EYRUL 8
"BILA kauorang gerak?"
"Esok"
Eyra tersenyum sinis.Dia memandang dua beradik di hadapannya dengan perasaan geram.
"Seronoklah dia dapat buat aku macam ni kan?"
Kerusi ditendang sedikit tanda protes.Jujur,kali ini dia benar-benar terasa hati.Kali pertama hatinya sukar melupakan apa yang Fairul buat padanya.Nak menangis?Tidak!Hatinya kuat lagi.
Bukannya kes berat sangat.Tapi,itulah,susah melupakan.Izzi kalut apabila melihat wajah Eyra yang muram.Dia segera menggenggam tangan adiknya.
"Eyra,jangan menangis.Fairul buat macam ni sebab dia emosi masa tu.Kau pun sama kan?Emosi sampai kau tumbuk dia.Kau dengan dia tak ada beza besar.Dua-dua teruk"
"Kalau emosi sekalipun,takkanlah tergamak buat aku macam ni.Cuba bayangkan kalau isteri kau tak benarkan kau pergi tahlil mak mentua kau.Mesti kau sakit hati kan?"
Izzi mati kata.Siapa je yang tak terasa?Cuma Izzi tak boleh jawab sebab dia tiada bini!
"Kenapa kauorang tak bagitahu Fairul kat kampung?Kalau aku tak call dia tadi,tunggu aku jadi bodoh baru nak bagitahu kan?"
"Ni amanah.Rahsia itu amanah.Selagi dia tak benarkan,selagi tu jangan pecahkan," kata Izzi.
Izzat yang diam dari tadi hanya menjadi pemerhati.Hatinya masih sabar dengan Fairul.Tapi bila difikirkan balik,salah adiknya juga.
"Baik ke simpan rahsia kalau rahsia tu memang tak patut untuk diamkan?" tanya Eyra tidak puas hati.
"Sudahlah Eyra.Perkara dah jadi.Tak guna marah-marah.Lupakan aje"
Akhirnya Izzat bersuara.Eyra yang mendengar kata-kata abangnya mula naik angin.
"Lupakan?Dia tak bagi aku pergi tahlil mak mentua aku wei!Aku ni orang luar ke?"
"Kau nak tahu kenapa Airul buat macam ni?"
"Sebab aku tumbuk dia?" teka Eyra.
"Bukan sebab itu je.Dia nak bagi pengajaran dekat kau yang selalu letak status dia bawah tapak kaki kau," sembur Izzat.
"Ahahahaha!Eyra mana ada tapak kaki!"
Niat Izzi yang ingin meredakan keadaan tegang ini disambut dengan jelingan tajam oleh Eyra dan abangnya.Izzi menggaru ketiaknya yang basah.
"Okay,apa kata macam ni.Kau pergi bentang sejadah,fikir balik apa salah kau.Fikir ego kau.Eloklah tu,kau phn bukannya selalu solat penuh.Lepastu esok ikut walid,umi,Izzi dengan Erni balik kampung.Minta maaf dekat husband kau.Koyak mental aku tengok kauorang yang macam anjing dengan anjing ni," bebel Izzat.
"Tapi dia tak bagi aku balik," ujar Eyra.
"Dah elok sangat tu.Kau kan keras kepala.Takkanlah nak dengar kata lelaki miskin macam dia," perli Izzat.
Eyra mengigit tocangnya.Lelaki kalau bercakap pun boleh tahan juga eh longkangnya.
"Kau drive sendiri.Tak payah naik dengan kami esok.Kalau kita pergi asing,Fairul tak syak aku," sampuk Izzi setelah habis menggaru ketiaknya.
"Fairul bagi minum apa sampai abang-abang aku sendiri benci aku?"
"Mengarutlah kau ni.Kalau dia bukan suami kau,aku memang benci kau dari dulu.Sekarang benda dah selesaikan?Jadi,tak payah banyak cakap.Biar esok yang tentukan"
Seraya itu Izzat terus naik ke biliknya.Pendek akalnya melayan Eyra.Baik layan isterinya,Iza.Eyra berdiri kaku.Apahal semua backup suaminya?
"Pergilah keluar.Ni bilik aku," halau Izzi.
🐂🐂🐂🐂🐂
"ABANG Izzi!" jerit Eyra.
Izzi terkocoh-kocoh mendapatkan adiknya yang berulang kali menyeru namanya.Dia berlari sambil membutang seluarnya.
Baru keluar toiletkan.Faham-faham jelah.Takkanlah itu pun nak kena ajar.
"Apa kau ni subuh-subuh menjerit?" marah Izzi
"Kereta aku mati roadtax"
"Ahahaha!Itu maksudnya kau memang tak boleh balik kampung"
Eyra mengeluarkan semula bagasinya dari kereta.Pintu kereta ditutup sehingga keretanya terbelah dua.
"Bodoh punya cukai.Bukannya nak bagitahu dah mati," tutur Eyra.
Abangnya mengerutkan dahi.Manusia bila dah marah,benda yang tak boleh bercakap pun mahu disalahkan.
"Kenapa ni?Umi dengar Eyra jerit-jerit"
Wajah cantik Puan Wahidah dipandang.Dipeluk manja uminya.
