EYRUL 42

KEDENGARAN suara pekikan seorang wanita dari halaman rumah.Terganggu sebentar mereka yang sedang galak berbincangkan sesuatu hal.

"Masuk sekarang!"

"Tak naklah!Tak faham ke?!"

Terjengul tubuh Fairul,Fatin dan Rykal tepat di hadapan pintu rumah.Keadaan Fatin masa itu persis orang gila.Terpekik terlolong bergaduh dengan adiknya.Rykal cuma menjadi penonton tak berbayar.

Tubuh Fatin ditolak sehingga wanita itu masuk ke dalam rumah.Encik Hadi dan Izzat menghampiri mereka bertiga.

"Tak ada adab ke datang rumah orang buat bising?" tanya Izzat.

"Oh ada orang rupanya.Ingatkan sekumpulan anjing tadi," hina Fairul.

"Rul,bahasa kau tu jagalah!" tegur Rykal.

Dia berbisik agar Encik Hadi tidak mendengar suaranya.

"Betullah aku cakap Kal.Hah yang diri depan aku ni bapak anjing,sebelah dia anak anjing,yang perempuan tengah duduk kat sofa tu anjing betina kurap.Izzi kita panggil anak anjing juga"

Satu-satu jarinya menunjuk ke arah Encik Hadi,Izzat,Izzi dan seterusnya Eyra yang digelar anjing kurap.

"Yang lagi dua orang tu,manusia.Diaorang tak ada buat hal dengan aku"

Puan Wahidah dan Erni selamat dari kutukan Fairul.

"Kau raja segala anjing!"

Selepas ayat itu diucapkan oleh Izzat,dia terus menumbuk wajah Fairul.Maka,terwujudlah satu lagi lebam di bahagian kanan pipinya.

"Apa ni bro?Tetamukan rezeki.Sediakanlah air ke keropok ke.Ni tak,kau bagi tumbukan.Kalau kacang tumbuk sedaplah juga"

Fairul memegang bekas tumbukan tadi.Pergh,bisa!

"Aku nak balik Rul," pinta Kak Fatin.

"Kau cari pasal jugakan?Mari teman aku.Kau duduk dekat sofa sekarang!" arah Fairul marah.

Kak Fatin menurut.Takut melihat Fairul yang diamuk kemarahan.

"Akhirnya muncul juga kau.Aku fikir kau pengecut," bilang Izzi.

"Aku mana sama dengan kau Zi.Adik sendiri pun tak boleh protect," perli Fairul.

Izzi hanya menahan sabar.Macam mana dia nak membantu masa tu?Dah Fairul acukan pisau pada adiknya.Diugut bunuh pula.

"Kau dah datang ni,explainlah.Nak tunggu apa lagi?" soal Encik Hadi.

"Kejap ye bapak anjing.Aku ada special guest untuk kauorang"

"Siapa?Bapak kau?Aku tak nak jumpa dia!" tegas Encik Hadi.

"Bukan!More special!Orang yang kau rindu I guess"

Fairul bermain teka-teki bersama bapa mentuanya.Baru saspen kan?

"Rul,terus teranglah!Aku nak tahu apa salah aku," rayu Eyra.

"Kau boleh diam tak anjing kurap?Menyalak aje kerja.Asal kau lapar?Nanti aku belikan makanan anjing untuk kau"

"Kenapa kurang ajar sangat ni?Mak bapak tak ajar ke?" celah Izzi.

"Sebelum aku cakap apa-apa,kita tunggu dulu orang tu.Dia ada baru perfect"

Baru tiba,dah sakitkan hati orang.Tetamu sepertinya tetamu yang bawa bala.Bukan rezeki.

Salam diberi.Tak sampai seminit,Abang Ali pula muncul.

"Ali?!" jerit mereka serentak kecuali Eyra dan Izzi.

Mereka memang dapat mengagak siapakah gerangan itu.Telahan mereka benar!

Abang Ali menyorok di belakang Fairul.Takut mungkin.Setelah sekian lama tidak menjejak rumah ini,hari ini dia telah meruntuhkan sumpah itu dengan membawa berita tidak enak.

"Apa Abang buat dekat sini?"

Izzat masih dengan terkejutnya.Lelaki yang menghilang secara tiba-tiba pada suatu masa dahulu,kini telah muncul.

"Dia datang sini sebab nak beritahu kejahatan si anjing kurap tu!"

"Anjing kurap yang kau katakan tu,anak aku!" marah Encik Hadi.

"Of course!Kau kan bapak anjing," sinis Fairul.

"Sudah!Abang Ali pun dah sampai,terangkan semuanya!" ujar Eyra.

