EYRUL 56
RUMAH itu dipandang sayu.Pintu terbuka luas menandakan penghuni-penghuninya tidak ke mana-mana.Hatinya berbelah bahagi untuk turun.Adakah keputusannya benar atau sekadar mainan perasaan?
Dia mematikan enjin.Tak boleh kata tak nak.Bersusah payah dirinya menanggung rasa risau dan rindu.Bergabung menjadi satu keresahan.
Sudah sampai,takkan mahu berpatah balik?Macam tiada guna dia memandu jauh.Baru sahaja dia mahu turun,matanya tertumpu pada isterinya.
Sungguh ayu berhijab dan menutup aurat.Entah apa yang merubah wanita itu dia sendiri pun tiada jawapan.Mungkin kerana pengalaman lalu yang mengajarnya sebegitu.
Wajah itu penuh dengan senyuman.Sedih mencengkam dada.Cengkaman yang amat kuat tiada lawannya.
"Rindu," rintih Fairul.
Eyra nampak sangat gembira di samping keluarganya sedangkan dia terhuyung-hayang menanggung lara bersama keluarga yang tidak menyokongnya atau lebih tepat Fatin.
"Untung benar kau ada adik-beradik yang sentiasa bersama kau"
Gadis itu kelihatan sedang menyiram pokok bunga sambil ditemani Erni.Seketika keluar pula Puan Wahidah,ibu mertuanya dengan tongkat yang menampakkan kakinya patah.Saat itu jua dia mengukir senyuman bersama air mata.
"Umi"
Fairul dengan cermat keluar dari kereta.Bila lagi dia bisa berjumpa ibu mertuanya jika bukan sekarang?Soal kemarahan Encik Hadi,dia tolak belakang.Tak mengapalah ego diturunkan.
"Eyra,berapa lama tak siram pokok tu?" soal Puan Wahidah.
"Baru seminggu umi"
"Seminggu apanya?Nampak layu je"
"Layu?Dah suasana rumah ni pun tak segembira dulu,apatah lagi pokok bunga," celah Fairul.
Mereka bertiga menoleh ke arah Fairul yang muncul secara tiba-tiba.Eyra mengalihkan pandangan sementara Puan Wahidah mula bersuara.
"Fairul,dah sebulan umi tunggu kedatangan kamu.Kenapa baru sekarang?"
Dua beranak itu berpelukan.Puan Wahidah menangis teresak-esak dalam dakapan Fairul.
"Sebab Rul rasa tak layak jumpa umi.Rul bukan menantu yang baik.Rul dah langgar umi," adu Fairul.
"Umi tak marah Rul.Malah umi bersyukur dan berterima kasih pada Fairul," ucap Puan Wahidah.
"Tak umi.Rul tak berjasa apa pun pada keluarga ni.Rul hanya bagi kesengsaraan dan derita je sepanjang pengenalan kita"
Isterinya menahan sebak.Ingin dipeluk lelaki itu saat dia melangkah ke perkarangan rumah.Tetapi Eyra terikat dengan janji pada walidnya.
Janji yang hanya mereka sekeluarga sahaja tahu.Janji yang bakal melukakan hati pasangan suami isteri itu.
Dia harus menjauhi suaminya demi janji itu.Dia perlu berlatih membiasakan diri tanpa Fairul di sisi.
"Terima kasih kerana langgar umi.Sebab kamu Eyra selamat"
"Tapi umi,Rul nak cederakan Eyra haritu.Umi tak patut berlembut dengan Rul.Umi sepatutnya hukum saya"
"Walau umi tahu apa yang terjadi memang sukar dilupakan,sebab kamu jugalah Eyra berubah sikap.Tak lagi membezakan antara miskin dan kaya.Umi yakin ada hikmah kenapa walid marah Rul"
"Rul dah tahu umi.Tanpa kes umi,Rul tak akan sedar sampai bila-bila.Lama Rul tanggung risau tentang keadaan umi.Rul takkan maafkan diri kalau umi tak ada lagi.Maafkan Rul umi"
Puan Wahidah mengangguk.Tidak pernah bercambah bunga-bunga sengketa dalam jiwanya kepada menantunya.Fairul cuma terkesan akan kematian ibunya.Tak lebih dari itu.
Pondok tempat Eyra duduk dituju.Erni bangun memberi ruang.Eyra masih lagi memandang ke arah lain.Tak sanggup melihat muka itu walau rindu dan cinta semakin menebal.
"Sayang," seru Fairul.
Tangannya digenggam.Terimbau kembali kekejaman yang pernah dilakukan oleh suaminya.Dengan pantas dia menghalau bayangan itu dan diganti dengan kejadian dia membunuh Puan Suria.
Tak nak lagi bermusuhan.Sejujurnya dia sudah memaafkan Fairul.Tapi walid ialah keutamaan buat masa ini.
"Aku tahu aku banyak salah dengan kau.Aku berdosa"
"Aku dah lama lupakan segalanya.Umi pun dah baik"
"Kita mulakan hidup baru?" pinta Fairul.
Segera tangannya dilepaskan dari genggaman.Berat permintaan itu.
"Aku maafkan kau.Tapi untuk kita bersama kembali,aku tak boleh"
Kata-kata Eyra memudarkan rasa gembira Fairul.
"Kenapa?"
Eyra menggeleng.Mulutnya berat untuk berbicara.
"Sebab walid," kata Eyra tersedu-sedan.
