EYRUL 44

"CIK Eyra,maafkan Makcik nak"

"Siapa anak kau?Aku bukan anak kau!Berambus!"

"Maaf cik,saya janji tak buat lagi!"

"Itu aje alasan kau!Aku dah bagi amarankan?Kalau kau buka mulut depan mak bapak aku,aku akan pecat kau"

Akibat dia terlepas kata akan perjumpaannya dengan Eyra,wanita muda ini sudah mengamuk sakan.

"Tapi cik,Puan dan Tuan tak syak apa-apa pun"

Puan Suria memberanikan diri mempertahankan dirinya.Jika dia dihalau lagi,siapa yang boleh tolong?Naqi?Tak,dia malu!

"Aku tak kisahlah orang tua!Sekarang,kau kemas beg kau.Aku turun bawah nanti,tengok kau masih ada,aku tembak kepala kau bagi bersepai!"

Puan Suria masih tercegat di hadapan Eyra.Tangan disatukan tanda merayu.

"Oh,degil ya?"

Bilik Puan Suria dituju.Segala barangnya diselongkar oleh Eyra.Dia mencampak pakaian orang tua itu ke dalam beg.

"Jangan Cik!Saya merayu!"

"Kau pergi merayu dekat Hamidi kau!"

Mereka menapak ke luar.Beg dicampak ke depan rumah lalu Eyra melangkah ke tangga dengan hati yang bengkak.

"Tak guna punya Suria.Aku dah kutip kau,kau buat aku macam ni!"

"Cik!"

Puan Suria mengikut langkah Eyra.Kaki Eyra dipeluk sepenuh hati.Rasa bersalah dan sedih menggunung.

"Apa lagi ni Makcik!Keluar dari rumah ni!"

"Cik,maaf," rintih Puan Suria.

"Maaf maaf!Itu aje yang kau tahu! Sebelum kau tersasul lagi,ada baiknya aku halau kau dulu"

"Makcik tak nak.Jangan cepat hukum Makcik," rayu Puan Suria.

Eyra memegang tangan Puan Suria yang masih memegang kakinya.Ahh,kuat pula pegangan dia!

"Lepaslah!"

Kepala Puan Suria ditunjal sehingga terhentak ke dinding.Oleh itu,pegangannya terlerai.Tubuhnya tidak dapat distabilkan sehinggalah...

"Ahhh!"

Bergema jeritan Puan Suria.Tanpa disangka,dia tergolek jatuh dari tangga atas sehingga ke bawah.Kepalanya sekali lagi terhentak pada pasu besar yang diletakkan di sudut tangga.Akhirnya,dia tidak menyedarkan diri.Tangannya terkulai.

Gelabah anak muda itu setelah melihat darah yang mengalir dari kepala Puan Suria.Eyra segera turun ke bawah melihat keadaan pembantu rumahnya itu.

"Makcik!Bangunlah!"

Tubuh Puan Suria digerakkan menggunakan kaki.Tiada respon.

"Cik Eyra okay ke?"

Muncul pula Abang Ali.Dia bergegas masuk ke dalam setelah mendengar jeritan Puan Suria.Abang Ali tersandar di dinding.Sesak dadanya menonton situasi sekarang.

Eyra menggelengkan kepalanya.Tak!Puan Suria memang dibencinya tetapi tidaklah benci sehingga berniat untuk meragut nyawa.

"Tak,perempuan ni yang jatuh sendiri!"

"Apa Cik Eyra dah buat ni?" tanya Abang Ali.

"Aku tak tahu!Bukan salah aku," dalih Eyra.

"Cik jangan nak menipulah!Siapa lagi yang buat Makcik Suria macam ni selain Cik?"

"Bagus!Nampaknya kau dah tahu!"

Abang Ali mendekati tubuh kaku Puan Suria.Diperiksa nadinya.Apabila melihat kepada keadaan nadi,apa yang tidak diigininya telah pun terjadi.

"Eh bang.Kau dengar sini baik-baik.Kau bawa perempuan ni berambus.Dengan kau sekali.Kau pun aku pecat!" arah Eyra.

Mana mungkin dia mahu menyimpan orang yang sudah mengetahui rahsianya.Itu cari nahas namanya!

"Saya pun tak sudi ada majikan jahat macam Cik," jawab Abang Ali.

"Eh dahlah!Aku boleh cari guard lainlah wei!Kalau kau buka mulut pasal hal ni pada sesiapa pun,anak bini kau aku cari"

Sejurus selepas itu Eyra naik semula.Dia perlu menenangkan diri.

"Sebelum tu,kau lap darah Si Suria tu.Aku tak nak dia tinggalkan walau satu jejak pun!"

Si,si!Ingat Puan Suria tu binatang ke?

"Dahtu Makcik Suria ni macam mana?Cik gila ke?Mana hati perut?

"Aku tak ada perut!Letaklah mayat dia dekat luar rumah dulu!Yang aku tahu,darah tu bersih!"

Pintu dihempas.Eyra mahu melupakan kejadian tadi.Jantungnya berdegup kencang.Nasib baiklah cctv di bahagian tangga tidak dipasang.Kalau ada,bertambah satu kerja pula nak menghapuskan bahan bukti.

Tuala diambil.Dia harus berendam untuk ketenangan.

"Tak apa Eyra.Bukan salah kau.Dia sendiri yang tak stabil.Relax je," kata Eyra seakan memberi dorongan kepada diri sendiri.

Eyra menghabiskan ceritanya dengan tangisan lebat.Dia berdosa!