Makin lama dibiarkan,makin biadap suaminya.

"Baiklah,saya akan tunaikan permintaan awak disebabkan awak berkurap"

Tak habis lagi rupanya hinaan Fairul kepada isterinya.

"Diminta para hadirin dipersilakan duduk dengan selesa kecuali watak utama kita pada hari ini"

Lagak Fairul bagaikan seorang pengacara majlis.Semua berkeras untuk tidak duduk.

"Hmm,tak duduk tak nak teruskan majlislah!" kata Fairul seolah-olah merajuk.

"Walid,Izzat,Izzi,Umi,Erni,duduk please.Kalau tak sampai bila tak habis," pinta Eyra.

Eyra berjaya memujuk mereka.Fairul yang senang hati mula menjalankan tugasnya.

"Kita nak interview Puan Eyra sikitlah.Boleh ke?"

"Rul,just hurry up!"

"Alah Puan Eyra ni,wartawan nak interview pun tak boleh.Sombong!Mentang-mentanglah dah terkenal dengan gelaran anjing kurap"

"Hei,apa salah aku hah sampai kau benci pada aku?!" bengang Eyra.

Kesabarannya sudah tipis.Fairul seolah mempermainkannya.

"Kau sendiri tahu.Takkan lupa.Kan Abang Ali kan?"

Abang Ali mengangguk.Cepatlah permainan ini habis!Dia sudah tidak betah menahan sedih.

"Apa ni Abang Ali?Rykal?Bagitahu aku!"

"Sebaiknya kau tanya Abang Ali,dia lagi tahu," bilang Rykal.

"Abang Ali,jawab!"

"Suuu..Suria!" balas Abang Ali.

Sesak dada Eyra mendengar nama itu.Encik Hadi yang dapat merasakan sesuatu mengarahkan Erni naik ke atas.

"Erni,pergi naik"

Fairul menghalang Erni dan memegang kejap lengan gadis itu.

"Eh,tak payah Erni.Erni duduk je.Erni kena tahu kejahatan kakak Erni tau"

Bahu Erni ditekan dan terduduklah gadis molek itu.Fairul tersenyum puas.

"Keywordnya Suria.So,cepat bagitahu family kau apa salah kau"

"Apa kaitan maid tu dengan anak aku?!"

Puan Suria pernah bekerja di rumah mereka dahulu.Kerjanya bagus tapi tiba-tiba menghilangkan diri sehinggalah Fairul muncul selepas tiga tahun bagi menggantikan posisi Puan Suria.

"Apa yang kauorang tahu pasal Suria?" tanya Fairul.

"Dia maid kami.Itu je," kata Puan Wahidah.

"Itu yang kauorang tahu.Tapi,Eyra tahu lebih"

"Penipu!Aku tak tahu apalah!Dia maid je!"

Eyra sudah menggelabah.Rahsia yang disimpan kemas olehnya telah diketahui oleh suaminya.Macam mana itu terjadi?

"Hoi betina!Jangan jadi sial eh!Cerita cepat!"

Rambut Eyra ditarik kuat.Terjerit perempuan itu.

"Aku tak tahulah Rul!"

"Eh Fairul!Adik aku kata dia tak tahukan?So,tak payahlah paksa!" sampuk Izzat pula.

"Abang Ali,Abang Rul tipukan?Kak Eyra betulkan?" soal Erni.

Abang Ali kelihatan serba salah.Tapi dia dah janji!

"Abang Ali dah janji dengan sayakan?"

"Tak Erni,Abang Fairul tak tipu"

"No!Penipu!Jantan-jantan ni penipu!" jerit Eyra.

"Hah,ambik kau!"

Fairul menendang lutut Eyra.Eyra jatuh melutut di hadapan Fairul.Genggaman rambut masih tidak dilepaskan.

"Cepatlah anjing!Kalau kau degil,aku bunuh mak bapak kau!"

"Eyra,apa ni?Bagitahu kami," rayu Izzat.

Eyra tersedu-sedan menangis.Rahsianya tidak dapat disimpan lagi.Semuanya berakhir!Hidupnya berakhir!

"Masalahnya apa hubungan kau dengan Suria!Aku tak tahu!" ujar Eyra.

"Dia mak kandung aku!"

Kata Fairul lalu ditarik lagi rambut Eyra.Semua terkedu.Tak kurang juga ada yang berdiri dan bercekak pinggang.

"Kau tipu!Fairul penipu!"

"Abang Ali,ambilkan air panas," arah Fairul dengan lembut.

"Nak buat a...apa?"

"Abang,dengar je.Dah janjikan?"

