EYRUL 49
"SAYANG Kal,janganlah merajuk.Sayang Kal pun tahu kan hubungan Fairul dan Eyra macam mana?"
Rykal memujuk Iman yang sedang merajuk akibat postingnya di instagram.Post twitter bahaya,nanti mulalah viral.Lihat ikon aplikasi itu sahaja kita sudah tahu burung itu burung murai.Iya ke?
"Tipu,kau memang minat dekat bini dia kan?Mengaku ajelah," fitnah Iman.
"Iman,mana ada.Sayang aku untuk kau je," pujuk Rykal.
"Dahtu,kenapa post benda sweet macam ni?" tanya Iman tidak puas hati.
Terbakar hati Iman melihat posting terbaru kekasihnya berkapsyenkan, 'EYKAL forever'.Mana logiknya jika sekadar ingin membantu?Nampak sangat menipu.
"Gambar ni dah dekat lima hari aku post,baru perasan ke?"
Kronik benar penglihatan Iman.Gambar yang dah lama baru diketahui.
"Tak kisahlah gambar bila pun.Tapi kenapa perlu buat macam ni?"
"Kan aku dah kata aku nak tolong satukan diaorang balik.Aku sayang diaorang.Takkanlah kau tak sayang?Kau kenal Fairul lama kot"
"Kau sayang saudara kau ke isteri dia?"
"Both," jawab Fairul ringkas.
"Dahlah bawa Eyra pergi tempat special kita.Sampai hati," rajuk Iman.
"Kau sweet dengan Fairul sebelum ni aku tak ungkit pun.Aku baru sekali dengan Eyra"
Giliran Rykal pula yang merajuk.Eii,ada juga arwah ni kang si Rykal ni.Gedik!Perempuan memang macam ni eh?Dia boleh,pasangannya tak boleh.
"So conclusion,kita sama jelah ni?" soal Iman.
"Iya"
"Alah,okaylah Kal.Bukan selalu kau curang," gurau Iman.
"Aku nak tunaikan amanat Pakngah Naqi je.Aku buat untuk dia," kata Rykal.
"Hah?Kenapa tiba-tiba ni?Dia dah nak mati ke?!"
Kepala Iman diketuk dengan pasu bunga.Uish,kalau guna pasu,mahu berkecai kepala bana dia.
"Dia sihat walafiatlah!Kuat lagi nak petik pokok kelapa"
Kenapa panjat pokok kelapa yang dibabitkan?Adakah Encik Naqi dan beruk serupa?
"Manalah aku tahu.Selalunya amanat amanat ni yang dah mati," ujar Iman.
Kau guna pakailah perkataan amanah.Beza satu huruf je pun.Itu pun malas nak sebut?
"Sekarang ni dia kat mana?"
"Langkawi dengan Liyana"
"Berdua je?Ya tuhan!Macam-macam boleh jadi kot"
Tahulahkan orang ketiga di antara dua pasangan yang belum halal?Kalau tak tahu,pergi tanya ustaz ustazah,kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan kawan.
"Itulah.Aku dah offer diri nak teman tapi diaorang tak nak," cerita Rykal.
Nak buat apa berdua je?Minta-mintalah tak terjadi maksiat.Liyana tu bukan boleh percaya.Demi duit segalanya sanggup.
"Tak apa.Pandailah diaorang tu.Kalau jadi bukan hal kita pun.Oh ya,lepasni kalau nak date dengan Eyra,ajaklah aku!Biar aku tangkapkan gambar," cadang Iman.
"Serious?Sporting gred A+ lah kau ni," puji Rykal.
"Gambar je!Lepastu jauh!Jangan melebih"
"Baiklah.Macam ni barulah bertambah anak"
"Anak?!Kahwin pun belum lagi!" bentak Iman.
"Opss,maksud aku,bertambah sayang.Hehehe"
Mereka saling membalas tawa.Mujurlah Iman seorang yang memahami.Tidaklah hatinya gundah gulana.
🐂🐂🐂🐂🐂
"KAK,jom main teka-teki," ajak Erni.
"Kau tak ada kerja lain ke?Pergilah main masak-masak," halau Eyra.
Sibuk je.Kita tengah bersiap nak pergi kerja,dia ajak main.Macam budak-budak.
"Jomlah Eyra!Aku bosan!" desak Erni.
"Bosan?Pergi cari kerja sementara tunggu result," arah Eyra.
"Dah cari.Ramai tak nak budak lepasan spm macam aku"
"Kalau macam tu,mari kerja dengan aku," pelawa Eyra.
"Kerja apa?"
Erni kelihatan teruja.Asyik duduk rumah je.Nak dating dengan Zaki,remaja itu sibuk di kampung.
"Kerja buang tahi kucing yang selalu berak dekat depan pintu masuk tempat kerja aku"
"Oi,tak nak aku!Tahi kucing dalam rumah ni pun tak terurus," elak Erni.
"Itulah kau,memilih.Baik,aku layan kau"
Bukannya Eyra tidak tahu,ahli keluarganya bekerjasama untuk menghilangkan kesedihannya.Marah betul mereka bila mendapat tahu tentang Eyra dan Fairul di Langkawi.
"Okay,aku mula.Dengar baik-baik"
"Hah iya"
"Soalan first,kenapa batu tak boleh berenang?"
Senyuman Eyra meluntur.Dia tersentak. Teka-teki ni!Memori!
"Fairul!" panggil Eyra manja.
"Ye puan?!" jawab Fairul bersemangat.
"Jom main teka-teki!" ajak Eyra.
