About The Game

Bab 13


Shahran duduk tenang di dalam sebuah restoran yang benar-benar lengang. Hadha pula duduk tidak sabar di hadapannya. Mereka sengaja memilih restoran itu kerana tahu akan membincangkan hal yang mustahak. Setiap kali mereka bersama atau bertembung, tiada benda lain yang akan dibincang melainkan situasi mereka sendiri.

Shahran memandang jam di tangannya. "Mana pula Asyraf ni."

Hadha hanya mampu menarik nafas panjang dengan wajah yang bosan. "Entah. Dah hampir setengah jam lambat."

"Janji melayu betul." Shahran menderam.

"Oh, ya..."

Shahran segera memandang gadis itu kerana tahu ada sesuatu yang hendak dia cakapkan.

"Saya dengar orang dah mula bercakap." Hadha mengangkat sedikit keningnya.

"Bercakap.??" Shahran mengerutkan dahinya seketika bagaimanapun dapat menangkap apa yang gadis itu maksudkan serta-merta. "Ah... Pasal tu."

"Maaf lah kalau saya jadi masalah pada awak pula." Hadha tunduk penuh rasa bersalah.

"Tak ada lah." Shahran mendengus perlahan. "Bukannya salah awak. Lagipun Mikha faham."

"Bagus lah." Hadha mengukir senyuman manis. "Nanti tak pasal-pasal saya rasa bersalah seumur hidup."

Shahran segera tergelak. "Tak ada lah."

"Siapa tahu." Hadha mengangkat bahunya dengan wajah yang suci.

"Oh..." Shahran baru teringat akan sesuatu kemudian membetulkan kedudukannya. "Saya nampak doktor baru tu bercakap dengan awak hari tu."

Mendengar perkara itu membuatkan Hadha mendengus kuat kemudian bersandar di kerusinya.

"Apa yang dia nak.??" Shahran mengangkat keningnya.

"Macam biasa lah..." Hadha bersuara malas. "Ada je yang dia nak tahu. Naik meluat juga saya mendengar sampai saya nak je tanya semua soalan kat dia."

"Apa yang dia nak sebenarnya.?" Shahran menggumam soalan itu lebih kepada dirinya sendiri.

"Saya pun tak tahu." Hadha mendengus kuat. "Dia nampak normal bila bercakap dengan saya."

Shahran mengangkat keningnya.

"Tak mencurigakan." Hadha mengangkat bahunya. "Nampak macam seseorang yang cuba nak berkawan."

"Itu yang menakutkan sebenarnya." Ujar Shahran.

"Hai, guys!"

Serentak kedua-dua mereka menoleh apabila mendengar sapaan itu. Asyraf terus sahaja menyertai mereka di meja makan itu dan terus memesan minuman tanpa dipelawa berbuat demikian.

"Kami ingatkan penerbangan awak delayed tadi." Shahran menyindir.

Asyraf hanya menggolekkan bebola matanya sambil cuba mengambil sesuatu dari dalam beg sandangnya. "Maaf lah. Saya terleka tadi."

"Terleka.??" Hadha mengangkat sebelah keningnya.

"Main permainan video tu."

"Permainan video.??" Serentak Shahran dan Hadha mengulang.

"Kan kita dah rancang nak siasat kalau ada apa-apa yang pelik pada permainan tu." Asyraf menderam.

Kedua-dua mereka hanya mengangguk. Memang benar. Cadangan itu diutarakan oleh Asyraf. Dan sudah pasti ia permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat ayah kepada Anas. Memandangkan terlalu ramai orang-orang yang dicurigai berada pada majlis pembukaannya, mereka cuba mencari jika ada yang pelik pada permainan itu.

"Jadi, macam mana.?" Tanya Shahran serta-merta.

"Best sangat permainan tu." Asyraf bersuara teruja dengan senyuman bersinar. "Memang seronok. Saya tak pernah jumpa permainan macam tu. Saya nak habiskannya nanti kalau saya balik."

"Saya tak nak tahu pasal tu!" Shahran menggerutu.

