EYRUL 52

Fairul pov

AKU terjaga dari lena yang panjang.Pukul satu tengahari barulah aku terjaga.Terasa pening kepalaku akibat tidur yang lama.Aku bukannya tidur awal pun semalam gara-gara pergi mengintip dua ekor beruk yang menyakitkan hati,mental,fizikal aku.

Entah macam mana boleh bergaduh dengan Rykal.Bukanlah bergaduh besar tapi Rykal memang melampau.Tak cukup ke peluang yang aku bagi untuk dia melekat dengan isteri aku?

Dah bagi betis nak paha.Dah bagi dating,nak suruh aku lepaskan Eyra.Memang aku tak berniat nak ceraikan isteri aku pun.

Bila cerai,dia boleh berkahwin dengan lelaki lain atau lebih tepat Rykal dan mengecap bahagia.Perempuan macam dia mana boleh bahagia.Tak layak!Tak kena Eyra dan bahagia.

Aku sakit hati bukan kerana cemburu.Itu pun kerana aku tak suka tengok perempuan tu bahagia.Dengan Rykal pula tu!Saudara dan kawan rapatku.

Tak sanggup aku lihat Rykal memperjudikan masa depan dia bersama Eyra sebab dia bukanlah wanita yang baik.Silap hari,makcik saudara aku pula yang dibunuhnya.

Kita haruslah mencegah sebelum terlambat.Sebab itulah aku ia-ia menghalang dan memarahi Rykal.Aku takkan benarkan perempuan sepertinya atau lebih tepat pembunuh bercampur dengan keluarga atau keturunanku.

Silap langkah,semua bertemu ajal.Pembunuh ni bila sampai gian dia,sesiapa sahaja boleh dibunuhnya.Macam mana aku boleh tahu semua itu?Dah ada bukti terdekat.Siapa? Eyralah.

Menyesal pula aku melempar telefon Rykal semalam.Akibat rasa cemburu,eh rasa marah,tanpa kawalan aku membaling telefon mahal itu.Semuanya kerana Eyra.

Tak apalah nanti aku minta maaf dan gantikan yang baharu.Setakat telefon dia tu,aku boleh bagi sepuluhlah.Aku kan kaya,tapi tak tunjuklah.

Tak pasal-pasal Eyra datang bunuh aku pula.Aku tahu orang lain muak mendengar aku memfitnah isteriku.Tapi apa aku peduli?Aku takkan pernah bosan menghinanya.

Ada cara untuk hentikan aku.Caranya,bagi balik mak aku.Hidupkan balik mak aku.Buat apa aku maafkan dan berdamai dengan isteriku sedangkan aku tak dapat balik mak aku?

Dia bahagia,aku terseksa.Mana boleh sebegitu!Aku ni dah puas menderita sejak kecil.Tengok mak ayah bergaduh pasal duit, hidup susah.Eyra pula daripada kecil dapat semua.

Dapat ibu bapa yang bahagia,hidup mewah,apa nak dapat.Kongsilah bahagia tu dengan aku.Takkan nak monopoli semua?

Mahu anggap dia isteri pun aku tak sudi apatah lagi maafkan dia.Baik lagi Liyana walaupun kaki kikis. Sekurang-kurangnya,perempuan gedik tu tak ada rekod membunuh!

Setelah puas termenung di katil,aku turun ke bawah.Kelibat Rykal dicari.Puas mencari di bawah,aku mencari di atas pula.Tombol biliknya aku pulas.Jenguk sahaja ke dalam,Rykal tiada juga.

Ke manalah dia pergi?Dapur dituju.Aku meneguk segelas air masak.Seketika aku teringat pasal semalam.Belum sempat Eyra bercakap dengan Rykal aku merampas telefon itu.

Sah!Sah Rykal jumpa Eyra!Ke mana lagi Rykal mahu pergi?Dia ni tak faham bahasa ke?Aku dah kata jangan jumpa betina tu,dia degil!Konon cinta mati!

Tiba-tiba amarahku naik.Tak guna!Ugutan aku diabaikan!

"Kauorang tunggu aku.Cari pasalkan?Mampus kau Eyra"

Setelah berjaya mencari apa yang dikehendaki,aku terus memandu ke rumah walid.Si Hadi tak guna tu tak reti ajar anak dia supaya hormat keputusan orang ke?

Nasiblah subuh tadi aku sudah mandi.Sudahlah sekarang tengahari,matahari tegak atas kepala,lepastu hati aku menggelegak.

Kereta diberhentikan jauh sedikit dari rumah itu.Dari jauh aku boleh melihat Rykal,Eyra dan umi berbual di luar kereta Rykal.

Melihat kepada pemakaian mereka,mereka seperti mahu keluar bersama.Sejak bila isteriku pandai bertudung dan berjubah ni?

Sama dengan cara pemakaian umi.Sudahlah saiz badan sama,tak dapat aku bezakan mana umi mana Eyra dari belakang.

"Tak boleh jadi ni.Aku sendiri tak pernah lepak dengan mak mentua aku,dia pula dapat dahulu"

Kelihatan Eyra dan Rykal bertepuk tampar dan bergurau senda.Walaupun aku tak boleh dengar apa yang mereka kata,dari riak wajah Eyra pun aku boleh tahu dia sedang gembira.

