EYRUL 43
Tiga tahun lalu......
EYRA meregangkan badannya.Lenguh!Yalah tidak henti-henti membuat kerja dari mula masuk pejabat sehingga tengahari.Laptop ditutup.Kertas yang berselerakan dibiarkan.Bukan ada orang kacau pun.
Sebaik sahaja dia turun,langkahnya diekori.Dia masuk ke dalam kereta untuk mengambil sesuatu.Setelah itu,dia keluar dan dikejutkan oleh kedatangan Puan Suria.
"Cik Eyra!Tolong Makcik!" rayu Puan Suria.
Lengannya dipegang.Eyra berasa tidak selesa akan tindakan bekas pekerjanya itu.Tak sempat tutup pintu kereta,dirinya sudah diterjah.
"Ish,Makcik nak apa lagi?" tanya Eyra mendatar.
"Tolong Makcik"
"Nak tolong apa?Saya dah tolong Makcik dapatkan Dato Hamidi kan?Dahtu nak mengemis apa lagi dekat saya?"
"Midi dah tinggalkan Makcik," adu Puan Suria.
"Dahtu nak suruh saya buat apa?Dapatkan orang tua tu balik untuk Makcik?"
"Tak!Makcik nak minta sangat!Ambil balik Makcik bekerja.Makcik tak ada sumber pendapatan sekarang"
Semenjak dia berkenalan dengan Dato Hamidi,lelaki itu menanggungnya dari awal sampai akhir.Dapat duduk dirumah mewah,makan makanan mewah,baju mewah,membeli-belah sesuka hati.
Tetapi dia telah dihalau dari rumah pemberian kekasihnya hanya kerana hubungan mereka telah diketahui oleh isteri Dato Hamidi.
Dua tiga hari merempat,baru dia teringat akan Eyra.Eyra sahaja tempatnya memohon bantuan.Nak pulang ke kampung,dia malu!Nak pulang ke rumah keluarganya,dia telah dihalau kerana berkahwin dengan Encik Naqi yang miskin.
"Hah itulah kau!Berlagak sangat!Lepas dapat kikis duit orang tua Midi tu,kau terus berhenti kerja.Now,kau nak aku kutip kau balik?No way!"
"Cik,Makcik merayu sangat!Kali ini je!"
"Aku tak naklah!Aku tak nak ambil tahu hal kau!Tender tu aku dah dapat!Jadi,kita dah tak ada apa-apa yang nak dibincangkan!" jerit Eyra.
Nasiblah para pekerjanya sibuk dengan lunch.Kalau tidak,memang taklah dia akan memaki hamun Puan Suria.
"Makcik dah tiga hari tak makan.Kasihanilah Makcik"
"Asal kau minta bantuan aku?Bekas suami kau mana?"
"Makcik malu nak pergi pada Naqi"
"Padan muka kau!Dah ada laki sibuk je nak pasang lain!Terima ajelah yang kau dah jatuh cinta dengan orang miskin!Suami kau tu miskin!Miskin!Dasar orang tua miang!" amuk Eyra.
Kakinya dipeluk Puan Suria dengan linangan air mata.Dicengkam seluar yang dipakai Eyra.
"Tolonglah!Makcik tak ada tempat mengadu"
"Kau ni tak reti bahasa ke hah perempuan!"
Eyra memberikan tendangan kepada Puan Suria dengan kaki kanannya yang bebas dari pelukan Puan Suria.
Puan Suria tergerak ke belakang.Eyra mengambil kesempatan itu untuk memijak tangan Puan Suria dengan kasut tumit tingginya berkali-kali.
"Tangan kau ni layak dipijak-pijak!Buat maksiat dengan Si Midi tua tu bukan main!Aku pijak sikit dah menangis!"
Diludahnya wanita tua itu.
"Cis,jijik aku tengok kau!"
Eyra meninggalkan Puan Suria berseorangan.Dia memandang kiri dan kanan sebelum melintas.Puan Suria tidak mengalah.Dia mengejar Eyra.
"Cik!Tunggu Makcik!"
Lalu sebuah kereta meluncur laju tanpa disedari Puan Suria.Eyra yang mendengar laungan Puan Suria terus menoleh.
"Shit!"
Tanpa berfikir panjang,Eyra berlari seraya memeluk Puan Suria.Nasib mereka baik apabila mereka terjatuh di rumput.Eyra sempat menolak diri mereka jauh dari bala.
"Woi,nak mati awal ke?Jaga sikit mak kau tu!" marah pemandu itu.
Tingkap kereta ditutup.Eyra membaling ranting kayu pada kereta itu.
"Bodoh!Kau bawak laju sangat apahal?!"
Setelah kereta itu betul-betul hilang dari pandangan,matanya dipanah tajam ke arah susuk tubuh tua itu.
"Hei orang tua!Kau gila ke?!Nak mampus awal?Dah banyak sangat ke pahala?Ingat sikit,dengan Naqi kau belum minta maaf!"
