EYRUL 51

"LAMBAT balik," tegur Fairul.

"Eh,tak tidur lagi?Pergilah tidur.Kau kan penat baru balik dari dating juga"

"Kenapa balik lambat?" tanya Fairul dingin.

Melihat sahaja wajah Rykal yang bersahaja,makin membuatkan amarahnya naik mencanak.

"Dating bro.Mana boleh cepat-cepat nanti rindu"

"Esok lusa boleh jumpakan?Apa yang nak dirindukan?" soal Fairul.

"Sibuk pasal hal aku dengan Eyra kenapa?Jealous?"

Rykal melemparkan pandangan sinis kepada Fairul.Baru sekarang nak jealous?Dasar lelaki kurang zat besi!

"Eh tak!Aku risau pasal kau je.Mana tahu kena culik ke rogol ke.Susah nanti kalau kau mati.Nanti duit sewa aku tanggung sorang," kalih Fairul.

Rykal mencebik.Eleh,tak nak mengaku pula.Dasar lelaki kurang kalsium!

"Baguslah tu.Suka untuk aku ingatkan,Eyra aku punya.Bila kau nak lepaskan dia?"

Soalan Rykal membuatkan Fairul meninggikan suaranya.Kurang ajar punya jantan!Tak terlintas langsung di fikirannya mahu bercerai.

"Apa ni?!Dia isteri aku tau!"

"Kalau dia isteri kau,kenapa kau boleh biarkan aku dan dia bersuka ria keluar sama-sama?"

Rykal masih tenang.Mengelakkan diri dari bergaduh besar.Jika perlu,barulah dia akan bertindak.

"Sebab aku nak tengok sejauh mana kauorang boleh tipu aku.Kau ni pengkhianatkan?Keji," kata Fairul.

"Kau tu yang pengkhianat.Kau khianati cinta Eyra.Padan muka kau!Dia dah beralih hati pada aku.Lepastu lagi mau marah.Aku boleh je pasang dua,Iman dan Eyra.Dua-dua aku sayang.Lagipun diaorang berdua dah setuju"

"Kaki perempuan!Suka hati je nak pasang dua"

"Kau cakap dengan diri sendiri ke?Kau pun lebih kurang.Dah ada Eyra sibuk pasang satu lagi.Perangai buruk pula tu.Aku pasang dua,at least dua dua menyenangkan hati," jawab Rykal.

"Aku tak kisah!Kau jangan jumpa dia lagi!Aku dapat tahu,betina tu aku belasah!" ugut Fairul.

Kesabarannya sudah tidak dapat ditahan.Lain yang dirancang,lain yang jadi.Rancangnya dalam masa beberapa hari,barulah dia akan menyerang.

Disebabkan Rykal sudah mula bertanyakan soalan yang menaikkan marahnya,semuanya terlepas malam ini.

"Belasah?Kau jangan lupa aku pun lelaki.Aku boleh protect dia.Ingat kau seorang je boleh?"

"Bodohkan kau ni?Tak rasa berdosa ke ambil isteri orang?"

"Wah kau cakap pasal dosa dengan aku?Kau tu yang berdosa.Sakitkan hati bini sendiri dan pergi bercuti berdua-duaan dengan perempuan lain"

"Dia tunang aku.Salah ke?"

Belum sempat Rykal mahu bertekak,telefonnya berdering.Tertera nama Eyra di situ.Bagus!Tepat dengan situasi sekarang!Boeklah Eyra!Ini yang makin sayang ni!

Pembesar suara sengaja ditekan.Mahu melihat reaksi Fairul.

"Hi baby girl.Aik,baru je balik,dah rindu ke?"

Eyra tertawa di corong telefon.Turun naik nafas Fairul mendengar tawa manja itu.

"Mana ada sayang.Nak cakap ni yang..."

Fairul merampas telefon itu.Ditekapnya di telinga.Pekaklah telinga kau Rul.Dahlah pasang loud speaker.

"Eh kau!Kalau aku jumpa kau,mampus aku kerjakan!Pergi matilah!"

Setelah itu telefon Rykal dicampak ke dinding.Beraninya mereka bermesra di hadapannya.

"Rul!Kesian baby girl aku.Tak sempat dia nak cakap,kau dah mencelah"

Rykal tidak melenting apabila gajetnya dirosakkan.Apa ada hal?Telefon boleh diganti,Eyra tak akan sesekali boleh digantikan.

"Last warning,sekali kau dekat dengan dia,kauorang berdua lunyai"

Fairul melangkah pergi sementara Rykal menguntum senyuman kemenangan.Menang dalam pertarungan ini.

"Awal-awal lagi dah kecut!Marilah fight dengan aku!" jerit Rykal mencabar Fairul.

Namun kesepian menyelubungi Rykal.Tahulah dia bahawa Fairul sudah naik angin.

"Sabar eh Eyra.Sikit masa je lagi"

🐂🐂🐂🐂🐂

EYRA menjauhkan telefon.Berkerut mukanya memikirkan persoalan yang bermain di fikiran.Baru sebentar tadi dia seperti terdengar suara Fairul di balik talian.