Aku tersenyum sinis.Idea jahat mula timbul dalam benakku.Eloklah tu.Dia pun tengah berdiri di tengah jalan.

"Aku dah bagi amaran,kau abaikan.Tak apa aku ada cara lain"

Dengan lafaz carutan,aku menekan pedal minyak.Kereta dipecut laju ke arah mereka.Nak buat benda jahat takkan nak mulakan dengan lafaz bismillah.

Melonjak riang hatiku dapat membuat kerja keji ni.Memang ini yang harus dirasakan oleh perempuan tu!

Jarak kami semakin hampir.Gila semakin menguasaiku.Semua yang ada dihadapanku,aku hanya nampak Eyra.Mungkin kerana marah.

Bammmm...

Hahahahaha!Aku dah langgar dia!Dia dah kena langgar dengan aku!Dia dah cedera atau mati!Hahahahaha!

Aku lihat Rykal kelam-kabut masuk ke rumah memanggil entah sesiapa di dalam.Aku keluar dari kereta tanpa rasa gentar.

Nak report polis?Reportlah!Aku tak takutlah!

Aku tergelak besar melihat tubuh yang terbaring tidak sedarkan diri di kakiku.Punyalah laju aku bawak tadi,mestilah hentaman kuat!

Banyak siot darah yang keluar!Satu kepuasan bagi aku.Umi pula duduk meraung di hadapan tubuh Eyra.

Maaf umi,aku terpaksa buat macam ni.Siapa suruh tak nasihatkan anak?Aku mendekati mereka tanpa memandang sedikit pun pada umi.

Aku menolak tubuh itu dengan kakiku.Nak mati,muka tu hadaplah depan baru aku puas dan suka.Ini tak,badan dan muka melekap di tar.Tak pasal-pasal satu kerja nak terbalikkan.

Terpusing sahaja tubuh itu,aku tersentak.Kejap,aku plan tadi nak langgar Eyra tau tapi yang terbaring umi.

Aku beralih pula pada wanita yang meraung yang aku sangka umi tadi.Aku menoleh takut-takut pada dia yang memandang aku.Mata kami bertentangan.

Serta-merta badanku menggigil melihat gerangan itu yang dipenuhi darah pada tangan dan pakaiannya.Air matanya lebat mengalir tanpa henti.

"Ey...Eyra!"

Kakiku lemah.Aku jatuh melutut menyembah bumi.Ya tuhan apa yang aku dah lakukan ni?Aku dah tersilap orang!Yang aku langgar umi bukan Eyra!

Plot twist apakah ini?Aku mendekati tubuh yang kaku itu dengan gigilan yang dahsyat.Disentuh tubuh itu.Aku menggeleng tidak percaya.

Adakah aku ni sama je seperti Eyra?Pembunuh?Tak!Tak mungkin!Aku tak jahat nak bunuh orang!Aku sekadar nak bagi pengajaran dan amaran je!

"Uuu..umi," panggilku.

Tubuh itu digoncang-goncang. Tolonglah!Jangan buat aku risau!

"Umi,bangun mi.Rul tersilap orang umi.Buka mata umi," kataku dalam ketakutan.

Tiba-tiba badanku ditolak kuat.Aku tak mampu membalas kerana terlalu terkejut.Ini semua mengejutkan!

"Tersilap orang kau kata?Tersilap?!Hey,jantan tak guna!" jerit Eyra.

Aku membiarkan dia menyumpah serta memukul-mukulku dan mataku masih difokuskan pada umi yang tak sedarkan diri.Ramai jiran menggerumuni umi dan Eyra.

Satu tumbukan hinggap di wajahku.Terganggu fokusku.Kelihatan Izzi memandangku dengan mukanya yang merah padam.

Izzi membelasahku.Yang peliknya aku tidak melawan.Aku hanya menerima dengan fikiran masih lagi terarah kepada umi.

"Kau jantan gila!" tengking Izzi.

Jeritan Izzi membuatkan fikiranku melayang.Bertubi-tubi tumbukan yang aku dapat.

"Aakuuu tak sengajalah!" jeritku.

Terus-terusan Izzi membelasahku.Dengan kudrat yang ada,aku menolaknya bangun dari tubuhku.Aku merangkak ke arah Eyra.

"Eyra,aku tak sengaja!Eyra!Tolong aku!Aku takut!" rintihku sambil memegang tangannya.

Tubuh umi dikendong Izzat sambil diiringi Rykal.Aku bangun menahan mereka daripada pergi.

"Umi!Umi!" ratapku.

Tendangan kuat mengenai dadaku.Rykal pula yang mengambil tugas Izzi membelasahku.Tak cukup dengan itu,kepalaku ditolak.

"Kau berambus!Kalau umi aku mati,aku cari kau!" jerit Eyra.

Belum sempat aku berkata apa,mereka berdua sudah masuk ke dalam kereta sementara Rykal sedang tergesa-gesa berbicara dengan seorang wanita muda sebelum turut sama melangkah pergi.

Bisa di wajahku tidak dipedulikan.Aku juga memandu laju ke arah hospital.Apa aku dah buat ni?Kenapa semuanya terbalik dan makin rumit?

Aku takut!Takut!Aku sayang umi!

"Umi,Rul silap orang!Rul tak sengaja!"

Air mataku jatuh bercucuran.Ya Allah,apa petanda untuk semua ini?!






Lagi beberapa bab nak habis 😢

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top