Ditunjal kepala itu sepenuh hati.Menyusahkan betul Suria ni!
"Cik,tolong saya"
Puan Suria tak putus-putus merayu.Eyra sudah bosan.Makin tak nak,makin memaksa!
"Okay fine!Aku tolong kau!Kali ni je.Faham?!"
"Faham Cik.Saya bersyukur sangat"
"Kau jadi maid kat rumah aku.Amacam?"
Puan Suria terdiam.Dia manalah handal membuat kerja rumah.Macam mana dia nak bekerja di rumah orang kaya?
"Apahal kau diam?Tak sudi?Eh,aku dah bersusah payah bantu kau,kau tak nak?!Kau jangan main-main dengan aku!Pecah muka kau aku tumbuk nanti"
Ah sudah!Ditambah lagi dengan Eyra yang garang seperti singa.Lagilah gusar hatinya.
"Baiklah Cik.Saya setuju"
"Bagus!Sekarang berambus!"
"Cik,saya tak ada tempat tinggal"
"Ewah,dah bagi betis nak paha pula!Lantak kaulah nak tidur mana sekalipun!"
"Cik,saya janji lepasni saya takkan minta tolong lagi"
"Huh!Kau ikut aku pergi ofis sampai aku habis kerja.Kau boleh tinggal di rumah keluarga aku.Pandai-pandailah aku cover kau nanti!"
"Terima kasih banyak-banyak Cik!"
Puan Suria memeluk erat tubuh Eyra.Eyra menjerit kegelian.
"Kepala otak kau!Sesuka hati je sentuh aku!Jauh dari aku kalau kau nak aku tolong!" ugut Eyra.
"Maaf Cik"
"Jadi,bermulalah kehidupan Makcik Suria dekat rumah kita," kata Eyra.
Masing-masing membisu.Rykal seakan tak percaya.Kejadian ini,tidak pernah diceritakan kepadanya.
"Kenapa kau tergamak buat macam tu Eyra?" tanya Izzi.
Kesal jiwanya.Adik yang ditatang selama ini,rupanya berhati jahat!
"Sebab Makcik Suria miskin!Aku tak suka orang miskin!Tapi,sejak Fairul hadir dalam hidup aku,aku dah lupakan semua tu!Sebab itu aku sayang Fairul!Dia dah ubah aku!" rintih Eyra.
"Tapi sayang,aku tak sayangkan kaulah betina!"
Kini dahi Eyra pula yang ditoreh.Fairul dan Eyra berlumuran dengan darah.
"Fairul sakit!"
Jeritan Eyra bagaikan melodi indah di halwa telinga Fairul.Dia seperti dirasuk.
"Abang!Tolonglah Eyra tu!Saya dah tak kuat," rayu Puan Wahidah.
Ingin sahaja dibersihkan luka dan darah anaknya.Air mata itu mahu dikesatnya.Tubuh itu hendak dipeluknya!
"Umi,Eyra layak dapat macam ni!Apalah sangat darah Eyra nak dibandingkan dengan darah Makcik Suria!"
"Apa kau cakap ni Eyra?!Janganlah main darah!" ujar Izzat.
"Izzat!Adik kau ni dah dapat title pembunuh!" jerit Eyra lagi
"Siapa yang kau bunuh?Cakap dengan aku!"
"Dia bunuh mak aku!" sampuk Fatin.
Mulutnya terus dipukul oleh Puan Wahidah. Fatin terduduk semula di sofa.
"Kau jangan nak masuk campur!Apa yang keluar dari mulut kau,kami takkan percaya!" marah Puan Wahidah.
"Eyra,siapa yang kau bunuh?" soal Izzat sekali lagi.
"Aku bunuh Makcik Suria.Ya,aku bunuh dia!Tangan aku dah kotor Izzat," rintih Eyra.
Lemah suaranya berkata-kata.Eyra memukul-mukul dirinya.Kau jahat Eyra!Kau jahat!
"Daripada cerita kau tadi,tak ada bukti kau bunuh dia.Mananya?"
"Itu sebab dia tak habis lagi!Cepat cerita!" desak Fairul.
"Aku tak mahu.Aku tak sanggup!Aku kejam!"
"Lah,mana boleh simpan kekejaman seorang diri.Kongsilah.Jangan kedekut," nasihat Fairul.
Wajah berdarah isterinya diusap lembut.Kononnya ingin menyalurkan semangat.
"Eyra,please," pinta Rykal yang duduk di sisi Eyra.
Digenggam tangan wanita itu.Sumpah,dia tidak sanggup!Air mata Eyra berganti dengan darahnya sendiri.Berat mulutnya mahu bercerita.Tapi,ini memang salahnya!Dia harus menanggung!
Sekali lagi tergantung😅😂
Disebabkan kesian dengan awak-awak semua,aku gagahkan diri tulis malam ni
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top