menuding ke arah Adrian yang masih terbujur kaku.
"Hoi!!" lelaki itu kelihatan terkejut. "Apa hal ni?? Dia cedera... Kenapa tak bawa dia ke hospital??"
"Kalau lah boleh saya tak bawa awak ke sini." Rizal menggolekkan bebola matanya. "Dia bukan pesakit yang boleh disembuhkan di hospital biasa."
"Kalau macam tu awak kena panggil Sheron..."
"Baek..." Jyra segera memintas. "Perubatan Sheron berbeza dengan kali ni. Dia tak boleh membantu."
Lelaki itu kelihatan bingung.
"Ia memerlukan tenaga elektrik."
Kenyataan Rizal membuatkan Shahran, Anas dan Hadha tersentak kemudian berpandangan seketika. Agak terkejut kerana doktor muda itu tahu sampai ke tahap itu. Mereka hanya mampu menahan sabar sebelum cuba untuk melemparkan pelbagai soalan yang diinginkan.
"Kenapa pula macam tu?" lelaki itu berkerut.
"Badan dia perlukan kuasa elektrik. Dan cuma awak yang boleh buat." Ujar Rizal. "Nak guna voltan biasa tak boleh. Masih belum cukup kuat memandangkan kecederaannya dah terlalu teruk."
Lelaki itu mengangguk sebelum duduk melutut di sebelah jasad Adrian yang sepertinya sudah tidak sedarkan diri. Dia meletakkan tapak tangannya di dada jasad itu sebelum cahaya perak keputihan memancar keluar dari tangannya. Serentak Anas, Hadha dan Shahran membesarkan mata.
Perlahan-lahan urat-urat elektrik mengalir keluar dan menyelaputi Adrian sebelum masuk ke dalam telinga dan hidungnya. Yang lain hanya mampu memandang tanpa sebarang suara.
*
Adrian membuka matanya perlahan-lahan. Dia dapat merasakan satu kuasa mengalir dalam badannnya tanpa dikawal oleh kemampuannya sendiri. Bagaimanapun ia tidak menyakitkan. Ia lebih kepada menyenangkan. Seolah-olah kuasa itu menghidupkan sel-sel badannya.
Dia membuka mata seluas-luasnya sebelum bergerak memandang sekeliling. Kelihatan Hadha duduk di sebelahnya sambil merenung lelaki itu agak risau. Shahran pula berada di sebelah gadis itu. Anas hanya duduk di sofa bertentangan sambil berpeluk tubuh. Jyra duduk sedikit jauh bersama kawannya. Manakala Rizal duduk di sofa bertentangan dengan Hadha dan Shahran.
Adrian bingkas bangun. "Apa... Dah jadi?"
Entah kenapa, tiada siapa mampu menjawab soalan itu. Masing-masing hanya berpandangan tidak bersuara.
"Macam mana?" Rizal memandang lelaki itu. "Apa yang awak rasa sekarang?"
Adrian mengelipkan matanya cuba untuk merasa keadaannya sendiri. "Saya tak pernah rasa sebaik ini."
Jyra memandang lelaki yang duduk di sebelahnya itu. "Boleh tahan bergunanya kuasa awak."
Lelaki itu hanya tersenyum sinis sambil mengenyitkan matanya yang dibalas dengan golekkan bebola mata daripada Jyra.
"Siapa dia?" Shahran memandang Rizal sambil menuding ke arah lelaki yang duduk bersama gadis tinggi lampai itu.
Rizal memandang mereka sekali imbas. "Baekhair. Dia adalah kawan saya."
"Awak banyak sangat kawan yang..." Hadha memandang lelaki berlesung pipit itu. "Misteri."
Rizal tersengih. "Saya pernah cakap dengan awak yang saya tak normal macam yang awak sangka kan."
Hadha hanya merenungnya tidak menjawab.
"Apa-apapun..."
Semua mata beralih kepada Anas yang masih kekal dengan posisinya merenung Adrian.
"Awak perlu buka mulut." Selamba lelaki itu bersuara.
Adrian mendengus perlahan. Dia tahu dia tidak akan mampu mengelak daripada situasi itu. Mengenangkan dia telah diselamatkan, dia tidak boleh berpaling. Jika dia berpaling sekalipun, tiada tempat yang selamat untuknya di luar.
"Apa yang awak nak tahu?"
"Semuanya." Ujar Anas. "Bagaimana awak terlibat dengan kerja rahsia tu. Kenapa awak sama macam kami. Dan jenis ciptaan apa kita ni."
"Saya bangun je dah ada kat makmal." Adrian memandang lelaki itu. "Waktu tu saya hanya diberitahu saya bekerja dengan mereka dan saya kena patuh. Apa yang mereka suruh buat saya kena buat."
"Awak tak pernah tanya apa-apa?" Shahran mengangkat keningnya.