"Takkan dia dah balik?" monolog Eyra.

Dia baru tersedar akan keterlanjurannya memikirkan tentang suaminya.

"Ah,kisah apa aku.Dia balik ke tak balik ke sama je.Tak ada guna"

Kalau benarlah itu Fairul,lelaki itu makin merumitkan keadaan.Dia menelefon Rykal tadi bukan kerana rindu.Dia cuma mahu Rykal menghantar dompetnya ke rumah.

Tak perasan pula dompetnya tertinggal di kereta Rykal.Mungkin kerana fikirannya melayang kepada katil dan bantal.

Penat juga Eyra melayan karenah Rykal.Nak pergi situlah,sinilah.Eyra ikutkan sahaja asalkan dapat balik.

Alah,kalau bukan Rykal yang melayannya seperti puteri,siapa lagi mahu buat?Fairul?Uishh,simpang malaikat 44 lah!Sis tak naklah!

Lamunan Eyra terhenti apabila mendengar tapak kaki berjalan ke arah dapur.Dia memandang gerangan itu.Walid rupanya.

"Walid tak tidur lagi?"

"Tak walid nak minum air kejap"

Terbatuk-batuk orang tua itu.Sekejap dadanya ditumbuk.Sekejap pula tekaknya diurut.Jatuh kasihan Eyra memandangnya.

"Walid okay tak ni?"

"Hah okay je.Biasalah orang tua batuk-batuk"

Eyra dapat merasakan Encik Hadi berkata bohong.Walaupun walidnya sudah menginjak hampir enam puluh tahun,Encik Hadi masih aktif dan sihat.

Cuma kebelakangan ini,Encik Hadi kerap batuk-batuk.Kerap berpeluh pada waktu malam.Padahal penghawa dingin sentiasa terbuka selalu.

Encik Hadi juga kerap keluar pada siang hari?Nak kata pergi kerja,Izzat,Izzi dan dirinya sudah cukup untuk meneruskan kerja walid mereka.

Lepas seorang,seorang lagi menjadi perahsia.Tolonglah,muak tahu tak?

Melihat Encik Hadi yang merenungnya,Eyra meminta diri.

"Iyalah,Eyra naik atas dulu," pamit Eyra.

"Eloklah tu.Rehatlah.Esok nak teman umikan?"

Eyra mengangguk.Teringat janjinya pada Puan Wahidah untuk meluangkan masa bersama-sama.Tak lupa juga Erni.Girls Daylah katakan!

Encik Hadi memerhati langkah anaknya.Ingin memastikan hanya dia berseorangan di dapur.Setelah pasti tiada sesiapa,dia menuju ke arah kerusi dan meletakkan kerusi itu di hadapan kabinet atas dapur.

Dicapai sebiji botol kecil.Dilihat isi botol itu.Cukup-cukup dua biji.Esok dia harus dapatkan yang baharu.

Orang tua itu turun dengan berhati-hati.Segelas air masak diteguk.Selepas itu dia membuang botol itu ke dalam tong sampah kecil.Botol itu dibalut menggunakan tisu.

Cukup sekadar mengaburi mata yang lain.Eyra yang mengintip dari balik dinding tertanya-tanya tentang apa yang dimakan walidnya.

"Apa tu?"

Encik Hadi akhirnya meninggalkan dapur.Lalu dengan pantas Eyra mengambil botol itu.Dibelek sebentar botol sebelum dibawa naik ke dalam bilik.

"Ini biasanya botol ubat ni," teka Eyra.

Tapi ubat apa?Walid mana sakit.Setakat sakit sendi,rasanya tak payah telan ubat.Label pada botol itu dibacanya dengan tekun.Macam mana nak sebut ni?Punyalah pelik.

"Isoniazid?Yazid mana ni?"

Laki siapalah si Yazid ni?Eyra membuka google.Ditaip maksud Isoniazid.Tak sampai beberapa saat,terpampang maklumat yang dikehendakinya.

Satu link ditekan olehnya.Eyra membaca dengan teliti info yang disediakan.

"Isoniazid ialah ubat untuk pesakit..."

Eyra tidak dapat meneruskan kata-katanya.Otaknya seakan berhenti berfungsi.Tersekat-sekat nafas dan suaranya.Badan pula seolah menggigil.

Kenapa?Kenapa dirinya diuji sebegini rupa?Mengapa harus dirinya?Eyra menangis teresak-esak bersendirian di bilik.

Kenapa walid merahsiakan ini?Tak ke Encik Hadi tahu dengan berdiam diri akan menyebabkan hati anak isterinya terluka.

Carian menunjukkan isoniazid ialah ubat untuk pesakit Tibi atau batuk kering.

"Sampai hati walid"






Happy New Year!💖💖💕💕

Yang mana masih bersekolah,selamat maju jaya!!!!

Take attention dekat walid tau.Penyakit dia ni akan wujudkan perkara yang tak disangka-sangka.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top