"Hisy,tahulah dia mahir teka.Ajaklah main Super Mario.Itu aku pandailah"
Hampir setiap kali ke tandas,dia akan meluangkan masa bermain permainan itu sementara menunggu bahan kumbahan selesai dibuang.
Kalau main chess,nak main dengan siapa?Syaiton nirrajim dalam tu?
"Senang aje teka-teki ni.Terbaik dari ladang!"
"Okaylah,cepat bagi soalan"
"Ready?"
"Sedialah.Teka-teki je,bukannya soalan addmath," marah Fairul.
Dia lebih rela menjawab sejuta teka-teki daripada satu soalan addmath.Berilah soalan bocor sekalipun,jawapannya tetap salah.
"Kenapa batu tenggelam?" tanya Eyra.
"Apa punya soalan ni?Dah namanya batu,bukan benda hidup.Nak ajak main,tapi soalan tak masuk akal"
"Alah!Cepatlah!Layanlah aku!" raung Eyra.
Dia bosan separuh mati kot.Layanlah dia!
"Aku mengalah,aku tak tahu," kata Fairul.
"Soalan senang pun tak reti," ejek Eyra.
"Apa jawapannya kalau kau reti sangat?"
"Kalau aku tak tahu jawapan,baik aku tak payah tanya.Jawapannya ialah..."
Fairul menunggu dengan penuh sabar.Mesti jawapannya sebab batu beratkan?Dia yakin!
"Jawapannya,sebab batu tak ada kaki tak ada tangan nak berenang!" jawab Eyra.
Eyra gelak kuat.Geli hatinya mendengar jawapan sendiri.Fairul pula mula sakit hati.Eyra ni sehari tak tunjuk bodoh,tak sah!
"Aku pula," celah Fairul.
"Hmm,apa?Confirm aku dapat jawab!"
"Banyak-banyak huruf E,E apa yang bangang?"
"E,Eiii tah apa-apa entah soalan kau ni," kata Eyra.
Eleh,tak dapat jawab,mula salahkan soalan. Padahal diri sendiri tak tahu.
"Tak tahu?"
Eyra menggeleng.
"E,Eyralah!"
Giliran Fairul pula ketawa.Eyra menayangkan wajah menyampah.Baru buat bodoh sikit,dah kena kecam.
"Oi,kak!Apa jawapannya?"
Fikiran Eyra tentang memori tersebut terus terpadam dek teguran Erni.Tanpa menjawab soalan Erni,dia mengambil beg lalu keluar meninggalkan adiknya yang terpinga-pinga.
Sesampai di bawah,Eyra duduk di meja makan bagi mengisi perut.Kelihatan seorang lelaki lengkap berkemeja turut duduk.
"Izzi,tuangkan aku air," arah Eyra.
Lelaki yang disangkanya Izzi berpaling memandang Eyra.Eyra yang sibuk membelek telefon tanpa mengangkat mukanya mula marah.
"Pekak ke Izzi?Telinga letak mana?"
Eyra mengangkat pandangannya.Patutlah Izzi tak menyahut.Rykal rupanya yang ada di depannya.
"Lah,kau ke?Ingat Izzi tadi"
"Izzi dah pergi kerja," sampuk Puan Wahidah.
"Umi!Dahtu Eyra nak pergi dengan siapa?Eyra malaslah nak drive sendiri," rungut Eyra.
Semasa dia sedang melayan marah,Rykal sekali lagi mengambil gambarnya seperti semalam.
"Yang kau ni pun satu.Asyik-asyik snap gambar aku.Nanti aku berak pun kau tangkap eh," bilang Eyra.
"Biarlah dia.Rykal nak pamerkan gambar tu dalam kategori haiwan yang makin pupus," usik Puan Wahidah.
"Umi ni"
Mereka melepaskan tawa.Melihat tawa mereka yang tidak henti,Eyra pun turut sama.
Gembira tak terkata hati Puan Wahidah melihat Eyra yang semakin bersemangat.
"Lekas makan Eyra.Aku hantar," arah Rykal.
Rykal berdiri.Eyra juga berdiri dengan sekeping roti masih di mulut.
"Eyra pandang sini!" jerit Rykal.
Tak lain tak bukan tangkap gambar lagilah tu.Eyra sudah lali.Semenjak dia menceritakan kejadian itu,Rykal makin kerap berkepit dengannya.
Mereka keluar bersama,bergurau bersama,ketawa bersama,bermain bersama,harap-harap kita mati pun bersama.Rahsia ini telah lama aku pendamkan...
Lirik macam kena dengan situasi Eyra dan Rykal.
"Iman tak kata apa ke pasal kita?" soal Eyra sambil menyarung kasut.
"Dia okay je.Petang ni kita keluar lagi nak dengan Iman?"
"Nak!Rindu dia"
Telefon masih dihalakan ke arah Eyra membuatkan wanita itu rimas.
"Simpanlah telefon tu.Tak muak ke ambil gambar aku?"
"Ini videolah"
Apa?Penat-penat Eyra posing cun,buat muka comel,video rupanya!Tolong hapuskan manusia yang jenis macam ni.
Puan Wahidah memerhatikan gelagat anak-anaknya.Alhamdulilah,Eyra semakin pulih.Jauh di sudut hatinya,dia mendoakan kebahagiaan Eyra dan Fairul.
Tak jadi delete bab 48 sebab ramai dah bacakan,nanti konfius pula.Maafkan kekartunan aku😂
Bab ni santai-santai dulu.Bab seterusnya nantikan amukan si dayus Fairul😈😈
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top