EYRUL 53

Eyra pov

BENCI!Ya,itu yang aku rasakan saat ini.Puncak kebencianku sudah mencecah tahap paling atas.Sepertimana dalamnya Jurang Mariana,sedalam itulah benci aku pada suamiku.

Bagiku,apa yang dilakukannya semua jahat!Sampai hati dia langgar umi!Kalau benci aku sekalipun,kenapa umi yang terlibat?!Adakah ini semua karma bagiku?

Eh,aku tak suka karmalah!Kurma je aku suka!Sedap!

Saat dia menolak umi menggunakan kaki,terasa maruahku dipijak!Orang yang lahirkan aku telah dipijak oleh seorang yang aku tak suka!

Aku menoleh ke sisi.Kelihatan adik-beradikku yang lain duduk menangis risau.Pertama kali aku lihat abang-abangku mengalirkan air mata.

Erni ku peluk erat.Aku tak mahu Erni kehilangan umi di usia muda.Aku juga tak sanggup lihat Erni tidak beribu sedangkan remaja sebayanya yang lain lengkap berkeluarga.

Basah tudungku dengan air matanya.Umi di dalam sedang bertarung nyawa.Terlihat sahaja darah umi yang banyak semasa dilanggar,aku rasa mahu merobek-robek jantungnya.

Jika umi perlukan darah,aku sumpah!Aku akan menadah satu baldi darah jantan keparat itu!Rykal yang duduk disebelah Erni,aku pandang sayu.

Mahu buat laporan polis?Tak nak!Biar dia hidup dalam bayangan kesalahan!Sebab dendam,dia sanggup mempergadaikan nyawa umi.

"Rykal," rintihku.

Kalau Rykal itu halal bagiku,sudah lama aku menghamburkan tangisan dalam dakapannya.Ingin sahaja aku memeluknya tapi tak boleh.

"Eyra,aku minta maaf.Kalau aku dengar cakap Fairul supaya tak jumpa kau lagi,umi tak akan dilanggar," luah Rykal.

Aku segera menggeleng.Wajah itu aku tenung dalam-dalam mencari keikhlasan.Jujur aku katakan,sepanjang hidupku,lelaki yang paling ikhlas denganku selain keluarga aku ialah tak lain tak bukan,Rykal.

Kadangkala terbit perasaan marah dalam diriku.Kenapa tuhan tak mempertemukan aku dan Rykal dahulu sebelum Fairul?Dan kenapa mesti Iman menjadi pilihan Rykal?

Namun aku sedar,ini semua takdir-Nya.Ada hikmah aku bertemu suamiku. Hikmahnya,pengalaman hidupku dengannya mengajar aku erti kekuatan sekaligus mengubah cara hidupku yang bongkak sebelum ini.

"Kau tak salah Kal.Kau terlalu baik bagi aku.Lepasni aku minta,balik dengan Iman kembali.Tak payah tolong satukan kami balik.Kau buatlah apa pun,hati aku dah tertutup," pintaku.

Rykal kelihatan tersentak.Terkejut agaknya macam mana aku boleh tahu rancangannya.Kalau tak kerana Iman terlepas kata,tak adalah aku tahu motifnya.Terima kasih Iman.

"Umi!"

Jeritan seseorang mengejutkan kami dari lamunan.Tegak kepala kami mencari punca jeritan itu.Tak aku sangka dia kembali lagi ke sini selepas apa yang terjadi.Tak tahu malu ke?

"Umi!" jerit Fairul dalam tangisan.

Izzat mula bangun.Dihampiri Fairul yang meraung di hadapan pintu wad kecemasan.Suamiku diseret olehnya tanpa belas kasihan.

Dulu memang aku mengasihaninya jika dia disakiti,tapi kini,menyebut namanya pun aku jijik!Apatah lagi kesian akan dirinya.

Kolar bajunya dicekak Izzat.Mencerlung mata Izzat memerhatikan wajah lebam Fairul akibat ditumbuk Izzi.

Tak apa!Kali ini biarlah Izzat yang mengambil giliran untuk menghias wajahnya.

"Kau buat apa lagi dekat sini hah syaitan?!Siapa lagi yang kau nak cuba bunuh?!" tengking Izzat.

"Aku nak jumpa umi!Nak minta maaf!Bukannya nak jumpa kau!Bagi aku jumpa umi!Aku nak umi!"

"Hei bodoh!Aku ni anak jantan dia tau!Kau nak jumpa dia,langkah dulu aku!" jawab Izzat.

"Eyra,tolong aku.Cakap dengan abang kau,aku nak jumpa umi.Aku tersilap!Aku tak sengaja!Aku nak terangkan semuanya!"

Rykal segera menghalangku di belakang tubuhnya.Mengelak Fairul daripada mendekatiku.

"Jangan panggil dia umi!Mulut kau ni tak layak memanggil-manggil mak aku!Kau bukan anak dia!" sampuk Izzi.

Erni tanpa isyarat terus menerpa ke arah Fairul yang masih lagi dicekak oleh Izzat.Tak sempat aku menghalang,Erni sudah bertindak seperti orang gila.

"Abang Fairul jahat!Kejam!Gila!Kenapa langgar umi?!Apa salah umi?!Kenapa libatkan umi dalam masalah abang dan kakak?Kenapa?!"

Adikku terus-terusan melepaskan amarah di tubuh suamiku.Izzat melepaskan cekakkan itu bagi memberi ruang kepada Erni.

Fairul menghalang serangan Erni dengan tangannya.Apabila tahu Erni seakan tidak berhenti,ditolak kasar gadis kecil itu sehingga tubuh Erni menghentam dinding.

