EYRUL 39

KEPALA Izzi diketuk dan ditunjal.Bengang sungguh Encik Hadi melihat video yang tersebar itu.Video yang menunjukkan Eyra dilayan seperti binatang!

"Kau,apahal kau tak jaga adik kau?!Kenapa kau biarkan adik kau?!"

Izzi diam.Dia tertunduk ke bawah.Salahnya juga kerana mendengar arahan Eyra.

"Abang jenis apa kau ni?!Aku tak ajar kau jadi lembik!Dasar jantan lembik!" tengking Encik Hadi.

Tiada lagi penggunaan walid-Izzi.Yang digunakan adalah aku-kau.Bantal kekabu dibaling ke arah Izzi.Tak pulak Izzi mengelak.Mungkin sudah mengalah.

"Aku dah kata tinggalkan aje jantan keparat tu!Kau degil!Kau tak nak dengar kata aku!"

Encik Hadi memandang pula anak perempuannya.

Eyra dan Izzi duduk bersebelahan.Mereka bagaikan anak murid yang sedang dimarahi cikgu.Tapi walid bukan cikgu!Encik Hadi lebih kepada bala!

Jejak sahaja mereka di rumah,Encik Hadi telah memberi pandangan bengis.Baru ingat nak rehatkan badan setelah menempuh cabaran yang luar biasa.Ditambah lagi dengan penerbangan yang lama.

Mereka menjangkakan Encik Hadi akan pulang lama lagi,alih-alih ada di rumah.Puan Wahidah pun tak menyangka.Dia sendiri turut sama terkejut.

"Kenapa semua orang dalam rumah ni tiba-tiba buat perangai?!Awak Wahidah!Sama je perangai dengan anak-anak!Berkomplot konon!"

Puan Wahidah tidak berani mendekati suaminya.Saat ini,Encik Hadi mahu menelan mereka anak-beranak.

"Erni!Kau jangan nak jadi macam kakak kau!Sanggup diperbodohkan sebab cinta!"

Aik!Erni pun kena?Seorang salah,semua kena tempias.

"Kau pula Izzat!Jangan ikut Izzi!Dia pengecut!" nasihat Encik Hadi dalam marah.

Tercalar kewibawaannya sebagai bapa apabila dihidangkan dengan video tersebut.

"Walid,Eyra yang salah.Eyra suruh Abang Izzi supaya tak masuk campur sebab Eyra rasa Eyra mampu lawan Fairul.Tapi semua tu silap," tutur Eyra sayu.

Kata-katanya tak mampu melembutkan hati Encik Hadi yang sudah mencapai tahap maksimum kemarahan.

"Itulah kau!Lain kali tak payah acah kuat!"

Kepala Eyra pula yang ditunjal.Geram benar dengan anak-anaknya.Baik lelaki,baik perempuan,sama je!

"Abang,sudahlah tu.Jangan sakitkan Eyra.Dia dah cukup sakit sebab Fairul.Benda dah jadikan?"pujuk Puan Wahidah.

"Wahid,kalau ikutkan hati,awak pun kena tunjal tau!Ikutkan sangat perangai budak-budak ni!"

Masing-masing diam.Eyra dan Izzi masih terkejut akan amarah walid mereka.

"Okay,now apa yang kita nak buat?" tanya Izzat.

Setelah lama berdiam diri,barulah dia bersuara mengikut kesesuaian keadaan.Dia bergegas ke sini apabila Puan Wahidah menelefonnya dengan alasan 'emergency case'.

"Walid nak bersemuka dengan diaorang.Bapak dan kakak dia sekali!Semua tak berguna!"

"Walid,kita tunggu je Fairul balik sini.Nanti dia akan jelaskan semuanya," sampuk Izzi takut-takut.

"Siapa Fairul?Aku tak kenal budak tu," ujar Encik Hadi.

Eyra tersentak.Terasa hatinya.Fairul itu suaminya!

"Okay,aku tunggu budak tu.Kalau lambat,biar walid sendiri pergi serang"

Bukanlah hobinya ingin menyerang orang.Tetapi ini melibatkan maruah Eyra!Anak perempuannya!

"Kita jangan cepat melenting walid.Mesti ada sebab Fairul buat macam tu dekat Eyra.Eyra tahu tu"

"Betul bang.Setahu saya menantu kita tu baik," sokong Puan Wahidah akan kenyataan Eyra.

"Apa bodoh sangat kau ni?Dah dilayan macam binatang pun kau masih pertahankan dia!Dah kena sihir agaknya," bilang Izzat.

Dia dan walid sama.Berniat untuk pergi menyerang.

"Aku ni kalau boleh nak pergi Australia sekarang tau.Tapi aku akan bagi peluang dekat dia tunjukkan kejantanan dia"

Izzat bersuara nyaring.Tak sangka adik ipar yang disanjunginya sanggup berbuat sedemikian.

"Kau yang tak nampak depan mata pun dah marah,apatah lagi aku ni.Terseksa hati aku tengok adik aku sakit"

"Dahtu kenapa kau tak protect Eyra?!"

"Sebab adik ipar kau ugut nak bunuh adik kau!"

Terluah juga sebab dia tak pertahankan Eyra.Seisi keluarga terlopong mendengar bicara Izzi.Encik Hadi beristighfar dalam hati.

