EYRUL 6

"LAKI kau pergi mana?"

Tahulah Izzat bahawa Fairul tidak pulang ke rumah.Buktinya Eyra pulang ke sini semula seperti yang diarahkannya semalam.Dia duduk merapati adiknya.

"Manalah aku tahu bang oi.Kalau aku tahu,tak adanya aku ke sini," ujar Eyra.

Dia memicit kepalanya.Ke mana lah pergi jejaka itu.Eyra tiba-tiba membulatkan mata.Badan ditegakkan seraya menepuk peha berlemak abangnya.

"Sakitlah sengal.Kau asal?" marah Izzat.

Izzat yang terkejut terus menampar kepala adiknya.Jantungnya terus berdegup kencang akibat terkejut yang amat.

"Koyak peha tough aku ni," rungut Izzat sambil menggosok pehanya yang berbalut jeans.

"Macam mana kalau dia tak balik-balik?Bertahun-tahun?"

"Biarlah.Kau carilah laki lain.Si Fairul tu bukannya kacak mana pun.Berbulu kot"

"Mana kau tahu dia berbulu?!Tangan dia mana berbulu!Licin!" jerit Eyra menafikan tuduhan Izzat.

Bab bulu jangan bawa main eh!

"Tangan je yang tak berbulu tapi dada belum tentu tak berbulu," kata Izzat selamba.

"Ewah,aku sendiri pun tak pernah nampak dia shirtless,kau pula yang tahu dulu"

"Haah.Aku pegang-pegang dada dia.Panjang siak bulu dada dia.Tiga perpuluhan tujuh lima hasta"

"Kau sibuk bulu orang asal?Mind your own bulus!Sendiri punya bulu pun macam hutan amazon" bilang Eyra lalu menjeling abangnya.

"Ah tak percaya sudah.Nanti pergi periksa sendiri.Kata orang tua,lelaki yang ada bulu dada ni dia menghidap sejenis penyakit"

"Sakit apa?" tanya Eyra ingin tahu.

"Klinefelter"

Eyra terlopong mendengarnya.Klinefelter kot!Memang takkan ada keturunan tau!

"Ah kau jangan nak temberang aku.Walid pun ada bulu dada!Mampu je hasilkan sperma.Zuriat lawa-lawa kot," nafi Eyra.

"Walid lain kes.Dia dah mencegah dari awal.Kan walid dah shave bulu dada dia.So tak sempat nak ada klinefelter," jawab Izzat.

Eyra sudah tidak senang duduk.Patutlah sampai sekarang Fairul tak sentuh dia.Klinefelter rupanya.Ni kene mintak cerai ni.

"Kau nak anak?" soal Izzat secara tiba-tiba.

"Nak," polos Eyra menjawab.

Izzat menarik adiknya rapat.Dia berbisik kepada Eyra.

"Kalau nak,pergi shave bulu dada dia.Masih belum lambat sebab laki kau muda lagi.Nak lagi senang,tarik guna salotip," cadang Izzat.

Kau biar betul Zat?Muka serius dipamerkan oleh lelaki itu.Izzat terangguk-angguk bagi meyakinkan penipuannya.

"Kalau dia tak nak shave macam mana?"

"Kalau tak nak,kau tunggu dia tidur.Time dia tidur tulah kau beraksi. Sebelum tu sentuh dada dia dulu untuk pastikan berapa banyak bulu dia"

"Argh serabutlah aku!Nak fikir dia ke mana,nak fikir pasal bulu dia lagi!"

Tawanya disembunyikan.Lurus betul adiknya.Dengan suami bukan main tunjuk pandai.

"Dahlah.Tak payah cari dia.Tunggu je dia balik"

"Tak nak!Aku tetap nak cari dia!" bentak Eyra.

"Apahal kau nak cari dia sangat?Risau apa?Pasal bulu?Kalau pasal tu,tak payah fikirlah.Sempat lagi nak bertindak"

"Kau ni bang!Bulu bulu bulu je dalam kepala otak kau.Dia suami aku.Mestilah aku nak dia"

"Tulah kau.Masa ada kau pijak dia.Dah tak ada baru nak balik.Esok lusa dengan bulu-bulu dia kau rindu"

Eyra mendengus.Dia menghenyak punggungnya di sofa.

"Sedap mulut kau cakap.Hubungan kau dengan bini kau tak macam aku.So you don't feel me"

"Dah jangan nak buat drama jalanan.Kau pergi berambus naik atas.Nanti baliklah Fairul tu," arah Izzat lalu mengusap bahu adiknya.

🐂🐂🐂🐂🐂

"KAU betul ni tak nak bagitahu Eyra?" tanya Izzat.

Malam itu mereka lepak di mamak sebelum Fairul dan Rykal pulang ke kampung.

"Betullah.Aku nak jauh kejap dari dia,"

Rykal di sebelah hanya memerhati.Dikacau milonya dengan penyedut minuman.Milo lagi.Memang hantu milo betul.

"Tapi Eyra ada hak pergi tahlil tu", celah Izzat seolah memujuk adik iparnya.

Fairul tersenyum pahit.Kalaulah kau tahu kebenarannya,kau sendiri akan halang adik kau.

"Betul tu.Nanti apa pulak kata Pak Ngah," Rykal menyokong kenyataan Izzat.