"Ni hah kereta si hingusan ni.Roadtax mati," terang Izzi.
"Izzi ingat Eyra ni budak-budak ke nak panggil hingusan?Panggil lah betina," jawab Puan Wahidah
"Umi pun sama dengan walid.Suka kacau Eyra"
Dia segera meleraikan pelukannya.Ahli keluarganya tiada yang boleh serius ke?
"Umi gurau je.Kalau dah mati roadtaxnya,naiklah kuda.Kuda tak ada cukai"
"Umi diam ajelah.Tak payah bagi idea," rajuk Eyra.
Izzi gelak mengekek.Dia memberi thumbs up kepada uminya.Bagus!Umi dah terkena virus walid.
"Dah kalau semua benda umi nak settlekan,baik Eyra jadi budak-budak je"
Puan Wahidah menggosok lengannya yang bertatu.Subuh kot.Sejuk sehingga mencengkam tulang.
"Tak apalaj.Ikut jelah kami.Tapi dengan syarat tukar drive dengan aku"
Adiknya tersenyum lega.Syarat senang sahaja.Asalkan dapat elak naik kuda.
"Lah apasal tak siap lagi ni?Cepatlah!" sampuk Erni.
Sudah lama dia ingin pulang ke kampung.Nak jumpa buah hati yang dirindui.
"Dah siap lah ni.Tunggu walid lah"
"Mana walid?"
"Tu hah dalam bilik.Tengah pakai alat solek," jawab Izzat yang baru turun.
"Hmm,solek ke tak solek ke muka sama je.Standard pasar malam juga," kata Puan Wahidah menyampah.
"Memandai je kata kita make up.Kita tengah kemas beglah!Umi kauorang suruh"
"Aik,apa umi ni!Suruh suami kemas beg"
"Dia yang sepahkan.Umi dah kemas dari semalam dah.Dia yang buka balik nak ambil teddy dia.Orang dah kata tak payah masukkan dalam beg.Nak juga masukkan.Dah malam,menggagau cari.Mana taknya kita marah"
Masing-masing tergelak.Gelak gelak jugak.Tapi bilanya nak gerak?
"Pergilah gerak.Nanti cepat sampai," ujar Izzat.
"Hah iyalah.Kami gerak dulu.Jaga diri baik-baik," nasihat Encik Hadi.
Izzat mengangguk.Mereka semua masuk ke dalam kereta setelah bersalam-salaman.Dia tidak pergi kerana dia sudah berjanji dengan anak-anaknya untuk pergi bercuti.Lelaki itu hanya memerhati sebelum menutup pintu.
🐂🐂🐂🐂🐂
EYRA mengelamun memikirkan tindakannya.Dia memang sengaja tidak menelefon Fairul setelah mengetahui lokasi suaminya walaupun lelaki itu menyuruhnya.
Hati Eyra berdebar-debar apabila kereta memasuki simpang rumah kampung suaminya.
"Muka cuak kenapa tu?" soal Izzi apabila terlihat adiknya yang gelisah.
"Seriau sikit"
"Takut dia marah?"
Segera Eyra mengangguk laju.
"Tak adanya dia nak marah.Kampung kan?Takkanlah dia tak tahu nak behave"
Izzi menyedapkan hati adiknya.Hanya tinggal Eyra sahaja yang menemani abangnya memandu.Yang lain sudah terbongkang hebat.
Setelah beberapa minit,akhirnya mereka sampai ke destinasi.Kepala lutut Eyra longgar apabila Izzi mengambil parking.
Dari dalam kereta dia mendapati Rykal tertonggeng-tonggeng mengangkat tong.
Eyra terkejut beruk apabila mendengar ketukan di cermin tingkap kereta.Siapa yang mengacau ni?Orang tengah syok tengok Rykal tertonggeng kot.
Kelihatan bapa mentuanya berdiri di luar kereta.Eyra dengan pantas keluar.
"Assalamualaikum ayah"
Tangan Encik Naqi disalam dan dicium.Cukuplah biadap dengan anaknya.Takkanlah dengan bapa-bapa nya sekali nak biadap.
"Waalaikummusalam," ucap Encik Naqi lalu menggosok kepala menantunya.
"Yo Naqi!Assalamualaikum," sapa Encik Hadi.
"Eh brotherhood!Long time no see!"
Mereka berdua berlaga bahu.Seronok betul jumpa behsan.
"Izzi," panggil Rykal.
Izzi mendekati Rykal dengan keluhan.Tahu dah apa dia nak cakap.
"Apa cita ni?" tanya Rykal garang.
"Aku kesian dekat Eyra.Jadi,aku terpaksa angkut dia sekali"
"Oh,so kau komplot juga lah ni?"
Rykal memandang Eyra.Dia tersengih-sengih membuatkan wanita itu mencebik.Tak jadi marah sebab dia dah tahu Fairul kat mana.
"Eyra," bisik Rykal.
"Apa?"
"Tu,tu"
Dimuncungkan bibirnya.Eyra melihat arah yang dimaksudkan oleh Rykal.Dia meneguk liur melihat Fairul yang berdiri di tingkap sambil memerhatikannya dengan muka yang merah.
Apalah yang menantinya selepas ini?Harapnya suaminya tidak marah teruk dengan dirinya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top