EYRUL 47

"FAIRUL ni menghabiskan duit aku betullah!Kejap lari Australia,kejap lari Langkawi!Lepasni kalau dia lari lagi,aku tak nak kejar dah," rungut Eyra.

Kerjanya sekarang asyik merantau mengejar suaminya sahaja.Dia sendiri yang nak,dia sendiri yang merungut.

Tak sempat dia ingin melelapkan mata,dia sudah sampai di Langkawi.Laju betul bawak kapal terbang.

Bila Eyra bertanya pada pilot,katanya di langit tadi tak ada kesesakan lampu isyarat.Jadi,lancarlah perjalanan mereka.

Nampak tak tuhan merahmati kedatangan Eyra?Nampakkan?

Beg sandangnya dipakai.Panas hatinya apabila melihat almari pakaiannya.Ada dua helai baju je!Mana cukup!Akhirnya terpaksalah Eyra membeli baju di Langkawi.

Mahu pulang ke rumah keluarganya takut Encik Hadi mengurungnya lagi.Tambahan pula Izzi yang sememangnya kaki jalan.Habis diteroka satu Langkawi.Silap silap tugu burung di situ pun dibawa balik.

Whatsapp dibuka.Dibaca pesanan Rykal yang memberitahu di mana lokasi suaminya.Matanya sempat membaca pesanan yang tidak sempat dibacanya.

Rykal Sewel:Be careful Eyra.Tumbukkan Liyana untuk aku satu kali

Eyra menggelengkan kepalanya.Ada-ada je Rykal ni.Hmmm,untunglah orang yang dapat budak Rykal ni.Baik,lawak pula tu. Fikirnya.

"Ish Eyra!Kau ada Fairul!Ingat suami kau!"

Dia menahan satu teksi.Teksi pun teksilah walaupun mahal.Janji dapat bergerak cepat.Lainlah kereta lembu.

"Bro,bawa saya pergi Homestay Jaya," pinta Eyra dengan sopan.

Apa yang berjaya kat homestay tu?

"Baik dik"

Kereta pacuan empat roda itu bergerak membelah jalan raya.Apa yang best dekat sini sampai Fairul dan Liyana berdating?Tak ada tempat lain ke?

"Lama lagi ke pakcik bro?" tanya Eyra.

Baru gerak,sudah tanya.Stress dapat pelanggan macam ni.

"Nampaknya masih jauh.Nak hadap jem lagi," jawab pemandu itu.

"Nanti dah sampai bagitahu tau"

Eyra mengambil kesempatan itu untuk tidur sebentar.Qada' tidur katanya.

Baru ingin melayari alam mimpi,telefonnya menjerit minta diangkat.Eyra mendengus marah.Asal nak tidur je kena kacau.

"Eyra,kau kat mana?"

"Izzi,aku dekat Langkawi kejar Fairul.Balik aku cerita," jawab Eyra seringkas yang boleh.

Malas mahu menjawab lebih-lebih.Kang ada terpacul soalan lain.

"Bodoh,tak ajak!"

"Malaslah nak susahkan kau.Aku boleh survive sendiri.Jangan bagitahu walid.Kalau orang tua tu tanya kau pandai-pandailah jawab.Okay bye"

Tanpa menunggu balasan Izzi,dia mematikan talian.Finally!Dapat juga tidur dengan aman!

"Cik,dah sampai"

Terkejut Eyra.Tadi kata lambat lagi!

"Eh apa pakcik ni?Kata jem," bantah Eyra.

Tidak berpuas hati impian mahu tidur berkecai!

"Pakcik dah sapu jem tadi dekat roti," balas pemandu itu.

Orang Langkawi rupanya mahir berjenaka eh.

"Iyalah.Terima kasih pakcik bro," ucap Eyra.

Duit dihulurkan.Setelah teksi itu pergi,Eyra melihat homestay di hadapannya atau lebih kepada rumah sederhana besar.

Halamannya kelihatan kosong.Dia meneliti lagi.Salam diberi.Tidak berjawab.Eyra mengambil keputusan untuk mencuba nasib membuka pagar.Wow,tak berkunci.

"Fairul ooo Fairul!" panggil Eyra.

Manalah suaminya pergi?Sudahlah kawasan ini sunyi.Ada dua tiga buah kereta je yang lalu lalang.

"Datinglah tu," kata Eyra.

Ingatkan dapatlah jumpa Fairul terus.Tak adalah membuang masa.Eyra meletakkan beg di depan pintu rumah.

Ada kolam ikan di situ.Tapi ikannya tak ada.Ada air je.Itupun kotor.Baik buat kolam air panas je.

Eyra mengambil duduk di kerusi yang disediakan.Nampak gaya Fairul macam balik lambat.

"Tak apalah.Aku tunggu," monolog Eyra.

Buat kali ketiga,Eyra dapat tidur dengan nyenyak.Terlentok-lentok kepalanya menahan kantuk.

🐂🐂🐂🐂

"EYRA?"

Eyra terjaga dari lena.Kelihatan Fairul berdiri di hadapannya dengan wajah pelik dan terkejut.

"Fairul," panggil Eyra manja.

Dipeluk tubuh suaminya.Rindu yang teramat.Penglihatannya masih kabur.Fairul yang tidak berasa selesa,terus meleraikan pelukan mereka.

"Kau buat apa datang sini?"