Adik iparnya hanya mengangkat bahu tanda malas berfikir.

"Kau jangan burukkan adik aku depan ayah kau.Adik aku tu tak jahat,"tegas Izzat.

"Walaupun aku tak suka dia,aku tetap jaga aib isteri sendiri.Kalau duduk canang sana sini,aku juga yang malu.Pasal ayah aku tu,aku handlelah sendiri.Tak payah sibuk sangat"

"Fairul sebenarnya aku tak suka kau buat adik aku macam ni.Seolah-olah kau nafikan hak dia sebagai menantu," tenang Izzat berbicara.

"Kalaulah kakak aku tahu sikap Eyra,dia pun akan cakap benda yang sama macam kau.Asyik fikir adik sendiri je," ujar Fairul tidak puas hati.

"Aku marah kot Eyra sebab tumbuk kau.Aku pertahankan kau juga"

"Betullah tu apa yang Izzat cakap.Aku sokong"

"Dak Rykal ni daripada tadi betul betul.Janganlah masuk campur"

Rykal menghentak kaki tanda protes.Tak puas hati!Orang bagi nasihat tak nak dengar.Rykal menjeling Fairul sebelum meludah muka kawannya itu.

Akibat terlalu over mengelak,Fairul terjatuh ke belakang dari kerusi.Izzat yang terkejut melihat keadaan ini dengan pantas meludah pula Rykal.

Pada masa itu Rykal betul-betul sedang memandang dirinya sambil tertawa.Kena setepek di hidungnya.Izzat tertawa besar,baru adil macam ni.

"Padan muka.Biar dua-dua kena," bilang Izzat sambil membantu Fairul bangun.

Pandangan yang diberi oleh pelanggan yang lain tidak dipedulikan.Biasalah orang muda.

Lima enam kucing meludah,
Biasalah orang muda.

"Kau ingat ludah kau ni air yassin ke? Kalau tak sebab aku pinjam barang kau,dah lama aku simbah peluh aku dekat kau," berang Fairul.

"Diam sudahlah.Masalahnya aku pun kena ludah.Tak buat apa pun kena tempias"

Anakku namanya Azhan,
Izzat menggeleng perlahan.

"Enough with this.So bila nak gerak ni?" sampuk Izzat.

"Kau blah kitorang blah,"jawab Fairul.

"Oh kau halau aku ye?Aku bagitahu Eyra lokasi kau sekarang dan mana kau nak pergi," ugut Izzat.

Izzat berura-ura memegang telefonnya,ingin membuat video call.

"Alah tak nak!" rayu Fairul lalu memegang lengan abang iparnya.

"Tahu takut"

"Abang"

Mereka bertiga memandang kepada gerangan yang memanggil Izzat dengan suara lembut.Fairul cepat-cepat berpaling.Patutlah familiar suara tu.Eyra rupanya.

Gadis itu menghampiri mereka yang sudah menggelabah.Yang diseru telahpun tiba!

"Eh Rykal ada.Patutlah tak ada kat rumah,lepak dengan Rykal rupanya," kata Eyra lalu mengambil duduk di atas peha Rykal.

Kekekeke.Tipu je.

"Alah,dia duduk pula"

Fairul menutup mukanya menggunakan buku menu.Mana ada mamak zaman sekarang pakai menu.Zaman sekarang pakai telefon tau!

"Saje melepak.Bosan siot," balas Rykal.

Eyra hanya mengangguk.Dia memandang pelik lelaki di hadapannya.Kau asal nak tutup muka bagai?

"Abang.Siapa yang tutup muka ni?"

Abangnya hanya diam tak berkutik.Apa nak jawab ni?

"Oh hah!Dia ni kawan aku.Muka dia berkurap teruk,sebab tu dia tutup muka dia.Dia malu," ucap Rykal menutup rahsia.

Terkejut Fairul mendengar bicara Rykal.Dia membesarkan matanya di balik menu tersebut.Rykal hanya tersengih sambil memohon maaf.

Dikawal emosinya.Eyra hanya menggaru punggungnya yang tidak gatal.Dah tu asal lepak mamak kalau malu?

"Eyra buat apa sini?"

"Walid tu hah.Mengidam mee goreng mamak malam-malam buta macam ni.Nak ditolak permintaan,takut merajuk"

"Cepatlah order,lepas tu pergi.Kawan aku tak suka perempuan.Dia tak selesa," halau Rykal.

Berkerut wajah Eyra menahan persoalan di benaknya.Kalau tak suka,angkat kakilah wei!

Fairul menarik Rykal untuk pergi dari situ.Tak sanggup dengar kata-kata Rykal yang entah apa tu.Dia mendekati Izzat lalu berbisik,

"Aku gerak dulu.Nanti call balik"

Permintaannya dibalas dengan anggukan.Nak je tempeleng si Rykal.Main cakap ikut sedap mulut je.Mereka berdua berlalu pergi.

"Kalau Rykal ada sini,maksudnya Fairul tiada dengan dia," celah Eyra kecewa.

Rasa bersalah menyerang Izzat.Tapi rahsia itu amanah.Lagipun rumahtangga adiknya bukan pada tahap telur di hujung tanduk Cuma,telur di dalam kuali sahaja.Masih boleh diselamatkan.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top