A Figure

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Tristan Evans as Anas's cast. (Don't kill me)


BAB 4


Shahran mengelipkan matanya apabila Asyraf menghentak perlahan satu kad jemputan di atas

meja ketika mereka duduk berkumpul di kafeteria itu. Mikha dan Misrah turut memandang ke arah kad jemputan itu. Asyraf mendengus perlahan kemudian duduk bersandar di sebelah kawan baiknya itu.

"Awak ada dapat benda ni tak.?"

Shahran memandang Asyraf seketika kemudian mengangguk perlahan sebelum menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"Dan awak nampak tenang dengan benda ni.?" Asyraf mengangkat keningnya memandang lelaki itu.

"Awak perlukan reaksi yang macam mana.?" Shahran membalas jengkel.

Asyraf mendengus perlahan kemudian merenung kad jemputan itu. "Saya agak terkejut mereka masih nak beri kad ni pada kita."

"Hanya kita yang bermasalah, Raf..." Shahran mengeluh perlahan. "Ibu bapa kita tak ada masalah."

Asyraf tidak membalas sebaliknya memandang sekeliling tanpa tujuan. Apa yang Shahran katakan sememangnya benar. Ayah Asyraf juga merupakan salah satu rakan perniagaan kepada ayahnya sendiri dan juga ayah kenapa Anas. Itu juga salah satu punca mereka menjadi rapat sejak dulu lagi.

"Ibu bapa awak tahu yang kita tak berapa baik dengan Anas tu kan.?" Shahran memandang Asyraf dengan dahi berkerut.

Asyraf hanya mengangguk-angguk.

"Sama dengan saya." Shahran mengangkat bahunya selamba.

"Mereka tak perasan keadaan kita atau macam mana sebenarnya.??" Asyraf mengerutkan dahinya sambil berfikir.

"Hello!!"

Serentak Asyraf dan Shahran menoleh. Misrah sudah memetik jari di hadapan mata mereka. Mikha hanya meneruskan makan. Buat seketika, mereka lupa bahawa kedua-dua gadis itu berada di situ.

"Kami ada kat sini lah." Misrah menggerutu. "Jangan bercakap benda yang kami tak faham."

"Maaf." Ucap Shahran serta-merta.

"Apa yang kami cakap ni.??" Misrah segera mencapai kad itu. "Yang ni kad apa pula ni.?"

"Kad jemputan." Asyraf menjawab selamba.

"Kad jemputan apa.?" Tanya Misrah lagi.

"Kad jemputan ke pengenalan untuk permainan video yang baru dikeluarkan." Shahran menjawab.

"Jadi.??" Misrah mengangkat kening memandang kedua-dua lelaki itu. "Apa yang jadi isu sangat benda ni.?"

"Pemilik syarikat tu adalah ayah kepada Anas."

Serentak semua orang memandang Mikha yang kini sedang menghirup minuman sirapnya dengan riak wajah yang selamba.

"Apa.??" Gadis itu mengangkat keningnya. "Saya pun dapat kad tu."

Asyraf ingin membuka mulut untuk bertanya bagaimanapun segera menutup apabila teringat akan sesuatu. Shahran hanya mampu menarik nafas panjang. Bagaimana kaitan mereka dengan Anas, begitu jugalah gadis itu.

"Untung lah." Misrah memuncungkan bibirnya. "Kamu semua dapat kad jemputan ni."

"Tanpa rela hati." Mikha menambah.

"Tak dapat lagi bagus lah." Asyraf turut mengomen. Shahran pula tidak memberi sebarang reaksi.

"Sepatutnya kamu bersyukur." Misrah memandang mereka tidak percaya. "Semua orang tahu syarikat ayah Anas tu pengeluar permainan video yang terbesar. Tambahan lagi dapat tengok secara langsung untuk pertama kali."

"Kalau Anas tu tak berperangai teruk..." Asyraf memandang gadis itu. "Mesti lah saya nak datang dengan hati yang gembira. Tapi kalau dah dia tunjuk perangai dia yang menyakitkan hati tu... Memang sakit hati juga jadinya."

"Sabar lah." Misrah hanya mampu bersuara simpati. "Tak payah ambil kisah pasal dia tu."

Asyraf kembali bersandar di tempat duduknya.

"Jadi..."

Shahran segera memandang teman wanitanya itu yang sudah memandangnya. Misrah dan Asyraf turut memandang Mikha.

"Macam mana.?"

"Apa yang macam mana.?" Shahran mengerutkan dahinya.

"Kamu pergi tak ke pameran percubaan tu.?" Mikha segera bertanya apa yang diinginkannya.

