EYRUL 50
"PENGKHIANAT!"
Terhenjut bahu Liyana melihat Fairul mengamuk.Lelaki itu membaling telefonnya dan menghentak-hentak stereng kereta.
Fairul mengetap gigi.Terhiris hatinya apabila terlihat gambar mesra Eyra dan Rykal.
Sepatutnya kena mulakan pagi dengan senyuman.Ini tak,mulakan dengan kemarahan.
"Bie,ini kereta sewa tau.Yang hentak-hentak macam kereta sendiri dah kenapa?Hilang akal eh?"
Lipstick dikeluarkan dari beg tangan.Dioles bibir itu dengan warna merah menyala.Sekali pandang bibir Liyana macam berdarah.
Tidak dipedulikan amarah Fairul.Yang pasti,dia mahu membeli-belah hari ini.Tidak boleh tak jadi!Fairul dah janji.
Tidak akan dibiarkan kemarahan Fairul menghancurkan niatnya untuk membeli sakan.Buat rugi masa je dia tinggalkan kekasihnya di KL semata-mata dia ke Langkawi kerana rancangannya bersama Kak Fatin.
"Marah-marah juga.Janji bie jangan lupa," kata Liyana.
Kata Liyana tidak diendahkan. Matanya masih lagi tak boleh memadam gambar-gambar mesra itu.
Gambar Rykal dan Eyra memakai baju couple,gambar mereka keluar makan,gambar mereka di pantai dan tak dilupakan video Eyra merajuk dengan Rykal dan sesi pujuk-memujuk berlaku.
"Sepatutnya itu aku!"
Jerit hati kecilnya.Terasa dirinya dikhianati oleh rakan sendiri!Menyesal dia tidak mengecas telefon.Kononnya tidak mahu diganggu sesiapa.
Kalaulah awal lagi dia cas,mesti kemesraan mereka tidak berterusan.Bukan main gembira wajah mereka.Peliknya,Iman turut menyertai mereka tanpa rasa marah.
Elok sahaja wanita yang bernama Iman itu bersama-sama menikmati kemesraan kekasihnya dan Eyra.Tak ada perasaan ke budak Iman tu?Sanggup tengok kekasih dirampas orang.
"Bie,dengar tak ni?!" tengking Liyana.
Nak shopping!Lagi pula,dia sudah berjanji dengan kekasihnya untuk membeli buah tangan dari Langkawi.Mestilah nak bagi yang mahal dan gempak!
Rugilah beli yang murah sebab lelaki di sebelahnya kaya orangnya.Jika yang murah,baik dia pergi dengan apek jual ikan!
Fairul mengeluarkan segumpal duit kertas.Dibaling duit itu di wajah Liyana.Satu not lima puluh ringgit melekat di bibir melekit Liyana.
"Keluar.Aku nak balik harini," arah Fairul.
"What?Takkanlah bie nak tinggalkan sayang seorang diri dekat Langkawi?" soal Liyana gelabah.
"Kau nak apa lagi?Duit nak shopping aku dah bagi ,sekali dengan duit nak balik KL.Dua hari je lagi dekat sini.Apa yang payahnya?"
"Ohh,cakaplah duit shopping.Hah,bie pergilah balik.Sayang boleh uruskan diri," halau Liyana.
"Cis,mata duitan!Aku harap duit tu hilang!"
"Pandailah jimat.Kalau duit tu habis,jangan pula kau mengadu dekat Kak Fatin yang aku tinggalkan kau.Pergilah tolong mana-mana Makcik jualkan nasi lemak dorang"
"Tahulah I nanti," kata Liyana.
Jangan panggil dia Liyana Semput kalau dia tak bijak.Mestilah wang yang diberi Kak Fatin dibawa.Banyak tu!Gila nak simpan?Kenalah berbelanja!
"Tahu,tahu!Aku tak nak aku balik nanti keluar berita 'Wanita Semput Dijumpai Berseorangan Merayau Seperti Orang Gila' eh"
"Eh bie!Nanti-nantilah ceramah tu!Sayang nak tahan teksi!Bye bie!Sayang shopping dulu!Muahh!" laung Liyana.
Wanita itu menahan sebuah teksi.Fairul terus memecut laju ke homestay yang didudukinya. Mengemas barang dan segera pulang.
Eyra perlu diberi pengajaran!Patutlah sudah putus asa dengan dirinya.Dah ada Rykal rupanya.
Baginya,Eyra sengaja menjalinkan hubungan dengan lelaki yang rapat dengannya untuk menyakitkan hatinya.
Ya,Eyra berjaya!
"Siap kau Eyra"
🐂🐂🐂🐂🐂
RYKAL menilik penampilannya sekali lagi.Perfect!Tak sabarnya mahu berjumpa Eyra!
Minyak wangi disembur.Takkanlah nak sembur minyak masak.Nak date dengan perempuan,kenalah wangi-wangi.Kalau busuk siapa je yang nak?
Rykal turun ke bawah.Satu cahaya menerobos masuk ke dalam rumah.Rykal menyelak langsir.Macam kenal kereta tu.
Itu set-set kereta ahlong!Tapi,Rykal mana ada berhutang.
"Fairul?"
Rykal menyebut nama sepupunya setelah melihat jejaka itu.Oh,kereta Fairul memang set-set ahlong.
