EYRUL 38
EYRA melihat lelaki tua yang sedang ralit mengintai seorang perempuan yang boleh dikatakan agak sebaya dengan lelaki itu.
Lalu dia melangkah ke arah Dato Hamidi.Dicuit bahu orang tua itu.
"Ehem,dato buat apa tu?"
Padahal dia sudah sedia tahu yang Dato Hamidi mengintai pekerjanya.
"Tak.. Tak ada apa!Dinding ni kotor,saya laplah"
Senyuman sinis dan keluhan diberikan.Dasar orang tua miang!
"Dato suka makcik tu?"
Mereka memerhatikan Makcik Suria yang membersihkan pantri.Makcik itu baru sahaja datang ke KL dan memohon kerja di situ.
Atas dasar ihsan,Eyra membenarkannya berkhidmat di situ sebagai cleaner.Dah itu je jawatan yang tinggal.
"Suka," jawab Dato Hamidi.
Bingo!Dah agak dah!
"Tapi Dato,dia dah ada suami tau"
"Apa ada hal?Saya pon dah ada isteri.Tak ada yang salah kalau saya suka Puan..."
"Suria.Nama dia Suria"
"Ya,Suria!"
Mata Dato Hamidi galak memerhati segenap inci tubuh Makcik Suria.Ketika dia baru keluar dari pejabat Eyra,matanya dipukau oleh seorang wanita.
Yes!Ini peluang Eyra!
"Saya boleh tolong Dato"
Dato Hamidi memandang Eyra atas bawah.Boleh percaya ke budak di hadapannya?
"Apa yang awak boleh bantu saya?"
"Bantu dapatkan dialah!" tutur Eyra yakin.
"Takkanlah awak nak buat kerja jahat?"
"Mana ada orang buat kerja tanpa balasan"
"Oh,ada agenda rupanya!Tak ikhlas!"
"Saya tahu pasal keluarga dia"
Membuntang mata Dato Hamid mendengar butir bicara Eyra.
"Tapi tak detail.Saya cuma tahu tentang hubungan dia dan suaminya je.Ada anak ke tak,saya tak tahu"
Makcik Suria sendiri yang sukarela bercerita.Ini kerana,dia datang ke pejabat Eyra dengan linangan air mata yang lebat ketika meminta kerja.Untuk meraih simpati Eyra,dia terlepas cakap mengenai suaminya.
"Siapa nama suami dia?"
"Entahlah"
Dato Hamidi diam.Perlu ke dia dibantu oleh orang lain?
"Nak ke tak nak ni?"
"Kalau saya terima,awak nak apa?"
"Senang saje permintaan saya.Tak susah pun"
"Awak jangan nak berteka-teki dengan saya eh!Cepatlah bagitahu!" desak Dato Hamidi.
"Saya nak tender tu!"
"Banyak cantik!Tak mungkin!" marah Dato Hamidi.
"Okay.Dato rugi kalau tak terima tawaran saya ni.Saya belum tentu tak dapat tender tu," pancing Eyra.
"Dapatkan dulu Suria untuk saya,baru saya serahkan tender tu," tegas Dato Hamidi.
"No problem.Serahkan pada saya.Kira deal kan?"
Eyra menghulurkan tangannya sebagai tanda persetujuan.Dato Hamidi menyambut tanpa ragu-ragu.
"Deal!"
Dia tersenyum senang.Mesti walid akan bangga dengan dirinya!Eyra akan buat apa sahaja untuk tender itu walau dengan meruntuhkan rumahtangga orang sekalipun.
🐂🐂🐂🐂🐂
"CIK Eyra nak jumpa saya ke?"
"Iya Makcik Suria.Duduklah," pelawa Eyra.
Pelik!Kenapa boss besar memanggilnya?
"Tak silap saya,Makcik cerita pada saya yang suami Makcik miskin kan?"
Puan Suria mengangguk.Iya,memang benar suaminya miskin!Dia yang datang dari keluarga berada terseksa dengan kemiskinan itu.Sudahlah dibuang keluarga kerana berkahwin dengan orang miskin!
"Makcik nak hidup senang?"
"Itulah impian saya dari dulu"
Good!Senanglah kerja Eyra lepas ni!
"To be honest,saya boleh tolong Makcik"
Bersinar mata Puan Suria!Impiannya akan tercapai tidak lama lagi!
"Macam mana tu?" tanya Puan Suria.
"Saya ada kenal dengan seorang Dato ni.Kaya orangnya.Banyak duit!"
Teruja Puan Suria mendengarnya!
"Tapi dia dah ada isteri.Makcik sanggup ke?"
"Tak kesahlah!Yang penting kaya!"
Huh!Perempuan tua ni pon sama!Miang!
"Nak kenal-kenal dengan dia tak?"
"Nak!"
"Nanti suami tahu macam mana?"
"Saya akan bercerai dengan dia.Saya memang dah lama nak bercerai dengan dia Cik Eyra," kata Puan Suria.
Suami miskin!Buat apa simpan lagi?
"Kenal dulu dengan Dato Hamidi.Kalau Makcik dah rasa selesa atau sayangkan dia,mintaklah cerai," cadang Eyra.
"Kalau suami tak setuju?"
"Makcik,orang miskin macam dorang tu,tak ada nilai pun.Senang nak pijak.Makcik fikirlah macam mana sekalipun"
Puan Suria mengangguk.Betul juga tu!
"Sejujurnya,dia pun dah lama perhatikan Makcik"
"Hisy,ya ke?"