"Habis tu... Oh." Asyraf baru teringat. "Saya tak pasti lah apa yang pelik. Leka sangat bermain."

"Permainan tu pasal apa.?"

Asyraf berdehem tanpa sebab sambil membetulkan kedudukannya. Pasal macam mana nak survive dalam satu keadaan."

Kenyataan itu membuatkan Hadha mengangkat sebelah keningnya langsung tidak dapat menangkap apa-apa.

"Apa pula yang awak merepek tu.?" Shahran mengusap dahinya agak geram dengan setiap jawapan yang diberikan.

"Okey macam ni..." Asyraf berfikir seketika sambl membetulkan jaket yang dipakainya. "Dalam permainan tu... Hanya ada tiga karakter."

"Tiga karakter.??" Ulang Shahran.

"Ya." Asyraf mengangguk. "Memang tiga je. Nama dia Hum, Ano dan Ids. Dapat tangkap tak nama tu.??"

"Humanoids." Hadha menggumama sambil memandang cawan teh panas yang dipesannya sebelum itu.

"Tepat sekali." Asyraf memetik jarinya sebelum menuding seketika ke arah gadis itu. "Awak boleh pilih mana satu karakter yang awak mahu. Tapi perjalanan ketiga-tiga karakter bermula dari keadaan dan tempat yang berbeza."

"Maksudnya.??" Shahran mengecilkan matanya.

"Kalau awak pilih karakter Hum..." Asyraf berusaha untuk mengingati apa yang dia lalui. "Awak akan mula di tempat yang lain. Kalau awak pilih Ano, pun di tempat yang lain dan sama juga dengan Ids."

"Habis tu..." Shahran berfikir seketika. "Kita kena main ketiga-tiga watak untuk tahu jalan cerita.??"

"Ketiga-tiga watak tu melalui cerita atau tempat yang berbeza lah.?" Hadha pula mencelah.

"Mungkin begitu." Asyraf mengangkat bahunya. "Saya hanya main panjang untuk karakter Ids. Yang lain saya hanya main untuk dua peringkat."

"Kenapa awak tak main lagi.?" Hadha menyoal.

"Dah kamu berdua mengugut nak gantung saya kat tiang bendera kalau tak datang cepat." Asyraf menggerutu perlahan. "Terpaksa lah saya berhenti."

"Nampaknya kita kena siasat lebih mendalam pasal permainan tu." Shahran menggumam.

"Tak ada apa yang pelik sebenarnya." Asyraf bersuara selamba. "Biasa je saya main. Hampir sama dengan permainan biasa. Tapi bila kita mula main benda tu... Rasa macam kita betul-betul ada kat dalamnya. Ia hampir berkonsepkan 3D memandangkan ia ada kacamata yang khas."

"Kalau tak ada apa-apa yang pelik..." Hadha berpeluk tubuh sambil memandang kedua-dua lelaki itu silih-berganti. "Kenapa pula semua orang yang mencurigakan terlibat.? Maksud saya ada pada hari pembukaan tu."

"Itu yang membuatkan saya syak ada sesuatu yang pelik pada permainan tu." Shahran mendengus perlahan. "Sebab semua ada kat sana. Adrian... Doktor baru tu... Dan juga Puan Shanty kalau orang yang saya nampak tu betul."

"Ya." Asyraf bersetuju. "Itu pelik sebenarnya. Terlalu mustahil untuk menjadi satu kebetulan memandangkan semuanya berperangai mencurigakan. Kalau mereka tak berperangai begitu mungkin lain cerita."

"Sebab tu lah." Shahran mengeluh lagi. "Benda tu semua terlalu mustahil untuk jadi satu kebetulan."

"Tapi mungkin memang permainan tu tak ada kaitan.?" Hadha cuba meneka sambil mengangkat keningnya.

"Itu saya tak tahu." Asyraf mula mengeluh agak berputus asa. "Sebab saya masih belum jumpa apa-apa yang pelik pasal permainan tu."

"Tapi kan..." Shahran mula melipat kedua-dua lengannya sebelum di letakkan pada meja untuk memudahkan dia bercakap dengan suara perlahan. "Ayah saya pernah beritahu sebelum ni..."