Abang Ali melangkah ke dapur.Dia ke depan semula dengan segelas air panas.

"Eyra,aku tak nak jahat lagi tau.Dengar kata aku," pujuk Fairul.

"Tak nak!"

"Okay"

Air panas itu dicurahkan pada badan Eyra.Bermula dari rambut.Eyra menggelupur kepanasan.

"Fairul!"

Rykal menolak Fairul.Terpelanting lelaki itu ke belakang.Eyra turut menerima nasib yang sama.Itu pun kerana rambutnya masih digenggam.

Gelas kaca itu dibaling Fairul.Berselerakan serpihan kaca.Dia bangun lalu mengheret Eyra.Dikutip satu serpihan yang besar lalu ditoreh di pipi isterinya.

"Kau gila ke Rul!"

"Jangan datang dekat Izzat,aku rodok kaca ni dekat perut adik kau!" ugut Fairul apabila Izzat maju ke hadapan.

"Eyra,ceritalah!Aku tak sanggup dah," ujar Rykal.

"Walid,umi maafkan Eyra," ucap Eyra sambil lehernya dikepit di kaki suaminya.

"Eyra tak salah," sahut Encik Hadi.

"Anak kau memang bersalah!Dia jahat!Sundal!Gila!"

"Walid,betul tu.Apa yang Fairul cakap betul!

"Bagitahu kami cepat!"

Hati ibunya sedih.Puan Wahidah sudah jatuh menangis.Nak ditolong,Fairul masih memegang kaca

"Sebelum Makcik Suria jadi maid,dia cleaner dekat company kita.Eyra dah kenal dia dah.Hari dia minta kerja,dia merayu-rayu pada Eyra nak kerja.Dia ceritakan yang dia lari dari rumah sebab suami dia miskin.Dia tak suka hidup susah!Eyra kasihankan dia dan bagi dia kerja walaupun memang tak ada kekosongan"

"Jadi,di mana salah kamu?"

"Diamlah Hadi!Diam!" tengking Fairul.

"Walid,bagi Eyra habiskan.Semuanya bermula bila Dato Hamidi ternampak Makcik Suria tengah bersihkan pantry.Masa tu kami berbincang tentang tender.Eyra ternampak dia intai Makcik Suria.Bila ditanya,dia berminat dengan perempuan tu.So,Eyra gunakan keadaan itu untuk dapatkan tender supaya walid bangga dengan Eyra.Eyra hasut Makcik Suria untuk adakan hubungan dengan Dato Hamidi.Eyra berjaya memandangkan masa tu Makcik Suria memang dah tak ada hati dengan ayah Naqi," terang Eyra.

Dia terdiam sebentar.Matanya ditutup.

"Lagi!"

Terhinjut bahu Eyra mendengar tengkingan suaminya.Dalam keadaannya yang berbaring sebegini kerana dikunci pada kaki Fairul,menyukarkan pergerakannya.

"Makcik Suria balik kampung dan minta cerai dengan ayah Naqi.Eyra dapat tender tu atas perceraian orang lain!Eyra tak fikir apa masa tu!Eyra gembira sangat!Maafkan Eyra!Eyra dah sebabkan sepasang suami isteri bercerai-berai!Eyra berdosa!" pekik gadis itu.

Kini satu keluarga mengalirkan air mata.Ya Allah!Sungguh pahit dan sukar untuk ditelan!

"Lepaskan aku Rul.Aku sakit!"

"Kalau ada sebelum,mesti ada selepas.Ceritakan kejadian selepas mak aku jadi maid dalam rumah ni!"

"Ya Allah apa lagi ni Eyra?!" tanya Encik Hadi.

"Aku tak buat apa-apalah dengan mak kau!Aku tak tahu cerita dia dengan Hamidi lagi!"

Tangan Eyra dipegang.Kaca ditoreh pada tangan kanannya.Selepas itu pada tangan kirinya bergilir-gilir secara berulang kali.

"Sebelum kaca ni toreh nadi kau,baiklah kau rungkaikan semua!"

Eyra menjerit merayu.Tiada apa lagi yang boleh disorokkannya.

"Kau beritahu pengalaman kau dan mak aku sementara aku toreh nama kau kat tangan kanan dan perkataan gila kat tangan kiri.Eh,tak naklah!Gila pendek sangat.Hah,apa kata tulis PEMBUNUH!"

Kecut Eyra mendengar perkataan pembunuh.Tapi itu hakikatnya.

"Tiga tahun lalu"




Apa lagi rahsia Eyra tu?😰
Sediakan alat bantuan pernafasan untuk seterusnya😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top