"Mestilah saya banyak tanya." Adrian menjawab. "Tapi tak ada jawapan yang logik. Mereka memberitahu saya bukan manusia dan hanya robot untuk dijadikan hamba. Kalau tak patuh saya akan diseksa."
"Dan awak patuh macam tu je?" Hadha mengelipkan matanya.
"Apa yang awak harap saya buat??" Adrian mengangkat keningnya merenung gadis itu.
Hadha mengelipkan matanya lagi.
"Saya bangun tanpa apa-apa pengetahuan. Tak ada memori atau apapun." Ujar lelaki itu. "Yang saya diberitahu saya adalah Adrian."
"Bila tu berlaku?" Anas bertanya. "Maksud saya... Awak mula sedar ataupun membuka mata."
"Dah beberapa tahun." Adrian mengangkat bahunya.
"Dan awak hanya muncul di kampus pada tahun ini?" Shahran mengangkat keningnya.
"Tugas saya bermula pada waktu tu."
"Tugas??" ulang Anas.
Adrian mengangkat bahunya. "Untuk memastikan sama ada..." Dia beralih memandang Shahran. "Awak spesis kami atau bukan."
"Memastikan??" Hadha mengerutkan dahinya.
"Ya."
"Mereka syak saya atau macam mana?" Shahran mula mengerutkan dahinya. "Apa sebabnya?"
"Mereka boleh tahu sama ada kita ni robot atau bukan." Adrian menjawab.
Hadha membesarkan matanya. "Jadi..."
"Mereka memang tahu awak adalah robot." selamba Adrian memberitahu ketika memandang gadis itu. "Anas pun mereka dah tahu."
"Dan saya?" Shahran mengangkat sebelah keningnya lagi.
"Awak satu-satunya orang yang mereka tak dapat nak pastikan."
Kenyataan itu membuatkan semua orang tersentak. Tidak begitu menduga jawapan yang diberikan.
"Kenapa pula macam tu?" Shahran mengerutkan dahinya.
Adrian hanya mengangkat bahu. "Saya pun tak tahu. Mereka tak bagi maklumat terperinci pada saya."
Shahran hanya menarik nafas panjang ketika memandang Anas dan Hadha silih-berganti. Bertambah lagi persoalan yang berada di mindanya. Dia tidak tahu bagaimana lagi mencari jawapan.
"Ramai ke orang yang bekerja seperti awak ni?" Anas memandang Adrian sambil berdehem sedikit.
"Kalau yang sama macam kita tak." Adrian menjawab. "Tak mudah hasilkan ciptaan macam kita. Tapi agak ramai manusia biasa bekerja. Sama ada yang terlibat di makmal ataupun selainnya."
"Tapi tak bahaya ke?" Hadha mengelipkan matanya. "Maksud saya... Mereka manusia biasa."
"Ada senjata khas yang telah disediakan." Selamba Adrian menjawab.
Mereka hanya mengangguk. Sepertinya mereka sudah melihat senjata khas yang dimaksudkan itu. Semua orang kini hanya berdiam diri. Masing-masing cuba untuk berfikir tentang banyak perkara.
"Jadi..."
Semua mata beralih memandang Anas.
"Ayah saya adalah bos besar kamu?" Anas memandang Adrian. Dia kelihatannya berdebat sendiri dengan perasaannya.
Adrian hanya mampu membalas pandangan lelaki itu sayu sebelum menggelengkan kepalanya.
Anas mula berkerut. "Bukan?"
"Bukan." Gumam Adrian.
"Habis tu siapa pula yang kamu takutkan??" Anas mengangkat keningnya. "Maksud saya ketua kamu."
"Saya pun tak pernah nampak." Beritahu Adrian. "Kami hanya menerima arahan dari dia. Hanya beberapa orang tertentu sahaja yang tahu siapa dia sebenarnya. Apa yang pasti bukan ayah awak. Dia pun hanya bekerja."
Mereka mula berpandangan lagi. Tidak pasti apa lagi kesimpulan yang boleh dibuat selepas ini.
"Apa pun sekarang..." Shahran kini mula memandang Rizal. "Giliran kamu pula kali ni."
Rizal mengangkat kening sambil memandang kedua-dua kawannya itu sekali imbas. "Giliran kami?"
"Siapa kamu?" Shahran merenung lelaki itu tajam. "Dan apa tujuan kamu. Apa yang kamu nak dari kami?"
Rizal menarik nafas panjang. "Perkara ni bukan saya yang perlu terangkan. Kita kena pergi ke suatu tempat."
A/n: Hello guys!! Oomaigaddd.... Lama betul tak update ni. Sorry guys. Busy kalah putera brunei. Anyway... Adrian dah buka mulut tu. Dah tahu dah rahsia dia. Skearng tinggal bebudak Huruf ni lagi. Hehehe. Untuk Chapter seterusnya lah. Korang rasa ke mana dorang nak pergi? Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top