"Yes!Dia selalu usha Makcik dekat pantry.Saya nampak dengan mata kepala sendiri!"
Eyra meyakinkan Puan Suria.Benarlah,memang Dato Hamidi selalu perhatikan Puan Suria.
"Dia dah jatuh hati dekat Makcik tu,apa lagi?Pergilah jumpa dia," hasut Eyra.
"Saya malu cik"
"Makcik,kalau kita nak capai impian,kita jangan malu!Buat muka tembok!" nasihat Eyra.
Berguna nasihat tu tapi untuk niat yang salah.
"Cik tolong saya?" pinta Puan Suria.
"No problem!Bagus apa tolong satukan orang yang saling mencintai"
Hah yalah tu!Pandai Eyra bermain kata.
"Nanti saya uruskan semua.Saya akan pastikan perjumpaan korang berdua,akan gempak!"
Eyra menaburkan janji manis.Puan Suria sudah terlebih teruja.Tak sabarnya nak jadi kekasih orang kaya!
🐂🐂🐂🐂🐂
SETELAH tiga bulan perkenalan mereka,akhirnya Puan Suria balik ke rumah suaminya.Dato Hamidi menunggu di dalam kereta bagi menemani kekasih hatinya.
Puan Suria berjalan dengan penuh yakin.Rumah kampung itu dipandang jijik.Tak sangka dia pernah duduk di rumah ini!
"Abang!" jerit Puan Suria.
Tergesa-gesa lelaki yang dipanggil abang itu ke depan.Terkedu dirinya melihat cinta hati berdiri di pintu rumah.
"Suria!Awak dah balik?Awak pergi mana selama ni?Abang rindu dan risaukan awak," rintihnya.
Dipeluk tubuh itu.Puan Suria lantas menolak.
"Jangan sentuh aku!Kau kotor!Miskin!Jijik aku!" jerit Puan Suria.
"Suria kenapa ni?"
Sayu sahaja suaranya.
"Aku dah jumpa lelaki yang lagi baik dari kau!Yang boleh bagi aku kesenangan,kekayaan!"
"Apa awak cakap ni Suria?"
"Ceraikan aku"
Hatinya bagai dicucuk duri.Sakit ya Allah!Terlalu sakit!
"Suria kata Suria cintakan abang"
"Itu dulu.Masa aku masih lagi buta menilai wang ringgit!Aku dah tak sayang kau!Lelaki miskin!"
Tersentak jiwa tua suaminya.Kegembiraan hanya bertandang sekejap.Kesedihan yang memanjang.
"Tak ada guna aku simpan kau.Cepat ceraikan aku!" desak Puan Suria.
"Tak!Abang cintakan Suria!"
"Tapi aku tak!"
Terdiam lelaki itu.Hina sangat ke menjadi suami yang miskin.Dia tahu dia tidak punya apa!Tapi dia ada sekeping hati yang ikhlas!
"Cepatlah!Kalau tak aku bunuh anak-anak kau!"
Bagaikan orang gila jeritan Puan Suria.Dia terpaksa mengugut walaupun dia amat menyayangi anak-anaknya.
"Jangan apa-apakan anak-anak kita!"
"Then,ceraikan aku"
Dia menarik nafas.Dirinya ditenangkan.Baiklah,kalau itu yang isterinya mahukan.Demi anak-anak!
"Abang ceraikan Suria dengan talak satu"
Terungkap jua kata-kata keramat yang tak pernah difikirkannya.Puan Suria menepuk tangan.Gembira bukan kepalang!
"Nanti awak pandai-pandailah cerita dekat anak-anak"
Dia sudah menangis.Deras air matanya.Kecewa sangat!Amat kecewa!
"Oh ya!Terima kasih ye Naqi kerana dah mudahkan hubungan kami.Barulah aku free dari dosa," kata Puan Suria sinis.
"Abang akan selalu ada untuk Suria," ujar Encik Naqi.
"Aku tak perlukan kau!Hanya Hamidi cinta aku!"
Encik Naqi terduduk di lantai.Kenapa hari ini perlu terjadi?
"Aku blah dulu"
Mata tuanya mengekori pemergian bekas isterinya.Kelihatan Puan Suria masuk ke dalam sebuah kereta.Duduk di sisi Dato Hamidi.Mereka bergelak ketawa.
"Puas hati I Midi"
"I pun puas!"
"Isteri you bila nak diceraikan?"
"Soon.You tak percaya dekat I?"
"Percayalah!"
Dato Hamidi tergelak manja.Sementara menunggu lampu bertukar hijau,dia memberi pesanan ringkas kepada Eyra.
"Esok datang pejabat saya ambil tender"
Tanpa diketahui,Fairul memerhatikan pertengkaran ibu bapanya dari dapur.Dia menyusup masuk ke belakang rumah senyap-senyap.
Sejak ibunya pergi meninggalkan ayahnya,dia mengupah orang untuk mengintip ke mana sahaja ibunya pergi.
Hari ini dia sengaja bertindak sendiri.Ternyata apa yang dilihatnya sangat menyakitkan hati!
"Eyra Hayati.Kau musuh baru aku!"
Penumbuknya digenggam.
Cepatnya naik 7k.. Tq so much!!
Nantikan chapter baru malam ni.Inshaallah.Nama Makcik Suria ni pernah muncul di bab 21.
Jadi,dapat tak kaitkan segala kemungkinan?Dah faham?
Akan ada lagi rahsianya.Soon ya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top