"Nak jumpa kaulah"

"Mana kau tahu lokasi aku?"

"Siapa lagi?Rykallah"

Fairul mengeluh.Sangkanya,Eyra sudah muak mencarinya.Eh,tak tahu mengalah juga.Yang Rykal ni pun satu!Lurus bendul!Tak cakap tak buat!Dah lama bekerjasama pun tak faham-fahan lagi!

"Balik," arah Fairul.

"Lama aku tunggu kau.Petang sampai malam.Aku tertidur dekat kerusi tu.Sakit tengkuk aku," adu Eyra.

"Siapa suruh?" tanya Fairul selamba.

Matanya mula bergenang.Fairul

"Fairul,kenapa kata macam tu?

"Entah.Spontan.Nak buat macam mana?Nak aku pujuk?"

Dingin suara Fairul.Eyra semakin terasa dengan layanan Fairul.

Fairul melangkah ke kerusi tempat Eyra tidur.Beg sandang isterinya diambil dan dibaling sehingga mendarat di kaki Eyra.

"Aku tak suka kau kat sini," ujar Fairul.

"Tapi aku suka," gurau Eyra.

Geram Fairul dibuatnya.Apalah nasib dapat isteri degil macam batu ni?

"Bie,kenapa lama sangat?Lama sayang tunggu"

Liyana yang baru keluar dari kereta,mencelah perbualan mereka.Pandangan dua wanita itu bertentangan.

"Euww bie.Apa bakal ex wife you buat dekat sini?" soal Liyana gedik.

Dia menayangkan muka loya.Demi Kak Fatin dan duit,Liyana sanggup menyombong diri.

"Bie abah kau!Meh aku babiekan kau!" jerit Eyra.

"Bie,tengoklah bakal janda you ni!" ujar Liyana.

"Suka hati je panggil laki kita bie.Aku pun tak pernah menggedik dengan laki aku sendiri.Kau tak boleh cari laki lain ke?"

"Eh biarlah!Dah kau tu tak berguna!Pembunuh pula tu.Manalah Fairul nak dengan penjenayah macam kau!" tuduh Liyana.

"Kurang ajar!"

Eyra menarik tudung Liyana.Sementara Liyana mensasarkan tali bra Eyra.Sorrylah,itu je yang nampak menarik untuk ditarik.

"Eyra!Behavelah!Liyana ni semput!" tegur Fairul.

"Biarkan!Dasar Yana Perampas Semput!"

Mereka bergelut lagi.Liyana berpura-pura tidak mampu melawan kerana ingin menagih perhatian Fairul.

Fairul menarik Eyra dan bertindak melempar isterinya ke dalam kolam tersebut.

"Woi pembunuh!Kau jangan sentuh orang suci macam kami!Kau tu pembunuh!Layak dekat tempat kotor macam ni je!"

Liyana tersenyum puas.Rasakan!Fairul miliknya!Eh silap!Duit Fairul miliknya!

"Rul,nak lempar aku,lemparlah dalam kolam mandi.Ini kolam ikan"

Eyra masih cuba berjenaka untuk menutup lukanya.Getah paip yang tersedia itu diambil Fairul.Setelah itu,air disembur ke arah Eyra.Habis basah kuyup tubuhnya.

"Pergi matilah kau!Kolam mandi atuk kau!Balik!Jangan pernah cari aku lagi!Dasar perempuan kotor!" hina Fairul.

Isterinya yang menggigil kesejukan tidak dipedulikan.Fairul melangkah ke arah Liyana.

"Sayang,okay tak?"

"Tak bie.Sakit"

"Sakit kat mana?"

"Kepala.Perempuan tu ketuk kepala sayang"

Fairul memandang tajam Eyra.Tempat Eyra ditujunya.

"Fairul!"

Eyra meraung apabila Fairul melempang dan mengetuk kepalanya berulang kali.Tak cukup dengan itu,dia dipukul dengan getah paip itu berulang kali.

Dia dapat merasakan tubuhnya sudah berbirat.Dalam sakit,Eyra menahan tangis.Hatinya kini benar-benar terluka!Fairul kejam!

"Hah,puas hati aku!" gelak Fairul.

Peluh di dahi dilap.Getah itu dilempar ke tepi.Liyana menyaksikan penyeksaan itu tanpa rasa kasihan.

"Kalau Kak Fatin tahu,mesti dia happy"

"Terima kasih Rul.Ini hadiah birthday aku yang paling bermakna dari kau.Hadiah pertama.Aku hargai sangat.Aku takkan lupakan sampai bila-bila," rintih Eyra.

Fairul terkesima.Hari ni hari lahir isterinya?Kenapa dia boleh lupa?

Wanita itu bangun dari kekecewaannya.Dia keluar dari kolam itu.Eyra lantas mengambil kembali begnya.Sengal-sengal tubuh badannya kini.

"Kalau ini boleh buat kau bahagia,aku rela.Baiklah,lepasni aku tak akan kacau hubungan kau,hidup kau," bilang Eyra.

Akhirnya Eyra pergi meninggalkan mereka.Mungkin untuk selamanya?

Manakala Fairul meronta-ronta ingin menahan Eyra.Tapi,ego menguasai segalanya.Kekecewaan Eyra dipandang sepi.Segalanya musnah!Musnah!

"Aku benci kau Fairul!Selamanya!"





Masa untuk menyeksa Fairul pula.MUAHAHAHAHA

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top