EYRUL 57

"JADI macam mana Rul?Dah fikir masak-masak permintaan walid?" tanya Encik Hadi penuh debar.

Bukanlah niatnya ingin meruntuhkan masjid darah daging sendiri.Tetapi semua ini dilakukan demi kebahagiaan dan kegembiraan anaknya.

Dibuatnya dia mati esok,terkilan dirinya untuk menyaksikan kebahagiaan Eyra.Orang lain mungkin memandang serong terhadapnya.

Memang Encik Hadi tahu tugasnya sebagai bapa ialah menasihati anak-anaknya.Dengan penyakit yang dihidapinya,orang tak akan pernah faham.

Menantunya mengangguk dengan teragak-agak.Fairul menepati janjinya untuk datang selepas tiga hari kemudian.Syukurlah,Fairul menyenangkan keadaan.

Jika lelaki itu lari,dia akan memaksa Eyra menuntut fasakh di mahkamah dengan alasan jejaka itu tidak memberi nafkah. Nasiblah dia tidak perlu melakukan sedemikian.

"Apa jawapannya?"

Saat ini mereka sedang berada di ruang tamu.Cuma Eyra sahaja yang tidak kelihatan.

"Sebelum tu,Eyra mana?Rul nak dia ada sekali," pinta Fairul.

Isterinya yang bersembunyi di balik dinding dapur tersentak.Kenapa mahu berjumpa?Bukankah mereka akan berpisah sebentar lagi?

"Eyra!" laung Encik Hadi.

Eyra mendiamkan diri.Berat hatinya untuk bertentang mata dengan suaminya.Puan Wahidah bangkit dan menuju ke arah anaknya.

"Jomlah.Suami Eyra panggil tu," pujuk Puan Wahidah penuh lembut sebagai seorang ibu.

"Eyra tak nak," jawab Eyra tersedu-sedan.

Tanpa amaran,Fairul pula yang menapak mendekati mereka.Segalanya harus dipercepatkan.

"Tak apa umi.Umi pergilah ke depan"

Puan Wahidah mengangguk.Dibiarkan anak menantunya berdua-duaan meluahkan rasa hati yang sudah lama bersarang rindu.

Wajah isterinya yang tertunduk dipandang garang.Ekspresi sedih dikawal.Tidak ingin mempamerkan kesedihan.Cukuplah dia membuat keputusan yang amat berat ini.

Gila!Tak pernah Fairul dengar pasangan suami isteri yang menyintai satu sama lain berpisah.Mungkin perpisahan dirinya dan Eyra bakal menjadi kes yang pertama dalam sejarah perceraian.Pelik tapi benar.

"Aku panggilkan?Kenapa tak nak datang?"

Eyra menguis-nguis kakinya di lantai.Tak faham ke?Tiadakah sekelumit perasaan sayu di hati suaminya?

"Ikut aku ke depan," ujar Fairul sambil memimpin erat tangan isterinya.

"Tak nak!" tegas Eyra lalu menatap wajah suaminya.

Fairul memalingkan mukanya.Bertakung matanya apabila terpandang wajah merah Eyra.Jelas wanita itu baru sahaja lepas menangis.Keluhan dilepaskan sekuat hati tanda tidak senang akan kedegilan isterinya.

"Sayang walid tak?"

Sudahnya nama Encik Hadi dipetiknya.Eyra ni memanjang aje lemah apabila nama walidnya disebut oleh mana-mana orang.

"Sayang"

"Kalau sayang,jom ke depan"

Wanita itu akhirnya akur walau separuh hatinya masih meronta-ronta tidak mahu berhadapan dengan kata-kata suaminya.Tautan jari mereka bersatu.Menjalar kasih dan sayang dalam jiwa masing-masing. Namun,sudah terlambat.Masa diberi peluang,tak digunakan sebaiknya. Pengorbananlah yang diperlukan selepas ini.

Punggung dilabuhkan di sofa.Eyra mengambil duduk di hujung kiri sofa menjauhi suaminya sambil kepala memandang ke arah lain.