"Ini yang awak kata menantu kita baik?Baik ke sampai nak bunuh-membunuh ni?!"

Jarinya dituding kepada Puan Wahidah.Baik apanya?Jahanam adalah!

"Rykal,mana dia?" tanya Izzat.

Baru dia teringat tentang Rykal.Lelaki itu mesti tahu sebab kenapa Fairul bertindak sebegitu.

"Kitaorang tak tahu.Dia tak ada dekat sana.Yang ada Fairul dengan"

Teragak-agak Izzi mahu menyambung kata.Dipandangnya Eyra di sebelah.

"Dengan siapa?"

"Abang Ali"

"What?!"

"Abang Ali yang jadi guard kita dulu?" soal Puan Wahidah.

Mereka mengangguk.Encik Hadi meramas rambutnya.Pening!Keliru!Misteri!

"Apa dia buat kat situ?"

"We have no idea walid.Kami pun tertanya-tanya.Diaorang nampak rapat," kata Izzi.

Encik Hadi dan Izzat bermundar-mandir.Memikirkan segala jalan penyelesaian.

Eyra menghamburkan tangisan semahu-mahunya.Sekarang walid dan abangnya membenci suaminya.Dia tak nak perkara itu berlarutan.

Seburuk-buruk Fairul,Fairul tetap suaminya dan kasihnya akan berkekalan walaupon telah disakiti semalam.

"Apa yang Eyra dah buat pada Fairul.Cuba fikir"

"Eyra tak tahu umi!Bila ditanya dia kata tunggu dia balik dulu"

Puan Wahidah membisu.Dia yakin ada sesuatu yang dilakukan oleh anaknya kepada menantunya.Kalau tak,kenapa Fairul begitu jahat?

🐂🐂🐂🐂🐂

"PAKNGAH.Rykal minta maaf," ucap Rykal.

"Rykal tahu plan Fairul.Kenapa tak inform pakngah?"

Encik Naqi mengurut kepalanya.Hampir gugur jantungnya apabila Fatin menunjukkan video itu.

Sumpah dia malu!

"Rykal memang tahu.Semua Fairul dah cerita.Pasal makngah Suria.Pasal Dato Hamidi.Semuanya!Tapi sumpah Kal tak tahu-menahu tentang video ni"

Dia turut keliru.Kalau dia ada di situ,dah lama dihalang Fairul.Dia ke kampung pun atas permintaan Fairul.

Fairul tak nak Rykal mendapat susah.Sudahnya,Rykal mendapat susah.

Fatin pula bukan main suka akan video itu.Baginya belum cukup apa yang Fairul lakukan.

Tak mengapa.Dia juga ada plan yang tersendiri.Kau tunggu je Eyra!

"Alah ayah.Apa yang nak dikesiankan?Itu semua balasan untuk perempuan tu.Itu baru sikit yah"

Fatin bersuara.Dia cukup marah apabila ayahnya menyebelahi Eyra.Perempuan macam Eyra tak layak mendapat sokongan!

"Bila Fairul balik?" soal Encik Naqi.

"Kal tak tahu pakngah"

Hampa Encik Naqi mendengar jawapan Rykal.

"Siap dia balik nanti"

"Eh ayah nak buat apa?"

"Aku nak ajar sikit anak kurang ajar tu!"

"Lagi bagus ayah pergi serang keluarga betina tu.Apa yang Fairul buat tak salah!"

"Kau pun sama macam adik kau ya?Suka tengok kehancuran orang?Apa nak jadi dengan kamu dua orang ni?"

"Sukalah!Dia pun dua kali lima.Hancurkan hubungan mak dan ayah"

Puan Salmah,Zaki dan Rykal memekakkan telinga.Nak campur lebih-lebih rasa macam tak layak pula.Diamlah yang sepatutnya.

"Apa aku nak jawab dengan behsan aku?Malu aku tau tak?" ujar Encik Naqi.

Tak payahlah Naqi.Hadi pun nak serang kau.

"Itu sebab orang tua tu tak tahu lagi apa yang anak dia dah buat.Kalau tak dia yang malu dengan ayah"

"Fatin,abang jangan bergaduh.Kita tunggu je Fairul balik.Masa tu kita minta penjelasan ya?" celah Puan Salmah.

"Yalah"

Encik Naqi beralah.Dia akan tunggu Fairul.

"Mak ingat Fatin nak berdiam diri je?Tak semudah itu!Eyra tak guna!"

"Kau nak buat apa dengan menantu aku?Cukuplah tu!"

"Ahhhh,Fatin tak kesah.Takde siapa dapat halang Fatin!" jerit wanita muda itu seperti dirasuk.

Sejurus selepas itu,dia membawa diri ke bilik dan menghempas pintu.Sengaja dia pulang ke kampung semata-mata ingin menunjukkan video itu kepada ayahnya.

Pusing punya pusing,dia pula yang dimarahi.

"Kau tunggu nasib kau!Aku akan pastikan kau sengsara!"





#teamfairul
#teameyra

Korang yang mana?And you guys rasa siapa paling jahat?Eyra,Fairul atau author?Huhuhuhu.

Apa lagilah ahli sihir Fatin nak buat?Dia pon sama naik dengan adik dia.

Aku tak dapat nak selitkan elemen lawak lagi sebab tak mampu.Readers pon tgh marah² kan?😅

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top