EYRUL 36

EYRA menghirup udara.Nyaman dan bersih!Lenguh badannya saat ini.Mana tak lenguh.Berjam-jam duduk di dalam kapal terbang.

Percaya atau tak yang Eyra tidak melelapkan mata langsung sepanjang penerbangan tadi.Gara-gara tidak sabar bertemu suami tercinta.

Hampir sahaja Eyra ingin menggantikan tugas pilot.Lembap sangat bawa flight.Dirinya sudah melonjak riang tak sabar!

"Yahoo!Australia!" laung Izzi.

Mamat beruk ni tak reti penat ke?Yalah,apa yang difikirkannya hanyalah percutian.

"Izzi,jom check in"

Pelik pula bunyinya.Kedengaran macam GRO mengajak pelanggan bermadu kasih.Maaf atas kekasaran bahasa ya.

"Okay,tapi bilik asinglah"

"I know!" bentak Eyra.

Gila ke nak sebilik dengan abang sendiri?Masa kecil dulu bolehlah.Sekarang,semua dah boleh berfikir.

"Tapi jangan sampai Fairul nampak.Aku nak bagi surprise dekat dia"

Izzi membuang pandang ke arah adiknya.Kenapa hatinya tak sedap kala ini?Mungkinkah ada sesuatu buruk bakal berlaku?

"Hidup ni jangan over.Biasa-biasalah paling baik," nasihat Izzi.

Dia kurang senang dengan sikap adiknya yang terlalu teruja.Mereka tak tahu lagi apa penerimaan Fairulkan?

"Eleh,kau over tak apa pula?Sampai aku je tak boleh," rungut Eyra.

"Aku over sebab aku tahu tak ada benda buruk berlaku pada aku"

"Apa kau cakap ni?Aku tak faham"

"Entahlah Eyra"

Nak diberitahu pendapatnya,takut adiknya terasa hati.

"Kau nak kata akan ada perkara buruk jadi pada aku ke?"

Izzi diam.Eyra mula mendesak.

"Jawablah Izzi!" desak Eyra.

"Just wait and see"

Kata putus diberi.Harapnya,apa yang difikirkannya tidak akan menjadi kenyataanlah.

"Lepas check in,kita jalan-jalan eh," pinta Izzi.

Tak tertahan rasanya melihat keindahan bumi yang sedang dijejaknya.Rindu kangaroo!

"Eyra,kau rasa kangaroo yang aku bagi makan dua tahun lepas,hidup lagi tak?"

"Tak tahu.Cuba call," gurau Eyra.

Gurauan sekadar menutup kegundahan perasaan.Bukan Izzi je yang rasa lain,dirinya turut berkongsi rasa dengan abangnya.

"Enough.Let's go.Nanti lambat nak makan angin"

Mereka berjalan bersama.Sengaja mask dipakai untuk mengelakkan bertemu Fairul.Izzi dipaksa pakai sedangkan dia meluat.

Ingat kpop star ke nak bermask bagai?Dah orang melayu tu,melayu ajelah.Bak kata Hang Tuah pahlawan Melaka,'tidak melayu hilang di dunia'.

Sudah dirancang elok plannya untuk mengejutkan suaminya.Confirm buruk muka Fairul dek terkejut akan kehadirannya.

Eyra jamin,Fairul mesti suka punyalah!Ahh,tak sabarnya!

"Tunggu aku tau sayang"

🐂🐂🐂🐂🐂🐂

"JOM kita pergi situ"

"Sana pula"

"Wah,macam menarik je kedai tu.Jom"

"Hah itu!Kedai tu!Mari!"

Nak tercabut kakinya melayan karenah abangnya.Nafsu membeli-belah mengalahkan perempuan.

Setiap kali dia berkeras,setiap kali itu jugalah Izzi mengheretnya.Tak heret,dipeluknya Eyra dari belakang lalu didukung.

"Menyesal aku ajak kau teman," kata Eyra.

"Sesal apanya?Siapa lagi yang kau boleh harapkan?Erni sibuk dengan Zaki,yang ada Izzat jelah.Kau nak Izzat tahu hal Fairul?"

"Tak nak!"

Mampus kalau Izzat tahu.Eyra tak ingin abang sulungnya naik angin.Habis ditumbuk wajah Fairul.Siapa yang susah?Dia juga yang tanggung.

"Dahtu,ikut aje mana aku pergi.Tak payah membebel.Aku bukan pakai duit kau pun," seloroh Izzi dengan mulut penuh berisi makanan.

Dia sedang mengunyah keropok lekor.Masa buat tour makanan,mereka terjumpa kedai menjual masakan melayu.Teringinlah nak rasa keropok lekor Australia.

Sama aje rasanya.Tak ada beza!Tapi dah terlajak beli,jadi makan sahajalah.

Mata Eyra sibuk melilau ke sana sini.Ini kali pertamanya ke Australia.Izzi pula yang excited lebih.