"Entah." Shahran segera kembali memandang pinggannya.

"Tak ada mood nak datang." Asyraf turut bersuara menyampah.

"Jangan lah macam tu." Mikha bersuara lembut dengan wajah yang dimuncungkan. "Sekurang-kurangnya kita fikir pasal keluarga kita."

Asyraf kelihatan semakin menyampah. Shahran hanya mendengar dengan tenang apa yang dikatakan oleh Mikha. Tidak mahu melukakan hati gadis itu. Lagipun, ada benarnya apa yang dia katakan.

"Kita pergi je lah." Mikha seperti merayu sambil memegang lengan baju Shahran. "Buat tak tahu je Anas tu nanti."

Shahran mendengus perlahan kemudian beralih memandang Asyraf yang masih kelihatan menyampah.

"Apa.??" Asyraf bertanya jengkel.

"Nak pergi ke tak.?" Tanya Shahran serta-merta sambil menggolekkan bebola matanya.

"Ni yang susah kalau ada teman wanita." Asyraf menggerutu. "Asyik-asyik cair. Berbelah bagi lah, apa lah..."

"Terima hakikat je lah tak ada orang nak terima awak tu." Misrah membalas juga dengan rasa menyampah.

"Diam lah." Asyraf membalas.

"Kita pergi je lah."

Asyraf segera memandang Shahran. Dia mengelipkan mata dengan rasa tidak percaya mendengar ayat itu. "Apa.?"

"Kita pergi je nanti." Shahran bersuara tenang.

Asyraf hampir mengamuk bagaimanapun segera membatalkan niatnya. "Suka hati je lah."

Shahran hanya tersenyum kemudian berpaling memandang Mikha yang turut tersenyum sebelum matanya tertangkap satu kelibat. Gadis itu. Gadis itu sedang makan di suatu sudut sambil memandangnya bagaimanapun segera mengalihkan pandangan apabila Shahran memandangnya.

-----------------------------------------------------------------

Shahran hampir sahaja terlelap menonton drama yang sedang ditayangkan di televisyen itu. Ibunya, Maria masih penuh bersemangat sambil mulutnya tidak berhenti memberi komen untuk setiap babak. Masran punya hanya menonton tanpa perasaan apa-apa langsung.

Shahran sendiri tidak tahu kenapa dia masih duduk di situ sedangkan dia tahu dia langsung tidak berminat dengan drama. Dia hanya akan menonton cerita perang, sejarah dan juga sesuatu yang berkaitan dengan teknologi.

"Tak mengantuk lagi ke, Shahran.?"

Shahran segera memandang Maria kemudian menggelengkan kepalanya lemah. "Belum."

Masran tersengih sendiri kemudian kembali memandang ke televisyen selepas melihat reaksi anak lelakinya itu. Dia tahu Shahran berbohong kerana jelas menunjukkan dia sudah mengantuk.

"Kalau dah mengantuk tu..." Maria bersuara juga tahu Shahran berbohong. "Pergi lah tidur."

"Kejap lagi lah." Shahran menarik nafas panjang. Matanya sudah berair. "Habiskan cerita ni dulu."

Maria hanya mendengus kemudian kembali menghadap televisyen.

"Macam mana hal dengan Anas.?"

Nama itu membuatkan telinga Shahran berdesing serta-merta. Dia beralih memandang ayahnya.

"Masih tak selesai lagi ke.?" Masran mengangkat keningnya.

"Anas bukan jenis orang yang nak berbincang." Shahran menggumam perlahan tanpa memandang ayahnya.

"Awak tu tak cuba nak selesaikan.?" Tanya Masran lagi.

"Anas tak akan nak berbincang." Shahran mendengus kuat.

"Ya..." Masran masih cuba bertegas. "Tapi awak betul-betul ada cua nak selesaikan atau tak.?"

Shahran terdiam serta-merta. Sepertinya dia tidak mampu menjawab soalan itu. Tidak pernah. Dia tidak pernah cuba untuk melakukan hal itu selama ini. Dia langsung tidak terfikirkan benda itu.

Masran mendengus perlahan. "Kalau dia tak cuba... Awak kena cuba. Kalau tak... Dalam hal ni awak pun salah."

Shahran hanya tunduk.

"Ayah bukan nak sokong sesiapa." Masran bersuara lagi. "Tapi kamu berkawan baik dah lama. Elok je tengok kamu selalu sama-sama lepak atau ke mana-mana. Tiba-tiba jadi macam ni atas benda yang tak sepatutnya."

Shahran memejamkan matanya seketika. Tidak tahu hendak menyalahkan sesiapa dalam hal itu.