"Aku tak faham"
"Sebab walid yang minta aku untuk tak kembali pada kau.Walid segala-galanya bagi aku.Bukan kau lagi," terang Eyra.
Dia merasakan sesuatu yang tidak kena.Takkanlah walid sekejam itu?
"Umi,apa yang Eyra sorokkan dari Rul?Apa umi?" soal Fairul.
Puan Wahidah dan Erni terdiam.Begitu juga mereka,tidak sanggup memberitahu.
"Umi!" laung Izzat terkocoh-kocoh.
Empat pasang mata memandang Izzat.Izzat menghembus nafas lega melihat Fairul.
"Rul,syukur kau ada di sini.Kalau tak,mati aku nak kena drive jemput kau ke sini.Walid,dia asyik sebut nama kau.Dia nak jumpa kau," ujar Izzat.
"Walid kenapa?"
Serba salah Izzat hendak menjawabnya.
"Kau masuk cakap sendiri dengan walid," arah Izzat.
Kasut ditanggalkan setelah sampai di muka pintu.Terpampang tubuh Encik Hadi yang berbaring di sofa sambil Izzi di sisinya.
"Fairul,walid nak jumpa Fairul," rayu Encik Hadi pada Izzi.
"Iya,Izzat pergi jemput dia.Walid bertahan ya?"
"Walid,Rul datang ni"
Figura Encik Hadi didekatinya.Didakap tubuh lemah itu.Satu perasaan mengalir dalam dirinya.Kenapa dia merasakan pengakhiran bakal mendatang?
"Duduk sebelah walid"
Fairul menurut.Setelah itu,Encik Hadi menghulurkan satu sampel ubat kepada menantunya.Fairul membaca dengan teliti.Selepas mendapat jawapan,dia menggenggam sampel itu.
"Hujung tahun lepas," jawab Encik Hadi tanpa menunggu soalan Fairul.
"Walid masih ada peluang untuk sihat.Walid jangan putus asa," nasihat Fairul.
"Tapi kita tak tahu ajal kita.Rul sayangkan walid?"
"Sayang"
"Nak kemaafan dari walid?"
Dia mengangguk.Encik Hadi teragak-agak untuk memberitahu.Malas dia mahu menghalau menantunya memandangkan keadaannya yang tidak berapa mengizinkan.
"Rul akan ikut cakap walid," bilang Fairul.
"Kalau macam tu,lepaskan anak walid"
Eyra memegang kerusi bagi menampung badannya yang lemah.Fairul pula terkejut habis.
"Yang itu Rul tak boleh beri kerjasama.Rul cintakan Eyra.Tak mungkin Rul akan lepaskan dia"
"Walid tak tahu berapa lama lagi masa yang walid ada.Walid nak tengok Eyra bahagia.Sebab itulah walid nak Fairul lepaskan dia"
"Walid nak kata Eyra tak bahagia dengan Rul?"
"Iya"
Dengan rasa tidak puas hati,Fairul membalikkan tubuh isterinya.
"Pandang aku," tegas Fairul.
Wajah Fairul ditenung dalam dengan linangan.
"Kau bahagia dengan akukan?"
Encik Hadi dan suaminya dipandang silih berganti.Antara walid dan Fairul siapa yang memerlukannya lebih?
"Bahagia.Bahagia sangat"
"See walid.Eyra bahagia.Jadi tak ada keperluan kami berpisah"
"Tapi walid perlukan aku," sampuk Eyra.
"Dahtu aku?Tak perlukan kau?" tanya Fairul sinis.
"Walid lebih memerlukan.Aku nak jaga walid setiap hari"
"Aku tak perlu dijaga?"
"Kau ada family sendiri"
"Kau?Tak ada familylah ni?"
Eyra mendiamkan diri.Tiada jawapan.Dia sendiri tak nakkan semua ini.Tapi walid nak lihatnya bahagia.Fairullah kebahagiannya.
"Biarlah walid fikir aku tak bahagia dengan suami aku,asalkan walid sihat balik.Aku rela demi walid.Tak ada ruginya jika aku terpaksa menidakkan rasa cinta terhadap Fairul untuk walid"
"Rul kecewa walid," ujar Fairul.
"Walid tahu"
"Bagi Fairul masa untuk buktikan kesungguhan Fairul," rayu Fairul kepada walid.
"Tak ada ruang untuk itu.Walid dah pun buat keputusan.Walid janji,lepas kamu berpisah,walid maafkan Fairul"
Keluhan dilepaskan.Dia amat sayangkan walid tapi pada masa yang sama tidak mahu melepaskan isterinya.
"Bagi Fairul tiga hari untuk berfikir.Hari keempat,Rul datang sini semula"
Fairul akhirnya memberikan kata putus.Encik Hadi tersenyum hambar.Di antara gembira dan sedih.Gembira kerana dapat membahagiakan anaknya walhal tidak sama sekali serta sedih kerana terpaksa melukakan hati menantunya.
Jejaka itu lantas bangun.Kekecewaan melanda diri.Eyra memerhati dari jauh suaminya.Tangisan itu melemahkan dirinya.Adakah ini pengakhiran kisah mereka?
Jauh dari lubuk hatinya,Eyra mahu dilepaskan kerana cintanya pada walid dan separuh lagi tidak mahu dilepaskan kerana cinta kepada Fairul.Namun siapa pilihannya?Walid yang menjaganya dari kecil atau Fairul yang berjaya bertakhta di hatinya?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top