"Izzi,balik jom"

"Balik mana?Malaysia?No!Baru sampai dah kecoh nak balik"

"Tak!Balik hotellah.Untung-untung boleh usha laki aku"

"Tak habis-habis Fairul!Fairul,Fairul,Fairul!Tak ada lelaki lain ke kau nak skodeng?Rosak telinga aku dengar nama dia.Aku datang sini nak suka-suka"

"Kenapa nak marah aku?" tanya Eyra.

Mutiara jernih sudah menitik.Terasa woo dimarahi lelaki.Kalau kau tak terasa,kau bukan wanita.

"Lah,menangis ke?Iya,lepas habis je rasa seronok aku,kita skodeng Fairul eh," pujuk Eyra.

Dibelai rambut adiknya. Sebenarnya,dia sengaja melambat-lambatkan pertemuan Eyra dan Fairul demi melindungi adiknya.

Firasatnya sebagai abang tak pernah salah.Dia tahu akan perangai adik iparnya.Fairul tak mudah buat hal.Baru hari ini dia merasakan Fairul sudah melakukan masalah yang besar.

"Aku nak kencing.Teman jom"

"Alah,pergi sendiri.Aku tunggu kat sini"

"Aku tak tahulah.Kaulah tunjuk.Kau kan pernah datang sini," kata Eyra.

Buktinya Izzi banyak menceritakan tentang tempat yang mereka sedang kunjungi kepada Eyra.Masa dua tahun tak cukup untuk menghilangkan memori Izzi tentang tempat ini.

"Lets"

Izzi beralah.Mahu dibiarkan,takut Eyra terkencing dalam seluar.Pampers dahlah tak ada.

"Cepat sikit"

"Sabar.Belum masuk lagi"

Eyra mula berjalan ke tandas.Tiba-tiba matanya tertancap pada figura yang seolah-olah dikenalinya.

Lelaki itu mengenakan sepasang baju sejuk dan snowcap.Musim sejuk sekarang ni,takkanlah nak biarkan kepalanya yang botak licin itu terdedah.Tak pasal-pasal kepalanya dipenuhi salji sampai boleh buat olaf.

"Abang Ali?"

Nama itu meniti dibibir mungilnya.Dia yakin itu Abang Ali!Sangat yakin!Lelaki yang pernah bekerja sebagai guard di rumahnya pada suatu masa dahulu.

Pundi kencingnya seaakan sudah kosong.Rasa ingin melabur,hilang begitu sahaja.

Lelaki yang sedang berjalan ini lebih menarik perhatian.Setelah sekian lama mereka tidak bersua,Australia telah menyatukan mereka.

"Izzi," panggil Eyra.

"Eh,cepatnya.Cebok tak?"

Eyra tidak mengendahkan soalan abangnya.Matanya masih tidak lari dari memerhatikan tindak-tanduk Abang Ali.Terlepas susah nanti.

"Kau cuba tengok lelaki pakai snowcap tu"

Jari telunjuknya dituding ke arah sekumpulan manusia.Izzi mengerutkan dahinya.

"Mana?Detail please.Ramai kot lelaki kat sini"

Tak ada pula dia nampak Mak nyah di situ.

"Baju merah tu!"

Izzi menekup mulutnya.Seriouslah?!

"Abang Ali?" tanya Izzi meraih kepastian.

"Yes!Dia buat apa kat sini?"

"Bercutilah tu.Apa nak heran?Semua orang layak"

"Kau tak pelik ke?"

"Nak pelik apanya Eyra?Kau tu yang pelik.Daripada tadi asyik curiga dekat orang"

Eyra memberanikan diri mendekati Abang Ali yang semakin jauh ditenggelami orang ramai.Dia berlari anak.

"Tunggu aku!"

Terkocoh-kocoh Izzi mengejar adiknya.Apa yang Eyra nak buat?Abang Ali je pun!Bukannya Tones and I,seorang komposer dan penyanyi kelahiran Australia!

"Wei,kau nak buat apa ni?"

"Ikut jelah," arah Eyra.

Mereka semakin dekat sehinggalah...

Nyawanya seakan melayang!Apa yang dilihatnya di hadapan mata seperti filem yang mengejutkan!

Kakinya terperosok di tar.Apa semua ni?Apa yang dilihatnya?

"Oh my gucci!What is this Eyra?!"

Izzi tidak ketinggalan sama menyertai adiknya.Adik-beradik itu terpana,suara mereka seperti hilang!

Masing-masing membisu.Kelihatan Fairul dan Abang Ali berbual sesama sendiri.Kadang-kadang tergelak besar.

"Eyra!I cannot believe it!" jerit Izzi.

Adiknya masih lagi tidak boleh bereaksi.Fikirannya sedang berupaya memproses kejadian tadi.

Apa dah jadi?Apa hubungan Fairul dan Abang Ali?Macam mana mereka boleh berkenalan?Atau ini kebetulan?Baru hari pertama mereka sudah dikejutkan dengan penemuan yang tak disangka-sangka ini!

Niatnya ingin mengejutkan Fairul terhapus.Malahan,dia sendiri mendapat kejutan dari suami.




Sila sediakan pisau,belati,parang atau apa sahaja yang tajam dan membunuh untuk next chapter.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top