"Walid dan semuanya,Rul dah fikir untuk tiga hari ni walaupun sebenarnya masa tiga hari tu tak cukup untuk saya buat keputusan besar ni.Tapi janji tetap janjikan?Rul tak nak jadi penipu macam dulu"

"Baguslah tu kau sedar," sampuk Izzi.

Paha Izzi dicubit uminya.Dah besar panjang pun tak faham-faham lagi ke?Bila orang bercakap,jangan sibuk nak menyampuk!Fairul hanya tersenyum.Bila lagi dia dapat menikmati memori ini bersama keluarga mertuanya?

"Rul tak nak cakap banyak.Rul setuju dengan walid.Setuju untuk berpisah"

Matanya ditutup.Air mata ditahan daripada mengalir.Dia harus kuat!Dia juga yang bersetuju dengan permintaan walid.Jadi,mengapa harus menangis?

Encik Hadi tersenyum sedikit.Nak ucap syukur,macam tak kena dengan situasi pula.Apatah lagi nak tepuk tangan.Lagilah tak kena.Bahu Fairul ditepuk perlahan.Eyra pula sudah lama menangis senyap.Sudah dijangka akan kata-kata suaminya.

"Tapi,Rul ada satu permintaan dan harap walid tak keberatan nak izinkan," kata Fairul takut-takut.

"Apa tu?Walid cuba"

"Bagi Rul peluang untuk luangkan masa dengan isteri Rul.Satu malam ni pun jadilah.Esok pagi Rul akan serahkan Eyra balik.Walid jangan risau,Rul takkan mungkir janji"

Suami minta izin pada bapa mertua untuk bawak keluar isterinya sendiri.Huh,tak pernah terbayang di fikiran sesiapa pun.Encik Hadi dan Puan Wahidah berpandangan lantas mata tertumpu ke arah anak mereka.

"Baiklah,buatlah apa yang patut," bilang Encik Hadi membenarkan.

"Terima kasih walid," ucap Fairul.

"Eyra tak nak"

Tersentak mereka.Fairul pula tidak senang duduk.Hari ini sahajalah peluangnya untuk menunjukkan erti bahagia kepada isterinya tetapi ditolak mentah-mentah.

"Kenapa?"

"Kalau nak bercerai,buatlah cara nak bercerai!Tak payah nak luangkan masa sama-sama.Tak bermakna apa pun kalau dah namanya berpisah," marah Eyra.

"Pergilah Eyra.Mungkin ada apa-apa Fairul nak katakan," pujuk Puan Wahidah.

"Tak nak!"

Gawat!Naya je jika perasaan itu semakin bercambah.Dah diambang perpisahan,manakan boleh bersama-sama lagi walau sehari.

"Sehari je.Takkan tak boleh?"

"Walid tak faham.Walid tak ada dalam situasi kami"

Meronta-ronta hatinya ingin meluangkan masa bersama Fairul.Hati dan jiwanya menahan.Macam mana dia mahu menjalani kehidupan tanpa Fairul di sisi jika ini berlaku?Esok lusa,wad mentallah tempatnya kerana tiap hari meraung menangis mengenangkan perpisahan lalu.

"Please"

Tanpa disangka,Fairul melutu di hadapan isterinya.Kaki itu dipeluknya.Biarlah egonya diturunkan asalkan peluang ini takkan terlepas lagi.

"Lepas.Tak perlu sampai macam ni," arah Eyra.

"Please",rayu Fairul

Eyra hanya diam memikirkan rayuan suaminya.Apa yang perlu dilakukan?Tolak atau terima?Jika tolak,dirinya juga yang rugi.Jika terima,makin sayang.

🐂🐂🐂🐂🐂

SUNYI menyelubungi suasana di antara mereka.Kekok pula berduaan padahal sebelum ini jika bersama,bukan main kecoh.Bergaduh bak anjing dan kucing.Masa merubah segalanya.

"Hmm,lepas ni kau nak tinggal dekat mana?Rumah kita ni kau nak buat apa?"

"Rumah walid aku.Rumah ni jual je," jawab Eyra.

