EYRUL 45

PUAS sudah mereka memujuk Eyra.Namun,hampa.Eyra masih lagi tidak henti-henti menangis.Sangka mereka dengan mengurung Eyra di rumah,wanita itu akan melupakan suaminya.Malah,lagi teruk jadinya.

Boleh dikatakan hampir setiap malam Eyra meraung memanggil nama Fairul.

"Fairul!Aku minta maaf!Aku sayang kau"

Itu sahaja ayat yang diucapkannya dari pagi hingga malam.Puan Wahidah jatuh kesian pada anaknya.Lepas satu dugaan,satu lagi yang datang.

Eyra pula semakin hari semakin menyusut badannya.Sudahlah Eyra sememangnya kurus.Kurang selera makan setiap hari makin membuatkannya susut.

Hubungan Eyra dan Encik Hadi semakin dingin.Mana taknya,Encik Hadi melarang Eyra bertemu suaminya.Sebab itulah dia mengambil keputusan untuk mengurung anaknya.

Hasilnya,Eyra merajuk dan mogok.Muka dan tubuhnya bertampal sana sini kesan daripada torehan tempoh hari.

Demi memastikan kejayaan mogoknya,dia terpaksa menahan lapar di siang hari dan hanya makan di malam hari semasa seisi keluarganya sedang tidur.

"Abang,janganlah kurung anak kita tu.Kesian saya tengok meraung merengek macam orang tak siuman," pinta Puan Wahidah pada suatu hari.

Eyra yang ingin turun ke dapur untuk makan berhenti seketika.Dia mengintip di sebalik pintu yang tidak bertutup.

"Saya lagi rela tengok dia gila daripada merayu-rayu depan si Fairul tu," jawab Encik Hadi angkuh.

"Apa abang ni?Tak baik mendoakan yang bukan-bukan.Abang jangan sampai Eyra buat benda luar kawalan eh"

"Sudahlah,tak usah fikir jauh.Dia takkan berani punyalah," kata Encik Hadi yakin.

"Jangan yakin sangat.Kita tak tahu apa yang Eyra fikir.Duduk berkurung seorang diri dalam bilik yang berkunci,makin senanglah syaitan nak hasut.Tambahan pula,dia tengah lemah semangat"

"Awak nak ceramah saya ke Wahid?Awak boleh terima apa yang Fairul buat pada anak kita?" marah Encik Hadi.

"Memang pada awalnya saya tak boleh terima.Tapi,bila kaji balik,salah Eyra juga.Benda ni tak akan jadi kalau Eyra tak bertindak melulu macam tu," hujah Puan Wahidah.

Kali ni,dia takkan memberi kemenangan kepada suaminya.Kita perempuan,mestilah nak menang!

"Suka hati awaklah.Saya tetap dengan keputusan saya.Dia akan dikurung sampai Fairul dilupakan"

"Kalau Eyra buat macam-macam,saya takkan maafkan awak.Saya toreh awak sepertimana Fairul buat dekat anak kita," ugut Puan Wahidah.

"Dia takkan berani okay?Dah tutup lampu.Saya nak tidur," arah Encik Hadi.

"Semuanya nak salahkan aku.Padahal Makcik Suria sendiri yang nak"

Eyra melarikan diri apabila Puan Wahidah bangkit untuk menutup pintu.Ketika dia berpusing,dia terlanggar seseorang.

"Ahhh!" jerit Eyra apabila melihat satu bayangan hitam.

"Kau buat apa depan bilik walid dengan umi?Nak skodeng apa?" tanya Izzi.

Dadanya diurut bagi melegakan diri.Huh,nasib bukan pencuri.

"Izzi,kau buat apa dekat sini?Tak tidur lagi?"

"Aku dari dapur.Minum air.Aku naik sebab nak kejutkan kau,suruh makan.Asal lambat turun harini?"

Hanya Izzi seorang sahaja yang tahu mogok Eyra.Jika Encik Hadi atau sesiapa mahu menyampaikan pesanan kepadanya,Izzi seorang yang dibenarkan masuk ke biliknya.

Tangan Izzi ditarik sehingga ke dapur.Sesampai di dapur,barulah Izzi dapat melihat dengan jelas wajah adiknya.

Comot!Dengan matanya yang sembap ditambah lagi muka yang cengkung.Hai,tak serupa manusia!

Eyra mengambil pinggan.Tudung saji dialihkan dari meja.Serta-merta hatinya kembali hiba.Dia terduduk di kerusi.Air mata mengalir laju.

Baru tadi berhenti menangis,dalam beberapa minit,matanya menjalankan tugas lagi.

Izzi mengeluh.Tak payah tanya dia sudah tahu kenapa Eyra menangis.Sebab Fairul.

"Kenapa menangis lagi ni?Kali ni teringat apa?"

Teresak-esak dirinya.Kotak dihadapannya ditenung sayu.Memori lepas menerjah ingatannya.

"Kentang Fairul Cedap," bisik Eyra perlahan.

Ternyata kotak di atas meja itu ialah kotak KFC.Kenangan ini termasuk dalam memori yang tidak boleh dilupakan olehnya.Putus selera makannya.