"Cuba dulu." Masran menambah. "Hasilnya tu kemudian baru fikir. Yang penting kita cuba."

Shahran memejamkan matanya seketika. Tidak mampu untuk menjawab. Dia tidak tahu sama ada dia ingin mencuba atau tidak.

"Jadi..."

Serentak Shahran dan Masran menoleh memandang Maria yang kini hanya memandang anak lelakinya itu.

"Awak ikut atau tak ke majlis percubaan tu nanti.?"

Shahran mengeluh lagi. Entah kenapa, itu adalah perkara yang sering dia lakukan sejak kebelakangan ini.

"Kalau awak tak nak..." Maria bersuara lembut. "Tak mengapa. Biar ibu dengan ayah kamu je yang pergi."

"Saya akan pergi."

Keadaan sunyi sepi seketika. Pasangan suami isteri itu hanya memandang anak mereka agak terkejut dengan jawapan yang diberikan.

"Saya akan pergi nanti." Shahran mengulang.

"Awak akan pergi.??" Maria mengangkat keningnya.

Shahran mengangguk-angguk. Dia masih lagi berfikir sama ada hendak mengubah jawapan itu ataupun tidak.

"Awak pasti.??" Tanya Maria lagi.

Shahran menderam. "Jangan buat saya ubah fikiran."

"Kami cuma tak nak kamu bergaduh kat sana pula." Masran mengangkat bahunya selamba.

"Saya akan cuba elakkan benda tu." Shahran bersuara tidak yakin. "Lagipun Asyraf akan ke sana juga. Mikha pun."

Masran hanya mendengus. Tidak pasti sama ada keadaan itu akan menjadi baik nanti ataupun tidak

"Okey lah." Shahran bingkas bangun dari sofa itu. "Saya nak masuk tidur dulu. Mengantuk dah."

Maria dan Masran tidak berkata apa-apa sebaliknya hanya membiar anak lelaki meeka itu. Mereka tahu bahawa dia sedang bergelut dengan emosinya sendiri. Lagipun, ini adalah perkara yang normal untuk dilaluinya.

Shahran pula sedang berjalan lemah menaiki tangga. Setiap langkahnya penuh dengan pelbagai perkara yang difikirkan. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Kadangkala setiap keputusan yang dibuat ingin diubah lagi. Dalam hal ini juga dia tidak tahu hendak menyalahkan sesiapa.

Tiba-tiba sahaja langkahnya terhenti ketika dia berdiri di koridor kawasan bilik mereka. Ada sesuatu yang mengganggunya. Sesuatu yang boleh dirasainya tetapi tidak tahu apakah ia. Sesuatu yang menyentapkan. Dia mengelipkan matanya seketika kemudian segera berlari menuju ke bilik tidurnya. Dia merentap daun pintu itu dengan kuat yang mana dia dia sendiri tidak tahu kenapa dia berbuat demikian.

Apa yang dilihatnya langsung tidak diduga. Satu kelibat dalam cahaya samar yang hampir gelap sedang berdiri di situ. Tiada apa yang dapat dilihat melainkan bentu tubuhnya sahaja. Kelibat itu sepertinya langsung tidak terkejut. Seolah-olah dia sudah menjangka pekara itu.

"Siapa awak.?!"

Belum sempat Shahran melakukan apa-apa, kelibat itu terus sahaja terjun dari tingkap yang terbuka luas itu. Shahran tergamam seketika kemudian segera berlari untuk melihat. Apa yang lebih mengejutkannya, kelibat itu berjalan selamba keluar dari perkarangan tempat itu tanpa apa-apa kecederaan.

Shahran memandang ketinggian biliknya. Mustahil untuk seseorang tidak mengerang kesakitan atau tidak cedera walau sedikit pun dalam keadaan itu. Tapi kelibat itu sepertinya tiada apa-apa. Sempat lagi dia memandang ke arah Shahran sebelum hilang entah ke mana dari pandangan.

"Siapa tu.?" Bisik Shahran sendiri.


A/n: Okay. Macam dah berabad saya tak update cerita ni. Sorry~ Minggu ni memang minggu ter'busy' saya. Huhuhu. Btw, saya dapat update chapter ni. Harap korang enjoy.

Just nak pesan. Cerita ni beza sikit dengan cerita Huruf. Memandangkan ia hanya fokus pada satu watak iaitu Shahran, ada part yang membosankan. Lagipun semua persoalan baru je nak wujud. Chapter yang dah mula naik sikit pada saat mereka datang ke percubaan game tu. So, just wait k. Huhu. Leave me your feedback.

> VOTE & COMMENT<

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top