EYRUL 54

FAIRUL dipandang bagaikan penjenayah bersiri.Setelah rebah ke lantai,Encik Hadi menggagahkan dirinya untuk bangkit menentang menantunya walaupun nyeri di dada semakin menebal.

Seketika,satu sepakan kuat diajukan tepat di rahang Fairul.Terkejut semua yang berada di situ.Tendangan Encik Hadi persis seorang lelaki muda.Sungguh kuat dan padu!

Encik Hadi memegang kembali dadanya.Nyeri semakin menjalar di seluruh tubuh.Fairul terteleng ke belakang.Rahangnya dipegang.Sakit yang amat!

"Kenapa sakit?" soal Encik Hadi dalam kepayahan menahan sakit.

Masing-masing mendiamkan diri.Tidak berani masuk campur.Pipi Fairul yang bengkak akibat tumbukan Izzat,Izzi dan Rykal mula mengalirkan darah akibat hentakan tendangan Encik Hadi.

"Aik,takkan kena sepak dengan bapak anjing dah sakit?Kemonlah,kau kan raja anjing.Baru kena gertak sikit,dah tak tahan," perli Encik Hadi.

Eyra memalingkan mukanya.Tak sanggup melihat wajah suaminya yang semakin basah dengan darah.Bukan kasihan,loya!

"Eyra,pergi lap darah laki kau.Geli aku tengok," arah Izzi.

Gelengan diberikan.Buat apa nak lap darah dia?Masa dia toreh Eyra,ada dia tolong lapkan?

Bukanlah mahu membalas dendam,tapi masa tak sesuai.Ada ke patut umi tengah sakit,laki bini dekat luar duduk sweet sweet?

"Wei,kau tak reti lap darah kau sendiri ke?Kitaorang loya tahu tak?Nak termuntah," tegur Eyra.

"Eyra,kenapa kau cakap macam tu.Aku ni suami kau tau," ujar Fairul sayu.

Teganya isterinya sendiri memalukannya di hadapan keluarganya.Mana sikap hormat Eyra kepada dirinya?

Kini,baru Fairul tahu perasaan dimalukan.Situasi ini sama seperti Eyra dihalau dan tak dipedulikan olehnya apabila dihina Kak Fatin.

Karma itu benar.Kejadian itu seolah-olah berpusing balik ke arahnya.Malu!Dia bertindak mendekati Eyra,tetapi sempat dihalang oleh Encik Hadi.

"Kau jangan sentuh anak aku!Aku takkan benarkan lagi!Pergi berambus!"

Akibat mengikut emosi,Encik Hadi meninggikan suaranya.Semakin pedih dadanya.Dia membongkok sambil memegang dada lagi.Mukanya berkerut.

"Walid," seru Eyra dan adik-beradiknya serentak.

Risau melihat kondisi walid mereka.Encik Hadi dipapah Izzat sehingga ke kerusi.Mata dipejam rapat.

"Walid,maafkan Rul,walid.Rul silap.Rul banyak dosa.Dosa dengan walid,umi dan terutama sekali Eyra.Rul tak bahagia masa tu.Rul sakit hati tengok Eyra ada keluarga yang bahagia sedangkan Rul kosong.Maaf walid," luah Fairul teresak-esak.

Bisa di rahang dilupakan.Dia merangkak ke arah orang tua itu.Tangan Encik Hadi cuba digenggam sebelum dihalang sekali lagi.

"Walid,suruh Izzi ke tepi.Fairul nak sangat cium tangan walid minta maaf," rayu Fairul.

"Izzi,jauh," bilang Encik Hadi.

Fairul sudah tersenyum.Walid masih sayangkan dia macam biasa!Kalau tak kenapa walid dengar rayuannya?

"Jauhkan diri dari Fairul," sambung Encik Hadi.

Terus mati angan-angan Fairul tadi.Dia salah dengar ke?Ini tak betulkan?Walid sayang diakan?

"Walid.Rul menyesal.Sungguh!Rul nak minta maaf"

"Hisy,muaklah kami dengar!Sama muak macam kau dengar kata maaf dari Eyra," sampuk Izzat.

"Eyra,kau tak muakkan?Aku tahu!Kan Eyrakan?" tanya Fairul tanpa putus asa.

Dia tidak mampu membalas.Biarlah antara Encik Hadi dan Fairul.Eyra sudah malas mahu bersemuka dengan suaminya.Biarlah walid pula yang menghakiminya.

Siapalah Eyra hendak menghakimi Fairul sedangkan mereka sama-sama pernah melakukan perkara keji.Lebih baik diam.

"Hadi!"

Tergesa-gesa Encik Naqi berlari anak ke arah mereka.Selepas dihubungi Fairul,mereka bergegas ke hospital.
Mujurlah dia dan Fatin sedang bercuti.Tidaklah jauh jarak mereka dari hospital.

Kalau mereka dari kampung,malam barulah sampai.Kak Fatin di belakang hanya memandang kosong.Tiada perasaan ditunjukkan.Puan Salmah dan Zaki tiada kelibat.Mungkin dikampung.

"Hadi,apa dah jadi ni?"

"Ayah,sebelum walid saya bertambah sakit,ada baiknya ayah bawa Abang Fairul  pergi dari sini," kata Erni dengan sopan.

Jika walid mereka makin parah,mereka juga yang risau.Fairul bukannya nak membantu pun.Lagi lelaki itu suka adalah.Suka tengok kesengsaraan keluarga isterinya.

"Eyra cerita dekat ayah apa yang terjadi"

"Ayah tanyalah anak emas ayah sendiri," jawab Eyra.

Pandangan tajam dilemparkan ke arah Fairul.Dia berjalan sehingga berdiri di hadapan anaknya.