Pintu segera dibuka.Ditenungnya wajah Fairul yang baru keluar.Seketika dia menyembunyikan senyumannya.
"Panas letuww tengok gambar aku"
"Eh Fairul?Bukan lusa ke kau balik?" tanya Rykal pura-pura pelik.
"Duit dah habis,itu yang aku balik" kata Fairul tenang.
Mahu sahaja ditumbuk dan dibelasah lelaki yang sama tinggi dengannya.Dah terbayang akan keadaan Rykal jika menerima tumbukannya.Mesti sadis!
Tapi,dia perlu berlagak tenang.Apa-apa pun isterinya dahulu yang harus diajar.Setelah itu,beralih pula pada saudaranya.
"Liyana?"
"Aku tinggalkan dia kat sana.Mampus dialah," jawab Fairul.
Ikutkan hati,dia mahu segera naik ke atas dan mengelakkan diri daripada Rykal.Takut terlepas amukan jika sudah tidak tahan.
"Lah,kesian dia.Kau dah kenapa tinggalkan perempuan.Cukuplah kau tinggalkan bini kau"
Rykal sengaja menaikkan api kemarahan Fairul.Mahu lihat sejauh mana ego lelaki ini.
"Suka hati akulah.Kau nak ke mana ni?Handsome wangi semacam"
Menggelegak jiwanya mendengar perlian Rykal.Dia cuba untuk membuat tidak tahu.
"Sabar Rul,sabar.Dia kawan kau"
"Aku nak pergi dating dengan Eyra.Kau pun tahukan kitaorang mesra sejak akhir-akhir ni.Aku yakin kau dah tengok gambar kami.Eyra semakin cantik sejak dia lupakan kau.Iyalah,aku dah jadi pengganti.Iman pun sokong"
Fairul menyembunyikan penumbuknya.Wah,ini melampau!Eyra dah lupakan dia siap-siap.
"Pergilah.Jangan balik lambat.Teman aku"
Senyuman diukir.Rykal kelihatan berpuas hati.Sikit masa je.Dia tidak kisah jika di cederakan oleh Fairul asalkan mereka bersatu.
"Aku tak janji.Biasanya kalau kami keluar malam,pagi baru balik.Happy sangat sampai lupa yang lain"
"Tak apalah.Enjoylah.Aku masuk tidur je"
Ya Allah!Sakitnya hati,jiwa dan raga Fairul!
"Okay!Kalau nak makan,aku dah masak kat dapur"
"Kau dah makan?"
"Belum"
"Jomlah makan dulu.Nanti perut bunyi time dating,buat malu je"
Namun,kata-kata Fairul tak mampu menyakiti hati Rykal.Malahan dia pula yang berasa begitu setelah mendengar jawapan Rykal.
"Tak.Aku makan dekat rumah umi dengan walid.Eyra yang masak.Sedap!Kitaorang memang macam tu.Suka berkumpul ramai-ramai setiap minggu.Aku kan bakal menantu kesayangan"
"Oh ya?Tahniah!Eloklah tu," ujar Fairul.
"Thank you.Aku gerak dululah.Kang merajuk baby girl aku tu.Tata"
Begnya dilempar ke tepi.Dengan pantas kunci motor diambil.Pintu rumah dikunci.Rykal diekori tanpa pengetahuannya.
Dari jauh Iman bersorak.Seperti yang dijangka!Segera nombor Rykal didail.
"Kal,seperti yang difikirkan.Malam ni kena sweet diabetes tau"
"Okay sayang!Perhatikan dia"
Rykal menepuk tangan.Dia sudah tahulah perangai Fairul.Diam dan tenang lelaki itu ada makna.
Rumah Encik Hadi dituju.Kelihatan Eyra yang telah siap berdiri di pintu pagar.
"Eyra!Rindulah!" jerit Rykal kuat.
Dia tahu Fairul berada berdekatan.Rasakan kau Fairul!
"Kenapa jerit-jerit ni?Aku depan kau kan?"
"Eyra,aku ada satu permintaan.Malam ni panggil aku sayang boleh?Aku panggil kau baby girl," pinta Rykal.
Suara diperlahankan bagi memastikan Fairul tidak curi dengar perbualan yang ini.
"Eii buang tebiat ke?"
"Please!"
Tak sampai hati Eyra melihat kesungguhan Rykal.Dia akhirnya bersetuju.
"Okay,tapi kita tak lebih dari kawan tau"
Eyra mengingatkan Rykal.Takut jejaka ini makin lain.
"Ye aku tahu.Dah jom"
Langkah Eyra diiringi rapat.Padanlah dengan muka Fairul!
"Silakan my baby girl," pelawa Rykal.
"Sweetlah sayang ni"
Fairul memandang dengan seribu satu perasaan.Baru jemput,sudah semanis madu.Apatah lagi masa dating.Tak dapat Fairul bayangkan hati dan keadaannya ketika itu.
Tapi,mereka harus diintip.Nanti kalau dia bersemuka dengan Eyra,bolehlah dia menggunakan alasan kejadian malam ini.
"Rykal,Eyra.Kauorang wujudkan game ni,aku akan sertai"
Kalau aku buat second book,korang nak baca tak?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top