Asyraf dan Hadha turut mendekatkan diri mereka dengan posisi hampir sama seperti lelaki itu bagi memudahkan mereka mendengar.

"Permainan video ni dah dicipta hampir dua puluh tahun dulu."

Kenyataan itu membuatkan Hadha dan Asyraf berkerut serentak.

"Tapi terlalu sukar untuk disiapkan sebab banyak benda yang terlalu teliti dan mendalam sepanjang ia dibuat." Shahran menambah.

"Ayah awak terlibat dalam pembuatannya ke.?" Hadha membesarkan matanya.

Shahran menggeleng perlahan. "Tapi ayah Anas pernah beritahu sejarahnya. Banyak orang berganti dan tak dapat siapkan. Macam mana cara pembuatannya tak ada siapa yang dapat ungkapkan memandangkan programmer yang membuat permainan tu dah meninggal dunia dalam satu kemalangan."

"Ah..." Hadha baru faham. Manakala Asyraf pula hanya mengangguk-angguk sambil cuba menelan semua perkara itu.

"Nampaknya banyak benda yang kita perlu siasat lagi."

"Hai!!"

Serentak ketiga-tiga mereka menoleh. Seorang lelaki yang sangat dikenali dengan senyuman sinisnya berdiri di hujung meja. Wajahnya yang selamba penuh mencurigakan membuatkan ketiga-tiga mereka berpandangan. Adrian memandang setiap orang yang ada di situ satu-persatu.

Pandangannya terhenti pada Hadha buat seketika. Dia sedikit terkejut melihat gadis itu berada di situ. Hadha segera mengalihkan perhatiannya. Banyak perasaan yang mula masuk dalam dirinya jika diteruskan bertentang mata dengan lelaki itu. Asyraf dan Shahran hanya mampu membuat isyarat mata.

"Apa awak buat kat sini.?" Tanya Shahran cuba meleraikan ketegangan yang dirasakan semakin aneh itu.

Adrian beralih memandang Shahran kemudian mula mengukir senyuman manis yang hampir tidak ketara cuba dibuat-buat. "Saya nak singgah minum. Kebetulan nampak kamu kat sini."

Asyraf tidak memandang lelaki itu. Dia hanya melihat reaksi kedua-dua kawannya itu tidak mencelah.

"Boleh saya sertai kamu.?" Tanya Adrian dengan wajah yang masih tersenyum.

Shahran tidak segera membalas sebaliknya segera memandang Asyraf yang hanya membesarkan matanya mendengar permintaan itu. Hadha pula langsung tidak memandang sesiapa.

"Tak... Ada masalah." Shahran berdehem tanpa sebab sambil cuba mengelak renungan tajam yang dilemparkan oleh Hadha dan Asyraf. Dia tiada sebab untuk menolak permintaan itu walaupun dia sendiri tidak bersetuju.

Adrian segera duduk dan agak mengejutkan apabila dia memilih duduk bersebelahan dengan Hadha. Dia memandang gadis itu dengan wajah serius sebelum kembali memandang ke hadapan mula mengukir senyuman yang semakin rasa dirasakan semakin menakutkan dalam situasi itu.

"Apa kamu buat berkumpul di sini.?" Adrian mula bertanya.

"Er..." Shahran cuba memikir alasan yang sesuai. "Kami jalan-jalan tadi. Singgah kejap kat sini."

Adrian mengangkat keningnya jelas tidak percaya bagaimanapun tidak membuka mulut mengenai itu. Dia berpaling memandang Hadha. "Saya tak rasa kita dah berkenalan sebelum ni."

"Huh.??" Hadha membesarkan matanya masih cuba sedaya-upaya untuk mengelak memandang mata lelaki itu.

"Saya Adrian." Lelaki itu menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan wajah bersahaja.

"Hadha." Gadis itu menyambut bagaimanapun pantas menarik kembali tangannya apabila ada aura lain yang dapat dirasakannya.

"Awak nampak tak selesa memandang saya." Lelaki itu mengukir senyuman sinis kemudian beralih memandang Shahran. "Apa khabar keluarga awak.?"