"Apa yang kau dah buat?"

Fairul diam.Encik Naqi memaksa anaknya bangun.Fairul menurut dengan lemah.Muka ditundukkan.

"Kau cakap dengan aku!"

"Ayah,tak payahlah marah Fairul ni.Dia baru balik dating dekat Langkawikan?Mestilah dia tak tahu"

"Kau diam Fatin!Ayah tak ada urusan dengan kau!Aku tanya adik kau!"

"Eh ayah ni nak bising-bising pula," bentak Fatin.

"Kak,aku salah kak"

"Hei,kau cakap apa ni?Kau tak salahlah!Kaukan baru aje balik.Salah apanya?Jangan nak mengarut"

Bahu Fairul ditolak oleh Fatin.Bersungguh-sungguh mempertahankan adiknya.

"Fairul dah langgar umi,ayah.Langgar"

Mukanya diangkat.Dia terpaksa menatap wajah ayahnya.Sayu riak muka itu.

"Kau sedar tak apa yang kau buat ni?"

"Sedar yah,sedar," kesal Fairul.

Encik Naqi tidak larat lagi memarahi Fairul.Apa boleh buat?Nasi dah jadi bubur.

"Baliklah Naqi.Bawa anak kau," celah Encik Hadi.

"Hadi,aku minta maaf bagi pihak anak kita,Fairul.Aku sedar si Fairul ni dah melampau"

"Aku tak ada anak nama Fairul," kata Encik Hadi.

Makin kuat tangisan Fairul.Tak sangka walid boleh berkata sebegitu.Sangat melukakan hatinya.

"Walid,Rul anak walid.Menantu walid.Suami kepada Eyra"

"Mulai dari hari ini,kami dah tak kenal Fairul.Kau boleh balik sebab kau dah jadi stranger"

"Walid!" jerit Fairul.

"Aku baru langgar sikit!Kenapa perlu hukum aku macam ni?!"

"Kau dengar tu Rul?!Dah,balik!"

"Tak nak!Rul nak jumpa umi!Rul nak tunggu umi!"

"Hey,dia bukan umi kau.Ayah kata balik!"

Tubuh Fairul diheret tapi sukar.Iyalah,apalah nak dibandingkan tenaga tuanya dengan tenaga muda Fairul.

"Degillah kau ni.Balik ajelah!Buat apa nak merayu dekat keluarga gila ni?Tak standard!" ujar Fatin.

"Tak nak!Tolonglah"

Fairul melutut.Tangan disatukan meminta kasihan.Dia benar-benar menyesal.

"Eyra,kau pujuk dia.Kau seorang je boleh halau dia," bisik Rykal.

"Aku?Malaslah aku nak bercakap dengan dia.Aku penat"

"Please Eyra,demi walid"

Keluhan dilepaskan.Okay,ini semua demi walid tau!Demi kesihatan Encik Hadi!

Kaki Eyra dipaut oleh suaminya.Fairul merayu-rayu sama seperti dia merayu-rayu pada Fairul.Seolah-olah dejavu.

"Kau sayang umi,sayang walid?"

Fairul mengangguk sambil memandang Eyra.Silau matanya terkena cahaya lampu.

"Kalau sayang,pergilah.Itu pun dah buat walid happy"

"Apa aku dapat kalau aku balik?"

"Aku bagitahu pasal keadaan umi," tipu Eyra.

Puih,tak inginlah!Rasakan!Terkontang-kantinglah kau dengan rasa bersalah kau!

"Betul ni?"

"Betul"

"Baiklah aku balik.Rykal?"

Cemburu pula dia melihat Rykal.Padahal lelaki itu tiada kaitan dengan keluarga isterinya.Dia yang berkait,dihalau pula.

"Aku perlukan Rykal daripada kau," bilang Encik Hadi.

Rykal rasa serba salah.Dia pula yang kena himpit dalam masalah ini.

"Tak apalah walid.Kalau itu boleh bahagiakan walid,Rul pergi," pasrah Fairul.

Sebelum dia melangkah pergi,tubuh Eyra didakap.Eyra tidak menunjukkan respond.Terpaku kerana bahagiakah?Oh,tidak sama sekali!

"Maafkan aku.Aku sayang kau," ucap Fairul ditelinga Eyra.

Sebak datang bertandang di hati wanitanya.Tak Eyra!Jangan kalah!

Setelah itu,Fairul pergi sambil ditolak Encik Naqi.Fatin tidak berganjak.Masih di situ.

"Hoi betina.Aku masih tak puas hati lagi dengan kau.Aku tahu kau mereka cerita.Adik aku tak salah"

"Kak,kau nak mengugut dia agak-agaklah.Jangan buat depan abang-abang dia," selit Rykal.

Fatin dapat merasakan mata-mata yang merenungnya tajam.Tak pula dia berani membalas.

"Kau tunggu kau"

Eyra tersandar di dinding.Salahnya ke umi dilanggar?Salah orang lain,tapi dirinya tetap dipersalahkan.Apa lagi yang Kak Fatin tak puas hati?Apa?!

Akhirnya Eyra duduk menangis.Jadi baik salah,jahat salah.Apa yang boleh dilakukannya lagi?Berputus asa dengan hidup?

"Eyra,meh dekat walid," seru Encik Hadi.

Gadis yang tidak dapat menahan sebaknya mula menghamburkan segalanya di pangkuan lelaki bergelar bapa.Kepalanya diusap.Tangan kiri Encik Hadi masih setia mengurut dada.

"Walid tahu Eyra tak boleh bahagia lagi dengan Fairul.Walid tahu.Tak apa,walid tahu cara nak bahagiakan Eyra balik.Tunggu ye Eyra"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top