"Walid aku?Dia walid aku juga"

"Tak lagi lepasni"

"Kau kena ingat,kita je berpisah.Tapi,dia tetap walid aku," ujar Fairul.

Fairul membaringkan diri di katil.Bilik isterinya dahulu.Selepas ini,rumah ini akan menjadi kenangan sahaja.

"Bukalah tudung tu.Aku suami kau"

"Maaf,tak boleh.Aku nak biasakan diri untuk hari mendatang"

Tudung Eyra ditarik sehingga tercabut.Eyra menjerit marah.

"Kau ni apahal?!"

Tubuhnya ditarik lalu dibaringkan.Fairul mengusap rambut hitam pekat itu.Rambut yang pernah diusapnya suatu masa dahulu.Kini,tidak berpeluang lagi.Eyra terdiam.Usapan itu dibiarkan kerana usapan itu bakal menjadi yang terakhir dan yang paling diingati.

"Kalau aku tak tarik tadi,entah bila lagi boleh usap"

Dia akhirnya tidak dapat menahan lagi.Wajah disembamkan di dada suaminya.Egonya berjaya dikalahkan oleh insan yang bergelar suami.

"Hey,why?"

"Aku cintakan kau sangat-sangat," luah Eyra.

Senyuman menghiasi wajah Fairul.Perasaan yang sama turut dirasai olehnya.

"Aku pun," kata Fairul perlahan.

"Aku tak tahu apa akan jadi dengan aku lepasni.Sanggupkah aku?Relakah aku nak lepaskan kau?"

"Kau kuat.Aku tahu.Kau layak dapat lelaki yang lebih baik.Kita tak setanding Eyra.Kau masih ada peluang untuk lebih bahagia"

"Kaulah kebahagiaan aku Rul.Cuma kau.Tak terlambat lagi.Kita boleh beritahu walid.Lafaz belum lagi," bilang Eyra dengan penuh harapan.

"Tak boleh.Jangan kecewakan walid.Dia beria nak tengok kau bahagia.Aku tak boleh hampakan walid.Dia dah janji nak maafkan aku," elak Fairul seboleh yang mungkin.

Dipegang wajah isterinya.Dahi bersih itu dikucup lama.Hangat.Kucupan terakhir yang lain daripada yang lain.

"Aku buat keputusan ni tak bermaksud aku tak cintakan kau.Aku berkorban untuk walid.Jadi,kau pun harus lakukan perkara yang sama"

Semakin deras tangisan isterinya.Fairul menepuk-nepuk belakang tubuh Eyra bagi memberi ketenangan.

"Kau sayang walidkan?"

Anggukan diberikan di sebalik dakapan mereka.

"Apa salahnya berkorban?Besar pahalanya"

"Aku minta maaf sepanjang aku jadi isteri kau.Banyak salah aku.Kesalahan aku yang terbesar,bunuh mak"

"Shh,dah jangan ingat.Dah lama aku maafkan"

"Betul ni kita buat demi walid?"

"Betul Eyra.Demi walid,demi cinta kita"

"Baiklah,aku sanggup berpisah walaupun berat"

"Kalau ada jodoh yang kuat,inshaallah kita bersatu juga," kata Fairul.

Pelukan mereka bersatu lagi.Itu sahaja masa yang berbaki.Tak kurang dua puluh empat jam lagi sebelum mereka menjadi orang asing.

"I'm sorry.Aku tak boleh bagi kau nafkah yang satu tu walau aku tahu dosa kalau tak tunaikan.Aku rela.Nanti senanglah kau nak kahwin lainkan?"

"Aku takkan kahwin lain.Itu janji aku"

"Even aku dah berkahwin lain?"

"Iya.Tak ada siapa boleh gantikan tempat kau"

Fairul diam-diam menangis.Malam ini,hari ini yang terakhir bagi mereka.

"Aku sayang kau selamanya Fairul"

"Aku rela berkorban untuk semua orang.Biarlah aku yang menanggung seorang diri.Sudah cukup beban yang aku kirimkan kepada kau Eyra.Inshaallah,jika Allah mahukan,kita akan bersatu jua suatu hari nanti"






1 or 2 chapter to go.Sorry for the late update.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top