Kami serentak pergi ke arah Erni.Kurang ajar punya jantan!Selepas aku,umi dan diikuti oleh Erni.Walid,Izzat dan Izzi tak nak pula disentuhnya.Nampak sangat dia pengecut!Berani dengan perempuan sahaja.

Tiba-tiba aku ditarik olehnya menjauhi Erni.Rykal ingin membantu tetapi ditegah olehku.Aku mahu dengar apa yang ingin dikatakan Fairul.

"Eyra!Aku minta maaf!Aku nak langgar kau,tapi terlanggar umi!Sumpah aku tak perasan.Niat aku nak bagi pengajaran pada kau je sebab menggatal dengan Rykal!Aku minta maaf!Aku tak nak jadi pembunuh!"

Wajahku dipegangnya.Bau darah umi yang melekat di tangan Fairul menyengat hidungku.Aku menahan rasa.

"Eh tak apa.Bukan salah kau.Ini semua salah aku.Aku maafkan kau," kataku.

"Eyra!"

Yang lain seolah-olah tidak dapat menerima kata-kata maafku.

"Eyra,betul ke ni?Terima kasih sayang," ucapnya.

Aku tersenyum sinis melihat senyuman kegembiraannya.Dakapan Fairul aku biarkan tak berbalas.

"Betullah tapi dalam mimpi aku je," ujarku.

Fairul melepaskan pelukannya.Luntur senyumannya sebentar tadi.Huh,rasakan!Ingat kau seorang je boleh main-mainkan aku?Kau silaplah Fairul!

"Eyra,kenapa kau main-mainkan aku?Aku kecewa"

Aku menjauhinya sedikit.Dalam fikiranku sudah terbayang yang dia bakal mengeluarkan pisau lipat dari poketnya dan menusuk perutku semasa aku sedang leka.Iyalah,kerjanya tak terlunas untuk langgar aku.Dia boleh pakai cara lain.Yang lebih halus.

"Kau baliklah.Menyampah kami tengok muka penjenayah macam kau," halau Izzi.

"Aku akan buat apa je supaya kaukrang maafkan aku.Tapi,jangan report polis!Aku tak nak meringkuk dalam penjara," rayunya.

"Tak,aku takkan buat report.Kau jangan risau eh," pujukku berpura-pura.

"Terima kasih Eyra!Kaulah isteri terbaik!Kau faham aku"

Geli aku mendengarnya.Aku isteri terbaik?Bukan dulu dia pernah mengatakan yang aku ini jahat dan pembunuh ke?

"Report tak sesuai untuk orang baik macam kau.Satu-satunya yang sesuai untuk kau adalah NERAKA!"

Dia terdiam.Ditutup wajahnya dengan tangan yang sudah kering dengan darah sambil menggeleng.

"Aku tak nak masuk neraka," bilang Fairul.

"Dahtu kenapa tak fikir dulu sebelum buat?!" sampuk Rykal.

"Sebab aku geram!Geram dengan kau dan Eyra!Aku emosi sampai tak sedar itu umi.Aku sayang umi"

"Baliklah kau dengan keluarga kau dan Liyana.Bagus kau ni.Mengotakan janji.Darah dibalas dengan darah,nyawa mak dibalas dengan nyawa umi.Tahniah," perliku.

Kini,kata-katanya tanpa sedar telah memakan dirinya.Fairul terngadah.

"Tapi umi belum tentu mati,belum tentu aku ni pembunuh"

Suamiku masih lagi tidak mahu mengalah.Dia ni berhati apa sampai tidak boleh terima kenyataan?

"Terima jelah kenyataan yang kau sama level dengan adik aku.Dua-dua pembunuh," kata Izzat.

Ya,walaupun pahit untukku telan,kata-kata Izzat memang betul.Jadi,Fairul tak boleh berterusan menyalahkan aku selepas ini kerana dia pun setanding denganku.

Kakinya dihentak-hentak ke lantai sambil berkata,

"Aku minta maaf!Aku salah!Tak sengaja!Aku ego!Maaf!Maaf"

Berulang kali tanpa henti.

"Apa kauorang semua buat kat sini?"

Seseorang mencelah.Sesak diriku memandang gerangan itu.Walid.

"Mana umi?" tanya walid

Tiada sesiapa pun mahu bersuara.Aku memerhati plastik di tangan walid.Makin laju air mataku.Hanya aku seorang sahaja yang mengetahui apa isi plastik itu.

Walid dengan pantas menyorokkan plastik itu ke dalam poketnya apabila menyedari pandanganku.

Di sini rupanya walid setiap pagi.Patutlah tidak melekat di rumah.

"Walid buat apa dekat sini?Plastik apa tu?" soal Erni.

Izzat,Izzi dan Rykal mengangguk.Seperti diriku,mereka pun perasan akan plastik itu.

"Apa jantan goblok ni buat kat sini?Apasal nangis-nangis ni?Ada apa-apa yang walid tak tahu ke?"

Masing-masing berpandangan sesama sendiri.Takkanlah mahu berdalih.Walid pun sudah ada di sini.Tapi aku takut kondisi sakitnya makin teruk jika mendengar berita ini.

Akhirnya,Izzat sebagai anak sulung mula bersuara.

"Umi kena langgar dengan Fairul dekat depan rumah"

Walid jatuh ke lantai.Ditepuk-tepuk dadanya menahan nyeri.Kami mendekati walid diikuti Fairul.

"Walid," panggil Fairul risau.

Rykal menolak Fairul jauh dari kami.Baru nak rasa menyesal?Sudah terlambat!Segala-galanya hancur kerana dia!






Mana readers yang lain?Munculkanlah diri anda dengan komen 😢

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top