Shahran mengangkat keningnya. Tidak tahu kenapa soalan itu boleh diutarakan. "Mereka dalam keadaan balik."

"Awak yakin.?" Adrian bertanya lagi. Senyuman sinisnya semakin lama semakin kelihatan.

"Kenapa pula awak tanya macam tu.?" Asyraf mencelah dengan dahi yang berkerut membuatkan wajahnya kelihatan marah.

"Salah ke.?" Adrian mengelipkan matanya dengan wajah tidak bersalah.

Asyraf tidak menjawab sebaliknya hanya merenung lelaki itu.

"Kita tak tahu apa akan jadi di masa hadapan." Adrian mengangkat bahunya. "Sebab tu saya nak tanya."

Kenyataan itu membuatkan hati Shahran mula tidak senang. "Apa pula yang awak maksudkan dengan benda tu.?"

Adrian ketawa serta-merta. "Shahran, Shahran... Saya tak sangka awak langsung tak dapat tangkap apa yang berlaku di sekeliling awak."

Shahran merenung lelaki itu tajam. Segala percakapannya semakin aneh. Hadha dan Asyraf turut memandangnya.

"Awak sepatutnya peka." Senyuman sinis kembali terukir di wajah Adrian. "Semakin lama awak semakin sesat dalam hidup awak sendiri."

"Hidup saya..." Shahran hampir mengetap giginya. Tidak tahu kenapa dia rasa geram. "Itu urusan saya."

"Oh, Shahran..." Adrian tergelak lagi. "Awak tak ada idea siapa yang terlibat dalam urusan hidup awak."

"Awak tak ada idea apa yang saya buat dalam hidup saya sekarang ni juga." Shahran membalas.

Wajah Adrian bertukar serius jelas menunjukkan dia agak terkejut dengan balasan itu. "Kita lihat apa yang berlaku di masa depan."

Shahran mula menggenggam buku limanya. Entah kenapa, kemarahannya mula membuak-buak untuk hal yang kecil seperti itu.

"Apa hal tu.?"

Serentak semua orang menoleh memandang Asyraf yang sibuk merenung sesuatu sambil mengecilkan matanya.

"Awak cedera ke.??" Asyraf merenung Adrian.

Lelaki itu kelihatan terkejut. "Apa yang awak cakap ni.?"

"Luka awak terdedah." Selamba Asyraf menuding ke bahagian leher lelaki itu yang terdedah.

Adrian memegang lehernya dengan pantas.

"Lengan awak pun." Asyraf memandang sekali imbas ke arah lengan lelaki itu. Hadha dan Shahran hanya melihat.

"Er..." Adrian berdehem sambil menyandang begnya. "Saya baru teringat. Saya perlu pergi suatu tempat."

Belum sempat sesiapa menjawab, lelaki itu terus sahaja beredar meninggalkan ketiga-tiga mereka dalam keadaan bingung.

"Luka dia nampak macam..."

"Luka kamu berdua." Asyraf segera memintas sambil memandang Shahran dan Hadha yang terlopong.

"Dia sama macam kamu."


A/n: Well, well. Korang rasa video game tu ada kaitan tak?? Saya tak katakan semua benda misteri tu ada kaitan k. Hehehe. Saja letak sebagai penambah misteri. Tapi... Korang rasa ada tak.?? Nampaknya Adrian dah mula tunjukkan belang. Dan ternyata... Dia sama dengan Hadha dan Shahran. Hehehe.

Saya akan cuba update secepat mungkin lagi lepas ni. Yang ni pun dah separuh mati taip nak habiskan. Saya busy sangat. Dengan overtime lagi. Jadual tak menentu. Sampai kadang tak ada masa nak pegang laptop.

Btw, ramai orang tanya saya pasal Huruf III. Hehehe. Saya dah cakap. Saya tak akan tinggalkan Huruf macam tu je. Tapi buat masa sekarang saya tak buat. Saya fokus dengan cerita ni. Saya belum ready nak lepaskan watak lama memandangkan Huruf III bukan watak yang sama lagi. Jadi, bersabar lah k. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top