"Aku nak jumpa Fairul.Tolonglah pujuk walid,bang," rayu Eyra.

"Kau pun tahu yang walid anti suami kau.Aku nak buat apa?"

Izzi sememangnya marah dengan Fairul.Melihat kepada parut Eyra,makin sukar untuk dilupakan.Tapi baginya Fairul tidak boleh dihukum kerana sama seperti uminya,ini semua takkan berlaku tanpa adiknya.

"Kau pun sama juga macam walid kan?Anti Fairul"

"Nak kata anti tak adalah.Aku tak nak hukum dia dan aku pun tak nak menyebelahi kau.Dua-dua salah," ujar Izzi.

Cuma Encik Hadi yang beria marahkan Fairul.Sedangkan yang lain lima puluh sokong Eyra selebihnya menyokong Fairul.

"Aku tak kira.Aku nak jumpa dia.Tak tenang hidup aku tak hadap muka dia.Aku perlu tahu jawapan hubungan kami.Aku betul-betul menyesal.Kau tolong aku?"

"Tak naklah.Malas aku nak ambil tahu hal kau," dalih Izzi.

Eyra tersenyum manis.Sudah dapat mengagak jawapan abangnya.

"Kau tak nak ya?Yakin?"

"Yakin"

"Tak nak tak apa.Aku boleh fitnah kau depan Zabed.Aku akan kata yang kau curang dengan dia"

Terbeliak mata Izzi.Wah,main kasar nampak!

"Kau!Aku tahulah hubungan kau dengan Fairul dah hancur.Tak payahlah heret aku sekali.Iyalah,aku tolong kau!Kau nak buat apa?"

Izzi terpaksa mengalah.Zabedah memang kelemahannya.

Eyra mendekati abangnya. Rancangannya dibisik lalu Izzi ternganga.

"Kau biar betul?Jangan cari pasal Eyra," nasihat Izzi.

"Bang,aku tahu apa aku buat.Kau just follow the floor okay?"

Pertanyaannya dibalas dengan anggukan walaupun Izzi masih ragu-ragu.Eyra bertepuk tangan.

"Walid yang minta.Eyra bagilah"

🐂🐂🐂🐂🐂

FAIRUL menikmati tiupan bayu malam.Hatinya terasa kosong sejak tragedi itu.Sayu mencengkam jiwa.

Andai kata dapat diundurkan waktu,memang dia sudah menghalang pertemuan mak dan Eyra.Tapi,semuanya terlambat.

"Rul," tegur Rykal.

Teguran Rykal dibiarkan berlalu.Dia ingin sendirian buat sementara waktu.

"Kal,tinggalkan aku.Aku nak bersendirian," pinta Fairul.

"Dah banyak masa aku bagi kau peluang sendiri.Kali ni aku tak boleh dengar kata kau," tegas Rykal.

Risau melihat akan ulah temannya. Hari-hari termenung.Tengok tv termenung,bekerja termenung,
segalanya dimulakan dengan termenung.

"Tak apalah aku boleh sambung termenung dalam bilik"

"Eh,no no!Sit!" tahan Rykal.

"Rykal,pleaselah"

"Aku tengok sejak hari itu,kau dah tak ceria macam selalu"

"Selama ni pun aku buat-buat ceria.Macamlah tak biasa," ujar Fairul.

"Tak,yang ini muram dia lain.Ketara sangat.Tak boleh selindung dah"

Fairul mengeluh.Nampaknya tiada guna dia bersembunyi.

"Aku tak tahulah Kal apa yang aku rasa sekarang ni"

"Kau menyesal buat Eyra macam tu?"

"Tak!Aku puas hati!" balas Fairul.

Padahal dalam hatinya,bergunung rasa penyesalan. Ego yang menghalang.

"Sudah sudahlah tu jadi penipu.Tak puas lagi ke menipu?"

"Mana ada tipu.Aku tak cintakan Eyra lah"

Kening Rykal diangkat.Aik,dia tanya lain tadi.

"Aku tak tanya pun pasal Eyra," pancing Rykal.

Tidak senang duduk Fairul dibuatnya.Macam manalah boleh tersasul?!

"Macam inilah,sebelum menyesal,baik kau pergi pada dia"

"Siapa dia?" tanya Fairul berpura-pura tidak tahu.

"Jangan jadi bangang abadilah Rul"

"Ahh,kisah apa aku?Aku tetap dengan keputusan aku.Aku akan teruskan hubungan aku dengan Liyana walau sebab duit pun"

"Jadi kau masih nak pergi esok?"

"Ya dan kau tak boleh halang aku.Kau pun nampaknya macam sukakan Eyra.Kau ambillah dia,aku tak ingin dia.Aku pun memang dah lama nak buang dia," bilang Fairul tanpa rasa bersalah.

Rykal menggenggam penumbuk. Salah ke dia mahu melindungi Eyra?Bukannya dia berminat dengan Eyra pun.

Fairul masuk ke dalam.Perbualannya dengan Rykal lebih mengingatkannya kepada Eyra.

Pintu bilik ditutup.Nombor seseorang dicari.Setelah jumpa dia mendail seseorang itu.Mendengar sahaja suara itu,lantas dia tersenyum.

"Hai sayangku Liyana"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top