"Eyra!Kau hilang akal ke?" jerkah Izzat.

"Malangnya ya!Aku gila masa tu!Yang aku tahu,aku nak selamatkan diri je"

Erni memeluk uminya yang tidak berdaya.Puan Wahidah jelas terluka.

"Jadi,macam mana Ali dan Fairul boleh kenal?" soal Encik Hadi.

Dia turut terkejut tetapi dia juga harus mengetahui semuanya.

Fairul melepaskan isterinya.Izzi terus menerpa ke arah adiknya.Darah di lap dengan baju.Eyra lemah dalam dakapan abangnya.

"Abang,ceritalah.Saya tak kuasa nak bercakap dengan orang yang ada anak pembunuh"

Tumpuan dihalakan kepada Abang Ali.

"Saya sebenarnya pekerja boss Fairul di syarikatnya sendiri bersama Rykal.Dia upah saya jadi guard di rumah ini sebab saya orang kepercayaannya.Dia minta saya perhatikan Puan Suria sejak dia lari dari rumah.Saya tak terlepas langsung tindak-tanduk Puan.Dari pertemuan Eyra dan dia sehinggalah Eyra bunuh Puan Suria"

Pengakuan Abang Ali makin menyemaikan perasaan sedih dan marah mereka.

"Apa yang jadi lepas Ali bawa Suria?"

"Saya bawa dia ke hospital.Di sana saya bertemu boss Fairul.Itulah kali pertama saya tengok boss menangis meraung teruk.Tak sempat mereka bercakap,Puan dah meninggal"

Diusap pipinya.Sudah lama dia memendam beban ini.Kini,bebannya hilang!

"Sebab anak kaulah mak aku mati!Semua hancur!Terseksa hati aku bila Abang Ali ceritakan apa yang Eyra dah lakukan pada mak.Aku nak tolong,tapi mak tak suka aku," luah Fairul.

Suaranya mulai kendur. Mengenangkan semula peristiwa itu membuatkan Fairul terduduk.

"Kau kahwin dengan aku,kau tipu pasal kau ke Australia,kakak kau tunangkan kau dengan orang lain,kau buat aku jatuh cinta.Itu semua kerana dendam?" tanya Eyra.

Fairul mengangguk.Dia tiada hati mahu bertengkar lagi.

"Aku nak balik," kata Fairul ringkas.

Semua terbongkar.Tugasnya sudah selesai.Untuk apa lagi dia masih tercegat di situ?

Dia kembali bangkit.Darah Eyra yang melekat di baju dan seluar tidak dipedulikannya.Serpihan kaca tadi dilepaskan ke lantai.

"Fairul tunggu!" ujar Eyra.

Dia mendekati suaminya.Mata mereka bertembung.Menitik darah dari tangannya.

"Apa pengakhiran cerita kita Rul?Aku tak nak kehilangan kau.Aku sayang kau"

"Eyra!Buat apa nak simpan lelaki penipu?!Biarkan je!" celah Encik Hadi.

Walaupun ini semua berpunca daripada anaknya,Fairul tetap bersalah juga!

"Aku tak tahu itu mak kau.Masa kita kahwin,aku tak perasan pun nama ayah sama dengan nama suami Makcik Suria.Kalau aku tahu itu mak kau,aku akan halang perkahwinan ni"

"Hei!Kau jangan nak berlagak polos!Aku yakin Fairul akan ceraikan kau!" sampuk Kak Fatin

"Kau diam kak!" tengking Fairul.

Terkulat Kak Fatin akan tengkingan adiknya. Pandangan dihalakan semula kepada Eyra.

"Biar masa yang menentukan cerita kita.Buat masa ni,aku tak nak berjumpa dengan kau.Hiduplah kau macam biasa.Sukar untuk aku lupakan kejahatan kau"

"Apa akan jadi dengan aku?Aku tak sanggup lepaskan kau Rul"

"Aku gantung kau tak bertali"

"Fairul!Tak nak!Aku cintakan kau!"

Badan Fairul dipeluk.Muka disembamkan di dada suaminya.Fairul menolak dengan lembut.

Dia melangkah ke luar dengan linangan air mata.Kerana dendam dan ego,hatinya turut menderita. Menderita terpaksa meninggalkan isteri tercinta.

Eyra terjerit-jerit memanggil Fairul.Lengan Rykal dipaut.

"Kal,tolong aku!Tolong!"

Rykal menggeleng.Dia tidak layak mencampuri urusan mereka.Kerjanya juga sudah selesai.

Izzat memegang adiknya yang meronta-ronta seperti orang gila.Nama Fairul terus meniti di bibirnya.

Manakala Fairul memaksa diri memekakkan telinga.Sebelum masuk ke kereta,dia sempat merenung wajah Eyra.

"Kita tak layak hidup bersama Eyra.Aku jahat,kau jahat.Kau perlukan lelaki yang baik untuk bimbing kau.Maaf"

Dia tersentak mendengar pekikan Eyra yang tidak berkesudahan.Saat Eyra terlepas dari Izzat dan berlari ke arahnya,Fairul dengan cepat masuk ke kereta.

"Kal,jalan"

Dari cermin kereta,kelihatan Eyra mengejar.Fairul menutup mata tidak ingin melihat.Bayangan isterinya semakin lama semakin hilang.Dia melepaskan tangisan kuat.

"Fairul!"

"Eyra!"





Lepasni aku slowkan update sikit.Maybe dua hari satu update.Maaf sebab tak update semalam bagi yang menunggu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top